Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Saturday, October 1, 2011

Jeans Levi’s Paling Mahal

Kalau korang sangat kaya dan lepas tu pulak ada orang jual sehelai jeans dengan harga USD 60,000, korang sanggup nak beli tak? USD 60,000 tu dalam RM 180,000++ la dan boleh digunakan untuk beli sebuah rumah atau pun beli sejibik kereta mewah. Tapi hakikatnya memang ada!!! Sehelai jeans Levi’s 501 yang memang vintage buatan tahun 1880-an telah dibeli seorang collector dari Jepun dari website lelongan eBay pada tahun 2005 dengan harga yang aku beritahu tadi. Dahsyat betul kan ke’fanatik’an orang Jepun nih… Tapi dah pasti orang yang beli tu pun sangat kaya, kalau tak mana sanggup ye tak!!!


Selain tu, ada jugak jeans Levi’s vintage lain yang jugak mahal antaranya berharga USD 36,000 (Levi's 201 dari kabin sebuah lombong di California dan dijual kat eBay) dan sehelai lagi berharga USD 46,000 yang dibeli semula oleh Company Levi Strauss & Co sendiri pada Mei 2001 pun jugak dari eBay.

Levi's 201 bernilai USD 36,000

Tapi kalau USD 36000 - USD 60,000 tu dah dirasakan mahal, macam mana pulak dengan jeans Levi’s yang harganya USD 150,000? Bila convert ke RM, itu dah dekat setengah juta.. Mak aih… Ada ke??? OK, aku terjumpa satu artikel dari website therichtimes (agak baru artikel tu masa aku post ni) pasal sehelai jeans Levi’s yang diinsuranskan dengan harga USD 150,000. Mungkin harga sebenar hanya akan diketahui kalau dibuat lelongan. Tuan jeans ‘buruk’ ni sekarang adalah Levi Strauss & Co sendiri dan disimpan rapi kat stor Levi’s di San Franciso. Jeans ni buatan tahun 1879, pastu ada buckle-back. Gambar boleh usha kat bawah (ambil dari artikel tu yang aku upload semula kat blog nih). Bila pikir balik, jeans ni ada kaitan ke dengan jeans yang dibeli Levi Strauss Co tahun 2001 tu? Jeans yang sama ke? Erm… Entahlah... Tapi macam mana pun, dahsyat kan harga dia. Ada berani??? Hahaha…





Kredit to: The Rich Times 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
Whatsapp / SMS: O12-7944748 

1 comment:

  1. Do you need free Google+ Circles?
    Did you know that you can get them ON AUTOPILOT & TOTALLY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...