Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Wednesday, March 12, 2014

Pengalaman Encik 5kosong1 Membeli-belah Online Dari Website Luar Negara

Hahaha... Baca tajuk dah panjang.. Ok, aku divert dari kebiasaan sebab nak bina mood buat iklan dan dimulakan dengan entry yang santai sikit. Hehehe... Bolehlah kongsi serba-sedikit pengalaman membeli-belah online dari website-website oversea. Ada macam-macam kisah, tapi aku try kongsi sebahagian yang macam menarik. Mostly cerita kat bawah ni terjadi bila aku berdepan masalah dengan seller atau barang yang dibeli. So, apa kita nak buat kalau berdepan dengan masalah semasa atau selepas pembelian? Nanti aku jawab last sekali atau maybe korang dah boleh tangkap masa baca beberapa kisah ni. So, layan dulu ~


Kisah 1: Iron Heart IH-666-XHS 25oz Selvedge Denim Slim Jean (The Devil's Fit)

Ini antara kisah yang pada aku paling menarik. Sebab tu jadi kisah no 1. Ceritanya macam ni. Ada seorang customer telah pre-order jeans Iron Heart IH-666-XHS 25oz daripada aku. Berapa harga jeans ni? USD 450. Boleh kata antara jeans paling mahal pernah aku 'beli'kan customer. USD 450 tu kalau  convert duit Ringgit Malaysia dah cecah RM seribu lebih beb.

Urusan boleh kata semuanya lancar bermula daripada beli jeans ni, sampailah The Devil's Fit ni sampai kat tangan aku. Kebetulan customer yang beli IH-666-XHS ni jenis tak main deposit, dia bayar terus full payment yang totalnya RM seribu lebih. So, dapat je jeans, aku ambik gambar lebih kurang, dan terus bungkus siap-siap dan Pos Laju hantar kat customer tu keesokkan harinya. Semuanya memang baik sampailah customer roger bagitau ada something tak kena dengan jeans ni. Apa dia? Bendanya kecik je, tapi memandangkan jeans ni mahal, kekurangan yang kecil tu bolehlah dianggap besar. Masalah pada jeans ni adalah patch / pai kulit jeans tak sama dengan gambar yang diiklankan kat website. Ikut logik, takkan ada masalah pun sebab patch tak effect langsung pada jeans. Tapi patch tu menyebabkan sedikit keraguan timbul sama ada jeans betul-betul 25oz atau sekadar 21oz. 

So aku terus email pada seller gambar patch jeans yang tak sama tu dan tanya ada tak stok jeans yang 'patch'nya sama macam dalam gambar kat iklan. Seller get back dan admit yang diorang dah buat silap. Diorang confirm jeans tu memang 25oz dan patch yang dipasang kat jeans tu dah salah. Yang bestnya, seller bagi satu penyelesaian yang aku tak terfikir langsung. Diorang offer 10% diskaun + akan pos patch yang sepatutnya kat aku. Sebenarnya kalau nak kena pulangkan jeans tu ke seller, kos shipping boleh cecah RM 100 lebih beb dan lepas tu seller kena tanggung sekali lagi kos shipping ke Malaysia. So aku boleh kata itu memang penyelesaian terbaik. Win - win situation...




Kisah 2: Levi's 501 Shrink to Fit Rigid Indigo

Aku ada order satu helai Levi's 501 STF size besar. Ini pun aku orderkan untuk customer. Lepas hampir 2 minggu, seller masih tak bagi tracking no. Sebaliknya aku dapat message dari seller yang mengatakan jeans size besar dalam stok dia dah abis dan mungkin akan ambik masa lagi dua minggu lagi. Perh, kalau tunggu dua minggu, mau terlepas tempoh dua ke tiga minggu yang aku janjikan kat customer. Itu pun sebenarnya dah memang tak sempat sebab tempoh seminggu mana sempat jeans nak sampai Malaysia kecualilah pakai pos yang mahal. So, seller ada tanya sama ada aku nak fully refund, teruskan menunggu atau gantikan dengan model Levi's lain contohnya Levi's 505, 550 atau 560.

Kalau refund memang OK, tapi dah membazir dekat dua minggu masa menunggu. Silap hari bulan, aku takkan dapat amaun yang sama (dalam RM) disebabkan faktor tukaran matawang. Dah tentu tiga option yang seller bagi tu bukan pilihan aku. Hahaha... Aku pun 'survey'lah barangan lain yang dijual seller dan akhirnya ada satu beg vintage Levi's yang harganya lebih mahal USD 30 dari harga jeans yang aku order tu. Aku reply message seller dan try pancing tanya boleh dapat special price tak untuk bag Levi's tu. Mungkin sebab seller dah rasa bersalah, so diorang happy untuk swap jeans dengan beg tu tanpa perlu bayaran kos tambahan. Sekali lagi 'win situation' untuk aku. Yang tak 'win' dalam kes ni ialah seller jeans tu dan customer aku yang terpaksa tunggu lebih daripada tiga minggu untuk dapat jeans yang dah diorder. Bukan apa, aku terpaksa beli dari sumber lain untuk gantikan. Sorry banyak-banyak untuk customer yang terlibat tu. 



