Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, June 3, 2012

Momotaro "Going to Battle" 5.2 oz T-Shirt Size S


Brand / Type: Momotaro "Going to Battle" 5.2 oz 100% Zimbabwe Cotton T-Shirt


Other:
- Made in Japan
- Colour: Red
- Saiz: S
- Pit-pit: 17.25"
- Length: 22.5"
- Condition: New with tag
- Only ONE available in my stock and ready to post to anywhere in Malaysia.
- Picture number 2 and 3 from original t-shirt. Click for bigger picture size.
- Looking for other size / different colour? Please ask me.

Price: RM SOLD including Pos Laju cost to Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak / WP Labuan. No COD due to current work commitment.

Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message. Terima kasih...

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Saturday, June 2, 2012

Apabila Jeans - Jeans Berkolaborasi - Part 2

Sebelum baca entry ni, silalah baca Part 1 dulu untuk mendapat lebih feeling... Perh... akhirnya aku sambung gak posting tu sebagaimana telah di'type'kan... 

Orite, satu perkara yang pada aku unik bila different brand jeans buat kolaborasi dah tentu terletak pada design patches / pai. Bukan apa, ciri-ciri yang lain tu mungkin tak berapa ketara kalau nak dibandingkan dengan design patches. Senang citer, aku upload je la gambar yang dicilok dari banyak website tertentu untuk korang tengok beramai-ramai sambil mempromote iklan barang bundle kat FB, tengok match bola, tengok iklan Mudah, usya awek kat FB, etc... P/S: Entry paling kurang ayat tapi paling banyak gambar... Hahaha...


Ok, sambung ayat...

Kalau nak tau, rakyat negara jiran kita Indonesia pun diberi penghargaan oleh brand tertentu beb. Kolaborasi tu ialah Self Edge X Iron Heart X Indonesian (SEXIHXINDO). Cube tengok patches bawah ni...



Bila agaknya akan ada untuk Malaysia erk??? Aku rasa kalau rakyat Malaysia order banyak-banyak dalam setahun kat sesuatu brand tertentu (raw jeans la), mungkin akan ada jugak suatu hari nanti.

Ok, paling tak boleh blah dah tentu kolaborasi Self Edge x Dry Bones x Superfuture x Styleforum... Tak cukup satu patches, siap pasang dua sekali... Mega kolaborasi ni...



Lalu aku pun berangan-angan, mungkin satu hari nanti ada 5kosong1 x Brand A x Brand B. Aminnn... Bukan apa, angan-angan itu penting brader... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748

Wednesday, May 30, 2012

Momotaro Jeans -Phone Denim Cases -Brand New & 3 Design-


Momotaro Jeans -Phone Denim Cases -Brand New & 3 Design-

Price: RM SOLD nett price per pieces... New stock somewhere in mid June. TQ!

Dimension: 120 x 80 x 10 mm

Click pictures for bigger size. Only 3 available. Hurry!!!

Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya aku tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih...


FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com
SMS: O12-7944748

Friday, May 25, 2012

Momotaro Jeans 0901 Classic Straight Vintage Label W28 L36 (New)


Brand / Type: Momotaro Jeans 0901 Classic Straight Vintage Label

Label Tag: W28" L36"

Manual Measurement: Waist 28-28.5" Inseam 38.5"

Other:
- Brand new with tag
- Price at tag: USD 365!!!
- Lot 0901 - Classic straight
- Colour: Dark Indigo
- 15.7oz Dry Selvage denim
- 100% Zimbabwe Cotton
- Shrink to fit
- Button fly
- Made in Okayama Japan
- Maklumat lain boleh check link ni: Momotaro Jeans Vintage Label
 
Price: RM 1100.00 RM 950.00 RM 850.00 sahaja termasuk shipping Pos Laju. Of course you can offer me your best price bro! If Ok, then I will let go this Momo.

--> Really want this jeans but not your size? Or looking for CHEAPER option? (i.e Japan Blue X Momotaro), please ask me!

Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya aku tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Monday, May 21, 2012

Evisu Painted Daicock Jeans Lot 0001 W36 (Brand New with Tag)

Brand / Type: Evisu Painted Daicock Jeans Lot 0001 W36 (Brand New with Tag) 

Label Tag: Inside label tag W36"

Manual Measurement: Waist: W36"-37", Inseam: 35.5", Outseam: 46.5 - 47", Front rise: 13.5", Back rise: 15", Opening leg: 18"

