Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, November 16, 2014

New Old Stock NOS Levi's 501 Shrink To Fit W44 L34 Made in USA




Brand / Type: Levi's 501 Shrink To Fit Jeans Made in USA

Label Tag: W44" L34"

Other:
- NOS ~ New Old Stock / Stok lama
- Anggaran tahun pengeluaran jeans yang diiklankan: 1980-an.
- Made in USA
- Shrink To Fit
- Kain jenis berbulu
- Colour: Rigid / Indigo


Price: RM SOLD termasuk Pos Laju ke seluruh Malaysia. Saya tak buat COD. Boleh hubungi saya kalau perlukan lebih maklumat / gambar. 

Untuk pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com, WhatsApp atau SMS ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan pemilik blog ni tak ada kat darat, so nombor dia pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu 
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

Sunday, November 2, 2014

Naked & Famous Skinny Guy Tiger Camo Pants






Brand / Type: Naked & Famous Skinny Guy Tiger Camo  

Label Tag: W32" (Sila check ukuran manual dibawah!) 

Manual measurement:   
- Waist: 30" - 31"
 - Inseam: 35.75" 
- Outseam: 44" 
- Front Rise: 9" 
- Leg opening: 14"
Other: 
- Brand new with tag - Fit: Regular Rise, Skinny Leg 

- 100% Cotton

- Made in Canada - Buttonfly

- Leather patch
Price: RM 260 termasuk Pos Laju ke seluruh Malaysia

Untuk pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com, WhatsApp atau SMS ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan pemilik blog ni tak ada kat darat, so nombor dia pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu 
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

Tuesday, October 14, 2014

Servis Shopping Online Masih On Selalu! -www.5kosong1.blogspot.com-


Agak lama tak update blog ni! Last post rupanya bulan Mei 2014! Yup, seriously agak busy dengan kerja tetap. Iyelah, kadang-kadang bila pergi ke laut / offshore, nak online tu pun ada  masalah sebab ada sesetengah website yang kena block.

Tapi macam manapun, Servis Shopping Online memang sentiasa diteruskan. Cuma, iyelah, kadang-kadang respond tu agak lagging sikit.

Bagi yang tertanya-tanya, memang tuan punya blog ni masih dan sentiasa buat Servis Shopping Online! Walaupun slow, akan cuba diusahakan.

Ok, gambar bawah ni saja nak tunjuk keadaan dalam bilik yang aku jadikan stor untuk simpan kotak-kotak, parcel-parcel, bungksan-bungkusan, plastik-plastik selama buat Servis Shopping Online. Hehehe...



Yup, tengok kotak USPS yang banyak tu pun dah boleh agak yang Encik 5kosong1 ni sebenarnya membuat pengkhususan pada barangan dari website USA. Website dari Europe atau Jepun pun pernah beli asalkan seller ada buat direct shipping ke Malaysia.

Owh ye, bagi yang berminat untuk beli barangan dari oversea secara online tapi tak pasti caranya atau nak dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan perkhidmatan servis shopping online yang aku sediakan, sila klik link berikut: Servis Shopping Online.

Untuk tengok contoh-contoh barangan yang pernah di'order' oleh customer-customer aku sebelum ni, sila klik link berikut: Koleksi Gambar

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / Telegram / SMS: O12-7944748  

Saturday, May 3, 2014

Kisah: Casio G Shock DW-8300 Stargate SG-1

Masih ingat tak watak-watak bernama Colonel Jack O'Neill (~Encik MacGyver), Dr. Daniel Jackson, Samantha Carter dan Teal'c si makhluk asing?  Kalau ingat, maknanya korang suatu masa dulu pernah layan cerita fiksyen "Stargate SG-1". Lama dah tu beb, tahun 1997 / 1998. Masa tu aku baru darjah 6 dan sibuk nak exam UPSR sampaikan cikgu siap buat kelas tambahan waktu malam. Setiap malam Selasa (kalau tak silap la) aku mesti minta excuse dari cikgu untuk balik rumah awal sebab nak layan cerita tu kat TV3. Hahaha... 


