Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)
Showing posts with label Unbranded. Show all posts
Showing posts with label Unbranded. Show all posts

Thursday, July 4, 2013

Memahami 'Oz' dan Kategori Berat Jeans (Lightweight, Medium Weight & Heavyweight)

Encik 5kosong1 telah beberapa kali ditanya oleh customer berkaitan istilah 'oz'. Iyelah, bila tengok iklan jeans, ada yang tulis 10oz, 12oz, 14.8oz, 15.7oz, 17oz, 19oz, 21oz, 23oz, 32oz, etc... Oz tu apa benda sebenarnya? Wizard of Oz? Mr Os pelawak? Atau...

Secara mudahnya, oz = ounce = auns = ukuran berat. Menurut Google, 1 oz = 28.3495 gram.

Untuk jeans, oz menunjukkan  pengiraan berat denim bagi 1 ela (yard) persegi fabrik. Maknanya, kalau korang kerat satu ela persegi fabrik denim dan timbang beratnya, korang akan dapat berat jeans tu dalam unit ukuran oz. Lagi berat jeans tu, kebiasaannya lagi tebal fabrik denim yang digunakan dan secara tak langsung menunjukkan kepadatan tenunan fabrik jeans tu sendiri. 

Encik 5kosong1 ada guna khidmat Pakcik 'Google' dan terjumpa satu artikel daripada website rawdenim.com yang cover topik ni. Link: http://www.rawrdenim.com/2013/01/the-complete-guide-to-understanding-raw-denim-weights/

So, Encik 5kosong1 sudah ambik serba-sedikit info dari artikel tu dan tolong 'translate'kan dan ubah sikit-sikit ikut citarasanya sendiri. Check it out... Hahaha...

> Secara mudah, jeans boleh dikategorikan kepada tiga jenis kategori berat: 
        1. Lightweight: 12oz ke bawah
        2. Medium / Mid Weight: Antara 12oz ke 16oz
        3. Heavy Weight: Melebihi 16oz

> 1. Lightweight (< 12 oz): Boleh kata entry level untuk raw jeans. Kategori yang paling ringan / nipis di kalangan saudara-mara atau jiran terdekat jeans. Mudah nak dilenjan, mudah nak di'break', sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Kadar fading jeans dalam kategori ni takkan jadi sedahsyat jeans kategori mid atau heavyweight. Kadang-kadang ada raw jeans dalam kategori ni yang bukan 100% cotton, tapi ditambah 2-10% elastane (contohnya : Nudie Jeans). Bagi yang baru nak try / nak start bereksperimen dengan raw jeans, bolehlah start dengan lightweight atau medium weight. Levi's 501 Shrink to Fit biasanya jatuh dalam kategori lightweight dan mid weight (11.5 oz - 13.6 oz). Antara brand-brand yang menghasilkan jeans dalam kategori lightweight: Nudie Jeans, Naked & Famous, RK Denim, Raleigh Denim, Rogue Territory.


> 2. Medium / Mid Weight (12 oz - 16 oz): Kebanyakkan raw jeans berada dalam kelompok mid weight dan hampir semua brand raw jeans ada wakil dalam kategori ni. Starting pakai jeans dalam kategori ni memang tak berapa sedap disebabkan rasa ke'keras'annya, tapi after some time lepas cukup 'break', bolehlah jadi macam second skin korang. Kadar fading semestinya lebih baik berbanding lightweight. Disebabkan ini kategori medium, takdelah rasa sengsara sangat dan ambik masa yang lama untuk break jeans. Cuma effort berterusan tu semestinya kena ada. Contoh brand raw jeans yang ada wakil dalam kategori ni: Levi's LVC, Samurai, Nudie Jeans, Flathead, Momotaro, Naked & Famous, Unbranded, Japan Blue, 3Sixteen, Strike Gold, Sugar Cane, Denime, Evisu, Studio D'Artisan, Tarik, Chesee Denim, etc.   



