Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Monday, February 28, 2011

Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX (Part 1)

Levi's 501XX Shrink To Fit
Lepas aku sambar Levi’s 501 warna Dark Stonewash dengan Levi’s 550 warna Medium Stonewash, entah macam mana terdetik la pulak nak try pakai Levi’s 501 Shrink to Fit. Gila, macam membazir pulak kan bila dipikirkan yang jeans dua helai tu pun tak sempat nak buruk lagi. Tapi, layankan saja keinginan itu… Hehehe… Lagipun orang kata jeans nih tahan lama, so tak kisah la… Kalau tak nak pakai lagi, aku tolak la kat sapa-sapa… (ermm… rasanya tak!)

OK disingkatkan cerita, aku pun order jeans ni sekali lagi dari penjual online dari US. Lepas lebih kurang 11 hari, Levi’s 501XX tu pun akhirnya selamat sampai dekat tempat kerja aku pada tarikh 10 Februari 2011. Perh… memang tak sabar nak try pakai beb! Tak pasal-pasal, terganggu kosentrasi kerja aku hari tu… Hehehe…

Macam biasa, gambar ketibaan dari US
Rigid @ Indigo 0501-0000
Sampai je rumah, dengan hati yang berbunga-bunga, aku bukak la bungkusan dari USPS services tu. Cayalah, depan mata aku 501XX, W42 L33 warna Rigid Blue atau code dia 0501-0000. Pergh… bau kedai beb! Tapi dalam tak sampai 5 minit, aku kecewa… Sebabnya? Made in Mexico da jeans aku ni… Iklan tu kata Made in USA. Agak tak puas hati la aku sebab description kurang tepat dengan item yang aku dapat. Hampeh tul la. So sebagai pembeli yang sedikit tertipu, aku contact la Mat Saleh tu tanya pasal apa aku dapat barang yang bukan sepatutnya. Dalam iklan kata Made in USA, nih apasal buatan Mexico pulak?  Mat Saleh tu reply beritahu yang dia dah check jeans dalam stok yang dia ada. Memang tulis Made in USA dan dia sendiri pun tak tau macam mana boleh tersalah kali ni. Cis, lain kali sebelum post pergi la check dulu barang tu betul ke tak. Ini tak, main belasah je. Kurang asam tul. Tapi nasib baik la dia offer untuk bagi best deal untuk cover kesilapan dia kalau lain kali aku beli lagi. OK la, aku terima sebab kalau aku pulangkan semula, tergadai la pulak duit aku untuk kos posting jeans tu semula. 

Made in Mexico bukan USA
Step seterusnya mestilah aku check nak pastikan original ke tak jeans yang aku dapat ni. Nombor kat button sama dengan tag. Benang perak dekat tag pun confirm tulis LS & CO. Kedudukan button rivet semua OK. Buatan jeans ni pulak tahun 2001. Tapi satu je takde, cop dekat sebelah dalam kain poket yang biasanya tulis “ This is a pair of Levi’s”. Yang lain semua OK la. Aku consider original la jeans ni walaupun takde cop tu. Tertinggal atau pun memang tak dibuat? Entahlah, tak kisah la… Mesti korang kata jeans ni tak ori kan? Ermmm… terpulanglah...

Apa sebenarnya aku nak buat dengan 501XX ni? OK, aku plan nak lenjan dulu jeans ni bagi lusuh sikit sebelum aku start proses merendam dan keringkan untuk bagi kecut. Aku nak bagi kesan honeycomb belakang lutut dengan kesan renyuk kat bahagian peha tu betul-betul ada, baru la aku start dengan langkah seterusnya. Nak tak nak, kena la aku pakai jeans ni waktu malam. Kenapa? Sebab di siang harinya, aku kena pakai seluar licin tak pun seluar slack pegi office. Takde chance aku nak cepatkan proses melusuhkan jeans ni kecuali waktu pegi kerja kat luar office, hujung minggu, hari cuti atau waktu malam. Itu pun bukan setiap malam beb, sapa la tahan pakai jeans memanjang waktu malam dengan cuaca macam kat Malaysia ni? Tapi takpe, selagi ada peluang, akan aku gunakan waktu-waktu yang ada tu. Hehehe… Bertambah lambat lagi la nak buruk koleksi jeans yang lain tu (Hahaha… bunyi macam ada banyak sangat je).

