Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Monday, February 28, 2011

Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX (Part 1)

Levi's 501XX Shrink To Fit
Lepas aku sambar Levi’s 501 warna Dark Stonewash dengan Levi’s 550 warna Medium Stonewash, entah macam mana terdetik la pulak nak try pakai Levi’s 501 Shrink to Fit. Gila, macam membazir pulak kan bila dipikirkan yang jeans dua helai tu pun tak sempat nak buruk lagi. Tapi, layankan saja keinginan itu… Hehehe… Lagipun orang kata jeans nih tahan lama, so tak kisah la… Kalau tak nak pakai lagi, aku tolak la kat sapa-sapa… (ermm… rasanya tak!)

OK disingkatkan cerita, aku pun order jeans ni sekali lagi dari penjual online dari US. Lepas lebih kurang 11 hari, Levi’s 501XX tu pun akhirnya selamat sampai dekat tempat kerja aku pada tarikh 10 Februari 2011. Perh… memang tak sabar nak try pakai beb! Tak pasal-pasal, terganggu kosentrasi kerja aku hari tu… Hehehe…

Macam biasa, gambar ketibaan dari US
Rigid @ Indigo 0501-0000
Sampai je rumah, dengan hati yang berbunga-bunga, aku bukak la bungkusan dari USPS services tu. Cayalah, depan mata aku 501XX, W42 L33 warna Rigid Blue atau code dia 0501-0000. Pergh… bau kedai beb! Tapi dalam tak sampai 5 minit, aku kecewa… Sebabnya? Made in Mexico da jeans aku ni… Iklan tu kata Made in USA. Agak tak puas hati la aku sebab description kurang tepat dengan item yang aku dapat. Hampeh tul la. So sebagai pembeli yang sedikit tertipu, aku contact la Mat Saleh tu tanya pasal apa aku dapat barang yang bukan sepatutnya. Dalam iklan kata Made in USA, nih apasal buatan Mexico pulak?  Mat Saleh tu reply beritahu yang dia dah check jeans dalam stok yang dia ada. Memang tulis Made in USA dan dia sendiri pun tak tau macam mana boleh tersalah kali ni. Cis, lain kali sebelum post pergi la check dulu barang tu betul ke tak. Ini tak, main belasah je. Kurang asam tul. Tapi nasib baik la dia offer untuk bagi best deal untuk cover kesilapan dia kalau lain kali aku beli lagi. OK la, aku terima sebab kalau aku pulangkan semula, tergadai la pulak duit aku untuk kos posting jeans tu semula. 

Made in Mexico bukan USA
Step seterusnya mestilah aku check nak pastikan original ke tak jeans yang aku dapat ni. Nombor kat button sama dengan tag. Benang perak dekat tag pun confirm tulis LS & CO. Kedudukan button rivet semua OK. Buatan jeans ni pulak tahun 2001. Tapi satu je takde, cop dekat sebelah dalam kain poket yang biasanya tulis “ This is a pair of Levi’s”. Yang lain semua OK la. Aku consider original la jeans ni walaupun takde cop tu. Tertinggal atau pun memang tak dibuat? Entahlah, tak kisah la… Mesti korang kata jeans ni tak ori kan? Ermmm… terpulanglah...

Apa sebenarnya aku nak buat dengan 501XX ni? OK, aku plan nak lenjan dulu jeans ni bagi lusuh sikit sebelum aku start proses merendam dan keringkan untuk bagi kecut. Aku nak bagi kesan honeycomb belakang lutut dengan kesan renyuk kat bahagian peha tu betul-betul ada, baru la aku start dengan langkah seterusnya. Nak tak nak, kena la aku pakai jeans ni waktu malam. Kenapa? Sebab di siang harinya, aku kena pakai seluar licin tak pun seluar slack pegi office. Takde chance aku nak cepatkan proses melusuhkan jeans ni kecuali waktu pegi kerja kat luar office, hujung minggu, hari cuti atau waktu malam. Itu pun bukan setiap malam beb, sapa la tahan pakai jeans memanjang waktu malam dengan cuaca macam kat Malaysia ni? Tapi takpe, selagi ada peluang, akan aku gunakan waktu-waktu yang ada tu. Hehehe… Bertambah lambat lagi la nak buruk koleksi jeans yang lain tu (Hahaha… bunyi macam ada banyak sangat je).

Lupa nak cerita apa punca sebenarnya aku beli saiz besar. Kan sebelum ni aku ambik saiz W40 L30. OK, bersesuaian dengan namanya, Levi’s 501XX ni direka untuk mengecut lebih kurang 10% dari saiz asal lepas kita basuh. Bukan basuh biasa-biasa la, tapi basuh dengan teknik tertentu la pastinya. So, jeans aku ni boleh mengecut untuk jadi saiz W40 L30 sebenarnya. Kat bawah ni, panduan standard kalau nak beli Levi’s Shrink To Fit:

                                       Kalau saiz pinggang (W):
                                       27”-36”, tambah 1”
                                       38”-48”, tambah 2”
                                       50”-up, tambah 3”

                                       Kalau panjang inseam (L):
                                       27”-34”, tambah 3”
                                       36”- up, tambah 4”

So, sebab aku pakai W40 L30, itu pasal aku amik saiz W42 L33. Lagipun aku rasa pinggang aku besar sikit la lepas lama tak exercise (Hahaha!). So, aku boleh control sikit proses pengecutannya tu nanti. Biar dapat yang ngam-ngam dengan pinggang aku, pastu tak sempit kat bahagian peha. Hehehe… Lagi satu, ukuran yang aku buat sendiri dengan label tag memang sama. 

Waist = 42"
Siap ada measurement tape to beb!
Rigid jeans 0501-0000 atau raw denim ni diberitakan antara warna yang mula-mula ada dulu sewaktu mula-mula jeans Levi’s ni dicipta. Warna jeans ni indigo, tak sama macam warna Dark Stonewash. First time pakai, memang terasa betapa kasarnya seluar jeans ni. Aku punya jari nyaris melecet masa seluk poket jeans ni. Jeans STF ni memang keras la kiranya tak macam 501 lain yang preshrunk. Iye la, diorang memang tak ada buat apa-apa pun kat jeans ni lepas siap dijahit. Sebab tu dipanggil raw denim tak pun dipanggil kain pasir atau kain guni dalam bahasa kita. Kalau pegang label tag dia pun masih keras lagi, tak sama macam 501 yang biasa.

Kenapa tak terus Preshrunk? Mungkin ini salah satu peluang yang Levi’s bagi kat tuan punya seluar ni untuk bereksperimentasi dengan cara masing-masing bagi dapatkan saiz yang betul-betul fit dengan bentuk tuan punya badan. Itu la sebab sebenar kenapa aku beli STF ni. Semuanya lepas aku baca dan tertarik dengan satu blog Mat Saleh berkenaan cara yang dia buat dengan jeans 501XX dia. Memang terikut-ikut betul la! Hahaha...

Tapi, aku cerita kemudian la cara-cara untuk buat rendaman dan basuh jeans STF ni dalam Part 2. Aku pun akan cuba dokumenkan tahap kelusuhan 501XX ni dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang, layanlah dulu gambar-gambar yang aku tangkap masa jeans ni masih sangat baru. Sekian… 

-> Opss... Part 2 , Part 3 dengan Part 4 dah keluar... Teruskan membaca!

Inseam kiri = 33"
Inseam kanan = 33"
Opening leg = 10"

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

1 comment:

  1. salam..jeans ni brape ratus rm ko beli? Semua kos?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...