Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Monday, February 20, 2012

Nuffnang, 5kosong1 & Sembilan Posen

Hari ni 20022012... 20 Februari 2012...Esok cukup setahun usia blog 5kosong1 ni. Esok aku nak wat entry jugak la bagi memperingati tempoh setahun tu... Hahaha...

Hahaha... Entry kali ni takde kaitan pun dengan jeans... Tapi saje nak masukkan cerita pasal Nuffnang... Bukan apa, saja nak jack up sikit blog ni di mata pihak Nuffnang. Reasonnya? Paham-paham je lah untuk sesiapa yang dah pernah buat uji kaji, selidik atau eksperimen pasal Nuffnang ni kan. Hahaha...

Resultnya? Dapat la sembilan posen hasil aku letak tak sampai seminggu iklan / banner Nuffnang kat blog 5kosong1 ni. Kenapa la aku tak buat dari dulu erk? Lagipun meriah sikit la ada iklan yang bergerak-gerak tu... Hahaha... Jap, sapa nak bagi sembilan posen beb? Walaupun sembilan posen tu tak cukup pun nak bayar parking motor aku kat LRT. Apatah lagi nak bayar air teh 'O 'ais bungkus yang selalu aku tapau. Nak beli jeans dengan sembilan posen? Lagi tak dapat Jack!!!


Nak dapat cashout pun jangan mimpi la dengan sembilan posen tu. Aku perlukan lagi RM 49.10 beb. Mesti korang pandang hampeh je entry ni kan? Rileks ar... Aku tau, untung jual sehelai jeans atau sehelai baju vintage pun dah berkali kali kali kali ganda dari sembilan posen tu... Hehehe...

Tapi disebabkan sembilan posen ni la aku lagi bersemangat nak tambah entry-entry best pasal jeans kat blog 5kosong1... Sebabnya simple je, nanti lagi ramai orang datang tengok blog ni, mestilah lagi ramai yang gatal tangan nak terklik iklan Nuffnang tu kan... Sambil menyelam, sambil minum air... Sambil jual jeans, sambil tu kutip cukai iklan... Bajet mantap sangat la strategi ni...
Hahaha... 

Cerita panjang pun tak guna la kot, Nuffnang, silalah dengan baik hati bagi blog 5kosong1 ni CPM campaign atau bahasa yang biasa difahami ialah Buffered Earning. Status pun dah Glitterati tu. Kalau tak boleh nak bagi 1, bagi 5 pun apa salahnya... Hahaha... Sekian terima kasih...  Hahaha... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...