Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Saturday, March 12, 2011

Jargon-jargon / Istilah-istilah berkaitan Levi’s @ Apa yang anda perlu tahu apabila bercerita pasal Levi’s?

Masa mula-mula aku nak merisik dan berkenalan dengan Levi’s ni, antara cabarannya dah tentulah memahami perkataan-perkataan atau jargon yang tak biasa didengar. Sampai sekarang ni pun, masih banyak lagi jargon yang aku sendiri masih tercari-cari maknanya. Tapi macam mana pun, aku cuba kongsikan kat bawah ni perkataan-perkataan yang korang akan biasa jumpa bila bercakap pasal Levi’s. Yang pasti, aku akan cuba update list ni sentiasa la!

Kepala kain /Red Line /Selvedge /Akaimimis: Merujuk pada hujung kain sebelah dalam jeans Levi’s yang biasanya berwarna putih dan ada benang warna merah.  Kalau jumpa, Levi’s ni memang mahal dari biasa sebab jeans Levi’s lain biasanya dimatikan dengan jahitan benang yang biasa. Dari mana datangnya kepala kain ni? Biasanya, dalam setiap gulung kain denim yang digunakan untuk buat Levi’s, kain yang hujung sekali tu la yang macam ni, so memang tak banyak la jeans Levi’s yang ada red line. Tu pasal harga dia lebih mahal semuanya sebab special. Info lain: kadang-kadang, benang merah tu pun tak ada untuk jeans yang sangat lama atau boleh jugak benang tu berwarna biru. Tapi sangat susah jumpa sebab biasanya benang merah.

Red Tab: Tab merujuk kain kecik yang biasanya tertulis perkataan Levi’s, pastu dijahit dekat poket belakang sebelah kanan. So, red tab tu merujuk kepada tab berwarna merah yang biasanya kita boleh jumpa kat hampir keseluruhan jeans Levi’s. Selain red tab, ada juga orange tab, silvertab dan white tab. Rasanya ada lagi warna lain cuma aku sendiri tak pernah jumpa. Kadang-kadang, perkataan “Levi’s” tu sendiri tak tertulis pun sebaliknya cuma tab merah yang bertanda ‘R’ @ Registered.

Big ‘E’: Merujuk kepada perkataan yang tertulis pada tab. Untuk jeans Levi’s biasa, perkataan yang tertulis ialah Levi’s. Tapi untuk big ‘E’, tulisan yang tertera pada tab ialah LEVI’s. Bezanya ialah huruf ‘e’ kecik tu tukar jadi huruf ‘E’ besar. Jeans Levi’s dengan tab Big ‘E’ pulak biasanya mahal berbanding  yang biasa.

Buttons: Antara bahagian yang penting dekat jeans Levi’s. Butang ni biasanya ada stamping nombor. Stamping nombor ni la yang penting untuk tahu berapa lama usia sesuatu jeans Levi’s tu. Contohnya stamping nombor yang popular ialah satu digit (2, 5, 6, W) atau tiga digit (524, 558, 555, 554). Satu digit lagi lama berbanding tiga digit. Kadang-kadang ada gak jeans Levi’s yang tak ada stamping ni. Kalau stamping start dengan J, itu maknanya buat kat Jepun.

Arcuate: Merujuk kepada jahitan hiasan dekat poket belakang Levi’s. Jahitan ni berbentuk melengkung ke bawah yang tajam. Masa zaman Perang Dunia Kedua (1942-1944), jahitan ni ditukar dengan cat dengan tujuan nak jimatkan benang tu. Iyelah, fungsinya cuma untuk hiasan je. Tapi sekarang, inilah antara jahitan yang jadi identiti jeans Levi’s. Senang kata, sekali pandang je jahitan arcuate ni dah boleh tahu jeans yang dipakai tu Jeans Levi’s walaupun belum tengok lagi ciri-ciri lain.

