Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, April 23, 2015

Nudie Jeans Alfred Wallet... Selepas Dua Tahun Lebih..

Dua tahun lepas, aku ada angkat sebuah Nudie Jeans Alfred Wallet colour natural tan. Yup, itu juga merupakan first time aku belanja besar untuk sebuah dompet kulit. Macam manapun, harganya still tak boleh nak lawan wallet Redmoon yang pernah diorder customer aku. Bagi yang tak aware, wallet Redmoon kebiasaannya memang lagi mahal berbanding wallet Nudie ni. 

Ciri-ciri Nudie Jeans Alfred Wallet:
 
- Diperbuat daripada kulit saddle.
- Made in Portugal
- Simple design, yang penting ada jahitan trademark Nudie  embo / swong tu
- Ada chain & leather strap, button snap.
- Didatangkan dalam kotak yang dibungkus dengan uncang kain jeans.
 
Bawah ni gambar yang aku snap masa wallet tu baru sampai.
 

 
Gambar-gambar seterusnya merupakan keadaan wallet tu selepas dua tahun lebih dipakai. Aku pakai setiap hari ke? Tak juga, sebab ada masanya wallet ni just terperap beberapa minggu atau beberapa bulan especially bila aku kerja kat site. Tak ada special treatment pun, just pakai macam wallet biasa. Keseluruhnya aku puas hati cuma ada masanya terasa gedabak sikit especially kalau aku pakai seluar slack / seluar opis. Kalau pakai jeans, memang agak cun sebab dompet ni memang duduk ngam-ngam dalam poket belakang. Chain semua aku tak pakai sebab terasa leceh.


 
 





Ok, Alfred wallet ni dah tak dikeluarkan lagi. Generasi wallet Nudie selepas Alfred dipanggil Alfons (agak menarik jugak - pun dah tak dikeluarkan) dan kalau tak salah lepas tu dipanggil Fillesson (pada aku kurang menarik disebabkan bukan colour natural tan).
 

Filleson Wallet
Oklah,  kalau berminat nak beli aksesori Nudie yang lain, bolehlah try roger-roger Tuan Tanah sebab dia buat Servis Shopping Online. Sekian... 

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp: O12-7944748 

Sunday, April 5, 2015

Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX (Part 6)

Dah lebih 2 tahun berlalu sejak last entry aku berkaitan kisah bersiri Levi's 501 Shrink to Fit (STF) aku published kat blog 5kosong1 ni. Last entry adalah pada bulan Oktober 2012 - perghhhh, agak lama siot. Hehehe... Sebelum baca entry ni, adalah better baca dulu entry yang lepas-lepas: Part 1, Part 2, Part 3. Part 4 & Part 5 bagi yang first time baca kisah bersiri ni.

Untuk entry kali ni, aku sebenarnya just nak tunjuk apa dah jadi dekat jeans yang menjadi mangsa kejadian tu sebab dah macam-macam kot yang jeans tu lalui. Hehehe... Nak kata hasil sangat memuaskan tu tak adalah, tapi seriously, aku paling suka pakai jeans ni sebab 'fitting'nya dah ikut bentuk fizikal badan aku yang kejap kurus, kejap kembang, kejap tough, kejap gelebeh semula dan seterusnya. Berapa kali aku basuh? Aku pun dah tak ingat. Guna tangan, mesin basuh, kena hujan, kena suhu panas, kena suhu sejuk, basuh hantar dobi, basuh sendiri ~ senang cerita, aku dah buat macam jeans prewashed biasa je. Hahaha...

Kalau tengok gambar kat bawah, jeans ni sebenarnya dah agak pudar especially kat bahagian peha. Kontras warna memang dah kurang sebab cara pembasuhan jeans yang main belasah je. Kalau aku ambik gambar ni setahun lepas, maybe still nampak kontras yang agak cantik. Tapi tu la, tak simpan rekod gambar pun. Macam mana pun, bawah ni gambar jeans sewaktu masih baru (Oktober 2012) dan juga gambar terkini (April 2015).






Ok, ada gambar ekstra lagi... 