> 3. Heavyweight (> 16 oz): Paling berat berbanding jeans yang lain-lain. Aku tak suggest orang yang baru nak start pakai raw jeans untuk terus terjun dalam kategori jeans ni. Bukan apa, harga kebiasaannya lebih sikit dan perlukan lebih effort untuk break jeans dalam kategori ni. Tapi kalau nak terus beli jeans dalam kategori heavyweight ni pun tak ada masalah, bukan duit aku pun. Hahaha... Kalau korang betul-betul berusaha, kadar fading memang akan jadi yang terbaik. Ok, aku sendiri masih berusaha untuk break sehelai jeans yang beratnya 21oz --> setakat ni masih takde apa-apa effect pun, setakat renyuk sikit. Boleh kata nampak masih baru. Dem~


Disebabkan jeans tebal, korang boleh berpeluh walaupun baru je pakai dan belum buat apa-apa. Tapi apa yang aku 'type' ni takdelah valid sangat sebab sesetengah fabrik jeans (brand tertentu) dengar ceritanya selesa dan ok je walaupun tebal. Owh ye, lagi satu reasons kenapa aku tak suggest orang yang baru nak try-try pakai raw jeans beli heavyweight jeans ialah: jeans jenis ni lambat break, so ambik masa lama. Kalau dah ambik masa lama untuk break sehelai jeans, korang mungkin akan ter'miss' keseronokan untuk pakai pelbagai brand, model, cutting jeans yang lain-lain. Pastu kalau tersilap eksperimen dan tak sabar, boleh ke laut la hasilnya. Kan dah jadi membazir tu (sebab harga tinggi la apalagi). Hehehe... 

Antara brand yang tak boleh dilupakan bila bercakap pasal heavyweight jeans? Dah tentu Samurai dan Iron Heart. Bukanlah maksudnya brand lain tak hasilkan heavyweight jeans, tapi Samurai & Iron Heart boleh di katakan agak mendominasi kategori ni sebab diorang ada banyak keluarkan raw jeans dengan pelbagai berat contohnya 17oz, 18oz, 21oz, 23oz, 24oz dan 25oz.  Antara brand-brand lain yang ada keluarkan heavyweight jeans: Naked & Famous, Flat Head, Unbranded, Strike Gold, Studio D'Artisan, etc.

Tapi macam manapun, jangan dilupa jeans Naked Famous 32oz Weird Guy Selvedge in Indigo. Rasanya ini dah kira masuk dalam kategori istimewa kot: Super Heavy Weight Denim. Hahaha... Nak tau lanjut boleh baca artikel yang aku dah sediakan sebelum ni: Rekod Dunia? Naked & Famous "Weird Guy" Super Heavy Weight 32 oz Selvedge Denim in Indigo. Silalah baca ye. Hehehe... Tengok gambar kat bawah ni cukuplah, tak ke tebal namanya tu? Gile tebal! Betul ke ni??? 

Link:  http://www.nakedandfamousdenim.com/blog/32oz-heaviest-jeans-in-the-world/
3 helai 32oz vs 9 helai 11oz
IKLAN: Kalau teringin nak pakai raw jeans baru tapi tak pasti cara nak dapatkan, bolehlah consider guna servis shopping online yang ditawarkan Encik 5kosong1. Untuk maklumat lanjut, boleh check link berikut: Servis Shipping Online. Hehehe… 
    
Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Saturday, February 2, 2013

Nudie Jeans Sharp Bengt Org. Dry Brown Selvage, Naked & Famous RegularGuy Indigo Selvedge & Unbranded Heavyweight Selvedge Denim 21oz Size 38 for Sale!

As Salam & Selamat Sejahtera. Ada 3 2 1 helai jeans dengan label tag size 38 untuk dijual: Nudie Jeans Sharp Bengt Org. Dry Brown Selvage, Naked & Famous RegularGuy Indigo Selvedge dan Unbranded Heavy Weight Selvedge Denim 21oz 'Tapered Leg'. Details dan ukuran sebenar (DIULANGI!!! UKURAN SEBENAR) sila check satu-persatu di bawah.  ALL SOLD!!!

