Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, October 21, 2012

Naked & Famous 15oz Premium Leather Belt @ Tali Pinggang Bogel & Terkenal Kulit Premium 5-7mm (Natural Tan) Size 34 & 38





 


Item: Naked & Famous 15oz Premium Leather Belt. (Tali Pinggang Kulit Naked & Famous - Premium Tebal & Keras) 

Other:

-Colour: Natural Tan
-Leather: Bovine
-Thickness: 5-7 mm
-Width: 1-1/2"
-Size: -34 (
Boleh digunakan oleh mereka yang bersaiz 34 - 38) SOLD !!!
          -38 (Boleh digunakan oleh mereka yang bersaiz 38 - 42)  SOLD!!!
(Tapi sila tengok gambar untuk ukuran panjang /lubang sebenar sebelum membeli!)
-Manufactured: Made in Canada
-Condition: NEW
 


Comments: 
-Belt will fade & age beautifully. Tali pinggang akan berubah warna /kelihatan lebih cantik apabila dipakai selalu. 
-Boleh check link berikut untuk tengok effectnya: Aged Naked & Famous Natural Tan Leather Belt 

P/S: Bovine is a scientific classification for a specific subfamily of mammals that includes cows, oxen and buffalo. So jangan risau, tali pinggang ni samada diperbuat daripada kulit lembu, seladang atau kerbau. 


Price: RM 380 each including Pos Laju to Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak / WP Labuan. Kalau ini bukan size anda dan nak buat special order pun boleh, tapi kosnya dalam RM 420 - RM 450 termasuk upah dan shipping cost.

Untuk pembelian / pertanyaan atau berminat nak order size lain, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor HP dia pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message. Terima kasih...

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748

Sunday, October 14, 2012

Blog www.5kosong1.blogspot.com Mencecah 100,000 Total Pageviews!

Aku bukanlah blogger yang mengharap pendapatan daripada iklan Nuffnang (walaupun dalam hati tu nak juga terpilih untuk dapat iklan CPUV Campaign: Cost-per-unique-visit tu. Hahaha...). Tak kesian ar Nuffnang ni, mentang-mentanglah aku tak join event diorang ataupun puji melangit + kuat kipas + bagi aircond sekali. Kalau tak boleh bagi 1 CPUV, apa salahnya bagi 5 CPUV ke... Hahaha... Cis, belum apa-apa, mukadimah dah tercerita pasal Nuffnang, siot je... Hahaha...

Macam mana pun, aku yang obsesi dengan jumlah pengunjung agak gembira bila blog 5kosong1 ni yang asalnya dibuat untuk tujuan suka-suka bercerita pasal jeans, tak pasal-pasal dah reach 100,000 Total Pageviews pada jam 8.51 AM, 14 Oktober 2012. Not bad untuk blog yang mix antara share info, bisnes, dan di'update' kadang-kadang hanya dengan satu entry je setiap bulan (bila time aku busy dengan kerja hakiki). OKlah kan pageviews banyak tu kalau diambil kira yang total entry cuma 112 (termasuk entry ni) dalam masa tak sampai 2 tahun. Kalau ada yang tertanya, first entry blog ni ialah pada 21 Februari 2011 yang bertajuk "Sebermula kisah aku dengan Levi's 501".

Total Pageviews: 99485 - 9.00 AM 13 Oktober 2012
Total Pageviews: 99,999 - 8.44 AM 14 October 2012

Total Pageviews: 100,000 - 8.51 AM 14 October 2012

Owh ye, maksud OK pada aku ialah bila dikira ratio Pageviews per entry yang dicatatkan. Kalau tak ambik kira entry ni (entry ke-112), ratio untuk setiap entry yang aku buat sebelum ni ialah 900.9 Pageviews per entry (100,000 / 111). Maknanya, setiap entry aku secara puratanya telah di'view' sebanyak 900.9 kali oleh pengunjung. Total unique visitor mestilah kurang sebab satu pengunjung mungkin cuma baca 1-2 entry je ataupun lebih bila diorang rasa menarik. Tapi tak kisahlah... Hahaha...

So, lepas ni aku akan terus update blog ni sebab aku suka bile tau ada jugak orang yang sudi melawat blog 5kosong1 ni. Kadang-kadang komen dan juga dorongan dari sesetengah pengunjung blog ni buat aku lagi berminat untuk update blog. Kalaulah Nuffnang tu bagi CPUV, mestilah lagi semangat gila-gila nak update selalu. Hahaha...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Thursday, October 11, 2012

Nudie Jeans Slim Jim Dry Broken Twill W36 L30 (Actual W37-37.5")






Type: Nudie Jeans Slim Jim Dry Broken Twill

Label Tag: W36 L30 (Sila check manual measurement dan jangan lupa, ini ialah raw denim!!!)

Manual Measurement: Waist: 37-37.5" Inseam: 30" Outseam: 40.5" Front Rise: 10.25"
Back Rise: 14.25" Opening Leg: 18"

Details: 
-Style: Slim Jim - Straight Tubeleg
-Color: Dry Broken Twill (Indigo)
-12oz Italian broken twill denim
-100% Cotton
-Zip fly
-Made in Italy
-Use for 6 months before first wash for a personal, worn look (Recommended by Nudie Jeans Co.) 