Kalau nak tau, watak dalam cerita tu sebenarnya pakai jam Casio G-Shock model DW-8300 yang merupakan antara model G-Shock bersaiz besar pernah dihasilkan (ada model G-Shock lain yang  bersaiz maybe lagi besar contohnya GX56). Kalau korang try surf kat internet, kebanyakkan orang confirm akan kaitkan model DW-8300 dengan cerita Stargate SG-1. Yang menarik, model G Shock ni sebenarnya Made in Malaysia beb, bukannya Japan atau China atau negara lain!  So setiap kali ada gambar jam ni kat internet, mesti nama Malaysia tak terlepas pandang. So bagi peminat fiksyen cerita Stargate SG-1, nama Malaysia sentiasa menemani krew SG-1 dan secara tak langsung dah dibawa keluar dari planet Bumi banyak kali. Hahaha... (Pertimbangan logik akal diperlukan di sini, sila fahamkan antara fantasi, fakta dan auta yee...)




OK, aku dulu pun tak tau sangat pasal jam ni dan hubungan unik antara SG-1, jam G-Shock DW-8300 dan Malaysia. Tapi last year, ada seorang customer berminat guna Servis Shopping Online dan suruh aku bid kat eBay bagi pihak dia. Harga menang? RM 7 ratus lebih. Campur shipping dan semua sekali, jadilah RM 8 ratus lebih. Sejak tu barulah aku aware sikit-sikit tentang keunikan jam model DW-8300 ni. 


Perbandingan size dengan model jam G Shock model DW-6900 boleh korang tengok pada gambar kat bawah. Size DW-8300 memang confirm besar sikit berbanding DW-6900. In term of function, rasanya tak banyak beza antara dua model ni.



Owh ye, bagi yang berminat untuk beli barangan dari oversea secara online tapi tak pasti caranya atau nak dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan perkhidmatan servis shopping online yang aku sediakan, sila klik link berikut: Servis Shopping Online

Untuk tengok contoh-contoh barangan yang pernah di'order' oleh customer-customer aku sebelum ni, sila klik link berikut: Koleksi Gambar
 
FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748  

Thursday, May 1, 2014

Panduan Memilih Ukuran Sebenar Jeans Levi's 501 Shrink to Fit

Antara contoh soalan-soalan standard yang dah beberapa kali customer Encik 5kosong1 tanya bila diorang nak beli jeans Levi's 501 Shrink to Fit ialah: 

"Saya pakai jeans size 32", kalau nak beli Levi's 501 STF, kena beli size 34" ke? Panjangnya macam mana pulak?"

"Saya dah pakai Levi's 501 sebelum ni. Kalau beli kat butik size 32", nak kena order size yang sama ke kalau nak beli Levi's 501 STF?

"Saya berminat nak cuba pakai Levi's 501 Shrink to Fit, bro boleh tolong bagi suggestion size macam mana yang saya kena order tak?"

Seriuosly, aku rasa lemah setiap kali dapat soalan-soalan macam kat atas kalau ada mana-mana customer tanya. Sebabnya? Kalau suggestion yang aku bagi tu salah, sapa yang nak tanggung. Hehehe... Kalau jeans setakat harga bawah RM 100 ringgit, mungkin takpelah. Tapi harganya lebih dari tu, so tak syok la kan kalau bagi salah suggestion. Untuk memudahkan aku, jawapan yang biasa aku bagi ialah "Size Levi's 501 Shrink To Fit yang patut dibeli bergantung pada cara pemakaian korang, berapa kali kekerapan nak basuh jeans tu, apa eksperimen yang korang dah plan nak buat dengan jeans tu". Jawapan tak semudah just bagitau size yang perlu dibeli sebab kadar shrink boleh berubah bergantung pada cara pemakaian atau berapa kerap korang nak basuh.

Kalau plan tak nak basuh jeans tu langsung, silalah beli jeans macam size yang korang biasa pakai atau ada suggestion lain yang mengatakan beli jeans yang sizenya lebih kecil / kurang satu size berbanding yang korang pakai (disebabkan jeans boleh meregang). Length atau inseam terpulang pada korang, sama ada nak beli yang lebih panjang sikit atau beli saja panjang yang macam biasa.

Kalau plan nak basuh jeans tu selalu, silalah beli size lebih besar dan inseam lebih panjang. Berapa inch lebih? Sila tengok gambar kat bawah:


Fitting guide macam gambar kat atas boleh membantu korang pilih saiz yang sesuai untuk Levi's 501 Shrink to Fit sebab benda ni disediakan Levi's sendiri. Tapi jangan lupa, benda ni namanya pun guide (panduan) dan tak semestinya tepat 100%. Sila gunakan budi bicara sendiri semasa nak memilih saiz.