Berminat? Boleh hubungi 5kosong1 dengan cara berikut: 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS / WhatsApp: O12-7944748 

Terima kasih...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Jeans #1: Nudie Jeans Sharp Bengt Org. Dry Brown Selvage > SOLD
 






Details:
-Manual Measurement: Waist: 40" Inseam: 34" Outseam: 44.5" Front Rise: 12" Leg Opening: 17"
-Style: Sharp Bengt 
-Brand new with tag. Baru! 
-Dry Turkish denim 
-100% Cotton
-Button fly 
-Made in Italy 
-Use for 6 months before first wash for a personal, worn look (Recommended by Nudie Jeans Co.) 
-From official Nudie website: Lovely lightweight dry Turkish denim. The brown weft gives a warm shade. The surface is smooth and the twill construction is open. This makes it comfortable even though it’s dry. Nudie Jeans orange threads all over except for the back pocket embo that is faded indigo. On this style you find the selvage edge coin pocket, organic silver trims and organic pocket lining. 100% organic cotton.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jeans #2: Naked & Famous RegularGuy Indigo Selvedge > SOLD







Details:  
-Manual Measurement: Waist: 38-39" Inseam: 35.5" Outseam: 46.5" Front Rise: 12" Leg Opening: 19"
-Style: Regular / Straight 
-Used jeans, good condition
-Colour: Indigo
-100% cotton
-Button fly
-Made in Canada from imported Japanese denim
-Selvedge jeans + selvedge coin pocket / Jeans kepala kain + poket syilling kepala kain
-Leather patch / pai kulit
-Leg chainstitch / Kaki jeans jahitan rantai
-From other website: The RegularGuy is a classic, traditional Americana fit with a relaxed straight leg. These jeans are made from a Japanese 13oz indigo selvedge denim and are cut looser with a wider leg opening. Woven from 100% cotton these jeans feature quality detailing throughout such as cotton lining, selvedge finished pockets and a leather Naked and Famous Denim waist patch on the waistband.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jeans #3: Unbranded Heavyweight Selvedge Denim 21oz 'Tapered Leg' > SOLD


Details:
-Manual Measurement: Waist: 38" Inseam: 35" Outseam: 45" Front Rise: 11" Leg Opening: 17" 
-Style: Tapered Leg (Model UB221)
-Brand new with tag! Baru! 
-Color: Indigo
-21oz sanforized denim 
-100% Cotton
-Button fly
-Made in Macau
-From other website: The "Tapered Leg" fit has a little extra room in the thigh and tapers from lower thigh to the leg openinng. 5 pocket, button fly closure. Hidden selvedge coin pocket detail. Made with 21oz heavyweight Japanese raw sanforized selvedge denim. Rope dyed in indigo. Hidden rivets, chainstitched hems, leather patch 
 
Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms / Whatsapp sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.
P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya tuan tanah tak ada kat darat, so HP pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1

Email: info5kosong1[at]yahoo.com 

SMS / WhatsApp: O12-7944748 

Saturday, January 12, 2013

Unbranded Jeans - Jeans 'Premium' Tanpa Brand

Hello,
I a
m made out of raw selvedge denim. Yeah, that's right. I've never even taken bath. If you wear me hard and don't wash me for several months, I will become a beautiful and personalized jean.

Hooray! 
Love,
-Jeans 




Satu brand jeans (kalau mereka mahu dipanggil brand) yang dinamakan 'Unbranded' (tiada brand) telah berada di pasaran dengan objektif hanya nak fokus pada raw denim itu semata-mata tanpa terpengaruh dengan unsur-unsur lain yang berupa proses wash, hiasan, kempen iklan, populariti dan selebriti. Kenapa sedemikian? Kerana mereka percaya semua benda tak penting itulah yang menyebabkan harga jeans jadi bertambah mahal. So maknanya, mereka hanya mahukan pengguna jeans keluarkan duit semata-mata untuk beli produk dan kualitinya sahaja, bukannya sebab beli branding.




