Tajuknya bukan main panjang. Seolah-olah macam aku ada buat servis alter jeans kan? Tapi takdelah, sebab sebenarnya akulah yang mencari seseorang untuk buat kerja tu... Hehehe...
Bukan apa, baru-baru ni aku ada bantu seorang customer untuk buat hemming dan chainstitch semula jeans yang diordernya dari oversea. Jeans pun memang mantap: Japan Blue x Momotaro "Going to Battle"... Kalau nak tau, inseam original jeans ni adalah sepanjang 38-39". Memang panjang wooo... sebab standard jeans orang Malaysia ni biasanya inseam 30-34" dah cukup. Sebab tu la pemilik mahukan kaki jeans ni dipotong, dibuat hemming dan dijahit semula chainstitch. Aku setuju la sebab amatlah sayang kalau lepas potong tu cuma dibuat jahitan biasa je...
Ikut apa yang aku search guna Pakcik Google, kat KL memang ada tailor yang boleh buat jahitan chainstitch ni. Tapi kebetulan pulak dua hujung minggu berturut-turut aku tak ada masa langsung nak pegi cari kat mana lokasi tailor kat KL tu. Hari kerja lagilah malas nak cari. Hehehe... Kebetulan, aku teringat dekat satu blog yang ada cerita pasal hasil kerja pemilik blog tu sendiri berkaitan kebolehannya buat jahitan chainstitch ni. So apalagi, macam blogger bertemu blogger la gamaknya di alam maya disebabkan minat yang sama... Hahaha... Walaupun kena pos jeans pegi Pahang, tapi tak kisahlah... Apa yang penting adalah objektif tercapai... Hehehe...
Hasil workmanship brother yang buat kerja alteration ni memang terbaiklah... Boleh tengok gambar kat bawah ni. Yang pasti, dia guna mesin vintage "Union Special" untuk buat jahitan chainstitch tu. Cuba korang tengok jahitan chainstich asal sebelum alter dengan selepas dia alter. Nampak tak ada beza kan?
Selain tu, akhirnya dapat gak aku repair waist button Levi's 501ZXX LVC yang ada dalam simpanan. Jeans tu masa dapat memang dah hilang waist button yang bahagian depan. Yang peliknya, back button masih ada, siap sekali dengan stamp number yang berpadanan dengan inside label tag. Disebabkan stamp number ni umpama ID jeans, aku pun suruh brother tu cuba pasang button bahagian depan yang baru dan maintainkan yang lama. Hasilnya? Boleh tengok gambar kat bawah...
Jeans Levi's 501ZXX (Big E, kepala kain) ni sebenarnya aku memang nak tolak sebab bukan saiz aku pun. So bagi sesiapa yang berminat, bolehlah check iklan: Levi's 501Z XX Big E Redline Selvedge LVC (Levi's Vintage Clothing) W33. Walaupun dah siap repair, harga kat iklan tu boleh nego lagi. Hehehe... Sesiapa yang berminat nak order Japan Blue x Momotaro pulak, bolehlah gak roger aku ye. Tapi aku beritahu awal la, harganya antara RM 750-RM 800 sahaja termasuk handling & shipping kos.
Berbalik kat cerita asal, kenapa la aku susah-susah nak pegi pos ke Pahang sedangkan kat KL ada? Jawapannya senang je: Promosi!!! So pengajarannya: kalau korang ada satu kemahiran / tawarkan servis yang orang lain rasanya tak ada atau tak buat, dan korang memang nak buat duit dengan kemahiran tu, silalah ambil masa untuk buat dan iklankan kat blog. Simple blog pun tak apa asalkan ada contact nombor yang boleh dihubungi. Kalau iklankan kat Facebook je, search engine Google mungkin tak akan index langsung pasal iklan tu. Bila tak di index oleh Google, memang tak mungkinlah ada sesiapa yang boleh jumpa.

So, sapa nak tengok blog brother tu, bolehlah pegi check kat eMaM Jeans Alteration. Dia punye entry pun best, aku khatam semua yang dia dah post kat blog dalam masa yang singkat... Hehehe...
FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748