Sekarang dah dekat 5 bulan kot Levi’s 501xx Shrink to Fit (STF) aku berjaya dipakai. Kesan lusuh makin nampak, tapi macam mana sekalipun, still nampak belum terlalu buruk… Cuma tak bestnya satu je, aku tak suka sangat dengan tahap kelonggarannya… Bahagian punggung tu nampak buruk pulak sebab sekali tengok macam pakai jeans tersalah beli saiz. Persoalannya, aku makin kurus ke atau jeans ni yang mengembang instead of mengecut? Hahaha… Kenapa pulak aku kata mengembang? Sebabnya, menurut pembacaan aku kat sesetengah forum, ada jugak yang memberi suggestion supaya kalau nak beli raw jeans, just beli true to size disebabkan raw jeans ada tendency untuk mengembang ikut camana cara kite memakainya / ikut bentuk pemakai.
Tapi disebabkan aku tak pernah rendam lagi jeans ni, tu pasal kot fitting dia masih menggelebeh tahap gaban. Takpe, aku akan tengok nanti once aku dah masuk ke next phase iaitu rendaman / soaking. Bolehlah nanti tengok camana jeans nih bertindak atau bagi reaction dekat water. Rasanya dah cukup nih aku pakai untuk 5 bulan tanpa buat soaking. Mungkin jugak cara ni salah? Hahaha… Kata eksperimen, kite kenalah buat mana yang kite suke. Bile result tak mencapai tahap dikehendaki, kita start balik semula dan ikut prosedur lain pulak. Mungkin kalau tak berapa mengecut, aku kena try beli yang true to size kot? (Dah terpikir nak sambar sehelai lagi nih dengan saiz pinggang sekarang…) Hahaha...
Jap, mungkin sesiapa yang selalu baca blog aku ni perasan, sesungguhnya aku selalu je bagi alasan handphone tak boleh dihubungi sebab kena naik offshore untuk urusan kerja. So, nak tau betul ke tak sebenarnya aku selalu gi offshore nih, meh la aku upload gambar-gambar STF aku nih dekat atas helideck masa aku kat offshore… Lokasi: Laut China Selatan je… Hahaha… Tapi kalau tengok gambar, fitting memang cam haram, dan nampak sangat boroi la plak… (Biasa la makan banyak). Tapi aku bangga dengan honeycomb jeans aku beb… Balik ni rasanya aku nak kasik dia mengecut la. Bolehlah pasni tengok perbandingan samada STF nih betul-betul boleh mengecut atau tak… Cuma kat offshore ni la masanya yang aku boleh pakai seharian jeans ni tanpa rasa bersalah (selain waktu lain yang kena pakai coverall)… Hahaha… Dalam accommodation pulak sejuk memanjang, so sesuai sangat la nak pakai jeans nih lama-lama termasuklah waktu malam… STF nih yang mulanya dulu kasar sekarang dah tak sepertinya… Maknanya sekarang ni kalau aku pakai, dah tak boleh nak buat tangan aku melecet la.
Klik untuk baca Part 1 , Part 2 atau Part 4. Nak pakai 501xx Shrink to Fit boleh klik link nih plak. Hehehe...
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748
alamak..cawat dia fail..aiseyhhh
ReplyDeleteTu pasal aku cakap jeans ni menggelebeh tahap gaban... Takpe, 2 3 hari lagi aku kasik rendam dan kecutkan jeans nih. Kalau result tak bagus, kena ar angkat sehelai lagi yang kecik sikit.. Hahaha... Dulu pakai W40 preshrunk tak de ruang sangat... Aku suspect sebab sekarang aku makin kurus kot... Hahaha...
ReplyDeleteOK...Try dulu tengok camne.. hopefully ok :) kalau x ok lagi bos kena try japanese denime dah
ReplyDeleteHahaha... Aku dah soak, inseam dah shrink 3 inch... Tapi tak test fit baru camana lagi... Kena buat Part 4 untuk update nih... Hahaha...
ReplyDeletecepat2..mau tengok hasil :)
ReplyDeleteHahaha... Tunggu amik gambar dulu, baru leh update... Tapi rasanya jeans ni macam makin best... Terbukti STF boleh mengecut dengan drastiknya... Hehehe...
ReplyDeleteHello mate great bblog
ReplyDeleteHello nice postt
ReplyDelete