Bawah ni aku ada jumpa gambar lain yang menarik untuk ditengok. Gambar disediakan khas oleh company Levi's special untuk mereka yang plan nak angkat Levi's Vintage Clothing 501 Rigid (ala, macam Levi's 501 STF jugak la)...




Alang-alang dah jumpa page ni, sudilah apalah kiranya dapat meluangkan masa kurang dari 2 saat untuk klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748  

Sunday, March 23, 2014

Nudie Jeans Average Joe Recycle Dark Worn W28 L30





Type: Nudie Jeans Average Joe Recycle Dark Worn 

Label Tag: W28 L30 (Sila check manual measurement) 

Manual Measurement: Waist: 28" Inseam: 30" Outseam: 40.5" Front Rise: 9.5" Opening Leg: 14" 

Details: 
-Style: Average Joe
-Prewash / preshrunk jeans
-100% Cotton
-Brand new with tag
-Blue back pocket embo
-Button fly
-Made in Italy 

Price: RM SOLD sahaja termasuk Pos Laju.

Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1. 

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih. 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu 
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Friday, March 21, 2014

Ke Tempat Sejuk: Long John, Winter Jacket, Winter Vest, Sweater, Beanie, Scarf, Earmuff, Buff, Gloves, Winter Socks

OK, entry yang ni sekali lagi tak ada kena-mengena langsung dengan jeans atau denim, tapi lebih kepada apa yang aku hadapi masa blog ni 'senyap' 3-4 bulan lepas. Aku tiba-tiba terasa nak share pengalaman tak seberapa aku sebab masa aku tak ada 3-4 bulan tu, sebenarnya aku bekerja dan berada kat negara orang. Tempat aku pegi tu agak sejuk walaupun takdelah sampai jumpa salji. Paling rendah suhunya pun setakat pernah cecah -1 sebab pada kebanyakkan masa, suhunya maintain bawah 10 - 15 degre C. Bolehlah kata lebih sejuk dari suhu terendah yang kita boleh set kalau guna aircond (sebab kalau tak silap aku, aircond kat Malaysia biasanya 16 deg C paling sejuk). So kalau korang nak pegi tempat yang lagi sejuk sampai suhu cecah -10, -20, -30 degree C, nak pegi berski, nak pegi main salji atau dah berkali-kali pergi tempat sejuk atau memang korang duduk berhijrah atau belajar kat negara yang ada musim sejuk, entry ni kiranya macam sangat entry level dan tak berapa nak membantu sangat. Mungkin kena pegi search entry lain la nampaknya sebab mungkin ada lagi blogger kat luar sana yang lebih mahir dan mungkin juga pernah share pengalaman diorang.

Aku saja buat entry ni sebab masa nak pegi tu, aku search internet jugak apa pakaian yang nak kena sediakan berdasarkan apa yang member bagitau. Tapi faham-faham la, kita dari negara yang pada kebanyakkan masa suhunya setakat 27 - 35 deg C. Bila member bagitau suhu boleh turun bawah 10 degre, aku pun tak boleh nak bajet sejuknya tu macam mana sebab ni first time untuk aku (ye la, takkan nak pegi masuk peti sejuk & stay sejam dua). So, persediaan yang aku buat pun setakat la la la... Masa aku dah terkena cuaca sejuk tu, time tu la baru terfikir, apasal la aku tak bawak benda / pakaian yang sepatutnya untuk protect badan aku dari kesejukan.

Tapi bagi yang langsung tak ada idea, boleh la agak-agak apa benda yang korang kena sediakan kalau nak pegi ke tempat sejuk. Owh ya, aku share pengalaman ni berdasarkan situasi: orang yang pada kebanyakkan masanya kena bekerja kat luar bangunan dan terdedah pada suhu sejuk ni berjam-jam lamanya dengan suhu pulak sekitar 0-15 deg C. Kalau korang just spend banyak masa duduk dalam bangunan atau tempat terlindung, mungkin sesetengahnya tak applicable sangat kot. So, fikir-fikirlah mana yang nak kena sedia. Nak beli dan keluarkan duit satu hal, nak bawak pun satu hal lagi. Ok lah, aku senaraikan kat bawah apa yang mungkin diperlukan:
 
