Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Friday, April 8, 2011

Jeans lain selain Levi’s

Evisu
Meronda-ronda ke sana-sini sambil menyelam ke blog orang lain dan  baca forum online menyebabkan aku mula belajar sikit-sikit berkenaan jeans brand lain selain Levi’s. Orang kata, sekali kita dah tau, mestilah kemudian nak amik tau lebih dalam kan. Hehehe… Banyak rupanya jeans-jeans lain yang lagi mahal dari Levi’s tapi orang still sanggup keluar duit untuk pakai. Seriously, memang aku ketinggalan sikit la bab jeans-jeans lain ni… (Oppsss…. Sedangkan Levi’s pun baru nak start, lagilah yang lain).  Hahahaha…

Samurai
Antara nama-nama jeans lain yang sekarang aku dah mula tengok sikit-sikit adalah Samurai, Sugarcane, Nudie, Evisu, True Religion, 7 Mans for all Mankind, Rock & Republic. Selain tu ada lagi nama yang memang alien la, antaranya PRPS, Iron Heart, Naked & Famous Denim, A.P.C, Denime, The Flat Head, etc… etc... Chop, maybe alien untuk aku tapi tak alien mana pun untuk korang. Hahaha…  Itu pun masih banyak lagi model yang aku sendiri tak tau ape. Hehehe…



Iron Heart
Nudie Jeans
Mula-mula aku rasa pelik jugak bila memikirkan ada orang kat luar sana yang sanggup keluarkan duit  sampai beratus-ratus atau kadang-kadang tu sampai beribu-riban semata-mata untuk dapatkan sehelai jeans. Ada ape dengan cinta jeans? Hanya jauhari yang mengenal manikam, hanya pemilik  kipas susah mati jeans yang mengenali jeans mereka. So, itulah jawapan yang sebenarnya. Kalau ada orang sanggup berabis duit untuk kereta, make up, baju, etc… so semestinya akan ada orang yang sanggup berabis duit untuk jeans mereka. 

Sugar Cane

PRPS
Tau tak korang jeans Levi’s ni dianggap antara jeans yang murah je kat US? Huhuhu... Bukan semua model la tapi sekurang-kurangnya 501 tu pun dianggap seluar jeans biasa je kat sana. Macam mana pun, model Levi's premium contohnya Levi's LVC (Levi's Vintage Clothing - yang ada big E, selvedge) tu still mahal la gak. Jap, apa kaitannya aku citer semua ni? Tak ada apa, cuma mungkin lepas ni aku mula start selitkan cerita pasal jeans lain kot… Tak pun jual jeans brand lain plak sikit-sikit ke… Hahaha…

True Religion

7 For All Mankind

Rock & Republic
Cerita-cerita gak... Penat aku nak ceciter-ceciter ni... Sambil-sambil baca ceciter aku ni, klik ar perkataan available for sale tak pun baca post dahsyat ni... Hehehe... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
SMS / WhatsApp: O12-7944748  

1 comment:

  1. Ever wanted to get free Google+ Circles?
    Did you know you can get these ON AUTO-PILOT AND ABSOLUTELY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...