Gambar jeans dalam tab mandi tu dah tentu bukan jeans aku. Tapi yang sebenarnya adalah jeans kepada seseorang yang terpengaruh dengan entry dalam blog 5kosong1 ni dan orang tu sebenarnya adalah kawan aku yang baru dikenali (time tu belum sampai tiga bulan pun aku kenal). Cerita ringkasnya macam ni:

--> Masa tu merupakan sesi makan-makan lepas kitorang sampai satu location kat luar Malaysia.  Aku cerita kat member tu kenapa aku roaming HP --> dah tentu sebab aku ada buat servis shoppping online (nak tau lanjut baca ni: Servis Shopping Online). Waktu makan tu, member tu bukak cerita pasal dia beli jeans Levi's 501 STF guna servis shopping online (ditawarkan orang lain) selepas dia ada baca satu blog cerita pasal jeans STF. Disebabkan tu, member tu ada plan tersendiri untuk buat eksperimen. Blog yang dia maksudkan tu tak lain dan tak bukan adalah blog: www.5kosong1.blogspot.com. Time tu la baru member tu tau yang sesungguhnya orang depan dia tu la sebenarnya yang telah mempengaruhi dia secara tak sengaja. Ye, dipendekkan cerita, Encik 5kosong1 yang pada masa tu baru dikenali, sebenarnya ada duduk tengah layan makanan kat depan dia je. Hahaha... Sudahnya, member tu suruh aku pegi check jeans yang dia beli. Ok, member tu dah beli jeans Levi's 501 model style: 501-1931 (501® Original Shrink-to-Fit™ Selvedge Jeans). Jeans ni bukannya model LVC, tapi jenis kepala kain dan Made in Mexico yang dipanggil "Long Day". Untuk pengetahuan korang, jeans yang aku gunakan selama ni adalah model 501-0000 (rigid STF, bukan kepala kain).

So, itulah cerita ringkasnya. Member aku tu pilih untuk first soak dalam bath tub dengan gunakan air panas dan lepas tu gantung bagi kering. Kalau member tu baca entry ni, aku ucapkan all da best bro untuk eksperimen ko!

Ok, bagi sesiapa yang tiba-tiba ada plan nak try bereksperimen dengan Levi's 501 STF dan langsung tak ada idea macam mana nak pilih size yang sesuai, silalah baca entry ni: Panduan Memilih Ukuran Sebenar Jeans Levi's 501 Shrink to Fit. Lepas tu kalau tak tau mana nak beli Levi's 501 Shrink to Fit ni, bolehlah roger Encik 5kosong1 untuk urusan pre-order dan pembelian... Erhh... Ada terselit iklan di situ. Hahaha... Sekian... 

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp: O12-7944748 

Saturday, May 3, 2014

Kisah: Casio G Shock DW-8300 Stargate SG-1

Masih ingat tak watak-watak bernama Colonel Jack O'Neill (~Encik MacGyver), Dr. Daniel Jackson, Samantha Carter dan Teal'c si makhluk asing?  Kalau ingat, maknanya korang suatu masa dulu pernah layan cerita fiksyen "Stargate SG-1". Lama dah tu beb, tahun 1997 / 1998. Masa tu aku baru darjah 6 dan sibuk nak exam UPSR sampaikan cikgu siap buat kelas tambahan waktu malam. Setiap malam Selasa (kalau tak silap la) aku mesti minta excuse dari cikgu untuk balik rumah awal sebab nak layan cerita tu kat TV3. Hahaha... 


Kalau nak tau, watak dalam cerita tu sebenarnya pakai jam Casio G-Shock model DW-8300 yang merupakan antara model G-Shock bersaiz besar pernah dihasilkan (ada model G-Shock lain yang  bersaiz maybe lagi besar contohnya GX56). Kalau korang try surf kat internet, kebanyakkan orang confirm akan kaitkan model DW-8300 dengan cerita Stargate SG-1. Yang menarik, model G Shock ni sebenarnya Made in Malaysia beb, bukannya Japan atau China atau negara lain!  So setiap kali ada gambar jam ni kat internet, mesti nama Malaysia tak terlepas pandang. So bagi peminat fiksyen cerita Stargate SG-1, nama Malaysia sentiasa menemani krew SG-1 dan secara tak langsung dah dibawa keluar dari planet Bumi banyak kali. Hahaha... (Pertimbangan logik akal diperlukan di sini, sila fahamkan antara fantasi, fakta dan auta yee...)




