Jeans yang aku nak ceritakan ni sebenarnya dah lama dikeluarkan (sejak tahun 2011 lagi > sekarang sudah tahun 2013 tu Yeop). Entry pun dah lama terperuk sebagai draft, cuma aku je tak siapkan untuk di'publish'. Tapi takpe, aku tetap nak share jugak keunikan jeans ni kat blog 5kosong1.
Bagi yang selalu baca blog ni, dah tentu perasan yang sesungguhnya brand Naked & Famous merupakan antara brand yang paling banyak aku ceritakan... Sebabnya sudah terang lagi bersuluh lagi ber'spot light' iaitu mereka hasilkan jeans yang ada pelbagai gaya dan sangat unik...
Salah satu jeans unik yang telah mereka hasilkan termasuklah Naked & Famous Glow in the Dark Jeans.Yup, jeans ni betul-betul boleh 'menyala' sejibik macam stiker glow in the dark kalau kita bawa ke tempat gelap! Apa yang telah dibuat untuk menghasilkan jeans seumpama ni ialah dengan memberikan phosphorescent coating (direct translation Google: lapisan pendar) pada fabrik denim yang bakal digunakan.
Kalau normal raw jeans akan ada kesan unik / karakteristik tersendiri apabila korang sudah break in untuk sesuatu tempoh, tak kurang juga pada jeans ni. So, mana-mana bahagian kat jeans ni yang coating nya dah tak ada atau hilang disebabkan cara pemakaian seseorang, sudah tentu akan hasilkan effect yang hampir sama jugak macam jeans biasa bila dipakai kat tempat gelap.
Orite, jeans ni dibuat dalam cutting SkinnyGuy, zip-fly, selvedge dan gunakan fabrik 98% cotton + 2% elastane. Menurut Naked & Famous, mereka pernah uji jeans ni dengan membuat basuhan sebanyak lima kali dan hasilnya masih still memberangsangkan iaitu jeans tersebut masih berkemampuan untuk membuat pencerahan! Hahaha...
Agak mencapap (perh, lama seh aku tak pakai perkataan 'mencapap') sebenarnya kalau pakai jeans ni untuk jalan-jalan, ronda-ronda waktu malam. Tapi sesiapa nak dapat lebih tumpuan, memang sangat sesuai la pakai jeans Naked & Famous Glow in the Dark ni.
Kalau sukakan artikel ni atau yang lain-lain, silalah 'Like' FB tuan pemilik blog seperti di bawah atau subscribe sahaja supaya tak ketinggalan kalau ada artikel baru. Hehehe... Kalau rasa nak mencapap dan try keunikan jeans kat atas, bolehlah try buat pre-order (kalaulah jeans Naked & Famous Glow in the Dark ni masih ada jual kat mana-mana website).
FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com
SMS / WhatsApp: O12-7944748