Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Saturday, April 28, 2012

HP Dah Aktif Semula Starting 12 Mei 2012...

Salam...

Handphone saya dah aktif semula bermula 12 Mei 2012 (dah turun offshore) tak aktif buat sementara waktu (start dari 26 April 2012 until...) Anything boleh jugak roger guna email atau FB message ye.  Tapi ada possibilities lambat respond kali ni. Huhuhu... Terima kasih. 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu 
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com  
SMS: O12-7944748 

Thursday, April 19, 2012

Apabila Jeans - Jeans Berkolaborasi - Part 1

Hehehe... Tajuk tak boleh blah... Tapi tu la, bukan artis je yang boleh berkolaborasi, jeans pun boleh buat benda yang sama apa... Kalau nak tau, banyak la jugak brand-brand jeans tertentu yang ber'collaborate' untuk menghasilkan sehelai jeans yang istimewa. Tujuannya mungkin pelbagai, tapi aku rasa:

1. Saja nak bagi sehelai jeans hasil daripada kolaborasi tu nampak lebih istimewa, lebih ekslusif, limited edition, etc...

2. Bagi brand jeans yang kurang popular, inilah masanya nak tolong 'up'kan sikit kepopularan jeans brand yang jarang kedengaran tu (apabila collaborate dengan brand lain yang lagi popular).

3. Mungkin untuk dijadikan sebagai kenangan atau disimpan untuk menjadi 'sebuah kisah klasik untuk masa depan' (ini ada kaitan dengan lagu Sheila on 7!!!) atau untuk memperingati tarikh tertentu yang istimewa / ulang tahun sesetengah brand tu sendiri.

4. Bagi peluang dekat customer untuk pakai sehelai jeans, tapi dapat sentuhan dari pelbagai brand yang berlainan. Jimat la duit, tak payah nak beli dua helai. Hehehe...

5. Untuk mencari / menembusi pasaran baru, contohnya: Brand jeans yang berasal dari Negara Y berkolaborasi dengan brand jeans dari Negara Z. Kalau rakyat Negara Y selama ni tak didedahkan dengan jeans dari Negara Z, tak pasal-pasal sekarang mereka sudah tau. Begitu jugak sebaliknya untuk rakyat Negara Z.
 
6. Company jeans tu sebenarnya dah tak tau nak buat apa lagi. So sebagai backup sementara dapat idea baru, kena la kuar dengan idea-idea berkolaborasi ni. Hahaha...

Orite, ada macam-macam brand yang dah buat kolaborasi macam ni. Cara paling senang nak tau jeans tu ada berkolaborasi atau tak, biasanya nama jeans jadi "Brand A x Brand B".Kalau korang nak tau, bukan setakat jeans sesama jeans yang berkolaborasi, tapi ada jugak kolaborasi antara kedai online dengan jeans (contoh: Momotaro x Blue Owl) atau forum online dengan jeans (contoh: Self Edge x Dry Bones x Superfuture x Styleforum). Kat bawah ni antara senarai-senarai 'colaboration' jeans yang aku dapat kumpul: 

- Japan Blue X Momotaro
- Momotaro x Blue Owl 
- Momotaro x Naked & Famous
- Big John X Naked & Famous
- Naked & Famous x Atrium Miltary
- Naked & Famous x Loveless
- Oni X Naked & Famous 
- Naked & Famous X Tenue De Nîmes
- Tenue de Nimes x Naked & Famous 
- The Flat Head x Naked & Famous x Tate + Yoko 
- Self Edge x Flat Head x Inazuma 
- Self Edge x Flat Head 
- Self Edge x Flat Head x Real Japan Blues 
- Self Edge x Flat Head x RingRing 
- Self Edge x Flat Head x Inazuma 
- Self Edge x Iron Heart 
- Self Edge x Iron Heart x Leather Soul x Alden 
- Self Edge x Toyo Enterprises 
- Self Edge x Flat Head x Real Japan Blues Jeans 
- Self Edge x Imperial 
- Self Edge x Dry Bones x Superfuture 
- Self Edge x Dry Bones x Superfuture x Styleforum 
- Self Edge x Flat Head x Real Japan Blues 
- Self Edge x Toyo Enterprises
- Self Edge x Sugar Cane
- Self Edge x Iron Heart x Leather Soul x Alden
- banyak lagi... tak mampu nak senaraikan semua...

