Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, July 24, 2011

Siapa nak Diskaun @ Voucher RM30???

For some reasons, aku sangat obses dengan "Total Pageviews" dekat layout sebelah kanan blog aku ni. Hehehe... Susunannya adalah di sebelah bawah "About Me" tu. Aku rasa best betul kalau dapat tengok nombor ni meningkat setiap hari... Hehehe...

So, disebabkan ke'obses'an aku ni, aku nak bagi diskaun @ voucher RM30 la dekat siapa-siapa yang boleh capture print screen masa nombor "Total Pageviews" ni menunjukkan angka "12345" atau "20000" (maknanya bakal ada dua orang yang bertuah!). Diskaun @ voucher RM30 ni adalah untuk sebarang pembelian jeans yang aku iklankan dalam blog ni atau boleh digunakan untuk servis pembelian jeans. Sesiapa nak gunakan diskaun @ voucher RM30 ni untuk beli t-shirt dengan kemeja tak valid OK... Hehehe...

Macam mana nak tebus? Senang je, kalaulah ditakdirkan korang tu orang yang bertuah untuk dapat nombor ni (12345 @ 20000) masa kebetulan singgah tengok blog aku ni, silalah capture print screen lepas tu hantar ke email address blog ni iaitu info5kosong1[at]yahoo.com, bersama dengan hari, tarikh, masa, nama penuh dan contact number korang. Lepas aku dah confirm memang betul-betul korang takde main tipu punya, bolehlah tebus diskaun @ voucher RM30 ni kat mana-mana jeans yang aku iklankan atau kalau takde jeans yang korang minat, boleh gunakan diskaun @ voucher RM30 ni untuk beli jeans melalui servis yang aku buat. 

Kena capture Print Screen macam ni!!!

Syarat-syarat lain:
-Valid untuk penghantaran dalam Malaysia sahaja... 
-Kalau nak gunakan diskaun @ voucher RM30 untuk beli jeans guna servis pembelian yang aku buat ni, tapi ditakdirkan jeans tu memang tak ada, pilihlah jeans lain yang ada... So korang akan terikat dengan syarat-syarat servis pembelian tu.
-Satu diskaun @ voucher RM30 untuk seorang individu. Bagilah chance kat member lain jugak. Takkan nak bolot sendiri kot. Hehehe...
-Tak boleh nego harga untuk jeans yang korang nak beli pakai diskaun @ voucher RM30. Hahaha... Kita slow talk la derr... Hehehe...
-Tarikh luput diskaun @ voucher RM30 adalah akan diberitahu kepada pemenangnya. Opsss, 6 bulan cukup kot. Hehehe...
-Aku ada hak untuk guna nama dan tempat asal korang untuk update nama pengunjung bertuah yang dapat diskaun @ voucher RM30. Saja nak memeriahkan lagi... Hehehe... 
-Macam mana kalau tiba-tiba ada dua individu yang hantar print screen dengan nombor yang sama? Selaku penganjur (perh, dah macam peraduan besar la pulak), akulah yang paling berhak untuk tentukan mana satu yang sahih. Sebab itulah kena bagi sekali tarikh dan masa bile korang capture print screen tu. Untuk pihak yang tak layak, aku akan bagi bukti yang menunjukkan dia penipu. Nak lagi best aku citer kat sini (tapi nama samaran la)... Padan muka! Hehehe...

So rajin-rajinkanlah melawat blog ni, baca dengan kekerapan 40 atau 50 kali sehari secara berulang-ulang untuk dapatkan diskaun @ voucher RM30 tu. Hahaha... Kalau ada sambutan, aku akan buat lagi next time pastu 'up'kan lagi nilai diskaun  @ voucher tu... Hehehe...

UPDATE: 31 Julai 2011, "Total Pageviews" sudah melebihi "12345". Ada pemenang tak? Jangan segan-segan. Hehehe... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Saturday, July 23, 2011

Levi's 501xx Shrink to Fit W42 L33 -Made in Mexico-




Brand / Type: Levi's 501xx Shrink to Fit 0501-0000 Rigid / Indigo

Label Tag:
W44 L36 (Sila pastikan manual measurement)

Manual Measurement: W42", Inseam: 33", Outseam: 45.5"-46"

Other:  
- Used but still new

-
Made in Mexico
-Colour rigid / indigo (0501-0000)

-Button  code 4032

-6 button fly

-Bawa masuk dari USA
- Kain jenis raw denim. Tapi jeans ni sudah mengalami proses rendaman / soaking. Sebab itulah manual measurement jeans ni adalah lebih kecil dari label tag. Walaupun dah direndam dan mengecut tapi jeans still baru sebab tuan asal beritahu jeans ni tak fit dengan dia. So dia rendam > pakai sekali, pastu tak puas hati sebab tak fit > simpan sekejap > jual semula (OK, yang pasti pemilik asal bukanlah aku ye...)
-Cop pada poket sebelah dalam ada je macam biasa
.

