Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Wednesday, March 30, 2011

Akhirnya… Jualan Levi’s Aku Akan Bermula…

OK, akan bertambahlah seorang lagi manusia yang menjual barang online pasni. Manusia tu tak lain dan tak bukan = aku si penulis blog 5kosong1. Hehehe… Syukur, ada la rezeki untuk buat modal kumpul material. Cuma permulaan ni takde la banyak mana, tapi ada la sikit-sikit untuk suka-suka dan layankan minat aku ni.


Ada  material Levi's ni yang aku dapat direct dari seller oversea, ada barang baru yang siap dengan tag lagi, ada gak yang dapat dari kedai bundle. Setakat ni ada la beberapa helai 501, 501xx, 502 big E, 503B big E, etc... Mungkin jugak lepas ni aku akan selitkan barang-barang dari brand lain... Hehehe...


Nak bandingkan dengan butik atau penjual Levi’s sedia ada, memanglah tak boleh nak compete sebab modal diorang besar, pengalaman diorang pun banyak. Tapi aku sebagai ikan bilis, apalah salahnya diberikan peluang kan. Bukannya akan jatuh bangkrap pun diorang kalau ada orang yang beli sehelai dua dari aku ni. Hehehe…


Anyway, best gak sebenarnya jual-jual camni… Hehehe…  Nanti la aku buat entry satu-satu untuk material yang aku dah ada… Iyelah, kerja hakiki seharian pun kena fokus. So, jangan lupa bookmark / add to favorite link blog ni, tak pun kalau lagi rajin, exchange link sudah...  Hehehe. Pada masa yang sama, sapa-sapa usha blog ni, pastu berminat nak beli, tapi tak ada saiz atau jenis yang berkenan di hati, boleh la guna servis yang aku offer. Boleh baca post ni untuk tau lanjut.

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...