Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Saturday, December 22, 2012

Panduan Ringkas Brand Nudie Jeans Co - The Naked Truth About Denim


Permulaan: Ya, Encik 5kosong1 cuma ingin share apa yang dia tahu serba-sedikit berkaitan brand  Nudie Jeans Co. Jangan la anggap dia tahu semuanya sebab ramai lagi di luar sana si pemakai-pemakai Nudie Jeans yang lagi hebat dan lebih tahu dengan lebih lebih baik info berkaitan Nudie Jeans ni. Kalau nak full details, sila layan website diorang yang serba lengkap tu: http://www.nudiejeans.com/ sebab Encik 5kosong1 pun sedut info dari situ jugak.
 

Lagipun entry ni dibuat sebab ada beberapa customer Encik 5kosong1 yang selalunya nak beli / pre order Nudie Jeans, tapi mereka sendiri tak sure nak model apa, nak size apa, anggaran harga, size paling besar berapa, etc.  Sebagai part time seller, Encik 5kosong1 cuma mampu tolong jawab sikit-sikit je ikut pengetahuan sendiri yang serba terbatas. Macam mana pun, check it out:

General Info:

- Nudie Jeans Co. adalah brand jeans yang berasal daripada negara Sweden (Gothernburg, Sweden).

- Jeans mereka biasanya Made in Italy, dan dihasilkan daripada fabrik yang dikeluarkan di Italy, Jepun dan Turki (aku pernah diberitahu seseorang yang masa awal-awal dulu ada juga Nudie Jeans Made in Sweden ~ Kalau orang tu auta, maka aku pun terikut auta secara tak sengaja ye. Hahaha...)
 
-  Mereka juga menghasilkan baju / jaket di Portugal, India dan Turki (aku ada Conny Organic Dry Denim Jaket Made in Romania - apasal website diorang tak tulis pun? Uishkss, dah tentu jaket original beb!).

-  Nudie Jeans terkenal dengan arcuate berbentuk lengkok berpusar. Kalau tak silap, Nudie Jeans namakan jahitan arcuate ni sebagai 'embo'. Warna benang embo yang biasa dan sinonim dengan Nudie Jeans adalah berwarna oren / kuning keemasan. Tapi ada juga warna biru, putih dan hitam. 


Nudie Jeans 'Embo'
 
Model / Cutting Fit:

Seperti brand-brand jeans lain, Nudie Jeans Co juga menawarkan berbagai-bagai model atau cutting fit daripada tight sampailah loose fit. Tak seperti brand Levi's yang selalunya menggunakan 'nombor' (contohnya: 501, 505, 514, etc) untuk membezakan model mereka, Nudie Jeans ada memberikan nama khas untuk setiap model jeans mereka. Senarai nama model-model Nudie Jeans yang masih dikeluarkan dalam pasaran ialah: Average Joe, Hank Rey, Sharp Bengt, Slim Jim, Grim Tim, Thin Finn, Tape Ted, Tube Kelly, High Kai dan Tight Long John. Antara model yang sudah tak dikeluarkan tapi mungkin masih boleh dijumpai di website tertentu ialah Regular Alf dan Even Steven (aku akan update bila ada info lain).

Disebabkan ada macam-macam model dan cutting fit, dah tentu susah untuk kita nak tentukan mana satu cutting yang sesuai dengan citarasa kita ditambah susah nak jumpa brand ni jual kat butik dalam Malaysia untuk kita try test pakai. So, Nudie Jeans sebenarnya dah sediakan satu page khas kat website diorang yang boleh membantu korang menyelesaikan masalah ni. Walaupun mungkin tak 100% tepat, tapi at least korang akan ada idea, cutting mana yang sesuai dan menepati citarasa. Page khas yang aku maksudkan tu sebenarnya ialah "Nudie Jeans - Fit Guide" dengan URL: http://www.nudiejeans.com/fitguide/




Page ni akan membantu korang untuk check size atau ukuran bagi dua jenis model Nudie Jeans serentak beserta dengan ukuran-ukurannya tersendiri untuk bahagian pinggang (waist), cawat depan (front rise) dan juga lebar bukaan kaki jeans (leg opening). Pada aku, ini adalah ciri-ciri yang sangat terbaik sebab ada option untuk pilih size daripada 26" sampailah 38". Ya, ini secara tak langsung telah menjawab soalan berkenaan size paling besar yang ditawarkan Nudie Jeans iaitu size W38" dengan inseam L36. Gambar bawah ni adalah contoh perbandingan antara model Average Joe dengan Hank Rey. Selain tu, korang boleh jugak tengok gambar jeans dari sudut tepi dan belakang bila play around kat page tu.



Untuk para gadis, awek, bini, kakak, emak, mak saudara nenek atau kaum wanita, yang ada pasang niat untuk pakai Nudie Jeans, cutting fit sesuai yang dicadangkan sendiri oleh website Nudie Jeans ialah Tight Long John, Thin Finn, High Kai dan Tube Kelly. Tapi pada pendapat peribadi aku, cutting fit ni lebih kepada mereka yang bercadang nak menunjukkan 'aset peribadi'. Bagi yang tak suka, boleh je pilih cutting fit lain yang memang tersedia. Lagipun, dosa oit pakai seksi-meksi! Ye, aku memang konservatif bab-bab pakaian dan aurat. Hehehe...


