Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, September 8, 2013

Proses Sanforization & Perbezaan Sanforized VS Unsanforized Jeans

Beberapa kali aku ditanya oleh customer dan kadang-kadang oleh si anonymous: 

"Apa bezanya sanforized jeans dengan unsanforized jeans?"

Biasanya aku sendiri terlupa dan lambat jawab terutama kalau terima SMS / WhatsApp waktu aku tengah sibuk kat tempat kerja. So, untuk catatan diri sendiri dan untuk info sharing, silalah baca entry di bawah (next time aku suruh customer baca sendiri kat blog... Hahaha):

Proses 'Sanforization': Suatu proses awal yang dilakukan pada fabrik raw denim untuk mengurangkan kadar 'shrink' atau kadar 'pengecutan' pada raw jeans terutamanya selepas basuhan pertama / first wash. Semasa proses sanforization ni, fabrik jeans akan di'rawat' dengan air atau stim untuk memastikan fabrik jeans tu siap sedia mengecut. Bukan setakat dikecutkan, tapi juga fabrik akan diregangkan dan dipadatkan semula semasa proses ni (sorry translation dari English ke BM dibuat macam haram sikit... Hahaha). Senang cerita, kita shrink fabrik denim awal-awal sebelum fabrik tu dipotong dan dijahit menjadi sepasang jeans.

Mesin untuk Proses Sanforization

Perkataan 'sanforization' tu sendiri macam unik. Pada aku perkataan tu macam tak English sangat. Kenapa agaknya ye? Ini disebabkan proses mengecutkan fabrik denim ni telah mengambil nama Sanford Lockwood Cluett, manusia yang bertanggungjawab mencipta proses sanforization ni pada tahun 1930. So dialah yang memegang paten bagi proses yang boleh kata penting untuk merawat fabrik. Antara company yang mula-mula apply proses ni adalah Blue Bell (sekarang Wrangler) pada model Super Big Ben Overalls yang dikeluarkan pada tahun 1936. 

So apabila jeans tu dah mengalami proses sanforization, kebarangkalian untuk jeans terus mengecut selepas kita basuh akan menjadi minimum. Kalau unsanforized jeans boleh mengecut sampai 10%, sanforized jeans sepatutnya hanya boleh mengecut antara 1-5%. Sebab tu penting untuk korang pastikan jeans yang dibeli tu (terutamanya kategori raw jeans) daripada jenis sanforized atau unsanforized. Bukan apa, jeans yang tergolong dalam kategori unsanforized (contohnya brand Samurai / Levi's 501 Shrink to Fit) memang berpotensi untuk mengecut kat bahagian pinggang dan jadi singkat kat bahagian inseam (kaki jeans) selepas dibasuh. Kenapa? Sebab proses rendaman & keringkan jeans tu boleh kata proses sanforization yang kita buat sendiri pada jeans. 

Bagi yang nak beli raw jeans dan menambahkan lagi ke'confius'an korang, kenalah ambik tau jugak yang sesetengah model raw jeans didatangkan dalam dua jenis: Raw & One wash. Paling biasa aku jumpa keadaan macam ni ialah brand Momotaro. Seller Jepun biasanya jual Momotaro model yang sama, tapi sama ada raw atau one wash. So, kenalah ambik inisiatif untuk check dulu. Kalau model Japan Blue X Momotaro & Unbranded Brand pulak biasanya jenis sanforized jeans. Tapi yang boleh aku cakap, sanforized atau unsanforized jeans ni bukan bergantung sepenuhnya pada brand, tapi pada model jeans tertentu. Maksud aku, Brand X mungkin jual model A dan model B. Tapi model A mungkin sanforized jeans, tapi model B mungkin unsanforized jeans. So tak boleh nak kata Brand X jual semuanya sanforized jeans atau unsanforized jeans. Bukan apa, kadang-kadang orang tanya aku contohnya: "Levi's tu sanforized jeans ke?" Mak aih, soalan pendek tapi jawapannya tak pendek. Bukan apa, Levi's tu kan ada banyak model... Bagitau la details sikit Levi's 501 Shrink to Fit ke, Levi's 501 preshrunk ke, etc...

Ok, cukup la setakat tu aku membebel. Bagi yang nak tau macam mana aku bereksperimen / lakukan proses 'sanforization' dengan Levi's 501 Shrink to Fit (kategori raw denim, unsanforized), boleh baca artikel berikut: Kisah Bersiri - Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX

Selain tu, boleh baca entry berikut untuk istilah-istilah jeans yang lain: Jargon-jargon / Istilah-istilah berkaitan Levi’s @ Apa yang anda perlu tahu apabila bercerita pasal Levi’s?

Antara source & rujukan: 
-Rawrdenim.com
-Wikipedia
-http://www.rpi.edu/about/hof/cluett.html
-Gambar: http://www.xhcbw.com/en/shebei2/4.html

Untuk perkhidmatan servis shopping online barangan oversea / pembelian jeans / pre-order jeans / pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor HP dia pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message. Terima kasih...

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

1 comment:

  1. Ever wanted to get free Facebook Likes?
    Did you know that you can get them AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FREE by registering on Add Me Fast?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...