Memang terbukti pendekatan mereka ni menyebabkan harga Unbranded jeans jauh lebih murah berbanding brand-brand premium raw denim yang sedia ada. Sebagai contoh, Unbranded Heavyweight Selvedge Jeans 21oz hanya dijual dengan harga USD98, berbanding USD360 untuk jeans Iron Heart 634S 21oz Straight Selvedge. Beza sangat tu harganya! Aku yakin kalau ada orang yang tak kisah sangat dengan branding, mesti bercita-cita nak angkat jeans ni! Kepala kain pulak tu!

Menurut cerita yang aku baca kat website-website lain, jeans Unbranded ni telah diasaskan oleh orang sama di sebalik brand Naked & Famous. Kalau Naked & Famous biasanya Made in Canada dan diperbuat daripada denim yang berasal dari Jepun, Unbranded jeans ni pulak setahu aku biasanya Made in Macau. Ye, mesti ada yang pandang lekeh terus jeans ni bila tau asalnya cuma Made in Macau. Tapi jangan lupa, brand A.P.C yang berasal dari France tu pun biasanya Made in Macau > Harga A.P.C Jeans? USD 1xx. Hehehe.. Ini sama je macam pandangan sesetengah pihak bila aku cakap ada Levi's Made in China. Hehehe... Tapi kenapa diorang pilih Macau bukannya Canada, USA, Jepun atau Itali? Itu mungkin salah satu lagi strategi untuk membolehkan Unbranded kurangkan lagi harga jeans mereka > iyelah, cheap labour ko!

Lain-lain? Patch / pai kulit Unbranded memang tak ada tulis apa-apa, tak ada sebarang logo > bersesuaian dengan namanya Unbranded! Buttonfly pun kosong jugak, togel + bogel takde tulisan. Tapi yang pasti, Unbranded gunakan denim kepala kain yang ditenun gunakan mesin shuttle looms.




Berkenaan Unbranded Heavyweight Selvedge Denim 21oz in Indigo tu, mereka ada keluarkan dalam tiga varian iaitu Straight Leg (Model UB321), Tapered Leg (Model UB221) dan Skinny Leg (Model UB121). Selain tu ada jugak model lain contohnya:

> Unbranded "Straight Leg" 14.5oz Selvedge in Indigo (Model UB301)
> Unbranded "Tapered Leg" 14.5oz Selvedge in Gray (Model UB206)
> Unbranded "Tapered Leg" 14.5oz Selvedge in Indigo (Model UB201) 
> Unbranded "Tapered Leg" 14.5oz Selvedge in Black (Model UB204)
> Unbranded "Skinny Leg" 14.5oz Selvedge in Indigo (Model UB101)
> Unbranded "Skinny Leg" 14.5oz Selvedge in Black (Model UB104)
> Unbranded "Skinny Leg" 13oz Selvedge Chino in Navy (Model UB108) ~ Bukan jeans
> Unbranded "Skinny Leg" 13oz Selvedge Chino in Beige (Model UB107) ~ Bukan jeans


So, sesiapa yang ada terasa nak pakai jeans Unbranded tapi tak pasti mana nak beli, 5kosong1 ada sediakan khidmat untuk beli jeans ni (tak semua model kat atas available, kena check dahulu). Tapi kena ingatlah, harga jeans memang mungkin setakat USD 98 (model 21oz) atau USD 80-90 (untuk model yang lain), tapi janganlah lupa shipping kos ke Malaysia tu yang biasanya dalam USD 25-USD 35. Sila ambil kira dalam bajet anda juga! Hehehe... 

Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau SMS / WhatsApp sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1. Aku akan check availability dan bagi quotation.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya aku tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...