OK, entry yang ni sekali lagi tak ada kena-mengena langsung dengan jeans atau denim, tapi lebih kepada apa yang aku hadapi masa blog ni 'senyap' 3-4 bulan lepas. Aku tiba-tiba terasa nak share pengalaman tak seberapa aku sebab masa aku tak ada 3-4 bulan tu, sebenarnya aku bekerja dan berada kat negara orang. Tempat aku pegi tu agak sejuk walaupun takdelah sampai jumpa salji. Paling rendah suhunya pun setakat pernah cecah -1 sebab pada kebanyakkan masa, suhunya maintain bawah 10 - 15 degre C. Bolehlah kata lebih sejuk dari suhu terendah yang kita boleh set kalau guna aircond (sebab kalau tak silap aku, aircond kat Malaysia biasanya 16 deg C paling sejuk). So kalau korang nak pegi tempat yang lagi sejuk sampai suhu cecah -10, -20, -30 degree C, nak pegi berski, nak pegi main salji atau dah berkali-kali pergi tempat sejuk atau memang korang duduk berhijrah atau belajar kat negara yang ada musim sejuk, entry ni kiranya macam sangat entry level dan tak berapa nak membantu sangat. Mungkin kena pegi search entry lain la nampaknya sebab mungkin ada lagi blogger kat luar sana yang lebih mahir dan mungkin juga pernah share pengalaman diorang.
Aku saja buat entry ni sebab masa nak pegi tu, aku search internet jugak apa pakaian yang nak kena sediakan berdasarkan apa yang member bagitau. Tapi faham-faham la, kita dari negara yang pada kebanyakkan masa suhunya setakat 27 - 35 deg C. Bila member bagitau suhu boleh turun bawah 10 degre, aku pun tak boleh nak bajet sejuknya tu macam mana sebab ni first time untuk aku (ye la, takkan nak pegi masuk peti sejuk & stay sejam dua). So, persediaan yang aku buat pun setakat la la la... Masa aku dah terkena cuaca sejuk tu, time tu la baru terfikir, apasal la aku tak bawak benda / pakaian yang sepatutnya untuk protect badan aku dari kesejukan.
Tapi bagi yang langsung tak ada idea, boleh la agak-agak apa benda yang korang kena sediakan kalau nak pegi ke tempat sejuk. Owh ya, aku share pengalaman ni berdasarkan situasi: orang yang pada kebanyakkan masanya kena bekerja kat luar bangunan dan terdedah pada suhu sejuk ni berjam-jam lamanya dengan suhu pulak sekitar 0-15 deg C. Kalau korang just spend banyak masa duduk dalam bangunan atau tempat terlindung, mungkin sesetengahnya tak applicable sangat kot. So, fikir-fikirlah mana yang nak kena sedia. Nak beli dan keluarkan duit satu hal, nak bawak pun satu hal lagi. Ok lah, aku senaraikan kat bawah apa yang mungkin diperlukan:
Long John - Senang kata Long John ni umpama pakaian dalam. Bagus untuk bagi first thermal protection kat badan kita. Terdiri daripada satu sut baju dan seluar. Material bergantung pada choice dan kemampuan sebab ada beberapa jenis material yang harganya berbeza-beza. Masa beli dulu, aku angkat dua set yang berbeza material: 100% cotton dan juga 100% campuran cotton & wool. Aku ingat lagi masa promoter kedai tu tanya aku nak pegi mana, aku pun cakap la suhu kat tempat yang aku nak pegi tu boleh cecah sekian-sekian berdasarkan input yang member aku bagitau. Dia just recommend 100% cotton sebab katanya dah good enough untuk aku. Tapi mungkin aku terlupa cakap kot yang aku kena stay out kat luar berjam-jam. Nasib baik la aku angkat jugak yang jenis wool sebab sudahnya yang 100% cotton tu langsung tak membantu. Long John ni nampak macam simple dan macam tak ada apa sangat, tapi kalau dah beli, korang boleh try sarung kat suhu bilik Malaysia dan aku jamin, tak sampai satu minit dah boleh berpeluh. Mungkin kalau demam, boleh la try sarung Long John ni untuk bagi cepat berpeluh. Hehehe... Harga Long John kat Malaysia: RM seratus lebih dan boleh mencecah RM dua ratus lebih (bergantung pada material dan brand) untuk satu sut seluar dan baju. Ada jugak yang jual asing-asing seluar dan baju, dan ada jugak yang jual satu set terus. Kalau beli online dari oversea, harganya tak semahal tu sebenarnya. Aku rasa harganya agak mahal disebabkan Long John ni bukannya pakaian 'ruji' rakyat Malaysia, sebab tu la kot jadi mahal.