Price: RM SOLD sahaja termasuk shipping Pos Laju.

--> Want this Nudie Jeans but unfortunately not your size? Or looking for other model or style? Hey, you may order from me. Just ask me bro! 

--> Berminat gile dengan Nudie Jeans ni tapi bukan saiz la pulak... Tak pun berminat dengan model atau style lain? Boleh order sebenarnya, hubungi saya.


Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya aku tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Tuesday, October 9, 2012

Nudie Jeans Hank Rey Dry Organic Veggie: Size W31 L34 (Actual: W33)



Type: Nudie Jeans Hank Rey Dry Organic Veggie

Label Tag: W31 L34 (Sila check manual measurement dan jangan lupa, ini ialah raw denim!!!) 

Manual Measurement: Waist: 33" Inseam: 34" Outseam: 45" Front Rise: 10.75" Back Rise: 14.25" Opening Leg: 15"

Details: 
-Style: Hank Rey - Straight fit/Slightly Tapered
-Color: Indigo - Dry Organic Veggie
-13.25oz Organic Turkish Denim
-100% Cotton
-Dyed with veggie indigo, special blue shade with a red cast that is almost purple
-Open construction with evident neps
-Orange back pocket embo
-Organic trims and pocket lining
-Button fly
-Made in Italy
-Use for 6 months before first wash for a personal, worn look (Recommended by Nudie Jeans Co.)
 
Price: RM SOLD

--> Want this Nudie Jeans but unfortunately not your size? Or looking for other model or style? Hey, you may order from me. Just ask me bro! 


--> Berminat gile dengan Nudie Jeans ni tapi bukan saiz la pulak... Tak pun berminat dengan model atau style lain? Boleh order sebenarnya, hubungi saya.


Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya aku tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Sunday, October 7, 2012

Naked and Famous 15oz Premium Leather Belt Size 30 (Black)




Item: Naked & Famous 15oz Premium Leather Belt (Tali Pinggang Kulit Naked & Famous - Premium Tebal dan Keras)

Other:
-Colour: Black
-Leather: Bovine
-Thickness: 5-7mm
-Width: 1-1/2"
-Size: 30 (Kemungkinan boleh digunakan oleh mereka yang bersaiz 28 - 32. Tapi sila klik dan tengok gambar pertama untuk check ukuran panjang /lubang sebenar)
-Manufactured: Made in Canada
-Condition: Almost like NEW

Comments: 
-Ada sedikit calar pada tali pinggang. Boleh check kat gambar.

P/S: Bovine is a scientific classification for a specific subfamily of mammals that includes cows, oxen and buffalo. So jangan risau, tali pinggang ni samada diperbuat daripada kulit lembu, seladang atau kerbau. 

Price: RM SOLD including Pos Laju to Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak / WP Labuan. (Harga tali pinggang jenis ni yang baru ialah RM 270 - RM 300). Kalau buat special order untuk bawa balik tali pinggang ni ke Malaysia pun sekurang-kurangnya RM 420 - RM 450 termasuk upah dan shipping cost. So boleh kata ini harga runtuh!!!

Saya tak dapat nak buat COD / jumpa bersemuka disebabkan komitmen kerja. Cara penghantaran ialah Pos Laju.

Untuk pembelian / pertanyaan atau nak order baru atau saiz lain, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message. Terima kasih...

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748

Saturday, October 6, 2012

Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX (Part 5)

Kali terakhir aku update 'kisah bersiri' ni adalah pada bulan Ogos 2011. Tempoh yang dah lebih setahun yang lepas tu!!! Hehehe... Walaupun lama tak update pasal perjalanan jeans tu, sebenarnya aku masih lagi aktif untuk break jeans STF ni, cuma hasilnya masih kurang memuaskan disebabkan beberapa perkara. Apa dia? Silalah baca dulu ye. Anyway, meh aku sambung cerita pasal apa sudah jadik dengan jeans 501xx STF aku tu. Tapi kali ni aku nak fokus cerita dekat the second jeans yang aku dah beli & pakai. Kalau baca Part 4, aku ada bagitau sepintas lalu pasal jeans STF kedua yang on da way ke Malaysia time tu, so inilah ceritanya...

Orite, jeans Levi's 501 STF kedua tu sampai Malaysia ngam-ngam sebelum start cuti Hari Raya Aidilfitri tahun 2011 (bukan typo error ye tuan-tuan, memang tahun 2011). So sampai la waktu aku tulis ni, dah lebih setahun  jeans tu dipakai. Iyelah, dah dua kali sambut hari Raya pakai jeans tu kot.

Straight to the point untuk kisah jeans yang second ni, aku takdelah nak pakai lama gile before soak. Macam mana pun, ada la dekat sebulan lebih kot before aku start soak tu. Jeans kali ni waist dia true to size (W40 L33). So masa  start pakai, fitting memang dah agak ngam dan macam tak perlu nak soak. Hehehe... Macam biasa, aku kasik lenjan sikit bagi kesan honeycomb tu kuar dulu, dan bagi jeans meregang lebih banyak lagi.





