Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Wednesday, January 11, 2012

Perbezaan Saiz Levi’s Yang Dibeli Dari USA / Luar Negara Berbanding Yang Dijual di Butik Malaysia

Sebab nama blog ni pun 5kosong1 dan banyak pulak cerita berkaitan dengan Levi’s, so aku secara tak pasal langsung pernah beberapa kali ditanya, “Betul ke Levi’s yang dibeli dari USA dengan Levi’s yang dibeli kat butik dalam Malaysia ni akan ada perbezaan dari segi saiz?” 


Jawapannya ialah: 

Betul & Tidak!

Susah kan… Hahaha… OK lah, secara jujur tak akan ada jawapan yang betul-betul dapat memuaskan hati masyarakat umum pengguna Levi’s. Kenapa erk? Senang je, sebab soalan yang ditanyakan tu agak umum. Aku ada jawapan tersendiri untuk soalan yang ditanyakan ni.

Tapi sekejap, adakah bila soalan ni ditanyakan, mereka merujuk dekat model jeans yang sama contohnya Levi’s 501 Made in USA vs Levi’s 501 Made in Turkey? Kalau sama OK lah sebab kadang-kadang orang buat perbandingan antara Levi’s 501 Made in USA dengan Levi’s 550 Made in Republic Dominica. Nak tau apa jawapan aku untuk kedua-dua kes ni? 



Jawapan aku ialah: Saiz still sama je!!! Sebab utama ialah saiz biasanya merujuk pada ukuran kat pinggang. Ukuran pinggang biasanya dibuat dalam unit inch. 32 inch kat USA adalah sama dengan 32 inch kat Malaysia dan jugak kat mana-mana pun. Maknanya Levi’s 501 W32 Made in USA = Levi’s 501 W32 Made in Turkey = Levi’s 560 W32 Made in Republic Dominica. Note: Ada jugak sesetengah negara pengeluar yang gunakan ukuran cm kat label tag dan bukannya inch! 

Jawapan pun sebenarnya boleh juga jadi: Tak sama!!! Kenapa la pulak ni? Sebab sesetengah orang akan merujuk saiz dengan melihat keseluruhan ukuran jeans. Maksudnya diorang merujuk saiz ni sebagai cutting atau fitting jeans. Kalau inilah yang dimaksudkan, memang Levi’s 501 W32 Made in USA adalah tak sama dengan Levi’s 560 W32 Made in USA. Walaupun kedua-duanya Made from Negara yang sama, tapi ada perbezaan sebab Levi’s 501 adalah original fit sementara Levi’s 560 tu pulak jenis loose fit. Tapi kenalah faham, saiz pinggang still sama cuma ukuran dekat bahagian peha, panjang cawat, etc yang berbeza. Jadi kalau ada orang cakap yang saiz Levi’s dari USA tak sama dengan Levi’s dari China (yang jual kat butik Malaysia), tanya la balik kat orang tu, modelnya sama ke? Kalau modelnya sama, sila teruskan membaca entry ni… Hehehe…


Ok sebab tu la masih ada lagi jawapan lain! Ishk, belum habis lagi rupanya… Hahaha… Levi’s 501 W32 Made in USA keluaran tahun 1966 ada kemungkinan tak sama dengan Levi’s 501 W32 Made in USA keluaran tahun 1994. Hehehe… Dan lebih ekstrem, Levi’s 501 W32 Made in USA keluaran tahun 1994 mungkin ada yang tak sama dengan Levi’s 501 W32 Made in USA keluaran tahun 1994 jugak. Sebabnya? Kita kena accept imperfection of size terutama bila ada mass production. Bayangkanlah kalau dah keluar beribu-ribu helai dari satu kilang, mesti akan ada yang off sikit saiznya dari yang sepatutnya. Ini secara tak langsung beritahu kita bahawasanya akan ada sikit perbezaan saiz antara yang dikeluarkan di Negara A berbanding Negara B. Tapi, berapa ketara je pun benda ni sebab korang kena fikir, company macam Levi’s dah tentu akan ada quality control yang tinggi. Sepatutnya dengan standard yang tinggi ni, saiz jeans diorang tak bolehlah nak off sampai lebih satu inch. Takkanlah diorang nak letak saiz yang tak betul kat label tag. Dan yang penting macam aku beritahu kat atas tadi, takkanlah ukuran inch kat Negara A dengan kat Negara B berbeza kot? Hehehe… > Perh, ini tak cerita pasal sizing Levi’s LVC model sama contohnya 501, tapi saiznya @ fitnya lain sebab ditiru ikut tahun yang berbeza model tu dikeluarkan… Hehehe…