Price: RM SOLD


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Tuesday, July 19, 2011

Levi's 501 W37.5-38 L28 Made in USA -Stainless Colour-





Brand / Type: Levi's 501 W37.5-38 L28 Made in USA

Label Tag: W42 L32 (Ini bukan size sebenar jeans, sila check ukuran sebenar kat bawah)


Manual measurement:  
-Pinggang / Waist, W: 37.5-38"
-Panjang ukur dari cawat /Inseam, L: 28"
-Panjang ukur dari pinggang /Outseam: 38.5"-39"
 
Other:  
-Made in USA
-Used tapi still ada label tag / Used, but you will get with label tag
-Kat label tag tu ada tulisan "Irregular" / Label tag wrote 'Irregular"
-Colour: 501-0694 Stainless / Warna kelabu
-6 button fly, back button stamp code number 553
-"Irregular" disebabkan saiz sebenar jeans yang salah dan tak sama dengan saiz yang tercatat pada label tag.
-Bahagian dalam poket pun ada cop "Irregular"

Price: SOLD termasuk kos shipping and handling untuk Levi's 501 Made in USA ni. Tersangatlah boleh NEGO!
Jangan risau, sebab aku memang tak boleh pakai & memang nak let go... 


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Thursday, July 14, 2011

Levi's Sawtooth Shirt Short Sleeve -Size L-


Brand / Type: Levi's Sawtooth Shirt Short Sleeve

Manual measurement: Pit to pit 24", Labuh:30.5"

Other:
- Made in Philipphines
- Saiz L (Label tag)
- Butang batu
- Bukannya dari bundle
- Warna pudar atau tak sekata adalah part of the original design.

Price: RM 95.00 RM 80.00 sahaja termasuk kos penghantaran @ Nego! Nego! Nego! > janji dapat balik modal sudah... Hehehe... 


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 
 

Monday, July 11, 2011

Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX (Part 3)

Sekarang dah dekat 5 bulan kot Levi’s 501xx Shrink to Fit (STF) aku berjaya dipakai. Kesan lusuh makin nampak, tapi macam mana sekalipun, still nampak belum terlalu buruk… Cuma tak bestnya satu je, aku tak suka sangat dengan tahap kelonggarannya… Bahagian punggung tu nampak buruk pulak sebab sekali tengok macam pakai jeans tersalah beli saiz. Persoalannya, aku makin kurus ke atau jeans ni yang mengembang instead of mengecut? Hahaha… Kenapa pulak aku kata mengembang?  Sebabnya, menurut pembacaan aku kat sesetengah forum, ada jugak yang memberi suggestion supaya kalau nak beli raw jeans, just beli true to size disebabkan raw jeans ada tendency untuk mengembang ikut camana cara kite memakainya / ikut bentuk pemakai.

Tapi disebabkan aku tak pernah rendam lagi jeans ni, tu pasal kot fitting dia masih menggelebeh tahap gaban. Takpe, aku akan tengok nanti once aku dah masuk ke next phase iaitu rendaman / soaking. Bolehlah nanti tengok camana jeans nih bertindak atau bagi reaction dekat water. Rasanya dah cukup nih aku pakai untuk 5 bulan tanpa buat soaking. Mungkin jugak cara ni salah? Hahaha… Kata eksperimen, kite kenalah buat mana yang kite suke. Bile result tak mencapai tahap dikehendaki, kita start balik semula dan ikut prosedur lain pulak. Mungkin kalau tak berapa mengecut, aku kena try beli yang true to size kot? (Dah terpikir nak sambar sehelai lagi nih dengan saiz pinggang sekarang…) Hahaha...



Jap, mungkin sesiapa yang selalu baca blog aku ni perasan, sesungguhnya aku selalu je bagi alasan handphone tak boleh dihubungi sebab kena naik offshore untuk urusan kerja. So, nak tau betul ke tak sebenarnya aku selalu gi offshore nih, meh la aku upload gambar-gambar STF aku nih dekat atas helideck masa aku kat offshore… Lokasi: Laut China Selatan je… Hahaha… Tapi kalau tengok gambar, fitting memang cam haram, dan nampak sangat boroi la plak… (Biasa la makan banyak). Tapi aku bangga dengan honeycomb jeans aku beb… Balik ni rasanya aku nak kasik dia mengecut la. Bolehlah pasni tengok perbandingan samada STF nih betul-betul boleh mengecut atau tak… Cuma kat offshore ni la masanya yang aku boleh pakai seharian jeans ni tanpa rasa bersalah (selain waktu lain yang kena pakai coverall)… Hahaha… Dalam accommodation pulak sejuk memanjang, so sesuai sangat la nak pakai jeans nih lama-lama termasuklah waktu malam… STF nih yang mulanya dulu kasar sekarang dah tak sepertinya… Maknanya sekarang ni kalau aku pakai, dah tak boleh nak buat tangan aku melecet la.

OK lah, layankan pictures yang lain pulak… Hehehe… 
 

Klik untuk baca Part 1 , Part 2 atau Part 4. Nak pakai 501xx Shrink to Fit boleh klik link nih plak. Hehehe... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...