Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Tuesday, February 21, 2012

Genap Setahun Usia 5kosong1.blogspot

Pergh... Sedar tak sedar, dah setahun rupenya usia blog 5kosong1 ni. Macam baru lagi je aku start blog ni > sebenarnya tempoh setahun memang tak lama pun kalau setakat buat blog. Hahaha... Bermula dengan entry pertama dengan tajuk: Sebermula kisah aku dengan Levi’s 501 yang dipost secara rasmi pada 21 Februari 2011, sampailah sekarang, aku masih tak berhenti lagi untuk cuba update dan terus update...
 
Bertepatan dengan tagline blog ni iaitu "Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian", rasanya dah macam-macam kot entry yang aku buat dalam tempoh setahun ni > bajet macam banyak je... Hahaha...


Pencetus utama aku tulis blog ni adalah seperti mana yang aku type kat 'About Me' tu. Gile pemalas nak buat ayat... Hahaha... Meh la aku paste:  

"Aku belum lama sangat pun jadi pemakai Levi's ni. Dalam tempoh tak lama tu, aku perasan tak ramai orang Malaysia yg nak kongsi pengalaman berkaitan Levi's kecualilah dalam beberapa forum @ blog. Oleh sebab tu, aku cuba kongsi pengalaman & cerita tak seberapa aku berkenaan Levi's pada sesiapa yg berminat. 

Aku taksub ke dengan brand ni? Mesti ar tak, cuma pada aku tak ada salahnya. In future aku plan nak cover brand denim yg lain gak. Aku hargai sesiapa nak bagi komen membina @ info yg aku boleh olah semula & masukkan dalam blog ni. Nak tanya pun boleh, nanti aku try cari jawapannya supaya boleh sama-sama kongsi info.

Selain tu? Aku ada buat bisnes sikit kat sini. Sebabnya? Aku suka online shopping & selalu jumpa best deal yg bukan saiz aku. Sayang pulak nak lepaskan. So aku beli & jual kat sini la. Hehehe... Sambil menyelam sambil minum air, sambil kongsi info, sambil tu jugak tambah duit. 

Yang terbaru, aku dah start buat servis pembelian. Kalau ada sesiapa nak beli barang online contohnya jeans Levi's @ brand lain termasuk kemeja atau aksesori dari luar negara & tak pasti caranya, bolehlah try guna servis ni. Boleh baca info terperinci yg aku dah sediakan dalam blog 5kosong1 ni." 

Amacam, padat tak? > aku maximize 1200 charater yang dibenarkan, kalau tak lagi panjang kot!!! Hahaha... 

OK, disebabkan itu jugaklah blog ni agak rojak sikit sebab aku selang-seli entry yang berkaitan pengalaman, info, iklan barangan, iklan servis pembelian, pengumuman, etc... Tak heranlah jugak kalau "Available item for sale" tu lebih banyak dari yang dah "Sold". Hahaha... Takpelah aku anggap blog ni satu platform yang aku boleh gunakan untuk kumpul side pocket money dan bagi aku peluang untuk explore kebolehan aku yang lain... Cewah...

Macam mana pun, seriously aku banyak belajar dari bloger-bloger bundle yang lain... Pasal jeans, pasal baju vintage, pasal jenis kain, pasal brand-brand vintage yang jadi buruan, etc... Tapi, masih banyak lagi yang aku tak tau, tak boleh nak bandingkan dengan pengalaman diorang @ korang yang dah bertahun-tahun tu...

Harapan aku, pengisian blog ni akan jadi lebih baik lagi di masa akan datang... Hehehe... 


P/S: Bilalah agaknya aku nak buat Part 5 kisah bersiri tu erk??? Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

2 comments:

  1. takde promotion or discount ker sempena setahun nih? hehe

    ReplyDelete
  2. Diskaun sentiasa ada untuk setiap pembelian / servis... Hehehe... Itu semua boleh cerita ikut case by case... Hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...