Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Friday, April 29, 2011

Shipment yang dinantikan...

Rasanya ni pembelian tersukar aku setakat ni kot (setakat 29 April 2011)... Hehehe... Tapi shipment yang dinantikan ni sangat berbaloi-baloi la... Jauh jugak travelnya tu, dari Minneapolis, Minnesota USA > Portland, Oregon USA > Cincinnati, Ohio USA> Hong Kong (transit) > Malaysia. Kos posting tak payah citer la, tapi disebabkan pakai DHL, so aku puas hati sebab boleh track, monitor dan paling penting tak perlu risau barang hilang. Hehehe...


Kenapa aku kata tersukar? Owh... Sebab seller dari USA tak nak hantar direct ke Malaysia. Terpaksalah aku guna forwarding service untuk bawa barang ni masuk Malaysia. So basically aku kena dua kali charge untuk posting. Tapi nak lepaskan peluang  macam tu je memang terasa rugi sangat la. So, aku pejamkan mata dan sanggupkan je la aku redah onak dan duri untuk menempuhi segala rintangan dan halangan bagi membawanya balik Malaysia (onak dan duri la sangat kononnya... Hahaha...)


Apa yang terkandung dalam kotak tu? Ada la beberapa helai jeans + sehelai  jaket yang aku  akan upload one by one kat dalam blog ni dikemudian hari. Yang best ialah ada macam-macam brand: Evisu Jeans & Jacket, PRPS, Levi's 501 Big E, GAP Selvedge 1969, Nudie Jeans & APC Jeans. Hehehe... 



FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

1 comment:

  1. Ever wanted to get free Twitter Re-tweets?
    Did you know that you can get these AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FOR FREE by using Like 4 Like?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...