Long John - Senang kata Long John ni umpama pakaian dalam. Bagus untuk bagi first thermal protection kat badan kita. Terdiri daripada satu sut baju dan seluar. Material bergantung pada choice dan kemampuan sebab ada beberapa jenis material yang harganya berbeza-beza. Masa beli dulu, aku angkat dua set yang berbeza material: 100% cotton dan juga 100% campuran cotton & wool. Aku ingat lagi masa promoter kedai tu tanya aku nak pegi mana, aku pun cakap la suhu kat tempat yang aku nak pegi tu boleh cecah sekian-sekian berdasarkan input yang member aku bagitau. Dia just recommend 100% cotton sebab katanya dah good enough untuk aku. Tapi mungkin aku terlupa cakap kot yang aku kena stay out kat luar berjam-jam. Nasib baik la aku angkat jugak yang jenis wool sebab sudahnya yang 100% cotton tu langsung tak membantu. Long John ni nampak macam simple dan macam tak ada apa sangat, tapi kalau dah beli, korang boleh try sarung kat suhu bilik Malaysia dan aku jamin, tak sampai satu minit dah boleh berpeluh. Mungkin kalau demam, boleh la try sarung Long John ni untuk bagi cepat berpeluh. Hehehe... Harga Long John kat Malaysia: RM seratus lebih dan boleh mencecah RM dua ratus lebih (bergantung pada material dan brand) untuk satu sut seluar dan baju. Ada jugak yang jual asing-asing seluar dan baju, dan ada jugak yang jual satu set terus. Kalau beli online dari oversea, harganya tak semahal tu sebenarnya. Aku rasa harganya agak mahal disebabkan Long John ni bukannya pakaian 'ruji' rakyat Malaysia, sebab tu la kot jadi mahal.


Thermal Long John

Winter Jacket, Winter Vest & Sweater - Tak perlu dihuraikan. Pakaian yang wajib ada bila pergi ke tempat sejuk. Pada pendapat aku, kenalah fit to purpose dengan apa yang akan dihadapi. Bagi yang kena kerja luar kat site macam aku, tak semestinya ada yang paling tebal, tapi seeloknya prepare dengan material yang sesuai sebab korang boleh je pakai beberapa lapis baju (long john, sweater, jacket) untuk protect badan tu. Kalau beli yang sangat tebal atau menggelembung, maybe agak susah dan kurang flexible untuk bergerak. Sebab tu ada masanya better pakai winter vest untuk bagi kebebasan pada tangan untuk bergerak. Cadangan berdasarkan apa yang aku dah hadapi: sila cari yang jenis wind breaker (kolar tinggi) atau ber'hood' sebab yang membuatkan kita kesejukan tu kadang-kadang lebih kepada angin sejuk yang bertiup, bukannya suhu persekitaran semata-mata. Dan jangan lupa, cari yang water proof! 

Winter Vest
Beanie, Earmuff, Scarf, Balaclava - Otak manusia letaknya pada bahagian kepala -> tu semua orang tau. Sebab tu apa yang berlaku pada kepala atau bahagian badan yang berdekatan dengannya (telinga, leher) kadang-kadang dapat mempengaruhi tindak balas keseluruhan badan. Kalau kepala dibiarkan sejuk, otak secara automatik akan bagitau seluruh badan yang kita berada dalam kesejukan. So, kenalah protect kepala dengan beanie (atau topi), telinga pulak dengan earmuff - (kalaulah tak ada beanie, sebab beanie pun boleh guna untuk protect telinga) dan leher dengan scarf. Atau boleh jugak beli balaclava (tutup semua dan ada opening kat bahagian mata atau mulut). Hari tu aku beli balaclava tapi sudahnya kurang digunakan sebab tak berapa nak praktikal disebabkan aku rasa lemas dan terasa macam nak buat jenayah pulak. Hehehe... Sebenarnya balaclava pun boleh di'modifed' jadi beanie. Tapi time tu yang peliknya ialah aku tak buat pun. Huhuhu... 

Beanie
Winter Earmuff
Scarf
Balaclava
Buff - Ok, Buff sebenarnya adalah nama brand dari USA. Produk yang diorang jual tu designnya simple je: kain flexible yang berongga. Yang panjang boleh guna untuk macam-macam jenis application: tutup kepala macam bandana, buat macam balaclava, balut leher, buat macam kopiah > apa sahaja. Untuk pakai hard hat (topi keras), aku rasa ini pilihan terbaik sebab kainnya tak terlalu tebal tak macam beanie. Boleh diguna pada musim sejuk atau panas. Barangan Buff ni aku tak ada time tu sebab tak sempat nak cari. Tapi bila tengok member-member pakai, aku rasa Buff ni agak praktikal untuk orang yang kerja macam aku.