Kisah 3: Levi's 501 LVC W38 L38

Kes yang ni melibatkan urusan beli / bid barang kat eBay. Aku bid jeans ni sebab tertarik dengan Levi's LVC size pinggang 38" yang tertulis pada description. Bukan senang aku nak jumpa Levi's LVC size besar kat eBay. Kalau ada pun, jeans Levi's LVC size besar biasanya dijual dengan harga premium. Aku berjaya menang bid dan tak sampai dua minggu, jeans dah sampai kat tangan aku.

Dengan semangat berkobar-kobar, aku try pakai jeans ni dan... Damn, jeans tak muat. Takkan dalam masa dua minggu aku dah gemuk banyak. Tak logik dan panas hati. So aku buat ukuran manual dan terbukti, size jeans sebenarnya memang lebih kecik daripada apa yang seller tulis kat description advertisement eBay tu. Aku open eBay case untuk menyatakan ketakpuasan hati. Tapi tak sampai satu hari, aku dah cool down balik dan tutup eBay case tu dengan harapan mungkin boleh jual jeans tu kat customer aku yang mungkin berminat. Seller tu pulak boleh buat donno je macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku biarkan dulu dan lepas seminggu lebih, aku bagi rating negative feedback untuk transaction eBay tu.

OK, bagi yang biasa berurusan dengan eBay, mesti korang tau effect negative feedback ni kat reputasi seorang seller. Dah kena negative feedback, barulah seller tu tersedar dan mula contact untuk minta maaf, offer partial refund dan request supaya aku tukar balik feedback tu daripada negative kepada yang lain. Sebenarnya, aku pun asalnya takdelah nak bagi negative feedback sebab aku sendiri dah closed case tu. Tapi disebabkan sikap seller yang buat tak endah langsung, tu yang buat aku rasa tak boleh lepaskan seller sewenang-wenangnya. Dipendekkan cerita, aku akhirnya accept offer seller tu untuk dapat partial refund dan revise negative feedback tu jadi yang lain.

Sekali lagi win-win situation untuk aku dan seller. Hehehe... Satu peringatan ikhlas kat sesiapa yang baru nak main eBay, janganlah korang sesuka hati nak bagi negative feedback kat seller sebab kadang-kadang kesannya tak habis pada transaksi tu. Mungkin korang pernah nampak iklan kat eBay yang terang-terangan tulis diorang tak terima / block buyer dari Malaysia, tak nak hantar ke Malaysia, atau tetapkan syarat tambahan untuk buyer dari Malaysia. Yang akan terkena akhirnya adalah buyer lain dari Malaysia yang mungkin tak dapat nak beli barang 'baik' dari seller tersebut. Selalunya aku jumpa iklan macam ni dekat seller yang jual baju vintage. Tak caya boleh try tengok sendiri kat eBay tu. Kadang-kadang aku sendiri tiba-tiba rasa malu sebab dalam banyak-banyak negara, kenapalah nama Malaysia yang diorang mentioned. Kalau untuk benda baik takpe, tapi ini sebaliknya. Huhuhu...



Kisah 4: Levi's 501

Ada dua kes aku rangkumkan. Tapi dua-dua berkaitan dengan Levi's 501 yang hilang dan tak sampai kat tangan aku. Sebelum ulas lanjut, meh aku cerita sikit pasal khidmat USPS (United States Postal Service). Kalau nak tau, tak semua khidmat penghantaran dari USA yang menggunakan USPS boleh kita track 100% dari tangan seller sampailah kat tangan kita. Kebanyakkannya cuma mampu di'track' sampai setakat airport di USA. Lepas tu korang tak kan ada apa-apa khabar berita dan cuma mampu berharap abang Posmen akhirnya akan hantar parcel kepunyaan korang. Kalau nak yang 100% boleh track sampai tangan korang, dah tentu kena bayar lebih!

OK untuk dua kes yang pernah aku alami sebelum ni, tracking pulak bukannya 100% dari seller ke tangan aku. Satu memang missing in action selepas parcel tu dah tinggalkan airport USA dan satu lagi memang dari awal tak dapat nak track dalam website USPS. Untuk yang first tu, nak tak nak aku terpaksa tanggung kerugian sebab parcel memang dah selamat keluar dari USA kalau berdasarkan tracking no. Hilang kat mana tak dapat pulak aku nak buktikan. Sampailah hari ni tak tau kat mana jeans tu berada. Huhuhu...

