Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, March 27, 2011

Menyamak Jeans Levi’s Terpakai

Kisahnya bermula... 
Aku bukak sekali lagi parcel dari oversea dengan hati berbunga-bunga…  Bukan jeans baru, tapi used jeans je. Tup…tup ada bulu tak dikenali yang buat aku was-was… "Argh sudah… Kalau tak bulu kucing mesti bulu anjing ni". Bila tanya seller, dia pun jawab, "we do have a bichon dog". Adoi, tak menggembirakan langsung jawapannya. Confirm jeans tu tak suci, ia telah tercemar!

Aku pun pegilah check dengan orang yang tahu, “kalau tangan ko kering, pastu bulu anjing tu pun kering, tak payah la samak”. Aku terpikir, “sebelum ni mesti diorang ada basuh jeans tu, so bulu yang basah tu mungkin dah mencemari kesucian jeans tersebut...” Sudahnya, jalan terbaik untuk elak was-was, samak jelah walaupun tu mungkin bukan bulu anjing pun (iyelah mana tau fabrik dari mana-mana ke). Part samak jeans tu takde la susah sangat, asalkan ada tanah pastu air mutlak yang suci lagi menyucikan. Tapi part nak buang bulu tu seksa gila aku rasa. Lagi-lagi used jeans yang dah beberapa kali tuan dia pakai. Sampai sakit tangan aku nak check part-part terselindung contohnya dalam poket, dalam seluar, belakang poket, celah-celah jahitan, etc… Tapi, takpelah, boleh la aku pakai dengan tenang pasni. Hehehe…

Pengajaran: Sekarang kalau nak beli used jeans online mesti aku suruh seller tu pastikan tak ada bulu langsung sebelum diorang post kat aku. Kadang-kadang aku tanya diorang dulu, ada bela pet ke tak sebelum beli. Untuk korang yang beli used jeans kat mana-mana pun, pegilah check dulu supaya tak payah nak susah-susah buat keja menyamak ni. Hehehe…

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

1 comment:

  1. Ever wanted to get free Twitter Re-tweets?
    Did you know that you can get these AUTOMATICALLY & TOTALLY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...