Lupa nak cerita apa punca sebenarnya aku beli saiz besar. Kan sebelum ni aku ambik saiz W40 L30. OK, bersesuaian dengan namanya, Levi’s 501XX ni direka untuk mengecut lebih kurang 10% dari saiz asal lepas kita basuh. Bukan basuh biasa-biasa la, tapi basuh dengan teknik tertentu la pastinya. So, jeans aku ni boleh mengecut untuk jadi saiz W40 L30 sebenarnya. Kat bawah ni, panduan standard kalau nak beli Levi’s Shrink To Fit:

                                       Kalau saiz pinggang (W):
                                       27”-36”, tambah 1”
                                       38”-48”, tambah 2”
                                       50”-up, tambah 3”

                                       Kalau panjang inseam (L):
                                       27”-34”, tambah 3”
                                       36”- up, tambah 4”

So, sebab aku pakai W40 L30, itu pasal aku amik saiz W42 L33. Lagipun aku rasa pinggang aku besar sikit la lepas lama tak exercise (Hahaha!). So, aku boleh control sikit proses pengecutannya tu nanti. Biar dapat yang ngam-ngam dengan pinggang aku, pastu tak sempit kat bahagian peha. Hehehe… Lagi satu, ukuran yang aku buat sendiri dengan label tag memang sama. 

Waist = 42"
Siap ada measurement tape to beb!
Rigid jeans 0501-0000 atau raw denim ni diberitakan antara warna yang mula-mula ada dulu sewaktu mula-mula jeans Levi’s ni dicipta. Warna jeans ni indigo, tak sama macam warna Dark Stonewash. First time pakai, memang terasa betapa kasarnya seluar jeans ni. Aku punya jari nyaris melecet masa seluk poket jeans ni. Jeans STF ni memang keras la kiranya tak macam 501 lain yang preshrunk. Iye la, diorang memang tak ada buat apa-apa pun kat jeans ni lepas siap dijahit. Sebab tu dipanggil raw denim tak pun dipanggil kain pasir atau kain guni dalam bahasa kita. Kalau pegang label tag dia pun masih keras lagi, tak sama macam 501 yang biasa.

Kenapa tak terus Preshrunk? Mungkin ini salah satu peluang yang Levi’s bagi kat tuan punya seluar ni untuk bereksperimentasi dengan cara masing-masing bagi dapatkan saiz yang betul-betul fit dengan bentuk tuan punya badan. Itu la sebab sebenar kenapa aku beli STF ni. Semuanya lepas aku baca dan tertarik dengan satu blog Mat Saleh berkenaan cara yang dia buat dengan jeans 501XX dia. Memang terikut-ikut betul la! Hahaha...

Tapi, aku cerita kemudian la cara-cara untuk buat rendaman dan basuh jeans STF ni dalam Part 2. Aku pun akan cuba dokumenkan tahap kelusuhan 501XX ni dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang, layanlah dulu gambar-gambar yang aku tangkap masa jeans ni masih sangat baru. Sekian… 

-> Opss... Part 2 , Part 3 dengan Part 4 dah keluar... Teruskan membaca!

Inseam kiri = 33"
Inseam kanan = 33"
Opening leg = 10"

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Friday, February 25, 2011

Levi’s 550 Relaxed Fit vs Levi’s 560 Comfort Fit

Levi's 550 Medium Stonewash
Disebabkan Levi’s 501 aku tu agak sempit dekat bahagian peha, aku secara tak rasminya terasa macam dah salah beli saiz. Ada banyak faktor lain yang aku kena consider sebenarnya sebelum kata aku tersalah beli. Salah satu yang utama adalah sebab berat aku dah naik, itu pasal peha dah sedikit membesar… Hahaha… Bukan apa, pinggang memang boleh masuk tapi maybe memang cutting 501 kot yang memang tak berapa sesuai sangat dengan orang berpeha besar.