Yang second tu aku memang request refund sebab tracking yang seller bagi memang tak valid sejak awal. Disebabkan aku dapat buktikan kat seller yang tracking number tu tak valid, seller akhirnya tanpa banyak soal pulangkan balik jumlah yang aku dah bayar untuk beli jeans tu. 

Apa yang aku pelajari dari dua kes ni, kalau barang yang dibeli tu sangat mahal, adalah lebih baik keluarkan duit lebih untuk gunakan khidmat pos yang boleh 'track' barang 100% dari alamat asal sampailah barang tu sampai kat tangan. Kalau tak, memang agak berisiko dan kena relakan hati untuk tanggung kerugian. Hehehe...


 
Kisah 5: Jeans Selvedge Made in Japan

Kisah last ni berkaitan satu lagi urusan pembelian dari eBay yang seriously buat aku panas hati. Jeans ni aku belikan untuk seorang customer, bukan untuk diri sendiri. Kenapa aku panas hati? First, seller eBay tu hantar jeans lambat dari tarikh yang sepatutnya. Seller hanya hantar jeans selepas aku follow up tanya bila nak hantar. Second, bila aku dapat jeans tu, jeans berada dalam keadaan kotor: siap ada kesan kotoran tanah, bulu haiwan dan berbau tak best. Aku boleh kata, inilah used jeans yang paling kotor pernah aku dapat.

Berlainan dengan Kisah 3 kat atas, aku straight away bagi negative feedback kat seller dan bagi komen "Stinky jeans, come with dirt & animal hair. I'm not happy at all. Deserve -ve". Seller dari oversea tu tak puas hati dan PM aku dengan carutan dan panggil aku dengan panggilan yang memang macam haram. Dia siap bagitau bulu haiwan tu adalah bulu anjing dan suruh aku bersihkan jeans tu sendiri. Aku memang 100% sakit hati tapi aku balas dengan cara sarcastic, bukannya balas dengan kutukan. So, ada la beberapa kali respond dan reply antara aku dan seller. Akhirnya seller tu mintak aku jangan PM dia lagi. Seller tu sendiri yang yang start bikin panas, last-last dia pulak yang tak tahan dengan cara sarcastic aku reply PM dia.

Dalam kisah terakhir ni, maybe ada yang cakap cara aku tu tak wajar dan sangat berlainan dengan apa yang aku dah tulis dekat Kisah 3 kat atas. Tapi aku buat macam tu sebab common sense + geram dengan sikap sambil lewa dan kurang ajar seller yang langsung tak ada perasaan hormat dekat pembeli. Common sense yang aku maksudkan ialah: kalau nak bagi barang kat orang lain, takkan nak bagi dalam keadaan tak sempurna atau kotor! Barang tu pulak bukannya free, tapi ada harga yang sudah dibayar. Silalah ambil inisiatif untuk bersihkan dan bagi dalam keadaan terbaik. Dalam situasi ni, seller eBay tu tak ada perasan logik dan sangat negligence!

Sebagai manusia biasa, aku memang tak boleh terima bila orang panggil kita dengan panggilan yang tak sepatutnya. Disebabkan itu, aku takkan pernah menyesal bagi seller tu negative feedback! Kalau boleh, aku nak bagi seller tu negative feedback lagi dan lagi! Aku tak akan revise negative feedback tu sebab sikap kurang ajar seller tu! Kalau dia nak block buyer dari Malaysia, silakan. Sangat tak berbaloi untuk berurusan dengan seller macam tu lagi. Biarlah aku sorang yang dah terkena, janganlah ada lagi orang Malaysia lain yang terkena untuk second time.
 
Penutup
So, menjawab balik persoalan yang aku utarakan pada awal-awal tadi, jawapan sebenar kalau kita ada masalah semasa dan selepas pembelian adalah: KOMUNIKASI! Dengan komunikasi, kebanyakkan masalah boleh diselesaikan! Dengan komunikasi yang salah, memang akan ada masalah yang tak mampu diselesaikan sampai bila-bila pun (merujuk kisah last). Huhuhu...

Tapi syukur, setakat ni kebanyakkan masalah yang aku alami semasa dan selepas pembelian dapat diselesaikan. So bagi korang yang tak nak susah-susah hadapi masalah-masalah yang mungkin tak dijangkakan boleh berlaku, bolehlah gunakan Servis Pembelian yang aku tawarkan... Hahaha... Promote di situ! 

OK, alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik ye... Hehehe...
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...