|
Thermal Long John |
Winter Jacket, Winter Vest & Sweater - Tak perlu dihuraikan. Pakaian yang wajib ada bila pergi ke tempat sejuk. Pada pendapat aku, kenalah fit to purpose dengan apa yang akan dihadapi. Bagi yang kena kerja luar kat site macam aku, tak semestinya ada yang paling tebal, tapi seeloknya prepare dengan material yang sesuai sebab korang boleh je pakai beberapa lapis baju (long john, sweater, jacket) untuk protect badan tu. Kalau beli yang sangat tebal atau menggelembung, maybe agak susah dan kurang flexible untuk bergerak. Sebab tu ada masanya better pakai winter vest untuk bagi kebebasan pada tangan untuk bergerak. Cadangan berdasarkan apa yang aku dah hadapi: sila cari yang jenis wind breaker (kolar tinggi) atau ber'hood' sebab yang membuatkan kita kesejukan tu kadang-kadang lebih kepada angin sejuk yang bertiup, bukannya suhu persekitaran semata-mata. Dan jangan lupa, cari yang water proof!
|
Winter Vest |
Beanie, Earmuff, Scarf, Balaclava - Otak manusia letaknya pada bahagian kepala -> tu semua orang tau. Sebab tu apa yang berlaku pada kepala atau bahagian badan yang berdekatan dengannya (telinga, leher) kadang-kadang dapat mempengaruhi tindak balas keseluruhan badan. Kalau kepala dibiarkan sejuk, otak secara automatik akan bagitau seluruh badan yang kita berada dalam kesejukan. So, kenalah protect kepala dengan beanie (atau topi), telinga pulak dengan earmuff - (kalaulah tak ada beanie, sebab beanie pun boleh guna untuk protect telinga) dan leher dengan scarf. Atau boleh jugak beli balaclava (tutup semua dan ada opening kat bahagian mata atau mulut). Hari tu aku beli balaclava tapi sudahnya kurang digunakan sebab tak berapa nak praktikal disebabkan aku rasa lemas dan terasa macam nak buat jenayah pulak. Hehehe... Sebenarnya balaclava pun boleh di'modifed' jadi beanie. Tapi time tu yang peliknya ialah aku tak buat pun. Huhuhu...
|
Beanie |
|
Winter Earmuff |
|
Scarf |
|
Balaclava |
Buff - Ok, Buff sebenarnya adalah nama brand dari USA. Produk yang diorang jual tu designnya simple je: kain flexible yang berongga. Yang panjang boleh guna untuk macam-macam jenis application: tutup kepala macam bandana, buat macam balaclava, balut leher, buat macam kopiah > apa sahaja. Untuk pakai hard hat (topi keras), aku rasa ini pilihan terbaik sebab kainnya tak terlalu tebal tak macam beanie. Boleh diguna pada musim sejuk atau panas. Barangan Buff ni aku tak ada time tu sebab tak sempat nak cari. Tapi bila tengok member-member pakai, aku rasa Buff ni agak praktikal untuk orang yang kerja macam aku.
|
Buff |
Winter Gloves - Untuk buat kerja kat site, sila cari yang betul-betul fix, melekap kat tangan. Aku time tu terbeli jenis fabrik fleece yang agak lebar. Memang sedap pakai, tapi agak useless sebab macam terbesar sikit so susah nak pegang barang, HP, walkie talkie dan memang melecehkan. Kalau dapat jenis kulit lagi bagus kot. Yang penting, cari gloves yang memang boleh bagi thermal protection dan water resistant. Idea lain, mungkin boleh pakai dua lapis gloves. Dalam wool atau cotton, luar pakai jenis fleece. Satu lagi, kalau dapat cari winter gloves yang 'touch screen compatible'. Kalau tak compatible, agak sengsara jugak la nak biarkan tangan tu kesejukan semata-mata nak guna phone atau angkat call.
|
Winter Gloves - Touch Screen Compatible |
Winter Socks: Adalah penting untuk cari stokin dari material yang bersesuaian. Kalau kita pakai yang biasa kita gunakan kat Malaysia, maybe ada masanya yang korang akan terasa kaki tu basah. Walhal bukannya basah pun, tapi sebenarnya sebab terlalu sejuk. Alternatifnya, pakailah 2-3 lapis stokin kalaulah dah tak ada sangat. Tapi, agak tak selesa la kalau dah terpaksa sampai pakai berlapis-lapis stokin.
Untuk share pengalaman korang berkaitan topik kat atas, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau komen kat bawah atau boleh hantar message ke Facebook 5kosong1. Almaklumlah, Encik penulis pun setakat kongsi pengalamannya yang setakat 3-4 bulan tu sahaja.
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
SMS / WhatsApp: O12-7944748
No comments:
Post a Comment