So, aku mula terpikir untuk menguruskan dan mengurangkan berat badan supaya Levi’s 501 tu boleh masuk dengan ngamnya dekat aku. Hehehe… Tapi, berapa lama da nak turun sebelum aku boleh sarung dengan selesanya tu? Nak tak nak, kena try beli cutting lain ni. Siasat punya siasat, aku sepatutnya try pakai cutting Levi’s 550 Relaxed Fit atau Levi’s 560 Comfort Fit. Aduhhh…. Mana satu yang sesuai? Takkan nak beli dua-dua kot?

Kaji punya research punya selidik, aku dapati yang Levi’s 560 tu akan lebih baggy berbanding Levi’s 550. Bezanya, bahagian kaki 550 ni sedikit tapered (mengecil) dengan bukaan kaki 16-1/2” berbanding 560 yang straight cut lepas tu bukaan kaki 18-1/2”. Dari segi design, dua-dua akan duduk dekat pinggang, Cuma bezanya cawat Levi’s 550 tu dalamnya lebih kurang 11-3/8” berbanding cuma 11-1/2” untuk Levi’s 560. Untuk pengetahuan, Levi’s 501 pun dalam cawat dia lebih kurang 11-1/2”. Tapi, ini semua ukuran yang tak semestinya tepat beb. Aku rasa la, semuanya akan bergantung semula dekat saiz jeans yang kita beli tu. Tapi, ini bolehlah dijadikan panduan untuk sapa-sapa yang tak berapa sure nak beli cutting yang macam mana. Next time, aku cuba kongsikan perbezaan cutting Levi’s yang mana aku dapat collect info dari internet ni.
Levi's 550, duduk di pinggang, Cawat: 11 3/8"
Dipendekkan cerita, akhirnya aku decide nak try pakai Levi’s 550 pulak. Duitku melayang lagi nampaknya! Hehehe… So, aku tegarkan diri dan akhirnya beli warna Medium Stonewash pulak , dengan saiz W40 L30 dan sekali lagi dari penjual US secara online. OK, sebenarnya jeans kali ni bukanlah baru sangat sebab aku beli dengan tujuan untuk test cutting dia je. Macam mana pun still berbaloi-baloi la. Masa yang diambil untul sampai Malaysia dan akhirnya tangan aku lebih kurang 12 hari. Kiranya lepas ni aku boleh estimate berapa lama masa yang diambil dari start beli sampai la dapat try pakai. OK, jeans kali ni Made in Haiti Finished in Dominican Republic (ada jugak macam ni beb!) dengan label tag W40 L30. Cutting dia memang agak ngam dengan aku cumanya disebabkan design leg tapered, so jadik keciklah sikit bahagian kaki. Bila aku buat measurement sendiri, pinggang memang betul saiz 40, cuma inseam dia kurang seinci dari tag. Nasib baik la tak senteng sangat. Bila la agaknya aku akan dapat jeans yang betul-betul inseam dia 30 inci erk…
Made in Haiti, Finished in Dominican Republic
Bezanya 550 dengan 501 selain yg aku type kat atas ialah 550 ni merupakan jeans yang pakai zip sedangkan 501 guna buttonfly. Yang pelik sikit dengan jeans 550 aku ni adalah bahagian red tab dia yang tak tertulis pun perkataan “Levi’s”. Yang ada cumalah symbol ‘R’ dalam bulat @ Registered. Jangan terkejut la sebab benda ni bukan terlalu rare pun. Berdasarkan info yang aku tau, benda paling yang penting ialah warna red tab itu sendiri yang sudah di registered oleh Levi Strauss & Co. So tulisan kat Levi’s tu macam tak berapa penting sangat la kot. In term of macam mana nak tau original atau tak, Levi’s 550 punya ciri-ciri ni tak la se’complicated’ 501. Cuma nombor kat button tu je yang sama dengan label tag. Nak kata dalam seluar tu ada cop, tak jugak. Benang perak kat tag pun takde sebab tag cuma ada satu je kat jeans tu. Kalau sapa-sapa tau lagi , silalah komen kat bawah ye.