Other:
- Jeans masih lagi baru dan didatangkan bersama tag / Brand new with tag
- Painted daicock kat belakang jeans tu sebenarnya warna putih kekuningan/ Painted daicock at back of jeans is white to yellowish colour
- Semua button fly ada tulisan " EVISU" / All button fly have the word "EVISU"
- Kepala kain warna merah & putih untuk inseam jeans/ Selvedge red and white line for inseam.
- Kepala kain warna merah kat bahagian dalam poket syilling / Selvedge redline for inside coin pocket.   
- Kaki jeans chain stitch / Jeans leg still chain stitch
- Hidden rivet untuk poket belakang/ Hidden rivet for back pocket
- Pai kulit / Leather patch
-
Dapat dari website fashion UK yang diperakui menjual barangan authentic / original: ASOS.com. Malangnya bukan saiz aku, so nak let go.
- Made in Macau
 
Price: RM SOLD sahaja termasuk shipping and handling. Boleh NEGO, tapi yang penting sila offer reasonable price dahulu. Untuk makluman, harga asal jeans ni kat website ASOS.com adalah £190.00 @ RM 950.


Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya aku tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 



FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Monday, May 14, 2012

Jeans Bogel & Terkenal Berbau Raspberry? (Naked & Famous Jeans Scratch-n-Sniff Raspberry Scented Denim)

Biasanya jeans boleh berbau busuk atau berbau paing kalau korang selalu pakai, tetap nak simpan dan tak nak basuh untuk tempoh yang lama, lagi-lagi lepas dilenjan, terkena peluh, terpalit kotoran, tercemar itu-ini, bla... bla... bla... Atau bagi yang pembersih, mungkin jeans korang sebenarnya sentiasa berbau wangi sabun sebab selalu dibasuh. Atau mungkin jugak jeans tu tak bau apa-apa pun disebabkan hidung korang tersumbat disebabkan selesema. Orite, cukuplah tu aku bermukadimah selepas hampir sebulan tak buat posting... Hahaha...

Macam mana pulak kalau ada jeans yang berbau raspberry? Jangan macam-macam brader... Chop, tapi itulah kenyataannya. Brand jeans Bogel & Terkenal @ Naked & Famous memang ada keluarkan jeans berbau raspberry. Diorang memang tak pernah kering idea dan sentiasa kreatif beb dalam bab-bab kejutan berkaitan jeans ni...

Ok, jeans tu dinamakan Scratch-N-Sniff Raspberry Scented Denim dan dihasilkan mengikut cutting fit WeirdGuy. Beratnya pulak 12.5 oz. Macam mana agaknya cara yang dibuat untuk hasilkan efek bau tu erk? Orite, sebenarnya diorang ada buat coating (salutan) kat fabrik denim tu dengan sejenis coating istimewa yang mengandungi 'microcapsules' mini. Selepas melalui proses tertentu, kapsul mikro yang mengandungi 'perfume' ni akan melekat pada fabrik jeans. Bila jeans ni dipakai dan tercalar, akan terbebaslah bau raspberry tu menusuk hidung. Hehehe... Lebih kurang macam tu la serba-sedikit kisahnya.
  

Macam biasa, aku paling suka bahagian patch / pai sebab kali ni kulit tu berwarna merah. Menurut diorang, lima kali ujian basuhan telah dibuat dan efek bau raspberry tu still ada pada jeans. Tapi standardlah, berapa kerap la sangat raw jeans dibasuh... Maknanya bau ni boleh berkekalan lama melekat pada jeans.


Next time mungkin kita boleh suggest kat diorang untuk hasilkan pulak Scratch-N-Sniff Durian Scented Denim... Mesti jeans tu laris kalau jual kat Asia Tenggara terutamanya Malaysia, Indonesia dan Thailand. Bayangkan la camana erk jeans bau durian tu... Hehehe... Tapi mungkin tak payah nak susah-susah pun guna kapsul mikro. Bukan apa, cukup la letak jeans bersama-sama dengan durian kat dalam tempat tertutup. Confirm melekat bau durian tu kat jeans. Tapi tak salah pun nak buat dengan cara yang berteknologi macam guna kapsul mikro tu. Hehehe...

Bayangkan diorang tengah cium jeans bau durian. Hehehe...

Amacam penggemar raw jeans sekalian? Berminat dengan jeans perasa raspberry ni? Kalau nak tau, jeans ni boleh dimiliki dengan anggaran harga RM 650 - RM 750 (pre-order jeans). Untuk maklumat lanjut, janganlah malu dan segan untuk contact ye. Saiz yang available: W29, W30, W31, W32, W33 & W34. Cepat, sementara jeans masih ada lagi kat online seller... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748
 

Saturday, April 28, 2012

HP Dah Aktif Semula Starting 12 Mei 2012...

Salam...

