Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Thursday, April 14, 2011

Levi’s Made in USA Terakhir???

Korang mungkin tau Levi’s bermula tahun 1873 kat San Francisso, USA. Tapi korang tau tak kat mana & bila kilang terakhir Levi’s kat USA ditutup? "Kilang pengeluaran kat Valencia Street, San Francisco kot?" Bukan beb, itu kilang yang popular. Jawapannya yang sebenar ialah San Antonio Plant, tutup tahun 2004. Sebab tu la sekarang ni susah sikit nak jumpa jeans Levi’s baru Made in USA. Kalau ada pun memang mahal sikit la harganya sebab yang ada tu merupakan stok lama / deadstock. Dulu-dulu aku tak tau la kalau ada jual jeans Levi’s Made in USA kat butik dalam Malaysia, tapi sekarang ni memang dah tak ada kot. Kalau sekarang nak pakai yang Made in USA, kena pandai-pandai la cari kat online atau kedai bundle.

Bekas Kilang Levi's kat Valencia Street
Back button 555... Apa tu? Itu ialah jeans Levi's buatan dari  kilang kat Valencia Street. Trade mark kilang tu la maksudnya. Apa uniknya kilang ni? Owh... Inilah antara kilang terawal Levi's kat USA. So kalau korang ada jeans Levi's Made in USA dengan back button 555, itu maksudnya seluar tu asal dari kilang kat Valencia Street tu la. Selingkar cerita aku selitkan... Hehehe...

Back button # 555
Buatan Valencia Street gak nih!
Tapi kenapa diorang tutup kilang kat USA walaupun brand Levi's ni originnya dari sana? Senang je, nama pun bisnes, bila keuntungan dah menurun pastu kos penghasilan tinggi, mestilah diorang beralih tempat ke negara yang boleh bayar kos penghasilan yang rendah. Sebab tu la sekarang banyak Levi's Made in China la, Made in  Haiti la, Made in bla... bla... bla... Yang jual kat butik dalam negara kita sekarang rasanya banyak Made in China (aku rasa la). Made in Malaysia? Sapa kata tak ada, lain kali aku citer... Hehehe... (Update: Ni link pasal Levi's Made in Malaysia)

Ikut selaman aku kat internet ni, ada beza sikit in terms of quality bagi jeans buatan USA dengan buatan negara lain. Beza dari segi mana aku pun tak tau, tapi banyak yang kata kain dari USA punya dulu lagi tebal. Tapi kalau baca kat website Levi's pun, dari seluruh dunia jugak bekalan kapas yang diorang ambik untuk buat kain denim. Mungkin ini perasaan orang je kot, tapi mungkin jugak betul. Rasanya aku kena ada sehelai jeans yang Made in USA, pastu sehelai buatan negara lain yang sama saiz, warna, stail, semuanya sama la senang kata, pastu lenjan dua-dua untuk tengok perbezaan... Hahaha... Gila pembaziran!!! Hehehe...

Macam aku type kat atas tadi, disebabkan jeans yang buatan USA ni semakin rare, harga jeans yang dah second hand (used la maknanye!) pun boleh hampir atau sama harga dengan yang baru. Harga jeans yang baru dari stok lama tak payah ceritalah. Kalau la dulu-dulu aku dah minat Levi’s pastu ada duit lebih, mesti dulu aku dah pulun beli banyak-banyak yang Made in USA pastu sekarang jual untuk dapat untung. Hahaha…

UPDATE (7 Oktober 2012): Ada seseorang telah tanya direct kat aku pasal entry ni iaitu berkaitan Levi's Made in USA. Soalannya ialah "Kilang Levi's kat USA dah ditutup pada tahun 2004, kalau macam tu Levi's LVC Made in USA tu kilang mana yang buat?" Ermmm... Betul jugak, Levi's LVC Made in USA yang aku siap buat pre-order tu kilang mana erk yang buat??? Jawapannya??? 

Hehehe... Aku sendiri belum ada jawapan yang sangat pasti pasal ni. Tapi apa yang boleh aku type, Levi's LVC yang dikeluarkan kat USA / Made in USA tu bukanlah dibuat dengan secara besar-besaran. Maknanya still agak limited dan terhad jumlahnya. Mungkin ada kilang kecil @ bengkel @ workshop yang baru dibuka atau memang dikekalkan just untuk tujuan keluarkan produk Levi's Made in USA. Maksud aku bukanlah kilang macam dulu yang keluarkan produk Levi's secara banyak @ mass production. Selain tu, mungkin di kilang ni jugaklah yang keluarkan produk Levi's Made in USA yang kita boleh jumpa iklannya kalau surf website Levi.us. Harga produk Levi's Made in USA yang diiklankan kat situ pun dijual lebih mahal daripada yang biasa.

Iklan: Amacam, nak pakai Levi’s Made in USA ke? Yang baru ke yang dah diguna? Aku boleh tolong cari kat online. Baca post ni. Hehehe…

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
SMS / WhatsApp: O12-7944748 

4 comments:

  1. saye pun ade satu levi's USA .. memang susah nk cari.. merata bundle saye pergi , akhirnye jumpe gak satu

    ReplyDelete
  2. http://www.tokolarisbandung.blogspot.com/December 5, 2013 at 6:19 PM

    salam kenal buat sahabat levis pecinta levis kami menawarkan ,levis harga murah di banding dengan yg lain bila mau lihat produck kami bisa di cek http://www.tokolarisbandung.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. levi's ada buat levi's 501 made in USA untuk brook brothers, as if levi's keluarkan levi's 501 tapi suruh brook brothers pasarkan.

    http://www.brooksbrothers.com/Levi's%C2%AE-501-Original-Fit-for-Brooks-Brothers/485R,default,pd.html

    maaf kalau salah. hanya tafsiran sendiri-sendiri.

    ReplyDelete
  4. levis made in mexico mcm mana plak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...