Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Thursday, March 22, 2012

Kepala Kain Warna-Warni / Rainbow Selvedge - Edwin ED-47 & Left Field x Blue Owl Workshop

Selama ni kita dah biasa jumpa warna kepala kain atau selvedge yang simple contohnya warna merah, putih, biru, oren, etc... Sebenarnya, wujud jugak jeans dengan kepala kain yang berwarna-warni. Lebih mudah kalau kita panggil jenis kepala kain yang ada banyak warna ni sebagai rainbow selvedge. Apa agaknya contoh jeans yang pakai rainbow selvedge tu erk??? 

Oklah, rainbow selvedge ni korang boleh jumpa dekat jeans Edwin model ED-47. Boleh tengok gambar kat bawah ni yang tunjukkan selvedge daripada jeans Edwin ED-47. Amacam, menarik tak selvedgenya? Walaupun takdelah pelangi sangat sebab tak sampai 7 warna pun, tapi OK lah sebab ada warna biru muda, kuning dan oren...


Yang gambar bawah ni pulak rainbow selvedge hasil kolaborasi Left Field x Blue Owl Workshop untuk hasilkan jeans Kaihara Mills "Rainbow" Japanese Selvedge Slim Straight Denim. Nampak lagi meriah sebab susunan warna pada selvedge tu: oren, kuning, merah, oren kuning. Lagi pelangi kan yang ni... Hehehe...


Gambar bawah ni pulak jeans Left Field Kaihara Sunburst Selvedge Jeans yang aku dapat dari website diorang. Jeans ni seberat 12.5 oz, guna 100% cotton Kaihara Mills rainbow selvedge denim. Made in USA tapi pakai fabrik denim dari Jepun. Harga kat website diorang ialah USD 180 sahaja.

Berapa pulak harga Edwin ED-47? Kalau berminat dan nak pre-order Edwin model ED47 tu, harganya termasuk shipping dan handling ialah RM 680.00 sahaja. Detail boleh tengok kat bawah ni:

-Style: ED-47 - straight fit (Edwin ED-47 Rainbow Selvage Denim Unwashed)
-Color: Indigo - blue unwashed
-13.5oz Raw Denim
-100% Japanese Denim
-Rainbow selvage
-Leather Patch
-Button Fly
-Piece of craftsmanship
-Made in Tunisia
-Sizing: Waist runs 1" bigger than tag size - Inseam 32 is measured 31.5
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 kalau takde respond, sila roger guna email or FB message.

1 comment:

  1. Klau yg xde kepala kain langsung, bukn original laa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...