Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Tuesday, March 13, 2012

Kisah Levi's Tow Rope Jeans

Hari tu masa aku cerita pasal jeans The Flat Head K011 & K015 kevlar + cotton yang diperbuat dari bahan kalis peluru (Kalis peluru ke? Nak tau sila baca), ada aku ter'type' sikit pasal jeans Levi's Tow Rope. Sebelum ni pun aku pernah 'type' benda yang sama dekat dalam satu entry bertajuk: Jargon-jargon / Istilah-istilah berkaitan Levi’s @ Apa yang anda perlu tahu apabila bercerita pasal Levi’s?

So, kali ni meh kite ambik masa untuk baca kisah sebenar berkenaan Levi's Tow Rope jeans tu seperti mana yang aku type kat bawah:

Pada suatu hari dalam bulan Mac tahun 1938 iaitu lebih kurang 74 tahun yang lepas di mana korang pun mungkin belum dilahirkan lagi, seorang lelaki telah ternampak kereta jirannya tersadai kat tepi jalan. Tempat berlaku kejadian? Dah tentu la kat area California, selatan San Francisco, USA. Mamat tadi pun berhasratlah untuk tolong jirannya tu yang menghadapi masalah dengan keretanya. Azamnya? Dah tentu nak 'towing' kereta jirannya tu ke tempat yang boleh baiki kereta. Tapi, dia sendiri pun hadapi masalah yang sama iaitu tak cukup tali. Maka mamat tadi pun ambil jeans Levi's 501 buruk dari keretanya dan diikatkan ke kereta jirannya. Bagusnya, kereta jirannya tu berjaya ditarik ke kampung / daerah bersebelahan dengan menggunakan jeans Levi's 501 yang buruk tu.

Disebabkan kejadian tu, maka company Levi's Strauss & CO telah hasilkan jeans Levi's LVC Tow Rope yang dibuat sebijik berdasarkan kisah kat atas dan berasaskan model jeans Levi's 501 tahun 1933. Tujuannya dah tentulah untuk memperingati kejadian tu yang secara tak langsung membuktikan betapa lasaknya jeans yang dikeluarkan company diorang. Jeans ni sebenarnya limited edition dan cuma dikeluarkan sebanyak 501 pasang je. Sesiapa yang beli jeans ni dapat sekali tong minyak warna hijau model 1920-an yang dijadikan bekas jeans (kiranya untuk ganti tote bag).



Tapi disebabkan model jeans ni dah lama dikeluarkan (akhir tahun 1990-an atau tahun 2006 kot), rasanya susah dah nak jumpa sekarang jeans ni. Ada satu website tu still jual lagi jeans ni dengan harga £329.90 @ RM 1700. Bapak arh, mahal gile siot! Rasanya collector je sanggup keluar duit banyak-banyak camtu... 

Tapi ada cara lain gak nak dapat jeans camtu. Caranya senang je, bile kereta korang rosak atau tersadai tak boleh nak bergerak, boleh la try pakai jeans levi's 501 untuk tarik ke bengkel. Kite tengok kuat tak kuat kain jeans Levi's sekarang... Kalau berjaya sampai ke bengkel, tak pasal-pasasl korang dah ada sehelai jeans Levi's 501 Tow Rope. Tak payah nak bazir-bazir keluar RM 1700. Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...