Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Wednesday, May 11, 2011

Cara Penghasilan Jeans Levi’s

Menyelam punye dive punye terjun tiruk, terjumpalah aku satu website yang bercerita cara-cara menghasilkan jeans Levi’s. Kalau korang usha website Royal Alberta Museum / Piece by Piece ni, majoritinya makcik-makcik je yang buat jeans Levi’s tu sebenarnya. Kagum gak tengok kepantasan dan kecekapan diorang buat ukuran, potong, jahit, pasang rivet, etc untuk ubah segulung denim sampai la jadik sehelai jeans. Erm... agak-agak daripada segulung besar kain denim tu, berapa agaknya yang akhirnya bertukar jadik Levi's Big E erk? Hehehe...

Website ni sebenarnya bukan setakat menceritakan cara nak buat jeans Levi's, tapi jugak merekodkan hari-hari terakhir sebelum Levi’s tutup kilang diorang yang bernama Great Western Garment kat Edmonton, Kanada. Aku copy gambar daripada website tu kat dalam blog ni dan korang boleh tengok step by step macam mana jeans tu dibuat. Kalau nak penerangan detail setiap gambar, boleh rujuk kat link yang aku dah bagi tadi, dan klik untuk tengok gambar yang lebih besar.




Agak sedih makcik-makcik tu bila Levi’s nak tutup kilang diorang. Ye la, benda ni melibatkan periuk nasik, sapa tak sedih. Tapi kalau korang perasan, tak banyak pun muka orang putih yang kerja kat kilang tu. Yang banyak muka orang Asia yang terdiri daripada imigran-imigran yang berhijrah ke Kanada. So, orang Asia tetap terbaiklah senang cerita. Patut la jeans yang mantap-mantap banyak gak datang dari Asia… Jepun la terutamanya. Mungkin sebab orang Asia lebih kita teliti kot? Tapi yang tiruan pun banyak dari Asia. Huhuhu… itu the bad side la.



Macam mana pun, aku tetap salute la ke’terer’an diorang buat jeans Levi’s tu. Bagus gak ada website macam ni yang kongsikan cerita di sebalik tabir pembuatan jeans Levi’s. At least, boleh ar tengok betapa pantasnya nak jahit arcuates kat poket belakang tu. Hehehe…


P/S: Jangan lupa, usha-usha barang yang available for sell kat blog aku ni tak pun servis pembelian. Hehehe…

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

3 comments:

  1. ble la gua nk start wt cmni....hehehe

    ReplyDelete
  2. Usaha tangga kejayaan... Bilalah saya pulak nak ada kedai jeans ni... Hehehe...

    ReplyDelete
  3. Taruk nama 'Lebai'

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...