Hahaha... Soalan first, ada berani tak nak pakai? Tak kisah nak biar "adik" korang sengsara dalam cuaca panas dan lembap Malaysia? Hehehe...
Sememangnya jadi pemegang rekod dunia la jeans Naked & Famous ni (setakat entry dibuat). Mana ada brand lain yang nak buat raw jeans tebal dan berat macam ni kan... Oklah, kalau korang layan raw jeans, mungkin dah biasa dengar nama brand ni. Tapi bagi yang tak pernah dengar brand Bogel & Terkenal aka Naked & Famous ni, mereka adalah satu brand yang berasal dari Kanada, tapi menggunakan 100% denim buatan Jepun.
Berbalik pasal jeans 32oz ni, cuma sebanyak 130 helai je yang akan dihasilkan kat dunia. Kiranya memang benar-benar akan jadi limited edition la jeans ni. Tarikh pengeluaran untuk pasaran dan jualan adalah November 2011. Diorang pilih cutting "Weird Guy" untuk penghasilan jeans heavyweight ni walaupun Naked & Famous sebenarnya ada lagi cutting lain iaitu SkinnyGuy dengan SlimGuy. Sebabnya? Entah le, aku pun tak tau... Hahaha... Secara simple:
- Available in the "Weird Guy" fit which is slim with medium rise and tapers to the leg opening
- 32oz unsanforized raw selvedge denim
- Rope dyed in pure indigo
- 15oz super heavy weight cowhide leather patch
- 5 pocket, zipper fly closure
- 100% cotton
- Available in sizes 28-34, 36
- Made in Kojima, Japan (tempat fabrik jeans ni ditenun menggunakan shuttle loom kot)
Apa yang menarik, proses nak hasilkan jeans ni memerlukan tenaga kudrat manusia seramai 3 orang untuk siapkan cuma 2 helai jeans je dalam masa satu hari. Untuk hasilkan fabrik jeans ni, diorang pakai yarn size 1" x 1.5" yang dikatakan tebal macam karpet. Memang logik la, kalau nak buat fabrik pun dah susah, sebab tu la yang dapat dikeluarkan pun terhad je. Berat anggaran sehelai jeans ni bila dah siap ialah lebih kurang 5 lbs @ 2.27 kg. Tengok gambar pun dah tau tebal, siap boleh berdiri dengan sendirinya lagi...
Sekarang ni tak pasti la sama ada masih ada website yang jual jeans ni lagi atau tak. UPDATE: Macam dah takde yang jual kecualilah kalau sangat bertuah untuk jumpa seseorang iklankan di eBay sekali-sekala... Tapi certain website dari oversea yang buat jualan online masih iklankan lagi pasal jeans ni, so nampaknya masih available lagi. Ok la, kalau sanggup bayar RM 2.4k untuk jeans heavyweight ni, boleh la try suruh aku carikan...Itu pun kalau ditakdirkan masih ada la... Hehehe... Macam biasa, harga tu dah termasuk harga jeans, kos bawak balik Malaysia, bayaran duti import, bayaran cukai jualan dan yang paling penting upah aku... Hahaha... Nak murah? Boleh beli dan cari sendiri... Hehehe...
UPDATE: 16 September 2013. Dijual semula! Hubungi untuk maklumat lanjut.
UPDATE: 16 September 2013. Dijual semula! Hubungi untuk maklumat lanjut.
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748
No comments:
Post a Comment