Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)
Showing posts with label My Collection. Show all posts
Showing posts with label My Collection. Show all posts

Thursday, April 23, 2015

Nudie Jeans Alfred Wallet... Selepas Dua Tahun Lebih..

Dua tahun lepas, aku ada angkat sebuah Nudie Jeans Alfred Wallet colour natural tan. Yup, itu juga merupakan first time aku belanja besar untuk sebuah dompet kulit. Macam manapun, harganya still tak boleh nak lawan wallet Redmoon yang pernah diorder customer aku. Bagi yang tak aware, wallet Redmoon kebiasaannya memang lagi mahal berbanding wallet Nudie ni. 

Ciri-ciri Nudie Jeans Alfred Wallet:
 
- Diperbuat daripada kulit saddle.
- Made in Portugal
- Simple design, yang penting ada jahitan trademark Nudie  embo / swong tu
- Ada chain & leather strap, button snap.
- Didatangkan dalam kotak yang dibungkus dengan uncang kain jeans.
 
Bawah ni gambar yang aku snap masa wallet tu baru sampai.
 

 
Gambar-gambar seterusnya merupakan keadaan wallet tu selepas dua tahun lebih dipakai. Aku pakai setiap hari ke? Tak juga, sebab ada masanya wallet ni just terperap beberapa minggu atau beberapa bulan especially bila aku kerja kat site. Tak ada special treatment pun, just pakai macam wallet biasa. Keseluruhnya aku puas hati cuma ada masanya terasa gedabak sikit especially kalau aku pakai seluar slack / seluar opis. Kalau pakai jeans, memang agak cun sebab dompet ni memang duduk ngam-ngam dalam poket belakang. Chain semua aku tak pakai sebab terasa leceh.


 
 





Ok, Alfred wallet ni dah tak dikeluarkan lagi. Generasi wallet Nudie selepas Alfred dipanggil Alfons (agak menarik jugak - pun dah tak dikeluarkan) dan kalau tak salah lepas tu dipanggil Fillesson (pada aku kurang menarik disebabkan bukan colour natural tan).
 

Filleson Wallet
Oklah,  kalau berminat nak beli aksesori Nudie yang lain, bolehlah try roger-roger Tuan Tanah sebab dia buat Servis Shopping Online. Sekian... 

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp: O12-7944748 

Thursday, November 29, 2012

Joe Camel (Part 2 - Realiti Semasa Di Malaysia): Vintage Joe Camel Rayon Triblend

Sebelum baca entry ni, bacalah dulu Part 1. Kalau nak tau, Part 1 tu aku publish lebih kurang 4 bulan lepas... Bacalah yang tu dulu supaya ada kesinambungan dalam penceritaan. Hehehe...

Abis cerita sejarah dalam Part 1 tu, meh kita bercerita pulak pasal realiti sekarang. Pergh.. Bunyinya macam gempak je kan... Hehehe... So apa kaitan Joe Camel dengan realiti semasa kat Malaysia? Dia akan bagi impak kat keputusan Pilihanraya Umum ke-13 ke? Sebelum tu, korang dah daftar sebagai pengundi belum? Tak payah la nak kencang sangat komen sana-sini pasal politik kalau diri sendiri tu tak daftar menjadi pemilih dan tak boleh nak datangkan kesan pun dekat mana-mana pihak yang korang sokong. Erh melalut pulak, sila jangan selitkan unsur politik di sini. Ini bukan blog politik! Hahaha...

Fokus... Fokus... OKlah, apa yang aku nak bangkitkan dalam entry kali ni ialah hasil peninggalan daripada kempen Joe Camel tu la (sebab tu kena baca Part 1). Kat Malaysia ni kalau korang merupakan peminat baju bundle, dah tentu korang sangat kenal atau tercari-cari baju yang dipanggil Vintage Joe Camel Rayon Triblend atau Vintage Joe Camel kain 5050. Beberapa bulan yang lepas (mungkin sekarang pun masih lagi, aku tak berapa nak sure la pulak) baju Vintage Triblend Joe Camel pernah menjadi suatu barangan yang diburu oleh peminat-peminat baju vintage. Kalau check kat Mudah, ada yang iklankan dengan harga sampai mencecah RM 500 - RM 800. Dahsyat seh harganya! Sekarang ni aku tak tau la berapa harga pasaran. Tapi kalau check kat eBay, orang masih sanggup bayar sampai lebih USD 100 untuk dapatkan baju ni. Kalau convert Ringgit Malaysia dah berapa tu??? 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

OK, perenggan entry kat atas sebenarnya dah terperuk selama beberapa bulan sebagai 'draft' tanpa aku publish ye tuan-tuan. So, masa aku tengah sibuk nak update entry ni before aku post, sempatlah jugak aku check kat eBay, masih popular lagi rupanya t-shirt ni. Masih kekal menjadi buruan orang-orang dari Malaysia tu. Kalau tak caya, cuba tengok gambar print screen yang aku capture dari website eBay tu. Seller ni sebenarnya cuma specify untuk buat shipment ke USA sahaja. Tapi cuba baca Q&A kat picture tu, dua orang customer dah tanya seller ni pasal shipping ke Malaysia. So, terbuktilah yang sebenarnya Joe Camel ni masih tak ketandusan peminat. 



Yup, baju Vintage Joe Camel Rayon Triblend tu telah di'bid' dengan harga setinggi USD137.50 walaupun baju tu dah ada lubang / small hole seperti yang diiklankan seller. Kalaulah dicampur shipping kos ke Malaysia sebanyak USD 18.50 tu, so total kos untuk bawa balik baju ni ke Negara Tanah Tumpahnya Darahku ni ialah USD156.00 @ RM499.20 (anggaran USD 1.00 = RM 3.20). Kalaulah pembeli tu memang dari Malaysia, dan tujuan dia beli / bid sebenarnya untuk dijual semula kat pasaran sini, takkanlah dia nak jual dengan harga RM 500 kan? Berapa agaknya harga yang dia akan open? Terpulang kepada kehendak masing-masing bila bercakap bab harga ni. Bagi yang tak tau, memang boleh tahan mahal jugak la harga sehelai baju vintage. Tapi ni baru baju Vintage Joe Camel Rayon Triblend, kalau baju vintage band yang jenis rare tu camana pulak? Korang sanggup? Bagi yang betul-betul minat, layankan aje... Tak payah nak pikir panjang. Hehehe...

 
Tapi yang lebih ironi, baju rayon Joe Camel ni asalnya cuma diberi secara percuma je dekat pembeli brand rokok tersebut. "Chop, betul ke percuma???" Aku rasa betul sebab aku ada keratan majalah yang mengiklankan cara-cara nak reedem baju rayon Joe Camel tersebut secara free. Hehehe... Dulu siap boleh dapat free lagi. Setelah bertahun-tahun, harganya sekarang melambung tinggi! Benda yang dulunya tak ada nilai sangat sekarang dah mendatangkan keuntungan dekat sesetengah orang. Hehehe...

OKlah, sebenarnya keratan majalah tahun 80-an ni aku dapat bersama-sama dengan baju Vintage Joe Camel Rayon Triblend yang telah aku beli dari seller USA. Hehehe... Ada dua keratan semuanya, boleh tengok kat gambar ye...(Ok, aku nak show off sebenarnya!) Sila jealous ye... Hahahaha... 



FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...