Relaxed Fit, Zip Jeans
Red Tab tanpa tulisan Levi's

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Tuesday, February 22, 2011

Levi’s 501 Pertama

Erhhh…aku akan cerita detail setiap helai jeans yang aku beli ke? Memang tak ar… Tapi, disebabkan ini jeans yang pertama, so kiranya post ni umpama meraikannye lah. Hehehe… OK, aku beli jeans ni online dari seller US. Agak jauh la jeans ni travel sebelum sampai kat tangan aku. Hehehe...Warna yang aku pilih adalah Dark Stonewash (code: 0501-0194), saiz W40 L30, Made in Mexico  & buatan tahun 2009.
Ketibaan bungkusan USPS
Ready to expose...
Finally...
Bila sampai, benda yang mula-mula aku buat dah tentulah check samada Levi’s 501 yang aku dapat ni original atau tak. Hasilnya? Aku memang confirm sangat jeans ni sememangnya original. Erh kejap, ini first jeans, tapi macam mana aku tau? Owh, aku check ori atau tak ni berdasarkan info yang aku dapat dari bacaan kat internet la jugak. Nanti bila-bila aku kongsi macam mana caranya dekat post lain yang lebih spesifik.

Baru lagi, bau kedai lagi ni!
Setelah beberapa kali dipakai...
Made in Mexico

Red Tab the trademark
Bila try pakai, agak sempit sikit kat bahagian peha. Cawat 501 ni pun nampaknya tak sedalam cawat seluar slack yang aku biasa pakai. Tapi memang Levi's 501 ni akan duduk betul-betul kat pinggang kalau ikut pada penerangan yang melibatkan design 'Original' fit dia. Mungkin saiz ni tak sesuai untuk aku kot sebab aku order berdasarkan potongan seluar slack yang selalunya aku pakai sampai ke paras pusat. Salah saiz ke? Tak mungkin la sebab label tag semua betul. OK, untuk puaskan hati, aku buat ukuran sendiri dekat jeans tu. Waist memang 40 inci, tapi inseam je 31 inci, terlebih satu inci. Ini sudah menyebabkan aku kena lipat kaki jeans kalau tak pakai kasut!

Walau macam mana pun, aku still boleh pakai jeans ni dan secara rasminya, jeans ni menjadi Levi’s 501 pertama yang aku beli. Hehehe…

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Monday, February 21, 2011

Sebermula kisah aku dengan Levi’s 501

Entah macam mana, minat aku dekat seluar jeans Levi’s tiba-tiba secara kebetulan semakin menjadi-jadi pulak. Sampai la aku terdetik nak buat satu blog yang menceritakan pengalaman aku yang tak seberapa ni berkenaan seluar Levi’s. Kenapa yerk? Senang je jawapan dia, ramai orang kat luar sana yang layari internet ni untuk tanya pasal harga seluar Levi’s la, macam mana nak bezakan yang original atau tak, mana nak beli dengan harga murah, bla…bla…bla…  Aku pun sebenarnya macam tu jugak, nak tanya segan. Nak masuk butik Levi’s pegi survey lagi la aku segan. Tak masuk akal betul tahap keseganan aku tu kan. Hahaha…. So, cara paling mudah adalah carik dekat mana-mana forum internet yang ada cerita pasal Levi’s ni dan dekat situ la aku mula paham serba-sedikit pasal jeans yang menjadik kegilaan ramai orang Malaysia ni. (Lagipun, boleh aku try-try cari market untuk buat untung kan… Hahahaha). Aku cuba kongsi apa yang aku paham dekat blog ni sebab aku tau, ramai lagi otai-otai Levi’s yang mungkin anggap perkongsian aku ni maybe picisan je. Mintak tolong tunjuk ajar la ye mana yang salah atau silap dalam tulisan aku yang tak seberapa ni.

