Orite, masa untuk kongsi cerita nampaknya... Hehehe... Kali ni aku nak bercerita pulak pasal jeans yang kalis peluru... Wuiyoooo... betul ke kalis peluru??? Apahal pulak jeans tu dikatakan kalis peluru?
Oklah, di'kata'kan jeans ni kalis peluru sebab Flat Head K011 dan Flat Head K015 dibuat menggunakan campuran kevlar + cotton. Kevlar tu sebenarnya bahan yang biasa digunakan untuk buat jaket kalis peluru. Disebabkan perkahwinan antara kevlar dengan cotton ni, maka terhasillah jeans yang mempunyai kekuatan tensile 8.5 kali ganda berbanding jeans lain yang biasa. Pasal berat jeans pulak, K011 dan K015 ni masih lagi maintain 13.5 oz. Cutting K011 berdasarkan model 3001 (Slim Straight) sementara K015 berdasarkan model .... diorang > ok aku pun tak tau, nampaknya kena masuk Sekolah Flat Head ni...Hehehe...
Patch pulak adalah daripada kulit dengan gambar kereta dan motor vintage. Pada aku, patutnya patch dia kena letak gambar Smith & Wesson 38 ke, AK-47 ke, M16 ke, baru ganas dan bertepatan ye tak... Hehehe... Secara ringkas:
- Model: The Flat Head K011 / The Flat Head K015
- Weight: 13.5 Oz
- Fit: 3001 Silhouette (Slim-Straight) for K011
- Denim: Cotton/Kevlar Blend, Indigo-Dyed, Selvedge
- Other: Flat Head Donut buttons, Copper-Plated Steel Rivets, Silk-Screened
Pocket Bags, Lined Rear Pockets, Zipper fly
Pocket Bags, Lined Rear Pockets, Zipper fly
Berbalik ke soalan asal, kalis peluru ke jeans Flat Head model ni? Jawapannya: Tak jugak!!! Kalau ada orang jahat tembak beng! beng! beng! kat peha korang, mahu berlubang jugak tu dan kena masuk hospital... Hehehe...
Tapi dengan kekuatan tensile 8.5 kali ganda, bolehlah jeans ni digunakan buat tarik kereta macam kisah Levi's Tow Rope kot... Hehehe... Aik, itu jeans apa pulak? Hahaha... next time aku cerita pasal Levi's Tow Rope tu pulaklah ye...
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748
No comments:
Post a Comment