Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, November 13, 2011

10 Tanda-tanda Anda Gilakan Jeans?

Aku ada terbaca satu post kat internet ni yang pada aku agak lucu berkenaan tanda-tanda orang yang dah mula ada tabiat gilakan seluar jeans. So, ada baiknya aku kongsikan dan tambah beberapa point yang mungkin ada betulnya... Hehehe... Antara gejala-gejalanya:

1.Korang tiba-tiba ada tabiat busy body nak tau jenis jeans yang dipakai oleh orang lain. Caranya? Bila je nampak seorang mangsa yang pakai jeans di tempat kejadian, mulalah korang nak pegi usya jeans tu dengan cara tengok jahitan arcuate kat poket belakang untuk kenal pasti jenis jeans tersebut. Kalau tak berjaya atau tak berapa pasti, mulalah nak usya kalau-kalau boleh nampak pai / patch atau label kat belakang tu. Untuk sesetengah kes yang lagi ekstrem, mungkin korang akan directly tanya, terutamanya kalau mangsa kejadian tersebut adalah member atau saudara-mara korang sendiri. Lepas dah kenal pasti jenis jeans, mulalah nak tau jeans tu raw jeans ke, prewash jeans ke, kepala kain ke, takik cantik ke, dah alter ke, etc...

2.Korang mulalah belajar dan rajin nak ambik tahu istilah-istilah yang biasa digunakan penggemar jeans sebab korang tak nak ketinggalan bila diorang mula bercerita pasal jeans. Selain istilah, korang akan mula kaji ciri-ciri jeans, jenis kain atau material, jenis jeans, perbezaan fitting, warna atau washed, proses, etc...

3.Korang secara rutin akan pegi kat website tertentu yang bercerita pasal jeans, atau baca kat forum, tak pun memang dah join forum yang berkaitan jeans tu pun. Hehehe... Secara tak langsung, mesti banyak website berkaitan jeans yang korang dah bookmark. Dan tak ketinggalan blog 5kosong1 nih adalah salah satu daripadanya. Hahaha... 

4.Jeans tertentu yang pada mulanya korang rasakan mahal, lama-lama atau selepas beberapa ketika, korang rasa macam dah tak mahal lagi. Ini berlaku terutamanya bila korang dah start terpengaruh dengan cakap-cakap orang / atau baca kat forum pasal jeans mahal yang best dan perlu dicuba. Kalau tak cukup duit, mulalah start kumpul duit dengan tujuan nak angkat jeans tu jugak akhirnya. Kalau masih tak dapat nak beli pun, pada peringkat awalnya mesti banyak gambar-gambar jeans dari internet ni yang korang simpan kat PC. Hahaha... Untuk yang ada banyak duit pulak, korang ada banyak koleksi jeans yang entah bila la masanya nak dipakai sebab asyik beli baru je... Hehehe...

5.Lepas tu korang mesti dah tak nak beli jeans baru selain jenis raw jeans. Tak main ar jeans preshrunk / prewash lagi.  Sebabnya? Korang dah mula terpikat dengan gambar raw jeans yang orang lain kerjakan dan post kat forum. Secara tak langsung, korang dah pasang cita-cita nak ada raw jeans hasil eksperimen sendiri. Lepas tu, berangan-angan pulak satu hari nanti nak post gambar jeans hasil ekesperimen korang dekat mana-mana forum atau nak lagi syok sendiri buat je blog dan post... Opsss...

6.Kalau sebelum ni cuma kenal nama jeans yang biasa-biasa contohnya Levi's, Lee, Wrangler, Edwin, bla bla bla... lama-lama korang start pulak kenal nama jeans yang jarang didengar orang biasa contohnya Iron Heart, Pure Blue Japan, Flathead, Samurai, Evisu, Naked & Famous, Nudie, Sugarcane, Imperial, etc (terutamanya raw jeans... yup, sekali lagi raw jeans). Korang pun start terfikir, kenapalah sebelum ni tak start pakai raw jeans? Kenapalah sebelum ni bazir duit kat prewash jeans? Hehehe...

7.Kalau dulunya korang setakat beli jeans untuk pakai kat diri sendiri, tapi lama-kelamaan korang start jadi penasihat atau jadi orang yang tolong belikan jeans kat orang lain atau pun bukak bisnes jeans. Hahaha... Tak pun, korang akan mula ada koleksi jeans yang realitinya tak boleh nak dipakai pun, tapi disebabkan keunikkannya, korang tak akan relakan jeans tu bertukar tangan. Padahal dekat orang yang tak minat, jeans tu tak ada apa-apa ciri yang best atau menarik pun.

8. Agaknya kalau ada gathering dirancangkan untuk penggila jeans, mesti korang akan semestinya join gathering tu. Kalau tak ada pun, korang mula cari member yang satu kepala supaya lagi banyak cerita pasal jeans yang korang boleh kongsikan. Iyelah, boleh buat analisis sama-sama pasal jeans. Hehehe...

9. Korang akan habiskan atau luangkan masa untuk sentiasa tengok jeans korang tu (raw jeans la apalagi) dan yang pastinya akan ada rasa kekaguman dengan kebolehan korang me'rosakkan' jeans tu. Mulalah buat aktiviti yang tak masuk akal dengan jeans tu contohnya mandi laut bersama-sama, bersukan, berenang, naik basikal, tidur malam, bercamping, menebas rumput, etc. Lagi pelik, jeans tu pulak tak dibasuh untuk tempoh yang lama dengan harapan dapat wujudkan kesan fading, whisker, honeycomb, takik, etc dengan cepat ... Mulalah wujud perasaan bangga yang bersarang dalam hati kalau jeans dah lama tak dibasuh. Lagi lama, lagi bangga... Kalau orang kutuk, korang akan buat tak tau dan kalau orang puji tak payah ceritalah, makin korang sanggup nak bercerita... Hahaha...

10.Tak ada hari tanpa jeans... Hahaha, walau macam keadaan pun, mesti nak pakai jeans korang tu. Kalau tak jeans, mesti akan pakai produk lain berkaitan jeans atau denim contohnya kemeja denim, jaket denim, beg denim, etc..

11. Buat satu post tentang tanda-tanda orang gilakan jeans. Hahaha... Epik epik...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

1 comment:

  1. btol tu bro...aku tak baca abis pun..tp stuju je..hahahahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...