OK, sebelum ni aku layan seluar slack tak pun seluar khaki je. ‘Sebelum ni’ tu maksudnya masa zaman belajar dan dah kerja atau lebih tepatnya sampai la tarikh 10 Januari lepas. Seingat aku, dulu masa zaman sekolah rendah, ada la sekali bapak aku belikan seluar jeans budak-budak masa time nak raya. Tapi sejak tu, tak ada pun aku pakai seluar jeans lagi walaupun yang brand cap ayam. Masa time belajar kat U dulu ada la member-member pakai seluar Jeans bundle. Time tu aku pun tak tau kenapa aku tak terdetik pun nak pakai seluar jeans. Balik-balik layan seluar chino pants jugak la untuk sekian kalinya… Lepas aku dah kerja dua tahun lebih la baru aku ada sepasang seluar jeans Levi’s. Agak lambat kan, tapi kat sinilah bermula cerita aku….
Percubaan pertama aku beli Levi’s 501 adalah dalam tahun 2010, bermula dengan belian online. Dahsyat kan cara aku starting? Hehehe… Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa la aku boleh ambik risiko dan percaya dengan belian online ni… Dah la tak boleh test sarung, silap haribulan salah saiz pulak. Memang betul diakui yang kelemahan beli online ni kita tak boleh pegang, try pakai, tengok warna dan paling penting betul ke barang tu akan sampai kat tangan? Ternyata, itu semua memang betul sebab, first time aku beli, tak pasal-pasal aku dah kena scam. Cis… Memang malang betul la. Nasib baik la kena tipu sikit je. (tapi sikit-sikit pun duit gak kan!) Lepas tu, baru la aku sedar yang jeans original Levi’s ni takkan dapat dengan harga murah melainkan itu seluar bundle atau cetak rompak (info: ada gak seluar bundle atau lebih sedap Vintage Levi’s yang mencecah harga ratusan atau ribuan ringgit beb!).
Nak dijadikan cerita, akhir tahun 2010 yang lepas, ada la dalam beberapa minggu aku pergi outstation disebabkan kerja. Disebabkan agak lama, dapatlah aku simpan duit sikit sebab claim elaun lebih. Inilah masanya untuk berbelanja. Hehehe… So balik je dari kerja tu, aku nekad nak dapatkan sehelai Levi’s 501. OK, aku sendiri tak tau berapa harga sehelai jeans ni kalau beli yang original kat butik atau supermarket. Lepas tu, ada ke saiz pinggang macam aku ni yang agak besar? So, macam aku beritahu awal-awal tadi, aku survey kat internet ni untuk tahu segala macam info pasal 501 ni. Lepas dah agak firm dan yakin, aku pun belilah online dari peniaga US. Perh… aku macam tak serik je bunyinya beli barang online kan? Hahaha…
Tapi kali ni memang betul-betul kejadian beb. Dari time aku buat payment, sampailah Levi’s 501 tu sampai kat tangan, cuma ambik masa dalam 12 hari tanpa kena scam lagi. Cayalah, akhirnya aku dah ada sehelai 501 selepas lebih suku abad hidup kat dunia ni! Jauh tu 501 tu travel dari Boston, US sampai Malaysia. Hahaha… OK, cukup setakat ni, nanti aku cerita lebih lanjut dalam post lain bertajuk Levi’s 501 Pertama.
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748
OK, confirm duit dari scammer tu dah masuk semula dalam akaun... Yeeehaa!
ReplyDeleteTahniah tuan, best giler baca blog tuan ni.. saya pun peminat Levis dr zaman sekolah, ting. 4 (Tahun 1991) sampailah sekarang.. bnyk dah beli.. ada gak member2 yg kaya terlebih tu bagi free.
ReplyDeleteItulah SHaiful, saya memang baru je start pakai, tapi tak sangka pulak bile tengok koleksi, dah ada beberapa helai... Bila agaknya ntah nak pakainya tu... Hehehe... But really enjoy especially experiment dengan Levi's 501 STF tu... Hehehe...
ReplyDeletebaru beli Levi's 501 STF gak....dapat besar ckit n panjang....biase la first time beli n online plak tu macam bos....dari info blog bos saya yakin barang ori...nak try bereksperimen gak..hehe great info...
ReplyDeleteTry jangan tak try... Hehehe...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBerhati-hati dengan Iklan Seluar Jeans Levis 501 Vintage dalam Facebook
ReplyDeleteNama Scammer : Elen Elaner (via id Facebook)
Platform : Facebook Group Levis Malaysia dan VTG Levis Clothing
No Telefon : +6011-19100866 / 011-19100866 / 01119100866
Tektik /modus operandi : Scammer mengiklankan barangan dalam Grup FB dan akan menggunakan akaun syarikat yang berbeza-beza untuk di bank-in. Selepas pembayaran, scammer akan berdolak-dalih untuk menghantar barangan atau menawar produk tambahan lain dan akhirnya memadam semua iklan dan block nombor anda.
Tidak pasti apa niat sebenar scammer berbuat demikian sama ada untuk tujuan joy scammer atau pun scammer mahu membeli barang dari syarikat itu menggunakan wang yang anda bayar. Anda perlu menyemak dengan owner syarikat.
Jalan terbaik sekiranya menjadi mangsa ialah membuat Laporan polis, perolehan maklumat profail syarikat telah dari mydata SSM dan memfailkan tuntutan di e-Tribunal, KPDNHEP.
Anda boleh mendapatkan maklumat owner syarikat dari profail tersebut dan perlu mencari jalan untuk berhubung dengannya bagi menceritakan hal sebenar. Sebenarnya, syarikat itu juga menjadi mangsa scammer kerana tidak mengenali scammer itu dan anda pula membawanya ke tribunal ...tapi syarikat biasanya akan memberi kerjasama untuk trace duit yang kita masuk..so ask for refund then tarik balik fail tuntutan KPDNHEP itu.