Masa mula-mula aku nak beli Levi's dulu, benda yang paling aku kaji dah tentulah cara-cara nak bezakan jeans yang original dengan yang ciplak. Aku kira nasib baik la sebab jumpa forum-forum dekat internet yang bincangkan pasal beza fizikal Levi’s original dengan yang tiruan. Sebenarnya, banyak yang dibincangkan tu berkaitan dengan style 501 yang popular. Model yang lain-lain tu orang kurang atau tak pernah diskus la pulak. Sebabnya? Mungkin model-model lain tu tak popular sangat, so orang pun malas nak ciplak. Bila malas nak ciplak, ciri-ciri keselamatan dekat model-model yang lain tu pun tak sebanyak model 501.
Ada macam-macam cara nak pastikan, tapi antara yang popular (oops kejap, panduan ni lebih kepada Levi’s 501 terutamanya seluar yang baru):
1. Nombor stamp kat belakang button mesti sama dengan nombor kat label tag sebelah dalam jeans. Contohnya kalau nombor kat button tu 524, kat label mestilah ada tulis 524 jugak (tengok contoh kat gambar bawah). Kalau Levi's 501 yang tertulis nombor 501 kat button jeans tu, dengar ceritanya memang confirm ciplak. Tapi yang ni aku pun tak sure... Sebab tu la aku type "dengar ceritanya..." Hahaha... Just berhati-hati la kalau terjumpa button dengan nombor 501 ni, tengoklah juga ciri-ciri lain. Pasal nombor kat button ni pulak, aku perhatikan bukan dekat Levi’s 501 je, dekat seluar aku dari model yang lain contohnya Levi’s 505 dengan Levi’s 550 pun ada ciri keselamatan ni.
2. Benang perak dekat label tag tu kalau diperhati betul-betul, ada perkataan LS & CO. Dekat tag tu pulak akan ada tulis style code (tapi kalau jeans lama mungkin takde kot). Dekat model Levi’s lain yang standard, benang perak ni rasanya tak ada, pastu label tag simple je. Cuma kat tag ni ada la tulis nombor yang sama dengan nombor stamp kat button. Gambar kat bawah ni kalau korang klik untuk besarkan, memang boleh nampak benang perak dengan tulisan LS & CO. Cuma gambar ni diambil dari side yang terbalik, so ikut terbalik la jugak ye.
Aku ada jumpa jugak label tag yang asingkan antara tempat tulis detail / care tag dengan tempat jahit benang perak. Bawah ni contohnya:
Gambar benang perak tak jelas = kamera tak power |
3. Ada cop dekat sebelah dalam kain poket yang tertulis “This is a pair of Levi’s”. Yang lama pun kadang-kadang tak ada atau dah banyak kali basuh sampai dah tak nampak cop tu.Tapi aku tak tau la ini standard atau tak, sebab dah beberapa kali gak aku dapat jeans yang tak ada cop ni (terutama jenis Shrink to Fit). Tapi kalau tengok ciri lain pada jeans tu memang confirm ori. Ermmm... Entahlah...
4. Tengok patches / pai, pastu perhatikan jahitan dia. Jahitan yang ori biasanya akan follow betul-betul line merah tu (ini pendapat aku, sebab yang ori hasil kerja mesti la cantik). Selain tu, jahitan kat red tab atau mana-mana bahagian pun nampak kemas. Pada aku, kenalah berhati-hati sikit kalau jumpa pai yang warnanya pelik-pelik (bukan warna standard coklat tu la). Tapi kalau tengok butik pun, dah ada sekarang warna patches yang pelik-pelik… Nasihat aku, tengok model la kalau nak guna pakai nasihat ni sebab Levi’s 501 biasanya standard.
Update 8 Disember 2012 : Setiap kali aku order dan dapat Levi's 501 baru yang Made in Egypt (negara lain tak jumpa lagi), jahitan kat patch tu selalunya tak ikut line merah. Original atau tak? Ikutkan ciri-ciri lain pada jeans tu nampak original dan tiada masalah. Bukan sehelai, tapi dah beberapa kali. Bawah ni gambarnya:
5. Orang kata, kain denim yang original dengan yang tiruan ni ada beza. OK, aku sendiri agak susah nak komen pasal ni sebab agak subjektif. Tapi kalau tengok kain denim Levi's 501 yang ciplak biasanya memang banyak beza. Kena tengok sendiri la baru tau. Hehehe...
6. Harga: Pada aku, ini la paling senang nak tau original atau ciplak. Kalau harga jeans 501 yang baru pun dah murah semacam je, confirm la jeans tu ciplak. Tapi paling masalah kalau orang jual yang ciplak tu dengan harga original. Ini memang betul-betul kurang ajar kan beb. Kebangeten!
