Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Saturday, May 7, 2011

"Tarik" Jeans Made in Malaysia

Patch Tarik Jeans
OK, kali ni aku bukan nak citer pasal jeans Levi’s, tapi "Jeans Tarik", jeans buatan Malaysia! Jeans Made in Malaysia beb! Excited la pulak aku… Hahaha…

Jeans Tarik masih belum dikeluarkan lagi secara rasminya (masa artikel ni ditulis), tapi gambar-gambar jeans ni dah boleh tengok kat Facebook diorang. Website diorang pun ada jugak tapi setakat ni website Tarik Jeans just beritahu coming soon, “Almost time for the pull” = Sedikit masa lagi kite tarik! Hehehe… Kirenya fresh dari ladang la kot kalau dapat barang sehelai dua jeans ni.

Patch dia memang cun abis, gambar orang tengah menarik teh tarik, sesuai la dengan namanya… Aku rasa kalah design patch Levi’s, Samurai, Naked & Famous, etc. Rasanya Jeans Tarik ni jenis raw @ non sanforized @ shrink to fit kot, dan bukannya jenis preshrunk @ prewash. Tapi maybe gak nanti ada dua-dua jenis sekali. Kita tunggu dan lihat jelah. Yang pasti, ada redline selvedge @ kepala kain kalau tengok dalam gambar… Tapi yang ni maybe untuk special edition je kot. Ataupun diorang mungkin nak ikut stail Evisu, semua selvedge? Entah? Entah? Entah?

      

Pasal logo Tarik tu, ada bahaya sikit la pada aku sebab menyerupai sesuatu kalimah. Letaknya pulak nanti kat bahagian poket belakang yang kita akan dudukkan. Tapi rasanya krew Tarik Jeans dah maklum pasal ni kalau ikutkan komen diorang kat Facebook. Baguslah kalau diorang dah take note! Mungkin tak sedar kot masa first design dulu. Anyway, elakkan sebelum masalah terjadi…


Setakat nih, diorang cuma dah start jual jacket, jeans belum lagi. Aku harap bila keluar secara rasmi nanti, harganya bersesuaian la dengan kualiti dan yang penting ada saiz aku… Untuk krew “Tarik Jeans”, jangan lupa buat seluar jeans dengan size W40 atau W42 yang bukan cutting skinny atau slim fit (manalah tau korang baca post nih kan). Janganlah semua cutting & saiz untuk orang-orang yang slim & skinny je… Kalau takde, buat la sehelai yang special untuk saiz aku… Hahaha… Nanti aku boleh buat komen macam yang aku buat untuk Levi's 501 STF kat blog ni. Hehehe...Pergh... memang terTarik aku nak beli dan pakai!

Iklan: Jangan lupa check barang Available for Sale kat blog ni & Servis Pembelian. Hehehe... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

5 comments:

  1. To Tarik Jeans Crew, terima kasih sebab backlink dari Facebook sebabkan trafik ke blog nih meningkat... Hehehe... Cayalah, moga maju jaya!

    ReplyDelete
  2. no bro.thank you bro.sudi tulis pasal kami.nak tengok tak jeans2 in yang tengah work in progress bro?

    ReplyDelete
  3. Wow... Menarik tu... Hehehe... Kat mana tu bro? Orang ajak kite terima je... Hehehe...

    ReplyDelete
  4. saya ada bikin review untuk Black Pocket from tarik jeans.

    http://mynudieproject.blogspot.com/2012/03/black-pocket-raw-from-tarik-jeans.html

    start nak beli jean keluaran mereka lepas saya baca artikel bro ni

    thanks a lot sebab blog bro ini banyak bantu bagi penjelasan sedikit sebanyak tentang raw denim

    ReplyDelete
  5. Kalau camtu, Tarik Jeans kena bagi saya komisen sket nih... Hahaha... Tapi takpelah, cerita kat atas antara yang banyak tarik trafik ke blog saya... Hehehe...

    Harap in future Tarik Jeans buat saiz yang besar dan tak skinny / slim fit / tak low rise > senang kata buat untuk orang berbadan besar... Hahaha... Kalau sebenarnya dah ada, nampaknya saya yang kurang update nih... Hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...