After sebulan lebih (itu pun tak selalu pakai) barulah aku pegi ke next step iaitu buat first soak. STF tu terpaksa bermandi air panas dalam baldi untuk beberapa ketika sebelum aku gantung sekejap untuk bagi air rendaman jatuh. Agak-agak dah takde air yang menitik lagi, aku sarung dalam keadaan jeans tu masih lagi lembap seterusnya start motor dan bawak pusing-pusing tengah KL tanpa ada perasaan bersalah. Ye la, nak naik kuda macam koboi takde kan, so terpaksalah pakai motor. (Boleh baca Part 4 untuk faham!!!). Hahaha... Boleh kata sampai kering jugak la jeans tu aku pakai pada hari kejadian. Resultnya: Memang Levi's 501 STF saiz 40 tu jadik ketat dan sangat fit. Bagus gak la sebab aku bagi STF tu kering kat badan masa dipakai. Kalau tak buat macam tu, mungkin ada kesukaran untuk aku sarung kot... Hehehe... 




Sekali lagi aku nak ulang, jeans STF ni akan memang akan meregang semula ikut bentuk badan korang after pakai few times. Walaupun pada mulanya agak ketat, tapi lama-kelamaan aku dapat rasakan yang jeans ni memang akan automatik ikut shape bentuk badan kita. Lepas kejadian yang aku pakai jeans time masih lembap dan bawak naik motor pusing-pusing KL tu, takde la benda fancy lain yang aku dah buat. Benda biasa-biasa je la setakat pakai jeans tu dengan kadar yang agak kerap dan pakai ke sana-sini. Pegi offshore aku pakai, balik kampung aku pakai, beli cendol aku pakai, pegi Pejabat Pos hantar barang customer aku pakai, pegi window shopping aku pakai, pegi kerja kahwin aku pakai ~ tak abis la senarai ni bai, takkan nak tulis semua. Hahaha...

Setakat entry ni ditulis, jeans tu mungkin dah dibasuh tak lebih lima kali, termasuklah sekali tu dibasuh gunakan washing machine! Sebabnya? Adalah pulak seseorang yang rajin sangat tolong basuhkan jeans tu pakai mesin basuh walhal aku tak suruh pun. Tau-tau jeans dah kering dan dah siap berlipat cantik. Aduhai... So, boleh kata ada benda yang tak sepatutnya berlaku, telah menyibuk dalam eksperimen jeans aku tu. Bukan apa, lepas kejadian basuh ngan washing machine tu, warna jeans dah turun dengan agak ketara, siap ada kawasan pada jeans yang warnanya jadi tak sekata. Starting dari tu, aku jadi down sikit nak lanyak jeans STF tu disebabkan pada masa yang lebih kurang sama, berat badan aku pun dah start turun sebab aku diet. Hahaha... Sekarang dah turun berbelas kg secara totalnya. Secara tak langsung, jeans yang saiz 40 tu sekarang secara mudahnya boleh kata dah jadi saiz besar. So, jeans STF pertama yang aku beli saiz 42 tu lagilah super duper besar!


Mungkin ada yang tanya, tak nak start projek baru dengan STF saiz lagi kecik ke?? Ermmmm.... disebabkan aku masih berangan-angan untuk turunkan berat badan lagi, so aku masih belum start new projek lagi. Kang membazir masa pulak kalau beli saiz 38, tapi cuma mampu dipakai sekejap je... Hehehe... Ceh, konon tak nak membazir, abis brand Bogel & Terkenal saiz 38 tu apa benda? Levi's 501 Air Jordan tu apa ke hal pulak yeop? Hahaha...

Berbalik kepada jeans Levi's 501 STF size 40 aku tu, kat bawah ni adalah gambar-gambar terkini jeans tu. Boleh tengok la sejauh mana jeans tu dah shrink kalau nak dibandingkan dengan sehelai jeans saiz yang sama, yang aku simpan sebagai perbandingan (ceh another Levi's 501 STF tu bai!). Paling ketara dah tentu kesan honeycomb belakang lutut. Kat poket belakang pulak ada kesan beg dompet, pastu lutut dengan kat peha adalah tanda-tanda jeans ni selalu dipakai, tapi of course masih banyak lagi yang boleh dibuat. Cuma sekarang bila aku dah kurang berat, agak susah nak buat kesan-kesan tu sebab most of time, aku macam pakai jeans yang longgar banyak gile...








Ok, cukuplah kisah bersiri Part 5 ni. Kalau nak baca entry yang lepas-lepas, boleh klik kat link-link berikut: Part 1, Part 2, Part 3 & Part 4.

Walaupun tak ada bukti sangat, tapi aku rasa ada beberapa orang yang mungkin ter'jebak' nak pakai Levi's Shrink To Fit lepas baca kisah bersiri ni. Hahaha... Kalau tak tau mana nak beli Levi's 501 Shrink to Fit ni, bolehlah roger aku ye untuk urusan order dan pembelian... Sekian...


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...