Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Thursday, December 27, 2012

Raw Jeans & Raw Denim Untuk Orang-orang Yang Bersaiz Besar

As Salam semua...
 

Dipanjangkan cerita, aku merupakan salah seorang manusia yang termasuk dalam kategori overpronator / overpronation. Overpronator tu apa? Google la sendiri - malas la pulak nak explain. Hahaha... Orite, kebiasaannya kelompok manusia yang overpronator ni dimonopoli oleh individu yang overweight atau mempunyai berat badan berlebihan. Tapi overpronation tu tak semestinya untuk orang overweight sahaja. Orang dengan berat badan yang normal pun kadang-kadang ada jugak yang tergolong dalam kategori ni dan orang yang overweight mungkin jugak ada yang termasuk dalam kategori normal atau underpronator. So, mukadimah yang sepatutnya kalau nak dipendekkan cerita, aku ni sebenarnya termasuk dalam kategori orang yang overweight. Hehehe... Silalah check BMI masing-masing untuk mengetahui anda kategori mana...
 

Sebagai seorang yang overweight, dah tentu aku mempunyai pinggang yang besar. Maksud besar dalam konteks aku ialah mempunyai pinggang size 40" dan ke atas. Ye, dulu aku sendiri pernah mencapai sampai size 42". Sekarang ni dah kurang (hopefully boleh kurang lagi supaya lagi banyak jenis jeans yang aku boleh pakai). Hehehe... So, masalah sangat ke kalau kita ni bersaiz besar? Ini aku tak nak jawab dan ulas lebih-lebih sebab mungkin isu sensitif kot. Hehehe... Tapi kalau nak kaitkan saiz pinggang yang besar dengan raw denim / raw jeans, sememangnya akan ada sedikit masalah...

Masalah utama dengan raw denim ialah lebih kepada pilihan sebab kadang-kadang tak ada size besar untuk jeans yang kita inginkan. Bukanlah maksudnya tak ada langsung, tapi cuma ada beberapa brand je setahu aku yang sediakan raw denim dalam size 40" dan ke atas. Kalau ada pun tak semua cutting dibuat untuk size besar ni. Tapi OK la, at least ada jugak kan walaupun tak semua cutting fit. Kat bawah ni aku senaraikan brand-brand yang ada sediakan raw denim dalam size besar. Kalau korang ada info lain, boleh tinggalkan komen kat bawah.

- Levi's 501xx Shrink to Fit ~ Paling variasi dari segi size, ada size 40" hingga 60".
- Evisu ~ Ada size 40", 42" & 44".
- PRPS ~ Ada size 40" & 42", Size 44" mungkin ada.
- Tenryo Denim ~ Ada size 40", 42", 44" & 46".
- Samurai ~ Biasanya sampai size 40". Tapi model S510XX-21oz ada sampai size 46".
- Momotaro ~ Ada size 40", Size 42" tak pasti pulak.
- Iron Heart ~ Biasanya sampai size 38". Sesetengah model ada size 40", 42" & 44".
- Flat Head ~ Biasanya sampai size 38". Tapi aku pernah nampak size 40" ada dijual.
- Real Jepun Blue ~ Sesetengah model ada size 40".
- Sugar Cane ~ Boleh jumpa size 40" untuk sesetengah model.
- 3Sixteen ~ Size 38" dan 40" untuk sesetengah model.
- Nudie Jeans ~ Setakat size 38".
- Naked & Famous ~ Setakat size 38".
- Mister Freedom ~ Setakat size 38". 
- Levi's LVC (Big E, Rigid, Selvedge) ~ Biasanya setakat size 38".
- Unbranded Jeans ~ Setakat size 38". Memang nama jeans ni 'Unbranded'!

Satu lagi soalan jujur dari aku sendiri: Kalau baca list kat atas, banyak je brand yang jual size 40" dan ke atas, so apa masalahnya? Masalahnya pada aku (ye, pada aku, bukan pada korang) ialah harga. Tipulah kalau nak beli jeans korang tak consider harga. Dalam list kat atas, cuma Levi's 501xx STF je yang kita boleh dapatkan sepasang yang masih baru dengan harga kurang dari RM 350 (sebenarnya kurang dari RM 300 pun mungkin boleh dapat). Jeans baru untuk brand yang lain-lain tu memang diakui agak mahal sebab biasanya melebihi RM 500 sepasang dan ada yang mencecah harga sampai RM seribu lebih. Tapi melainkan korang tak kisah nak keluar duit lebih, boleh je pilih mana-mana brand sekalipun. Iyelah, duit korang kan. Hehehe... 

Tapi jangan dilupa, masa aku cerita pasal jeans 'CheeseDenim' (Made in Malaysia) sebelum ni, brand ni sebenarnya ada keluarkan raw jeans sampai size 42". Tu satu lagi option yang korang boleh pertimbangkan kalau nak try test eksperimen dengan raw denim. Kalau tak silap, time aku buat entry dulu (15 Januari 2012) harganya tak sampai RM 200 pun. Tapi harga latest aku sendiri tak tau sebab aku takde kaitan ye dengan brand Non-Expiring Melekit Melt Di Kaki tu! 


Kesimpulannya, seseorang yang overweight masih lagi boleh bergaya dan bereksperimen dengan raw denim. Kelebihannya pada aku tetap ada kalau nak dibandingkan dengan jeans biasa. Contohnya, kalaulah korang beli raw denim dengan size yang besar sikit, jeans boleh mengecut ikut bentuk badan lepas proses rendaman / soaking. Kalau beli yang terkecil sikit, possibility untuk jeans tu meregang pun memang ada. Bayangkanlah kalau beli prewash / preshrunk jeans? Susah tu beb sebab dah tak boleh nak buat apa! (AMARAN: Effect shrink dan stretch setiap raw denim adalah berbeza, sila kaji betul-betul!). Lagi satu yang korang kena ingat, sila consider cutting fit yang sesuai masa nak pilih jeans, bukannya brand dan waist size semata-mata. Takkan la nak pakai jeans yang boleh muat kat pinggang tapi ketat gile babeng kat peha atau cawatnya pendek gila sampai bila pakai macam nak terlondeh dan nampak lurah. Sila pikir-pikirkan...


Ber'eksperimen' dengan Levi's 501xx W42 L33 di Laut China Selatan. Ye, fitting kat bahagian punggung nampaknya agak ke laut di situ!

So soalan seterusnya, (Cehhh! Perenggan terakhir kat atas dah tulis kesimpulan, tiba-tiba ada persoalan baru pulak dekat perenggan bawah ni... Hehehe...) mana nak beli jeans-jeans dalam list kat atas? Senang je, korang boleh guna servis yang ditawarkan Encik 5kosong1: Perkhidmatan Servis Shopping Online (klik jangan tak klik!). Hehehe... Self promote sekali lagi di situ!
 
FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...