Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Monday, May 14, 2012

Jeans Bogel & Terkenal Berbau Raspberry? (Naked & Famous Jeans Scratch-n-Sniff Raspberry Scented Denim)

Biasanya jeans boleh berbau busuk atau berbau paing kalau korang selalu pakai, tetap nak simpan dan tak nak basuh untuk tempoh yang lama, lagi-lagi lepas dilenjan, terkena peluh, terpalit kotoran, tercemar itu-ini, bla... bla... bla... Atau bagi yang pembersih, mungkin jeans korang sebenarnya sentiasa berbau wangi sabun sebab selalu dibasuh. Atau mungkin jugak jeans tu tak bau apa-apa pun disebabkan hidung korang tersumbat disebabkan selesema. Orite, cukuplah tu aku bermukadimah selepas hampir sebulan tak buat posting... Hahaha...

Macam mana pulak kalau ada jeans yang berbau raspberry? Jangan macam-macam brader... Chop, tapi itulah kenyataannya. Brand jeans Bogel & Terkenal @ Naked & Famous memang ada keluarkan jeans berbau raspberry. Diorang memang tak pernah kering idea dan sentiasa kreatif beb dalam bab-bab kejutan berkaitan jeans ni...

Ok, jeans tu dinamakan Scratch-N-Sniff Raspberry Scented Denim dan dihasilkan mengikut cutting fit WeirdGuy. Beratnya pulak 12.5 oz. Macam mana agaknya cara yang dibuat untuk hasilkan efek bau tu erk? Orite, sebenarnya diorang ada buat coating (salutan) kat fabrik denim tu dengan sejenis coating istimewa yang mengandungi 'microcapsules' mini. Selepas melalui proses tertentu, kapsul mikro yang mengandungi 'perfume' ni akan melekat pada fabrik jeans. Bila jeans ni dipakai dan tercalar, akan terbebaslah bau raspberry tu menusuk hidung. Hehehe... Lebih kurang macam tu la serba-sedikit kisahnya.
  

Macam biasa, aku paling suka bahagian patch / pai sebab kali ni kulit tu berwarna merah. Menurut diorang, lima kali ujian basuhan telah dibuat dan efek bau raspberry tu still ada pada jeans. Tapi standardlah, berapa kerap la sangat raw jeans dibasuh... Maknanya bau ni boleh berkekalan lama melekat pada jeans.


Next time mungkin kita boleh suggest kat diorang untuk hasilkan pulak Scratch-N-Sniff Durian Scented Denim... Mesti jeans tu laris kalau jual kat Asia Tenggara terutamanya Malaysia, Indonesia dan Thailand. Bayangkan la camana erk jeans bau durian tu... Hehehe... Tapi mungkin tak payah nak susah-susah pun guna kapsul mikro. Bukan apa, cukup la letak jeans bersama-sama dengan durian kat dalam tempat tertutup. Confirm melekat bau durian tu kat jeans. Tapi tak salah pun nak buat dengan cara yang berteknologi macam guna kapsul mikro tu. Hehehe...

Bayangkan diorang tengah cium jeans bau durian. Hehehe...

Amacam penggemar raw jeans sekalian? Berminat dengan jeans perasa raspberry ni? Kalau nak tau, jeans ni boleh dimiliki dengan anggaran harga RM 650 - RM 750 (pre-order jeans). Untuk maklumat lanjut, janganlah malu dan segan untuk contact ye. Saiz yang available: W29, W30, W31, W32, W33 & W34. Cepat, sementara jeans masih ada lagi kat online seller... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...