Ini ialah Part 1. Part 2 pun sudah keluar, tapi bacalah entry ni dulu. Hehehe...
Setelah lama tak bercerita dan asyik buat entry pasal jual barang, kali ni aku nak manuever sikit dari jeans dan berkongsi cerita pasal Joe Camel. First thing first, aku bukanlah perokok dan semestinya bukanlah niat aku nak promote brand rokok ni. Hehehe... Tapi cerita ni lebih kepada sejarah berkaitan Joe Camel yang sebenarnya aku kutip daripada internet jugak dan aku translate ke bahasa Lingua Franca kita, Melayu. Tanpa membuang masa, layan...
Sejarah awal...
Joe Camel atau dulunya dikenali sebagai Old Joe, merupakan maskot pengiklanan kepada rokok Camel yang dihasilkan company R.J.Reynolds. Waktu prime time Joe Camel semestinya dari tahun 1987 sampailah 12 Julai 1997 (aku ambik UPSR tahun tu, so boleh agak berapa umur aku sekarang. Hehehe...). Untuk
pengetahuan, brand 'Camel' ni dah bermula dari tahun 1913 lagi dan timbulnya idea untuk gunakan watak ni disebabkan
nak meraikan ulangtahun ke 75 penubuhannya. Ulangtahun Jubli Intan tu beb, bukan main-main. Sebab tu la diorang buat gempak-gempak kot. Hehehe...
Menurut The New York Times pulak "Joe Camel sebenarnya berasal dari Europe dan karikatur unta tu dicipta pada tahun 1974 oleh artis British, Billy Coulton. Pada asalnya, ia dicipta untuk kempen pengiklanan yang dijalankan di banyak negara."
So, sempena ulangtahun ke 75 dan bermula tahun 1988, Joe Camel akhirnya mula diperkenalkan kat USA dalam pelbagai bentuk medium pengiklanan dan tak tertakluk pada cetakan kat kotak rokok Camel sahaja. Watak Joe Camel boleh ditemui kat iklan majalah, cenderahati, poster, billboard, pakaian (termasuklah baju Rayon Triblend Joe Camel, T-shirt Joe Camel kain 50-50), etc. Satu perkara yang 'cool' pada aku ialah maskot Joe Camel ni kadangkala memakai sunglasses wayfarer kat sesetengah iklan. Gambar kat bawah ni menunjukkan sebahagian kempen pengiklanan yang dijalankan R.J.Reynolds dan bagaimana mereka berjaya sebatikan brand Camel ni dalam kehidupan masyarakat pada masa tu.
Kontroversi melanda...
Setenang-tenang air di tasik, jangan disangka tiada buaya. Dipendekkan cerita, kontroversi pun akhirnya menjengah jua. Pada tahun 1991, Journal of the American Medical Association telah menerbitkan satu kajian yang menunjukkan kanak-kanak bermula usia 6 tahun dah boleh bagi respond yang tepat bila diajukan pertanyaan pasal maskot Joe Camel. Maksudnya, kalau time tu kita tunjukkan Joe Camel kat budak-budak umur 6 tahun, diorang dengan mudahnya kaitkan Joe Camel dengan rokok, samalah macam diorang kaitkan logo Disney Channel dengan Mickey Mouse. Daripada penemuan ni, ada kemungkinan yang kempen Joe Camel ni secara tak langsung sebenarnya di'target' untuk golongan kanak-kanak jugak. Waktu itu, R.J. Reynolds jelaskan bahawa kempen mereka ni sebenarnya untuk target golongan dewasa sahaja termasuklah smokers yang gunakan brand lain.
Pada masa tu, ada anggaran yang menunjukkan bahawa, daripada jumlah rokok yang dijual secara illegal / haram kepada pembeli bawah umur, 32.8% daripadanya ialah rokok brand Camel. Rentetan daripada tu, American Medical Association telah menyuruh R.J.Reynolds untuk menghentikan kempen Joe Camel. Dah tentu la company macam ni buat tak tau dan ingkar. Bak kata orang, "buat dek je @ buat bodo je".
Sehinggalah seorang wanita, Janet Mangini membawakan kes yang mendakwa perokok remaja menyumbang USD 476 juta (juta tu beb, USD pulak tu) kepada jumlah jualan Camel pada tahun 1992, sedangkan jumlah yang direkodkan cuma USD 6 juta sahaja masa kempen bermula pada tahun 1988. R.J. Reynolds menafikan dakwaan yang kempen pengiklanan mereka ni ada kaitan dengan golongan remaja dan berpegang kepada hujah mereka sebelum ni iaitu target kempen Joe Camel ialah golongan berusia 25-49 tahun dan perokok brand lain (terutamanya Marlboro). Reaksi balas dari R.J.Reynolds dah tentulah ada. Meraka buat pulak kempen "Let's Clear the Air on Smoking" iaitu kempen dalam majalah yang hanya menggunakan tulisan dan huruf besar, menafikan dakwaan tersebut.
Tapi, Mangini telah memberikan Mahkamah satu dokumen dalaman syarikat R.J.Reynolds yang menunjukkan bahawa mereka memang berminat untuk target kanak-kanak sebagai perokok pada masa hadapan. Dalam satu presentation oleh Vice President Marketing mereka, jelas menunjukkan bahawa "golongan muda adalah masa depan industri rokok". Ini disebabkan golongan berusia 14-24 tahun akan menjadi golongan terpenting yang akan menentukan jumlah jualan mereka, sekurang-kurangnya untuk tempoh 25 tahun berikutnya. Pulak tu, ada satu memo dari tahun 1974 dari R.J. Reynolds Research Department yang menekankan, tumpuan lebih kepada golongan muda perlu dibuat kerana kebiasaannya perokok mula menetapkan brand pilihan mereka pada atau sebelum usia 18 tahun.
Akhirnya pada Julai 1997, selepas pelbagai tekanan ekoran daripada dakwaan Mangini, Congress USA dan pelbagai NGO, R.J. Reynolds akhirnya mengumumkan yang mereka akan menghentikan kempen Joe Camel. Bermula dari detik tu lah, dah takde lagi kempen yang pakai maskot Joe Camel sebaliknya digantikan dengan logo Camel (pandangan sisi) yang masih kita boleh jumpa sampai la hari ni. Company ni juga telah membayar USD 10 juta kepada San Francisco dan juga bandar California lain, yang terlibat atau bekerjasama dengan Mangini. Dana tu digunakan untuk kempen 'tak nak merokok' yang menyasarkan golongan remaja. Eleh, setakat bayar pampasan USD 10 juta, apa la sangat dibandingkan dengan keuntungan dan kerosakan yang mereka dah buat. Siot je kan...
Update 29 November 2012: Part 2 sudah keluar... Sila baca. Hehehe...
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
SMS: O12-7944748