Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, April 3, 2011

Jalan-jalan Bundle cari Levi’s

Dari dulu lagi aku dah masuk bundle. Tapi mostly untuk tengok-tengok, pastu beli barang yang bukan jeans. Pernah gak sempat sambar sweater dengan blazer masa time aku student dulu. So, takde la pelik sangat pun bila sekarang ni aku still pegi bundle walaupun dah kerja. Sebabnya? Bundle la antara destinasi yang sesuai untuk cari barang rare, unik, vintage, secondhand, etc dengan harga berpatutan yang boleh dirunding.

Boleh cakap macam ni kot, ada kelompok tersendiri yang masuk kedai bundle disebabkan minat semata-mata terhadap barang yang available kat sana. Mereka ni pandai memilih sebab tau nilai sesetengah barang yang pada pandangan mata orang lain cumalah barang buruk terpakai dari luar Negara. Ada yang pegi bundle cari barang-barang dari brand-brand tertentu, cari baju band, kasut vintage, jaket, t-shirt, kemeja, etc. Kadang-kadang golongan ni beli barang pun bukan untuk dipakai sendiri, tapi untuk dijadikan collection item atau dijual semula. Senang kata, kedai bundle ni seumpama lokasi mencari harta karun la pada aku. Kadang-kadang kita pun terkejut dengan barang yang boleh kita jumpa kat sana. Yang lagi best tu kalau tuan punya kedai letak harga murah je untuk barang yang sepatutnya bernilai tinggi. Hehehe...

Nak dijadikan cerita, sekarang ni aku lagi giat berjalan-jalan ke bundle lebih dari dulu. Hehehe… Selain usha-usha barang, yang penting aku cuba belajar dan double check info yang aku dapat dari internet. Pengalaman dengan ilmu tu yang penting kot. Lagi satu mestilah M.I.N.A.T. Tapi disebabkan minat baru aku kat Levi’s, so aku tak amik port sangat pasal benda lain. Mungkin pasni kot baru nak amik tau pasal yang lain-lain tu. Bila dah kat kedai bundle terutamanya yang ada banyak barang, kadang-kadang khayal dan tak sedar pun masa berlalu, mungkin sebab bau aroma kedai bundle tu kot. Hahaha…

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

1 comment:

  1. Ever wanted to get free Google+ Circles?
    Did you know that you can get these ON AUTO-PILOT & TOTALLY FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...