Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Monday, April 18, 2011

Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX ( Part 2)

Ape citer Levi’s 501xx aku dulu tu erh? Ceciter… Ceciter… Imbas jap: Start dapat ritu 10 Februari 2011. Dah lebih dua bulan nampaknya jeans ni dilenjan. Masih jauh lagi tu dari plan aku nak basuh. Lagipun, takde la lenjan sangat pun sebab tak ada kesempatan nak pakai jeans ni selalu. Huhuhu… Lagipun sekarang musim hujan kot, so aku cube elakkan pakai jeans ni bile nak keluar rumah terutamanya bila ada possibility kena hujan. Tapi kalau nampak cuaca cerah je, jeans ni la yang mula-mula aku sarung. Jap, apa kaitannya deh hujan dengan jeans? Kaitannya sebab aku naik motor dan tak kalis rindu hujan… Hehehe… 

Pastu, purata pakai jeans ni dalam seminggu cuma beberapa jam je kot. Kalau seminggu ada 168 jam, mungkin aku dapat pakai paling banyak pun dalam 10 ke 15 jam je seminggu. Bila la agaknya nak ada kerja kat luar opis yang lama tempohnya yang boleh bagi chance aku bedal jeans ni cukup-cukup... Huhuhu...

Cuma sekarang ni dah start keluar la kesan honeycomb dekat jeans tu. Kesan yang lain macam takde lagi je. Macam mana pun aku selesa dengan jeans ni kecuali bahagian belakang kat part *toot* tu je yang masih terlebih longgar. Memang nampak sangat nak kena shrink dulu ar baru boleh kecik bahagian tu. Takpe, rilek…rilek… sampai masa nanti kecut gak… Hehehe…

Anyway, meh tengok gambar perbezaan masa mula-mula pakai dengan sekarang…

 
Nak tau cerita sebelum ni? Klik untuk baca Part 1. Nak tau sambungan cerita aku nih? Klik untuk Part 3 dan Part 4. Klik ni plak kalau teringin nak pakai 501xx Shrink to Fit.


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

1 comment:

  1. Ever wanted to get free Google+ Circles?
    Did you know that you can get these ON AUTO-PILOT AND TOTALLY FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...