Patches / Pai: Bahagian yang kebiasaannya diperbuat daripada kulit atau kertas lasak (heavy duty paper) yang tertulis info pasal jeans kita. Kat sini la tertera gambar dua ekor kuda menarik seluar jeans, selain penerangan pasal style /model jeans bersama-sama dengan ukuran W x L  sekali. Ada jugak pai yang dibuat guna kain atau material lain kat sesetengah model tertentu.

Waist x Length (W x L): “W” merujuk kepada waist atau saiz pinggang, sementara “L” merujuk panjang inseam. Inseam adalah panjang yang diukur dari tengah kelengkang seluar sampai la hujung kaki jeans. Kalau perhati kat bahagian kelengkang,  kan ada empat bahagian kain yang dijahit bertemu, so dari situ la start point rujukan kalau kita nak buat ukuran panjang inseam. Panjang ukuran yang tertera dekat patch tu biasanya dalam ukuran inci. 1 inci = 2.54 cm.

Bartacks: Jahitan berulang-ulang yang kita boleh jumpa dekat bahagian tepi atas poket belakang. Tujuannya untuk menguatkan jahitan dekat bahagian poket tu daripada mudah terkoyak disebabkan tangan yang selalu menyeluk. Levi’s dulu-dulu biasanya pakai rivet untuk menguatkan bahagian ni. Warna standard sekarang ialah ikut warna benang yang jahit seluar tu. Tapi dulu-dulu warnanya kadang-kadang hitam atau ungu. Ikut tahun.

Rivet: Benda seolah-olah button yang digunakan untuk menguatkan cantuman bahagian-bahagian tertentu pada seluar jeans Levi’s. Biasanya tertulis L.S.CO-S.F- L.S.CO: Levi Strauss and Co, S.F: San Francisco, tempat kelahiran brand ni.

Hidden rivet: Ini biasanya ada pada jeans vintage. Cara nak nampak yang hidden ni kena tengok dari sebelah dalam jeans. Dari dalam boleh nampak semua rivet yang dipasang dekat poket belakang, tapi bila tengok luar tak ada la pula kelihatan. Sebab tu digelar hidden rivet.

Double stitch / Chain stitching: Dua benang yang dipintal dan dijahit bersama untuk nampak macam tali. Perh, susah gak nak explain sebab dulu aku pun lambat paham pasal ni. Hahaha… OK, biasanya bahagian yang paling popular orang nak tengok adalah jahitan dekat sebelah dalam poket belakang dan satu lagi dekat kaki seluar.

Single stitch: Senang je, yang ni kalau tengok kat seluar jeans tu, nampak satu jahitan benang je la.

Zipfly: Zip seluar. Jeans Levi’s yang vintage biasanya guna zip brand Talon 42, Scovill

Buttonfly: Merujuk kepada penggunaan butang untuk menggantikan zip seluar.

Vintage jeans: Jeans yang lama-lama. Tak best ar sebut jeans buruk walaupun sama je padahal maknanya. Hahaha…

Repro / LVC @ Levi’s Vintage Clothing: Jeans Levi’s yang dikeluarkan semula ikut fesyen dulu-dulu takpun jeans baru yang tiru sejibik mana-mana model yang popular. Contohnya Levi’s LVC 1947 yang duplicate model jeans Levi’s tahun 1947. Harganya? Dah tentu mahal…

Honeycomb: Ini merujuk dekat kesan garisan atau lipatan. Lagi mudah aku panggil kesan renyuk la. Hehehe… Biasanya boleh nampak dekat bahagian belakang lutut seluar jeans, bahagian yang selalu jadi mangsa lipatan terutama bila kita duduk.

Preshrunk: Merujuk kepada jeans biasa yang sudah siap melalaui proses basuhan dan sebagainya. Saiz jeans tak akan banyak berubah berbanding saiz asal walaupun korang basuh lagi.

Shrink to Fit: Raw jeans yang akan mengecut apabila kita rendam dan basuh. Kadar pengecutan boleh sampai 10% dari saiz asal. Try ar pakai, best dan bagus untuk buat eksperimen dekat jeans Levi’s.

