Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, March 4, 2012

Stainless Steel Jeans? Naked & Famous Denim Weird Guy Stainless Steel Selvedge

Aku suka bebenor dengan info-info yang aku jumpa kebelakangan ni. Disebabkan tulah aku nak share lagi kat sini... Walaupun mungkin ada antara korang yang dah pernah terbaca kat mana-mana website sebelum ni, tapi takpe, aku still nak kongsi kat blog ni bagi sesiapa yang tak pernah terbaca lagi. Sesiapa yang dah pernah baca, kireanya ini edisi terjemahan ke Bahasa Melayu. Hehehe...

Beberapa hari lepas, baru je aku kaborkan pasal jeans The Flat Head K011 & K015 yang diperbuat daripada campuran kevlar + cotton. Time tu rasa macam dah cukup unik abis dah jeans tu. Tapi kali ni lagi la pelik! Ada jugak rupanya jeans yang diperbuat daripada campuran cotton + stainless steel!!! Ya, stainless steel!!!


Naked & Famous Denim Weird Guy Stainless Steel Selvedge dihasilkan menggunakan campuran 90% cotton dan 10% stainless steel. Caranya, mereka campurkan 10% 4 ply wire Riken stainless steel masa proses weave (tenunan). Satu perkara yang unik ialah, jeans yang dihasilkan ni 'feel'nya tak banyak beza macam raw jeans yang lain. Tapi disebabkan ada stainless steel ni, dah tentu kesan honeycomb, whisker, etc tu akan lebih ketara kot. Jeans ni sangat limited, cuma 200 pasang je dikeluarkan. Sekarang dah sold out kot jeans ni maklumlah keluar dua tahun lepas. Macam manapun, details pasal jeans ni ialah:

     - WeirdGuy selvedge cut in dark indigo with stainless steel threads; 13 oz.
     - Low rise
     - Five-pocket style; clean back pockets.
     - Comfort fit with tapered legs; approx. 14" openings.
     - Leather logo patch on back waist.
     - Button fly; belt loops.
     - Approx. 35" inseam.
     - Cotton/stainless steel (4 ply real stain- less steel metal yarn!).
     - Made in Canada of Japanese material.

Agaknya la kan, kalau lalu mesin scanner kat airport atau pintu masuk kat sesetengah tempat yang ada metal detector tu, akan berbunyi ke tak erk??? Hehehe... Sebenarnya kat gambar first tu diorang dah tulis pun pasal ni kat label "Great for messing with airport metal detectors!". Hahaha...

Next: Aku akan cerita pulak pasal Jeans Naked & Famous yang glow in the dark... Nantikan... 

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

1 comment:

  1. Ever wanted to get free YouTube Views?
    Did you know you can get them ON AUTO-PILOT & ABSOLUTELY FREE by getting an account on Like 4 Like?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...