Ceh, Levi's tak ada ke? Sapa kata tak ada. Ada memang ada, tapi tak semua kolaborasi Levi's tu dengan sesama brand jeans. Ada jugak kolaborasi Levi's ni dengan muzium... Kadang-kadang dengan artis, etc... Antara kolaborasi Levi's dengan brand / benda lain yang dapat aku kumpulkan:

- Supreme x Levi’s
- Levi’s x MOCA (Museum of Contemporary Art in Los Angeles)
- Levi's x Opening Ceremony
- Original Fake & Levi’s
- Junya Watanabe x Levi’s
- Levi’s x Brooks Brothers
- Billy Reid x Levi's 
- Levi’s Workwear x Pendleton
- Levi's x Nike Jordan


Best la pulak cerita pasal kolaborasi ni. Takpe, nantikan Part 2 (entah bile)... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

Wednesday, March 28, 2012

Pengumuman - Tak aktif sementara waktu: 30 Mac - 17 April 2012

Saya outstation (bukan ke offshore) dari 30 Mac - 17 April 2012. Segala tempahan, pertanyaan, pembelian, etc sama ada melalui SMS, email, Facebook message, Facebook wall post, etc berkemungkinan besar tak akan dapat dilayan buat sementara waktu.

- Bagi customer yang sudah membuat belian dan pembayaran, barangan akan dihantar selepas tarikh tersebut.
- Bagi customer yang sudah membuat tempahan barangan, tak perlu buat bayaran dahulu. Saya akan hubungi semula selepas tarikh tersebut untuk confirmation.
- Bagi customer yang berminat dengan barangan atau berminat nak guna servis pembelian, bolehlah tangguhkan dulu dan ambik masa untuk terus berfikir. Lepas tarikh tu, bolehlah terus confirm. Hehehe...

Harap maaf, kesulitan amat dikesali... Terima kasih...

-Encik 5kosong1-

Saturday, March 24, 2012

Levi's - Style Code dan Warna / Colour (Part 2)

Sebelum ni aku pernah senaraikan dalam Part 1 berkenaan Levi's style code dan warna untuk model Levi's 501, Levi's 505 dan Levi's 560. Kat bawah ni aku senaraikan pulak style code untuk Levi's LVC yang mana aku sempat collect dari internet. Ada jugak yang untuk perempuan rupanya...  Sebenarnya banyak lagi, cuma kat bawah ni sebahagiannya sahaja... 

Levi's LVC (Levi's Vintage Clothing) 
  • 33501-0017 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1933 501XX - Rigid
  • 47501-0056 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1947 501XX - Rigid
  • 53501-0004 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1953 501XX - Rigid
  • 54501-0001 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1954 501ZXX - Rigid
  • 55501-0051 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1955 501XX - Rigid
  • 66501-0077 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1966 501XX - Rigid
  • 71501-0014 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1971 501XX - Rigid
  • 33501-0030 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1933 501XX model with Suspender - The Workaholic
  • 44501-0042 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1944 501XX model with Suspender - The Workaholic
  • 37501-0005 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1937 501XX - Big Blue Customized 
  • 44501-0030 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1944 501XX World War II model - Bygone Blue
  • 44501-0044 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1944 501XX - Gradate Blue
  • 47501-0058 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1947 501XX - Splashed Worn In
  • 47501-0068 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1947 501XX - Painted Blue
  • 53501-0005 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1953 501XX - Ancient Blue 
  • 54501-0002 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1954 501ZXX - Super Real Used Mid 
  • 54501-0004 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1954 501XX (501ZXX) zip model / Late 1954 Zip Model - Rigid 
  • 54501-0005 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1954 501XX (501ZXX) zip model / Late 1954 Zip Model - True Blue
  • 55501-0043 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1955 501XX - Faded Blue Repaired
  • 55501-0045 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1955 501XX - Frayed Dry
  • 55501-0046 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1955 501XX - One Year Wash
  • 55501-0049 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1955 501XX - Hard Worn & Repaired
  • 55501-0061 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1955 501XX - Labor Crushed
  • 66501-0066 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1966 501XX - The Journey
  • 66501-0078 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1966 501XX - vintage wash
  • 71501-0015 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1971 501XX - One Year Wash
  • 71501-0016 LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1971 501XX  - Ten Year Wash
  • 33501-0022 LADY'S LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1933 501XX - Special Used
  • 66501-0056 LADY'S LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1966 501XX
  • 66501-0072 LADY'S LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1966 501XX - Special Dark Used 
  • 66501-0081 LADY'S LEVI'S VINTAGE CLOTHING 1966 501XX - Vintage Mid Wash