Nanti kalau ada yang lain-lain lagi, aku tambah kemudian ar beb! Lagi satu kena ingat, untuk jeans yang dah vintage, ciri-ciri kat atas ni mungkin tak semuanya ada. Kat sinilah rasanya pengalaman penting.
So, supaya korang tak kena tipu atau terbeli Levi’s yang ciplak, memang tak salah pun abiskan masa buat research sikit-sikit. Iyelah, jeans yang ori pun bukannya harga 40-50 ringgit beb. Sekali terbeli yang ciplak dengan harga ori, sakit hati gak memikirkan dua tiga ratus duit kite dah terbang. Lainlah kalau terbeli Levi’s yang ori dengan harga ciplak… Hahaha… Cara paling senang? Masuk je kedai bundle belek-belek Levi’s 501 lama yang original. Abis citer.
Iklan: Tak teringin ke nak pakai Levi’s original? Meh baca post aku ni. Hehehe…
Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages Facebook aku meh... Klik jangan tak klik... Hehehe...
AMARAN!!!: SILA JANGAN COPY PASTE SESUKA HATI ARTIKEL KAT ATAS TANPA KEBENARAN PEMILIK BLOG!!!
Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages Facebook aku meh... Klik jangan tak klik... Hehehe...
AMARAN!!!: SILA JANGAN COPY PASTE SESUKA HATI ARTIKEL KAT ATAS TANPA KEBENARAN PEMILIK BLOG!!!
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748
haha... aku pnh gak terbeli levi's ori ngn harga ciplak... 501 lg 2 bai.. design mmg cantik r.... mle2 ingat xori la... tp aku dok perati ciri2 die sume menepati yg ori... kain pn cntik sme cm ori... aku dpt kt bunle la tapi... haha
ReplyDeleteJual la dekat aku murah2
DeleteKalau macam tu takpe bro... Itu kita panggil rezeki... Hehehe...
ReplyDeletelol @ bundle
ReplyDeletesetahu aku la bro bundle sume ori
xD
Ya betul... Kebanyakan bundle semua ori... Tapi tak salah pun check... Tapi kekadang brand lain (selain Levi's) yang harga mahal-mahal terutamanya la, ada jugak yang tak ori... Mungkin ada sesetengah tokey bundle tu sendiri pun tak perasan, maklumlah banyak sangat brand kalau nak check satu-satu... So sebagai pembeli, kite kena proaktif sket... Hehehe...
ReplyDeleteRasanya semalam berjaya menyelamatkan seorang customer yang mungkin dah terbeli Levi's fake. Tak tau la apa kesudahannya, tapi harap dia dapat duit semula. Nasihat aku senang je, kalau terlampau banyak was-was lepas korang beli jeans Levi's ni, adalah baik pulangkan je... Sapa ada pengalaman terbeli Levi's fake, silalah kongsi komen kat sini ye... Terima kasih...
ReplyDeletemakcik aku ada beli jeans levis 501, dulu lama zaman university. made in hongkong fake ka tu? dia beli hrga ratus juga. ada cop dlm. jadi dia stuju ja beli .😅
Deletehaha aku ada beli levis 501 dgn harga rm50 jer jualan gudang kt DHL baru2 ini...rugi tak pergi byk levis ori kat sana..
ReplyDeletebundle skrg ni ade jge trlepas 501 ciplak, hati2. Nk tmbh 1 lg ttg pai levis yg ori kt atas tu... mngikut pngalaman aku sbgi tkg jaet, jahitan pai levis yg ori akan bermula dibahagian atas dan tengah pai....
ReplyDeleteMaknanya gambar kat atas tu OK sebab nampak benang jahitan tu start kat atas dan bahagian tengah. Hehehe... Cantik ar bro, komen-komen macam ni yang kite perlukan...
ReplyDeleteAde benang perak atau benang warna perak ke pada Levi's 501?
Deleteassalam bos nak tanya... baru ni ada member bw balik 501 reject made cambodia. ori ke tak?
ReplyDeleteTak boleh nak bagi jawapan based on maklumat 'reject' & 'Made in Cambodi'. Kena check ciri-ciri jeans tu berdasarkan apa yang saya listkan kat atas. Bukan apa, Levi's gunakan banyak negara untuk keluarkan jeans mereka.
DeleteLevis made in cambodia adalah rekpika yg terbaik di cipta oleh pencikplak skrg.stitch,patching,care tag,button number,labelling diciplak pada mutu yg tinggi.so hati2 kerana di jual pada harga hampir sama dgn original close out.