Buff
Winter Gloves - Untuk buat kerja kat site, sila cari yang betul-betul fix, melekap kat tangan. Aku time tu terbeli jenis fabrik fleece yang agak lebar. Memang sedap pakai, tapi agak useless sebab macam terbesar sikit so susah nak pegang barang, HP, walkie talkie dan memang melecehkan. Kalau dapat jenis kulit lagi bagus kot. Yang penting, cari gloves yang memang boleh bagi thermal protection dan water resistant. Idea lain, mungkin boleh pakai dua lapis gloves. Dalam wool atau cotton, luar pakai jenis fleece. Satu lagi, kalau dapat cari winter gloves yang 'touch screen compatible'. Kalau tak compatible, agak sengsara jugak la nak biarkan tangan tu kesejukan semata-mata nak guna phone atau angkat call.

Winter Gloves - Touch Screen Compatible
Winter Socks: Adalah penting untuk cari stokin dari material yang bersesuaian. Kalau kita pakai yang biasa kita gunakan kat Malaysia, maybe ada masanya yang korang akan terasa kaki tu basah. Walhal bukannya basah pun, tapi sebenarnya sebab terlalu sejuk. Alternatifnya, pakailah 2-3 lapis stokin kalaulah dah tak ada sangat. Tapi, agak tak selesa la kalau dah terpaksa sampai pakai berlapis-lapis stokin.

Untuk share pengalaman korang berkaitan topik kat atas, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau komen kat bawah atau boleh hantar message ke Facebook 5kosong1. Almaklumlah, Encik penulis pun setakat kongsi pengalamannya yang setakat 3-4 bulan tu sahaja.
 
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
SMS / WhatsApp: O12-7944748

Wednesday, March 19, 2014

Harley Davidson Mens Classic Steel Black Heather Short Sleeve Biker T-Shirt Rayon Triblend BNWT



Brand / Type: Harley Davidson Mens Classic Steel Black Heather Short Sleeve Biker T-Shirt Rayon Triblend 

Other:
- Baru / Brand new with tag
- Manufactured by VF Imagewear Inc under license from Harley-Davidson Motor Co. 
- Material: Tiga kain / Triblend - 50% Poly 37% Cotton 13% Rayon
- Made in Nicaragua 
- Ada print depan dan belakang. Sila rujuk gambar kat atas. Sebelah kiri menunjukkan bahagian depan & sebelah kanan menunjukkan bahagian belakang. 
- Ada 3 2 helai untuk dijual (gambar kat atas yang size L hanya sebagai rujukan sahaja).
- (1) Label tag size S --> Manual measurement: Pit to Pit: 16.5" Length: 28.5" 
- (2) Label tag size XL --> Manual measurement: Pit to Pit: 22.5" Length: 31"
- (3) Label tag size XL --> Manual measurement: Pit to Pit: 22.5" Length: 31"
- Ada sehelai lagi size L dijual kombo dengan Levi's 501 LVC 1966 Big E Redline Selvedge Painted Red Stripe (RM 800). 

Price: RM 180 sehelai termasuk Pos Laju.

Untuk pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com, WhatsApp atau SMS ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan pemilik blog ni tak ada kat darat, so nombor dia pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu 
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

Monday, March 17, 2014

Levi's S501XX 1944 Big E Selvedge Redline W38




Brand / Type: Levi's S501XX 1944 Big E Selvedge Redline (LVC - Levi's Vintage Clothing)
 
Label Tag: W38" L34" (Sila check manual measurement di bawah) 

Manual measurement:  
- Waist: 37 - 38"
- Inseam: 31.5-32"
- Outseam: 43.25"
- Leg opening: 18"
- Front rise: 13.5"