Levi’s Sta Prest: Merujuk kepada seluar slack / khakis ala cutting jeans tapi material biasanya lain. Kalau jeans biasanya 100% cotton, tapi sta prest ni material dia bercampur antara polymer dengan yang lain-lain.

Cutting: Cutting atau potongan ni merujuk kepada style sesuatu jenis jeans tu. Maknanya, ada perbezaan ketara antara 501 dengan 550 dan sebagainya. Baca post pasal cutting ni.

> Perh, jargon-jargon kat bawah ni aku sendiri masih confuse, pastu tak sure sangat nak terangkan. Next time la.  Hahaha…

UPDATE!!!: Ada seseorang telah menyumbang info / definasi berkaitan istilah-istilah kat bawah ni + istilah tambahan. Terima kasih kerana berkongsi. 

Red Loop: Sejenis model jeans Levi's.

Takik: Sama macam garisan honeycomb, cuma kat bahagian depan jeans atau kat kawasan peha. Takik dengan 'misai kucing' mungkin benda yang sama.

Kain pasir: Macam kain rigid (benda yang sama kot). Keras dan berbulu macam kain guni. ~ Pada aku Levi's Shrink to Fit adalah kain pasir sebab jenis ni keras dan berbulu.

Kain karat: Kain yang warnanya coklat cair macam warna karat kat bahagian dalam seluar jeans. Jeans Levi's ada yg warna cerah kat bahagian dalam, ada juga yang warna 'karat' atau gelap kat bahagian dalam. ~ Istilah tambahan, tapi memang aku pernah terjumpa istilah ni.

Kain minyak: ??? 

Levi's Tow Rope: Sejenis model jeans Levi's iaitu merujuk kepada model Levi's Vintage Clothing (LVC) 1933. Dipanggil sedemikian sebab model jeans 501 ni yang dikeluarkan pada tahun 1933 pernah dijadikan pengganti tali untuk menarik kenderaan yang terkandas di California.

OK, aku juga mengharapkan sumbangan info (istilah + makna) dari pembaca, manalah tau ada lagi istilah-istilah yang biasa digunakan tapi tak masuk dalam senarai kat atas. So, cara paling senang ialah tinggalkan komen kat bawah.

Terima kasih!

Boleh juga rujuk website ni: http://www.levisguide.com

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

8 comments:

  1. -Red Loop salah satu model jeans levis.
    -Misai kucing tu garisan sama mcm honeycomb. tp misai kucing kat bhgn depan jeans..selalunya kaw peha.Takik & misai kcg ni sama rasenya..
    -Kain pasir cam kain rigid.biasanya keras dan berbulu skit.cam kain guni
    -Lagi satu, Kain karat- kain yang wane coklat cair cam warna karat kat bahagian dalam seluar. Seluar levis ada yg wane cerah kat bhgn dlm, ada jg yang wane 'karat'/gelap bhgn dalam.

    just to share..

    ReplyDelete
  2. Ok, terima kasih... Nanti saya update posting tu...

    ReplyDelete
  3. salam
    saya pun peminat Levi's.. ada jugak collect sikit2 utk suka2.. klu rajin, jengok lah ke:
    http://erelicadenim.blogspot.com/

    trima kasih

    ReplyDelete
  4. Dah melawat bro ZAMAN, King punya blog... Memang banyak bro punya jeans... Itu bukan sikit-sikit punye collection tu... Hehehe... Next time boleh la saya buat buat rujukan kat bro punye blog... Ada banyak info yang boleh digunakan... Terima kasih...

    ReplyDelete
  5. Assalam bos , nak tanya ... ape perbezaan antara levis 501xx dengan levis 501XX ... x kecik X besar...jelas kan ...

    ReplyDelete
  6. salam..
    kalau butang no.525 model jenis apa bossku..tab dlm sudah pudar..
    harap bossku dpt menbantu..
    sekian terima kasih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...