Iklan: Kepada korang yang nak beli Levi’s boleh baca post ni, pastu roger-roger la aku. Hehehe… 
FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Thursday, March 22, 2012

Kepala Kain Warna-Warni / Rainbow Selvedge - Edwin ED-47 & Left Field x Blue Owl Workshop

Selama ni kita dah biasa jumpa warna kepala kain atau selvedge yang simple contohnya warna merah, putih, biru, oren, etc... Sebenarnya, wujud jugak jeans dengan kepala kain yang berwarna-warni. Lebih mudah kalau kita panggil jenis kepala kain yang ada banyak warna ni sebagai rainbow selvedge. Apa agaknya contoh jeans yang pakai rainbow selvedge tu erk??? 

Oklah, rainbow selvedge ni korang boleh jumpa dekat jeans Edwin model ED-47. Boleh tengok gambar kat bawah ni yang tunjukkan selvedge daripada jeans Edwin ED-47. Amacam, menarik tak selvedgenya? Walaupun takdelah pelangi sangat sebab tak sampai 7 warna pun, tapi OK lah sebab ada warna biru muda, kuning dan oren...


Yang gambar bawah ni pulak rainbow selvedge hasil kolaborasi Left Field x Blue Owl Workshop untuk hasilkan jeans Kaihara Mills "Rainbow" Japanese Selvedge Slim Straight Denim. Nampak lagi meriah sebab susunan warna pada selvedge tu: oren, kuning, merah, oren kuning. Lagi pelangi kan yang ni... Hehehe...


Gambar bawah ni pulak jeans Left Field Kaihara Sunburst Selvedge Jeans yang aku dapat dari website diorang. Jeans ni seberat 12.5 oz, guna 100% cotton Kaihara Mills rainbow selvedge denim. Made in USA tapi pakai fabrik denim dari Jepun. Harga kat website diorang ialah USD 180 sahaja.

Berapa pulak harga Edwin ED-47? Kalau berminat dan nak pre-order Edwin model ED47 tu, harganya termasuk shipping dan handling ialah RM 680.00 sahaja. Detail boleh tengok kat bawah ni:

-Style: ED-47 - straight fit (Edwin ED-47 Rainbow Selvage Denim Unwashed)
-Color: Indigo - blue unwashed
-13.5oz Raw Denim
-100% Japanese Denim
-Rainbow selvage
-Leather Patch
-Button Fly
-Piece of craftsmanship
-Made in Tunisia
-Sizing: Waist runs 1" bigger than tag size - Inseam 32 is measured 31.5
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 kalau takde respond, sila roger guna email or FB message.

Saturday, March 17, 2012

HP Tak Aktif Sementara Waktu

Salam...

Handphone saya tak aktif buat sementara waktu (start dari 17 March 2012 until...) Anything boleh roger guna email atau FB message. 

Email: info5kosong1[at]yahoo.com
FB message: 5kosong1

Terima kasih.

5kosong1

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Tuesday, March 13, 2012

Kisah Levi's Tow Rope Jeans

Hari tu masa aku cerita pasal jeans The Flat Head K011 & K015 kevlar + cotton yang diperbuat dari bahan kalis peluru (Kalis peluru ke? Nak tau sila baca), ada aku ter'type' sikit pasal jeans Levi's Tow Rope. Sebelum ni pun aku pernah 'type' benda yang sama dekat dalam satu entry bertajuk: Jargon-jargon / Istilah-istilah berkaitan Levi’s @ Apa yang anda perlu tahu apabila bercerita pasal Levi’s?

