Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, July 24, 2011

Siapa nak Diskaun @ Voucher RM30???

For some reasons, aku sangat obses dengan "Total Pageviews" dekat layout sebelah kanan blog aku ni. Hehehe... Susunannya adalah di sebelah bawah "About Me" tu. Aku rasa best betul kalau dapat tengok nombor ni meningkat setiap hari... Hehehe...

So, disebabkan ke'obses'an aku ni, aku nak bagi diskaun @ voucher RM30 la dekat siapa-siapa yang boleh capture print screen masa nombor "Total Pageviews" ni menunjukkan angka "12345" atau "20000" (maknanya bakal ada dua orang yang bertuah!). Diskaun @ voucher RM30 ni adalah untuk sebarang pembelian jeans yang aku iklankan dalam blog ni atau boleh digunakan untuk servis pembelian jeans. Sesiapa nak gunakan diskaun @ voucher RM30 ni untuk beli t-shirt dengan kemeja tak valid OK... Hehehe...

Macam mana nak tebus? Senang je, kalaulah ditakdirkan korang tu orang yang bertuah untuk dapat nombor ni (12345 @ 20000) masa kebetulan singgah tengok blog aku ni, silalah capture print screen lepas tu hantar ke email address blog ni iaitu info5kosong1[at]yahoo.com, bersama dengan hari, tarikh, masa, nama penuh dan contact number korang. Lepas aku dah confirm memang betul-betul korang takde main tipu punya, bolehlah tebus diskaun @ voucher RM30 ni kat mana-mana jeans yang aku iklankan atau kalau takde jeans yang korang minat, boleh gunakan diskaun @ voucher RM30 ni untuk beli jeans melalui servis yang aku buat. 

Kena capture Print Screen macam ni!!!

Syarat-syarat lain:
-Valid untuk penghantaran dalam Malaysia sahaja... 
-Kalau nak gunakan diskaun @ voucher RM30 untuk beli jeans guna servis pembelian yang aku buat ni, tapi ditakdirkan jeans tu memang tak ada, pilihlah jeans lain yang ada... So korang akan terikat dengan syarat-syarat servis pembelian tu.
-Satu diskaun @ voucher RM30 untuk seorang individu. Bagilah chance kat member lain jugak. Takkan nak bolot sendiri kot. Hehehe...
-Tak boleh nego harga untuk jeans yang korang nak beli pakai diskaun @ voucher RM30. Hahaha... Kita slow talk la derr... Hehehe...
-Tarikh luput diskaun @ voucher RM30 adalah akan diberitahu kepada pemenangnya. Opsss, 6 bulan cukup kot. Hehehe...
-Aku ada hak untuk guna nama dan tempat asal korang untuk update nama pengunjung bertuah yang dapat diskaun @ voucher RM30. Saja nak memeriahkan lagi... Hehehe... 
-Macam mana kalau tiba-tiba ada dua individu yang hantar print screen dengan nombor yang sama? Selaku penganjur (perh, dah macam peraduan besar la pulak), akulah yang paling berhak untuk tentukan mana satu yang sahih. Sebab itulah kena bagi sekali tarikh dan masa bile korang capture print screen tu. Untuk pihak yang tak layak, aku akan bagi bukti yang menunjukkan dia penipu. Nak lagi best aku citer kat sini (tapi nama samaran la)... Padan muka! Hehehe...

So rajin-rajinkanlah melawat blog ni, baca dengan kekerapan 40 atau 50 kali sehari secara berulang-ulang untuk dapatkan diskaun @ voucher RM30 tu. Hahaha... Kalau ada sambutan, aku akan buat lagi next time pastu 'up'kan lagi nilai diskaun  @ voucher tu... Hehehe...

UPDATE: 31 Julai 2011, "Total Pageviews" sudah melebihi "12345". Ada pemenang tak? Jangan segan-segan. Hehehe... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...