OK, sebelum ni aku layan seluar slack tak pun seluar khaki je. ‘Sebelum ni’ tu maksudnya masa zaman belajar dan dah kerja atau lebih tepatnya sampai la tarikh 10 Januari lepas. Seingat aku, dulu masa zaman sekolah rendah, ada la sekali bapak aku belikan seluar jeans budak-budak masa time nak raya. Tapi sejak tu, tak ada pun aku pakai seluar jeans lagi walaupun yang brand cap ayam. Masa time belajar kat U dulu ada la member-member pakai seluar Jeans bundle. Time tu aku pun tak tau kenapa aku tak terdetik pun nak pakai seluar jeans. Balik-balik layan seluar chino pants jugak la untuk sekian kalinya… Lepas aku dah kerja dua tahun lebih la baru aku ada sepasang seluar jeans Levi’s. Agak lambat kan, tapi kat sinilah bermula cerita aku….

Percubaan pertama aku beli Levi’s 501 adalah dalam tahun 2010, bermula dengan belian online. Dahsyat kan cara aku starting? Hehehe… Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa la aku boleh ambik risiko dan percaya dengan belian online ni… Dah la tak boleh test sarung, silap haribulan salah saiz pulak.  Memang betul diakui yang kelemahan beli online ni kita tak boleh pegang, try pakai, tengok warna dan paling penting betul ke barang tu akan sampai kat tangan? Ternyata, itu semua memang betul sebab, first time aku beli, tak pasal-pasal aku dah kena scam. Cis… Memang malang betul la. Nasib baik la kena tipu sikit je. (tapi sikit-sikit pun duit gak kan!) Lepas tu, baru la aku sedar yang jeans original Levi’s ni takkan dapat dengan harga murah melainkan itu seluar bundle atau cetak rompak (info: ada gak seluar bundle atau lebih sedap Vintage Levi’s yang mencecah harga ratusan atau ribuan ringgit beb!).

Tak pasal-pasal, aku jadik serik nak beli jeans Levi’s ni. Tak guna betul la sebab belum apa-apa, dah kena tipu. Tak bertanggungjawab betul orang yang buat benda alah tu.  Huhuhu… Tapi walau macam mana pun, aku masih ada hati lagi nak try jugak satu hari nanti akan beli dan pakai Levi’s 501. Tapi, ada tapinya beb… Masa aku tulis ni, siang tadi baru aku berjaya paksa penjual tu untuk bank in semula duit aku… Hahaha… Teknik psikologi hantar SMS banyak-banyak sampai dia naik muak kot. Aku pun tak sangka boleh dapat balik duit tu lepas dekat setahun. Hehehe…

Nak dijadikan cerita, akhir tahun 2010 yang lepas, ada la dalam beberapa minggu aku pergi outstation disebabkan kerja. Disebabkan agak lama, dapatlah aku simpan duit sikit sebab claim elaun lebih. Inilah masanya untuk berbelanja. Hehehe… So balik je dari kerja tu, aku nekad nak dapatkan sehelai Levi’s 501. OK, aku sendiri tak tau berapa harga sehelai jeans ni kalau beli yang original kat butik atau supermarket. Lepas tu, ada ke saiz pinggang macam aku ni yang agak besar? So, macam aku beritahu awal-awal tadi, aku survey kat internet ni untuk tahu segala macam info pasal 501 ni. Lepas dah agak firm dan yakin, aku pun belilah online dari peniaga US. Perh… aku macam tak serik je bunyinya beli barang online kan? Hahaha…

Tapi kali ni memang betul-betul kejadian beb. Dari time aku buat payment, sampailah Levi’s 501 tu sampai kat tangan, cuma ambik masa dalam 12 hari tanpa kena scam lagi. Cayalah, akhirnya aku dah ada sehelai 501 selepas lebih suku abad hidup kat dunia ni! Jauh tu 501 tu travel dari Boston, US sampai Malaysia. Hahaha… OK, cukup setakat ni, nanti aku cerita lebih lanjut dalam post lain bertajuk Levi’s 501 Pertama.

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...