Seterusnya, bila ada orang cakap pasal jeans Levi’s model yang sama, tapi saiz adalah tak sama sebab dikeluarkan dari Negara yang berbeza, kita kena tanya baliklah kenapa diorang boleh perasan perbezaan tu. Adakah diorang dah ambil kira keadaan fizikal sebenar badan diorang masa diorang pakai kedua-dua jeans tu? Iye lah mana tau dulu badan kurus, lepas tu sekarang dah berisi sikit, dan beli jeans baru pulak masih guna saiz yang sama, mestilah rasa perbezaan kan. Hehehe… Lagi satu, kena ambik kiralah faktor umur jeans tu. Bukan apa, kalau sehelai jeans tu dah lama dipakai, dan satu lagi tu pulak masih baru dan masih bau kedai lagi, ada kemungkinan besar la fit atau saiz jeans yang lama tu dah berubah sebab kain denim (kapas) ni pun ada kemungkinan untuk meregang atau mengecut mengikut bentuk badan si pemakai atau cara pemakaian. 


Tapi kesimpulannya, bila ada orang tanya aku pasal perbezaan saiz ni, aku sendiri tak boleh nak jawab dengan satu jawapan yang betul-betul pasti dan memuaskan hati semua orang. Apa yang aku boleh jawab ialah, aku tak pernah buat ukuran manual untuk dua helai jeans Levi’s yang dikeluarkan oleh negara berbeza, yang kedua-duanya original, yang modelnya sama, yang label tagnya sama, dan yang penting keadaanya masih lagi baru untuk kedua-duanya. Bukan tak nak buat, cuma tak pernah ada peluang je. Susah kot aku nak jumpa keadaan di mana aku ada dua helai jeans yang punya ciri-ciri yang sesuai untuk aku buat ukuran. Iyelah, aku bukan pemilik butik Levi’s… Hehehe… So point aku kat sini ialah, kita kenalah buat perbandingan udang sama udang atau compare apple to apple kalaulah betul-betul nak puas hati… Hehehe… Macam rumit sikit kan, tapi buat apalah nak susah-susah…


P/S: OK, ini pandangan aku berdasarkan apa yang diperhatikan dan sedikit pengalaman. Mungkin ada yang kat luar sana boleh kongsi info pasal sizing… Silalah komen… Terima kasih… Hehehe…


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

12 comments:

  1. suka membaca posting brother 501, keep up the good works !

    ReplyDelete
  2. Cantik bro, gua layan bace plak mlm2 ni... hehe

    ReplyDelete
  3. Hehehe... Layan jangan tak layan bro... Macam mana pun, terima kasih sebab singgah blog nih... Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah....blog berguna untuk saya yang menjadi pengguna 501...kalau nak order macam mana ye?

      Delete
    2. Ok terima kasih... Boleh order dengan contact saya guna:

      Email: info5kosong1[at]yahoo.com
      Message FB pages: Facebook Lima Kosong Satu
      FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
      SMS: O12-7944748 (tak aktif sebab kat laut waktu saya respond ni)

      Delete
  4. tak tahu ap2 tentang jeans ni..main sarung je..dlm hati,sedap selesa dipakai okay dah kot..ni kali keberape ntah jenguk posting ni,nice..atleast dpt gak input2 brgune.

    ReplyDelete
  5. Okeh, selalu-selalulah melawat blog ni. Hehehe... Terima kasih...

    ReplyDelete
  6. Brader,klu jeans Levis Vintage Clothing punya ukuran sama jgk ke dgn bukan vintage?

    ReplyDelete
  7. saya rasa kurang tepat bro. sebab saya jual jeans 559 Made In Bangla dengan Made in Colombia, yg Colombia ni biasa besar dalam 1-2 inci. Jadi bila jual tu kita kena letak "measured waist" yg kita ukur dengan tape.

    kat website Levis US pun banyak gak orang komplen, sebab beli jeans yg dari website tu datang dari negara lain2, ukuran dia berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti quote kat atas, "secara jujur tak akan ada jawapan yang betul-betul dapat memuaskan hati masyarakat umum pengguna Levi’s. Kenapa erk? Senang je, sebab soalan yang ditanyakan tu agak umum. Aku ada jawapan tersendiri untuk soalan yang ditanyakan ni."

      Delete
  8. Salam bro, klu kedai bundle ada jual levis big e smpai ribu2 tu..apa mendenya big e tu?kepala kain?nk kena blajar ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...