So, kali ni meh kite ambik masa untuk baca kisah sebenar berkenaan Levi's Tow Rope jeans tu seperti mana yang aku type kat bawah:

Pada suatu hari dalam bulan Mac tahun 1938 iaitu lebih kurang 74 tahun yang lepas di mana korang pun mungkin belum dilahirkan lagi, seorang lelaki telah ternampak kereta jirannya tersadai kat tepi jalan. Tempat berlaku kejadian? Dah tentu la kat area California, selatan San Francisco, USA. Mamat tadi pun berhasratlah untuk tolong jirannya tu yang menghadapi masalah dengan keretanya. Azamnya? Dah tentu nak 'towing' kereta jirannya tu ke tempat yang boleh baiki kereta. Tapi, dia sendiri pun hadapi masalah yang sama iaitu tak cukup tali. Maka mamat tadi pun ambil jeans Levi's 501 buruk dari keretanya dan diikatkan ke kereta jirannya. Bagusnya, kereta jirannya tu berjaya ditarik ke kampung / daerah bersebelahan dengan menggunakan jeans Levi's 501 yang buruk tu.

Disebabkan kejadian tu, maka company Levi's Strauss & CO telah hasilkan jeans Levi's LVC Tow Rope yang dibuat sebijik berdasarkan kisah kat atas dan berasaskan model jeans Levi's 501 tahun 1933. Tujuannya dah tentulah untuk memperingati kejadian tu yang secara tak langsung membuktikan betapa lasaknya jeans yang dikeluarkan company diorang. Jeans ni sebenarnya limited edition dan cuma dikeluarkan sebanyak 501 pasang je. Sesiapa yang beli jeans ni dapat sekali tong minyak warna hijau model 1920-an yang dijadikan bekas jeans (kiranya untuk ganti tote bag).



Tapi disebabkan model jeans ni dah lama dikeluarkan (akhir tahun 1990-an atau tahun 2006 kot), rasanya susah dah nak jumpa sekarang jeans ni. Ada satu website tu still jual lagi jeans ni dengan harga £329.90 @ RM 1700. Bapak arh, mahal gile siot! Rasanya collector je sanggup keluar duit banyak-banyak camtu... 

Tapi ada cara lain gak nak dapat jeans camtu. Caranya senang je, bile kereta korang rosak atau tersadai tak boleh nak bergerak, boleh la try pakai jeans levi's 501 untuk tarik ke bengkel. Kite tengok kuat tak kuat kain jeans Levi's sekarang... Kalau berjaya sampai ke bengkel, tak pasal-pasasl korang dah ada sehelai jeans Levi's 501 Tow Rope. Tak payah nak bazir-bazir keluar RM 1700. Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

Sunday, March 11, 2012

Philadelphia Eagles T-Shirt 3 Kain TriBlend (13 Rayon)

Philadelphia Eagles (Brand New with Tag) 

Brand: Junk Food Clothing (Originals of California) 

Material: Tiga kain / Triblend - 50% Poly 37% Cotton 13% Rayon 

Color:Steel 

Tag Size: L 

Measurement: Pit-pit: 22" Length: 28" 

Origin: Bawa masuk dari USA, tapi Made in Guatemala 

Other: Bukan baju vintage, tapi baju triblend yang baru. Hologram untuk tunjukkan ke'original'annya pun masih ada. Gambar label tag tu dari t-shirt yang lain, tapi semuanya lebih kurang sama kecuali saiz... Harap maklum. 

Price: SOLD

Termasuk yang ni, ada 8 helai semuanya. Boleh check link ni: 

8 Helai T-Shirt 3 Blend (13 Rayon) Junk Food Clothing -National Football League (NFL)- 

Belilah beberapa helai untuk dapatkan lebih diskaun. Harga dah termasuk dengan pos. Terima kasih...

Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1. 

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya aku tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...