Deleteterbeli 501 turkey,supplier bundle.no stamp kat butang tulis 501..match dgn label dlm...ciri2 lain original ada..kecuali part no stamp ni je berasa pelik...jahitan lebih kemas dr 501 butik,kain lg lembut..boleh komen skit?
ReplyDeleteSalam nk tnye.. Levis ori made in u.s.a ad x di jual kt malaysia?
ReplyDeleteLevis factory usa skrg tidak lg fokus utk mengeluarkn product levis biasa.kesemua production telah beralih kpd outsource negara luar. Masih lg ada keluaran usa dengan menghasilkan product vintage iaitu LVC pada kualiti premium.namum harga product ini jauh lebih mahal.sy rasa LVC ada di jual di butik2 besar levis namun agak jarang kelihatan.
DeleteAs Salam... Sudah diulas serba-sedikit berkaitan Levi's Made in USA. Boleh baca entry berikut: Levi's Made in USA Terakhir: 5kosong1.blogspot.com
DeleteWassalam... Kalau ada pun mungkin model Levi's LVC (Levi's Vintage Clothing). Kalau yang standard model, bukan Made in USA lagi..
ReplyDeleteHfv
ReplyDeleteyang panas hati lagi, jumpa 501-0000 Made in Mixico dekat tag peha kiri , celaka punya lah penipu penjual. tag belakang WPL 423 nampak real dah Made in Mexico. kalau org faham 501-0000 itu STF, tengok punya tengok kain high quality jauh beza dgn yg original
ReplyDeleteBundle pun dh bercampur aduk dh ngn yg fake..celaka penipu punyer penjual..
ReplyDeleteas-salam,
ReplyDeletekalau kat pai x tulis 501 X,tapi kat tag ditulis 501-0000..spesis apa kah ini ye tuan blog/kawan2?
Wassalam. Sama macam gambar pai kat atas. Levi's 501 Shrink to Fit - Rigid / Indigo
Deletekat atas tu iye dah ditulis 501XX kat pai nya..
Deleteyg sy maksudkan kalau kat pai ditulis 501 je,tp kat tag 501-0000 pula camne agaknya,tuan?
maaf,baru perasan yg pai awak maksudkan tu yg made in Egypt..
Deleteyg sy nak tanya ni kat button dia 552..
klu pai 2 bt dari plastik getah cmne plk..beli butik, made in mexico 501
ReplyDeleteSy ade levis overall ayah sy beli dr thn 70an.. Beli masa blajar kt US. Orange tab.. Sape berminat nk beli? Elok lagi.. Dok simpan je.. Ingat nk let go je pd peminat2 levis.
ReplyDeleteSy ade levis overall ayah sy beli dr thn 70an.. Beli masa blajar kt US. Orange tab.. Sape berminat nk beli? Elok lagi.. Dok simpan je.. Ingat nk let go je pd peminat2 levis.
ReplyDeleteSy ade levis overall ayah sy beli dr thn 70an.. Beli masa blajar kt US. Orange tab.. Sape berminat nk beli? Elok lagi.. Dok simpan je.. Ingat nk let go je pd peminat2 levis.
ReplyDeleteBaik simpan buat kazanah. Levis thun 70 an tu
ReplyDeleteSekiranya kta biasa dgn levi's pakaipon dah thu. Rasanya yg tsendiri. Beza dgn yg ciplak
ReplyDeleteLevis aq die punya poket belah dalam die ade cop sebijik mcm pai..pastu kt pinggang belah dlm ada tag tulis"Levi's jeans slim boot"...ori ke ni..aq rase ciplak kot..
ReplyDeleteKalo punya saya semua sama seperti diatas, tapi tag dalam yang peringatan mencuci dan made in nya telah hilang. Saya rasa tidak apa apa karena saya pun beli second di bandung. Harga vintage dimulai dari Rp100k = RM29 . Banyak jeans levis second disana import. Tetapi barang import belum tentu ori. Tp worth it sbb if you drop by in bandung. You'll be dizzy cos many of brand models are gonna kill u.
ReplyDeleteSalam admin..nk tanye.kalau levis 501xx tapi zip kepala kain slim fit yang tu ori atau copy ori?mohon admin balas ya
ReplyDeleteAku beli seluar jeans levis 519..online shopping..tak tahu ori tak...sebab tak.sampai lagi 😀
ReplyDeleteaku malas sakit2 kepala nak fikir ori ke x.. pada aku senang ja.. hang beli kat butik levi's, website official dia dan dalam shopee ada official flagstore dia.. senang hati pun tak serabut risau ori ka x...
ReplyDelete