Other:
- Made in Turkey
- Model Style Number: 44501.0059
- Big E (one sided)
- Used jeans
- Buttonly
- Kepala kain / Redline selvedge
- Poket syiling pun kepala kain / Coin pocket also redline selvedge
- Poket belakang single stitch /Back pocket single stitch
- Tiada nombor pada top waist button / No stamp number at top waist button
- Hidden rivet
- Kaki chain stitch / Chain stitch leg
- Pai kulit / Leather patch
- Arcuate menggunakan cat, bukannya benang --> tapi sudah hilang! / Painted arcuate --> Already gone!
- Cerita berkaitan Levi's S501XX LVC 1944: During World War II, to comply with wartime rationing requirements, Levi Strauss & Co. simplified the features of the 501. To save metal, fabric and thread for the war effort, the cinch back was removed, along with the watch pocket rivets and crotch rivets. What's more, the trademark arcuate stitching design was no longer sewn on, but instead painted on by hand. Dye rationing meant that the heavy-duty 10oz red ID line shrink to fitt xx denim used in 1944 was a softer shade of indigo, offset by the one sided Capital E red tab introduced in 1936.
  
Asking price: RM SOLD termasuk Pos Laju ke seluruh Malaysia
 
Untuk pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh message ke Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih.

Sunday, March 16, 2014

Jaket Carhartt Men's Duck Active / Quilted-Flannel Lined (J140) Made in USA Size XL






Brand / Type: Carhartt Men's Duck Active Jacket / Quilted-Flannel Lined (J140)

Size: XL Regular (sila check manual measurement sebab boleh kata jaket ni agak lebar)

Manual measurement:  
- Pit to pit: 29.75"
- Length (ukur dari bawah hood): 30.5"
- Panjang lengan : 19" (hujung lengan ke pit) @ 25" (hujung lengan ke bahu)
- Untuk measurement lain, sila request.

Other:
- Model / Style: J140
- Made in USA
- Colour: Carhartt Brown
- Brand NEW with tag
- Warm, versatile and rugged 
- 12-ounce, heavyweight, firm-hand, 100% ring-spun cotton duck
- Quilted-flannel lining in body, quilted-nylon lining in sleeves 
- Attached hood
- Two inside pockets
- Jaket ini sesuai untuk mereka yang bekerja di tempat yang agak sejuk disebabkan material yang digunakan.
- Berdasarkan website Carhartt: Quilted Flannel Lining (Warmest) - Brushed polyester tricot quilted to midweight polyester batting.
- Harga asal / Retail price pada website official Carhartt ialah USD 100. (Link ke official website: Carhartt Jacket J140). Kalau campur kos shipping ke Malaysia, anggaran tambahan antara USD 30 - USD 40. Jaket masih baru dan terpaksa jual disebabkan size tak sesuai. Sila check manual measurement yang diberikan.

Asking Price:  RM 420
termasuk Pos Laju ke seluruh Malaysia 

Untuk pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh message ke Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih.

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Saturday, March 15, 2014

Levi's S501XX 1944 Big E Selvedge Redline W36 L32




Brand / Type: Levi's S501XX 1944 Big E Selvedge Redline (LVC - Levi's Vintage Clothing)
 
Label Tag: W36" L32" (Sila check manual measurement di bawah) 

Manual measurement:  
- Waist: 36"
- Inseam: 31.5-32"
- Outseam: 43.5"
- Leg opening: 18"
- Front rise: 13.5"

Other:
- Made in Turkey
- Model Style Number: 44501.0064
- Big E (one sided)
- Used jeans
- Buttonly
- Kepala kain / Redline selvedge
- Poket syiling pun kepala kain / Coin pocket also redline selvedge
- Poket belakang single stitch /Back pocket single stitch
- Tiada nombor pada top waist button / No stamp number at top waist button
- Hidden rivet (back pocket)
- Kaki chain stitch / Chain stitch leg
- Pai kulit / Leather patch
- Arcuate menggunakan cat, bukannya benang --> tapi sudah agak kabur! / Painted arcuate --> Already faded!
- Cerita berkaitan Levi's S501XX LVC 1944:

During World War II, to comply with wartime rationing requirements, Levi Strauss & Co. simplified the features of the 501. To save metal, fabric and thread for the war effort, the cinch back was removed, along with the watch pocket rivets and crotch rivets. What's more, the trademark arcuate stitching design was no longer sewn on, but instead painted on by hand. Dye rationing meant that the heavy-duty 10oz red ID line shrink to fitt xx denim used in 1944 was a softer shade of indigo, offset by the one sided Capital E red tab introduced in 1936.
  
Asking price: RM 450 termasuk Pos Laju ke seluruh Malaysia
 
Untuk pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh message ke Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih. 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu 
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...