Nudie Jeans Selvage @ Selvedge / Premium

Kebanyakkan model Nudie Jeans dibuat untuk para penggunanya bereksperimen dengan jeans masing-masing. Maksudnya, mereka lagi banyak hasilkan model jeans yang jenis raw denim / dry denim berbanding jenis prewash atau preshrunk. Kalau korang adalah seseorang yang tak minat nak pakai jeans jenis raw denim, jangan risau sebab Nudie Jeans pun ada jual jeans yang memang dah siap melalui proses wash atau prewash.

Untuk jenis kepala kain atau selvedge, Nudie Jeans biasanya letak nama 'Selvage' atau 'Selv' untuk bezakannya dengan model jeans mereka yang standard. Contoh nama: Average Joe Org. Dry Brown Selv & Grim TIm Org. Dry Selvage. Warna kepala kain yang dihasilkan diorang antaranya oren dan coklat.

Kalau Levi's ada premium line dipanggil Levi's LVC, Nudie Jeans pun tak nak kalah jugak beb. Mereka ada premium line yang dipanggil 'Selvage Lab'. Barangan Selvage Lab yang merangkumi jeans dan jaket ni sebenarnya lebih kepada collector item atau barangan limited edition. Mereka sendiri yang bereksperimen untuk jadikan jeans atau jaket tu nampak vintage atau pun sudah lama dipakai. Ada la teknik-teknik dan cara basuhan atau proses tertentu yang mereka gunakan untuk hasilkan Nudie Jeans di bawah line Selvage Lab. So kalau malas nak tunggu masa lama untuk tengok jeans korang tu jadi buruk, bolehlah keluar duit lebih untuk dapatkan barangan premium diorang ni.


 
Harga Nudie Jeans dan Cara nak dapatkan:

Cerita banyak pun tak guna. Kebanyakkan orang cuma berminat nak tau harga dan tempat yang diorang boleh beli jeans ni. Hehehe... Ok lah, harga Nudie Jeans kebanyakkannya adalah lebih mahal daripada Levi's Jeans. Itu je kesimpulan ringkas yang paling senang aku nak 'type'. Hahaha... 

Harga Nudie Jeans sebenarnya korang boleh check sendiri kat website shopping online rasmi diorang: http://shop.nudiejeans.com/. Matawang yang diorang gunakan kat website tu ialah SEK @ Swedish Kronor / Swedish Krona (yo, sebenarnya boleh tukar setting website jadikan USD). Untuk conversion yang tepat daripada SEK ke RM atau USD, tolonglah check sendiri kat Google ye. Tapi dalam anggaran 1 SEK = RM 0.47 - RM 0.50. Tapi malangnya, website pembelian rasmi diorang ni tak buat shipment ke Malaysia.

Ok, aku tau mesti ada antara korang yang sampai entry ni secara tak sengaja lepas try search kat Google or Yahoo dengan type "harga Nudie Jeans Malaysia" atau "Nudie Jeans price Malaysia', etc... Sudahnya bila dah baca entry ni, tak tau pun berapa harga sebenarnya ye tak? Hahaha... Sori la beb... Tapi aku bagi hint untuk anggaran harga Nudie Jeans kalau beli online: mungkin korang boleh dapatkan dengan harga RM 4 ratus lebih dan ke atas untuk yang masih baru. Ya betul, ada jugak yang sampai RM 7 ratus, RM 8 ratus untuk jenis kepala kain. Mungkin jugak boleh cecah RM seribu lebih kalau beli jenis Selvage Lab. Siapa tahu? Harga butik dah tentu lebih mahal...


Kat Malaysia, ada la jugak sesetengah tempat / butik yang jual brand Nudie Jeans ni. Tapi aku sendiri pun tak berapa sure la. Pernah la terbaca kat forum sana-sini, cuma aku tak pernah tengok dengan mata kasar sendiri. So aku tak nak bagi info yang salah. Kalau tau sekali pun, aku pun malas nak tolong promote, buat apa nak bagi iklan free kan. Bayar ar. Hahaha...

Abis tu kalau butik tu tak boleh tahu, website ni tak nak hantar, nak dapatkan jeans Nudie ni macam mana? Senang je, korang boleh guna servis yang ditawarkan Encik 5kosong1: Perkhidmatan Servis Shopping Online (klik jangan tak klik!). Hehehe... Promote untuk diri sendiri adalah takpe, itu dilakukan semua orang. Ye, ada udang disebalik mee nampaknya di situ bila tuan punya blog buat panduan ringkas ni. Hahaha... Takpelah, next time aku akan cerita pasal benda lain berkaitan Nudie Jeans ni yang aku sedut dari website diorang. Tunggu~~~
 
 
FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

5 comments:

  1. kempunan tuk org2 pinggang besar nk try nudie huhuh..bile nk cite pasal bogel dan femes heheh

    ReplyDelete
  2. Setuju... Diorang tak fikir kot ada je sebenarnya pasaran untuk orang yang pinggang besar... Berapa ramai dah tanya saya pasal jeans size 40 ke atas... Bogel & Femes dah banyak cerita... Hehehe...

    ReplyDelete
  3. ada x nudie keluar selvedge warna merah?..
    n lagi 1 betul ke..kalu nudie lama tag kat poket tu hanya tulis "nudie" je..yg baru baru tulis "nudie jeans .co"

    ReplyDelete
  4. Nudie memang pernah keluarkan selvedge warna merah. Tapi Nudie Selvage yang baru iasanya bukan warna merah... Boleh baca satu lagi posting berkaitan tag tu kat salah satu entry saya bro...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...