Handphone saya dah aktif semula bermula 12 Mei 2012 (dah turun offshore) tak aktif buat sementara waktu (start dari 26 April 2012 until...) Anything boleh jugak roger guna email atau FB message ye.  Tapi ada possibilities lambat respond kali ni. Huhuhu... Terima kasih. 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu 
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com  
SMS: O12-7944748 

Thursday, April 19, 2012

Apabila Jeans - Jeans Berkolaborasi - Part 1

Hehehe... Tajuk tak boleh blah... Tapi tu la, bukan artis je yang boleh berkolaborasi, jeans pun boleh buat benda yang sama apa... Kalau nak tau, banyak la jugak brand-brand jeans tertentu yang ber'collaborate' untuk menghasilkan sehelai jeans yang istimewa. Tujuannya mungkin pelbagai, tapi aku rasa:

1. Saja nak bagi sehelai jeans hasil daripada kolaborasi tu nampak lebih istimewa, lebih ekslusif, limited edition, etc...

2. Bagi brand jeans yang kurang popular, inilah masanya nak tolong 'up'kan sikit kepopularan jeans brand yang jarang kedengaran tu (apabila collaborate dengan brand lain yang lagi popular).

3. Mungkin untuk dijadikan sebagai kenangan atau disimpan untuk menjadi 'sebuah kisah klasik untuk masa depan' (ini ada kaitan dengan lagu Sheila on 7!!!) atau untuk memperingati tarikh tertentu yang istimewa / ulang tahun sesetengah brand tu sendiri.

4. Bagi peluang dekat customer untuk pakai sehelai jeans, tapi dapat sentuhan dari pelbagai brand yang berlainan. Jimat la duit, tak payah nak beli dua helai. Hehehe...

5. Untuk mencari / menembusi pasaran baru, contohnya: Brand jeans yang berasal dari Negara Y berkolaborasi dengan brand jeans dari Negara Z. Kalau rakyat Negara Y selama ni tak didedahkan dengan jeans dari Negara Z, tak pasal-pasal sekarang mereka sudah tau. Begitu jugak sebaliknya untuk rakyat Negara Z.
 
6. Company jeans tu sebenarnya dah tak tau nak buat apa lagi. So sebagai backup sementara dapat idea baru, kena la kuar dengan idea-idea berkolaborasi ni. Hahaha...

Orite, ada macam-macam brand yang dah buat kolaborasi macam ni. Cara paling senang nak tau jeans tu ada berkolaborasi atau tak, biasanya nama jeans jadi "Brand A x Brand B".Kalau korang nak tau, bukan setakat jeans sesama jeans yang berkolaborasi, tapi ada jugak kolaborasi antara kedai online dengan jeans (contoh: Momotaro x Blue Owl) atau forum online dengan jeans (contoh: Self Edge x Dry Bones x Superfuture x Styleforum). Kat bawah ni antara senarai-senarai 'colaboration' jeans yang aku dapat kumpul: 

- Japan Blue X Momotaro
- Momotaro x Blue Owl 
- Momotaro x Naked & Famous
- Big John X Naked & Famous
- Naked & Famous x Atrium Miltary
- Naked & Famous x Loveless
- Oni X Naked & Famous 
- Naked & Famous X Tenue De Nîmes
- Tenue de Nimes x Naked & Famous 
- The Flat Head x Naked & Famous x Tate + Yoko 
- Self Edge x Flat Head x Inazuma 
- Self Edge x Flat Head 
- Self Edge x Flat Head x Real Japan Blues 
- Self Edge x Flat Head x RingRing 
- Self Edge x Flat Head x Inazuma 
- Self Edge x Iron Heart 
- Self Edge x Iron Heart x Leather Soul x Alden 
- Self Edge x Toyo Enterprises 
- Self Edge x Flat Head x Real Japan Blues Jeans 
- Self Edge x Imperial 
- Self Edge x Dry Bones x Superfuture 
- Self Edge x Dry Bones x Superfuture x Styleforum 
- Self Edge x Flat Head x Real Japan Blues 
- Self Edge x Toyo Enterprises
- Self Edge x Sugar Cane
- Self Edge x Iron Heart x Leather Soul x Alden
- banyak lagi... tak mampu nak senaraikan semua...

Ceh, Levi's tak ada ke? Sapa kata tak ada. Ada memang ada, tapi tak semua kolaborasi Levi's tu dengan sesama brand jeans. Ada jugak kolaborasi Levi's ni dengan muzium... Kadang-kadang dengan artis, etc... Antara kolaborasi Levi's dengan brand / benda lain yang dapat aku kumpulkan:

- Supreme x Levi’s
- Levi’s x MOCA (Museum of Contemporary Art in Los Angeles)
- Levi's x Opening Ceremony
- Original Fake & Levi’s
- Junya Watanabe x Levi’s
- Levi’s x Brooks Brothers
- Billy Reid x Levi's 
- Levi’s Workwear x Pendleton
- Levi's x Nike Jordan


Best la pulak cerita pasal kolaborasi ni. Takpe, nantikan Part 2 (entah bile)... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...