Tahun lepas aku ada cerita pasal satu jeans buatan Malaysia yang dinamakan "Tarik" Jeans. Tapi kali ni, aku nak bercerita pulak pasal satu lagi brand jeans dari Malaysia iaitu "CheeseDenim" dengan slogan diorang = Non-Expiring Melekit Melt Di Kaki!
Bagus... Bagus... Nampaknya semakin rancak orang-orang Malaysia yang mula mengeluarkan jeans buatan tempatan dan secara tak langsung, membuatkan kita secara tak langsung support barangan buatan Malaysia @ Made in Malaysia. Bukan apa, balik-balik jeans dari luar negara, balik-balik dari luar negara! Sesekali, nak juga rasa jeans buatan Malaysia yang bagus dan mantap.
OKlah, untuk CheeseDenim ni, diorang ada keluarkan beberapa cutting @ fitting jeans antaranya: Low Rise Skinny Fit, Low Rise Stretch Skinny Fit dan Low Rise Slim Straight, yang dinamakan sebagai Stiffy, Strechy, Swaggy (untuk si gadis), Stiffy14 dan Strechy13. Material jeans pulak adalah 100% cotton untuk Stiffy dan Stiffy14, sementara 98% Cotton + 2% Elastane untuk Strechy, Strechy13 dan Swaggy. Berat material CheeseDenim jeans dalam range 10-14 oz. Ikut kefahaman aku la, nombor kat Stiffy14 dan Stechy13 tu sebenarnye merujuk pada weight jeans tu. Pasal harga pulak agak berpatutan iaitu masih dalam range RM 1++ lagi masa aku tulis entry blog ni.
Apa yang aku suka sangat pasal CheeseDenim ni ialah sebab diorang ada keluarkan raw jeans dalam saiz yang besar up to W42 (model Stiffy14)... Haaa, macam ini lah yang kita mahukan! Kalau tak, takdelah peluang orang bersaiz extra macam aku ni nak pakai raw jeans brand lain pada harga yang berpatutan. Iyelah, Levi's 501xx dah RM 2-3 ratus lebih, Evisu dah RM 1k, Iron Heart pun almost RM 1k... (Ini aku include contoh brand yang ada saiz W40). Mana lagi aku nak jumpa raw jeans saiz besar dengan harga just RM 165? Hehehe...
So kelak, akanku angkat sehelai Stiffy14 yang beratnya 14oz, berwarna indigo, dengan jahitan chain stitch di kakinya, lakukan penderaan terhadapnya, belasah ia, pakai ke sana ke mari, bawa ia ke offshore, tidur melekat sekali dengannya, dan update kat sini sebagai tambahan kat cerita bersiri Levi's 501xx STF tu... Hehehe... (Erm... CheeseDenim, mintak special price boleh?) Hahaha...
UPDATE (Feb 2012): Ermm... Setelah aku buat kajian sikit (based on sizing chart diorang), Stiffy14 saiz 40 ni still tak boleh nak fit dengan aku la pulak. Bukan apa, thigh dengan rise tak ngam la, kecik dan pendek sangat. Waist, inseam dan leg opening semuanya dah OK. Walaupun aku beli one size up iaitu saiz 42, still tak boleh nak ngam la pulak. Leceh betul la... Sempit kat peha tu mungkin boleh paksa sebab jeans boleh meregang, tapi pendek kat rise, tak boleh nak buat apa... Kang aku duduk merempit atas motor, pastu pakai baju yang pendek, ternampak pulak apa yang tak sepatutnya... Dem... Iyelah nama cutting pun Low Rise Slim Straight, nak buat camana kan, bukan company aku... Hehehe...
Maybe next time bile diorang keluarkan new batch, kena la lebihkan lagi saiz kat tight dengan rise tu terutama untuk yang saiz besar. Tight at least 14.5", pastu rise tu naikkan at least jadi 13"-13.5"... Buat la pulak cutting untuk Mid Rise Straight Cut pulak ke... Hahaha... Demand siot...

P/S: Korang boleh tengok maklumat lebih lanjut pasal jeans ni kat diorang punya blog CheeseDenim dan jugak Facebook CheeseDenim. Picture pun kebanyakkannya aku cilok dari situ gak. Sebelum terlupa, rakyat Malaysia ni secara realitinya memang suka dengan makanan dan minuman nampaknya. Sebelum ni Teh Tarik, sekarang Keju pulak! Hehehe...
Iklan:
Iklan:
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748
cheese denim ni..raw je kan bukan selvedge denim kan...
ReplyDeleteBro, berdasarkan info yang ada kat blog dan FB diorang, mereka belum keluarkan lagi yang selvedge untuk pasaran pada masa saya bagi komen ni. Tapi, nampaknya gambar jeans kat FB diorang tu ada dah yang selvedge. Mungkin tak lama lagi ada la tu yang selvedge untuk pasaran... Kita tunggu~~~
ReplyDeleteUntuk saya, harap sangat diorang lepas ni boleh buat new cutting selain Low Rise Slim Straight... Iyelah, bukan semua orang suka pakai jeans jatuh bawah pusat. Kalau orang kurus Ok kot... Hehehe...