Masa mula-mula aku nak beli Levi's dulu, benda yang paling aku kaji dah tentulah cara-cara nak bezakan jeans yang original dengan yang ciplak. Aku kira nasib baik la sebab jumpa forum-forum dekat internet yang bincangkan pasal beza fizikal Levi’s original dengan yang tiruan. Sebenarnya, banyak yang dibincangkan tu berkaitan dengan style 501 yang popular. Model yang lain-lain tu orang kurang atau tak pernah diskus la pulak. Sebabnya? Mungkin model-model lain tu tak popular sangat, so orang pun malas nak ciplak. Bila malas nak ciplak, ciri-ciri keselamatan dekat model-model yang lain tu pun tak sebanyak model 501.
Ada macam-macam cara nak pastikan, tapi antara yang popular (oops kejap, panduan ni lebih kepada Levi’s 501 terutamanya seluar yang baru):
1. Nombor stamp kat belakang button mesti sama dengan nombor kat label tag sebelah dalam jeans. Contohnya kalau nombor kat button tu 524, kat label mestilah ada tulis 524 jugak (tengok contoh kat gambar bawah). Kalau Levi's 501 yang tertulis nombor 501 kat button jeans tu, dengar ceritanya memang confirm ciplak. Tapi yang ni aku pun tak sure... Sebab tu la aku type "dengar ceritanya..." Hahaha... Just berhati-hati la kalau terjumpa button dengan nombor 501 ni, tengoklah juga ciri-ciri lain. Pasal nombor kat button ni pulak, aku perhatikan bukan dekat Levi’s 501 je, dekat seluar aku dari model yang lain contohnya Levi’s 505 dengan Levi’s 550 pun ada ciri keselamatan ni.
2. Benang perak dekat label tag tu kalau diperhati betul-betul, ada perkataan LS & CO. Dekat tag tu pulak akan ada tulis style code (tapi kalau jeans lama mungkin takde kot). Dekat model Levi’s lain yang standard, benang perak ni rasanya tak ada, pastu label tag simple je. Cuma kat tag ni ada la tulis nombor yang sama dengan nombor stamp kat button. Gambar kat bawah ni kalau korang klik untuk besarkan, memang boleh nampak benang perak dengan tulisan LS & CO. Cuma gambar ni diambil dari side yang terbalik, so ikut terbalik la jugak ye.
Aku ada jumpa jugak label tag yang asingkan antara tempat tulis detail / care tag dengan tempat jahit benang perak. Bawah ni contohnya:
Gambar benang perak tak jelas = kamera tak power |
3. Ada cop dekat sebelah dalam kain poket yang tertulis “This is a pair of Levi’s”. Yang lama pun kadang-kadang tak ada atau dah banyak kali basuh sampai dah tak nampak cop tu.Tapi aku tak tau la ini standard atau tak, sebab dah beberapa kali gak aku dapat jeans yang tak ada cop ni (terutama jenis Shrink to Fit). Tapi kalau tengok ciri lain pada jeans tu memang confirm ori. Ermmm... Entahlah...
4. Tengok patches / pai, pastu perhatikan jahitan dia. Jahitan yang ori biasanya akan follow betul-betul line merah tu (ini pendapat aku, sebab yang ori hasil kerja mesti la cantik). Selain tu, jahitan kat red tab atau mana-mana bahagian pun nampak kemas. Pada aku, kenalah berhati-hati sikit kalau jumpa pai yang warnanya pelik-pelik (bukan warna standard coklat tu la). Tapi kalau tengok butik pun, dah ada sekarang warna patches yang pelik-pelik… Nasihat aku, tengok model la kalau nak guna pakai nasihat ni sebab Levi’s 501 biasanya standard.
Update 8 Disember 2012 : Setiap kali aku order dan dapat Levi's 501 baru yang Made in Egypt (negara lain tak jumpa lagi), jahitan kat patch tu selalunya tak ikut line merah. Original atau tak? Ikutkan ciri-ciri lain pada jeans tu nampak original dan tiada masalah. Bukan sehelai, tapi dah beberapa kali. Bawah ni gambarnya:
5. Orang kata, kain denim yang original dengan yang tiruan ni ada beza. OK, aku sendiri agak susah nak komen pasal ni sebab agak subjektif. Tapi kalau tengok kain denim Levi's 501 yang ciplak biasanya memang banyak beza. Kena tengok sendiri la baru tau. Hehehe...
6. Harga: Pada aku, ini la paling senang nak tau original atau ciplak. Kalau harga jeans 501 yang baru pun dah murah semacam je, confirm la jeans tu ciplak. Tapi paling masalah kalau orang jual yang ciplak tu dengan harga original. Ini memang betul-betul kurang ajar kan beb. Kebangeten!
Nanti kalau ada yang lain-lain lagi, aku tambah kemudian ar beb! Lagi satu kena ingat, untuk jeans yang dah vintage, ciri-ciri kat atas ni mungkin tak semuanya ada. Kat sinilah rasanya pengalaman penting.
So, supaya korang tak kena tipu atau terbeli Levi’s yang ciplak, memang tak salah pun abiskan masa buat research sikit-sikit. Iyelah, jeans yang ori pun bukannya harga 40-50 ringgit beb. Sekali terbeli yang ciplak dengan harga ori, sakit hati gak memikirkan dua tiga ratus duit kite dah terbang. Lainlah kalau terbeli Levi’s yang ori dengan harga ciplak… Hahaha… Cara paling senang? Masuk je kedai bundle belek-belek Levi’s 501 lama yang original. Abis citer.
Iklan: Tak teringin ke nak pakai Levi’s original? Meh baca post aku ni. Hehehe…
Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages Facebook aku meh... Klik jangan tak klik... Hehehe...
AMARAN!!!: SILA JANGAN COPY PASTE SESUKA HATI ARTIKEL KAT ATAS TANPA KEBENARAN PEMILIK BLOG!!!
Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages Facebook aku meh... Klik jangan tak klik... Hehehe...
AMARAN!!!: SILA JANGAN COPY PASTE SESUKA HATI ARTIKEL KAT ATAS TANPA KEBENARAN PEMILIK BLOG!!!
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748