OK, aku dulu pun tak tau sangat pasal jam ni dan hubungan unik antara SG-1, jam G-Shock DW-8300 dan Malaysia. Tapi last year, ada seorang customer berminat guna Servis Shopping Online dan suruh aku bid kat eBay bagi pihak dia. Harga menang? RM 7 ratus lebih. Campur shipping dan semua sekali, jadilah RM 8 ratus lebih. Sejak tu barulah aku aware sikit-sikit tentang keunikan jam model DW-8300 ni. 


Perbandingan size dengan model jam G Shock model DW-6900 boleh korang tengok pada gambar kat bawah. Size DW-8300 memang confirm besar sikit berbanding DW-6900. In term of function, rasanya tak banyak beza antara dua model ni.



Owh ye, bagi yang berminat untuk beli barangan dari oversea secara online tapi tak pasti caranya atau nak dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan perkhidmatan servis shopping online yang aku sediakan, sila klik link berikut: Servis Shopping Online

Untuk tengok contoh-contoh barangan yang pernah di'order' oleh customer-customer aku sebelum ni, sila klik link berikut: Koleksi Gambar
 
FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748  

Friday, March 21, 2014

Ke Tempat Sejuk: Long John, Winter Jacket, Winter Vest, Sweater, Beanie, Scarf, Earmuff, Buff, Gloves, Winter Socks

OK, entry yang ni sekali lagi tak ada kena-mengena langsung dengan jeans atau denim, tapi lebih kepada apa yang aku hadapi masa blog ni 'senyap' 3-4 bulan lepas. Aku tiba-tiba terasa nak share pengalaman tak seberapa aku sebab masa aku tak ada 3-4 bulan tu, sebenarnya aku bekerja dan berada kat negara orang. Tempat aku pegi tu agak sejuk walaupun takdelah sampai jumpa salji. Paling rendah suhunya pun setakat pernah cecah -1 sebab pada kebanyakkan masa, suhunya maintain bawah 10 - 15 degre C. Bolehlah kata lebih sejuk dari suhu terendah yang kita boleh set kalau guna aircond (sebab kalau tak silap aku, aircond kat Malaysia biasanya 16 deg C paling sejuk). So kalau korang nak pegi tempat yang lagi sejuk sampai suhu cecah -10, -20, -30 degree C, nak pegi berski, nak pegi main salji atau dah berkali-kali pergi tempat sejuk atau memang korang duduk berhijrah atau belajar kat negara yang ada musim sejuk, entry ni kiranya macam sangat entry level dan tak berapa nak membantu sangat. Mungkin kena pegi search entry lain la nampaknya sebab mungkin ada lagi blogger kat luar sana yang lebih mahir dan mungkin juga pernah share pengalaman diorang.

Aku saja buat entry ni sebab masa nak pegi tu, aku search internet jugak apa pakaian yang nak kena sediakan berdasarkan apa yang member bagitau. Tapi faham-faham la, kita dari negara yang pada kebanyakkan masa suhunya setakat 27 - 35 deg C. Bila member bagitau suhu boleh turun bawah 10 degre, aku pun tak boleh nak bajet sejuknya tu macam mana sebab ni first time untuk aku (ye la, takkan nak pegi masuk peti sejuk & stay sejam dua). So, persediaan yang aku buat pun setakat la la la... Masa aku dah terkena cuaca sejuk tu, time tu la baru terfikir, apasal la aku tak bawak benda / pakaian yang sepatutnya untuk protect badan aku dari kesejukan.

Tapi bagi yang langsung tak ada idea, boleh la agak-agak apa benda yang korang kena sediakan kalau nak pegi ke tempat sejuk. Owh ya, aku share pengalaman ni berdasarkan situasi: orang yang pada kebanyakkan masanya kena bekerja kat luar bangunan dan terdedah pada suhu sejuk ni berjam-jam lamanya dengan suhu pulak sekitar 0-15 deg C. Kalau korang just spend banyak masa duduk dalam bangunan atau tempat terlindung, mungkin sesetengahnya tak applicable sangat kot. So, fikir-fikirlah mana yang nak kena sedia. Nak beli dan keluarkan duit satu hal, nak bawak pun satu hal lagi. Ok lah, aku senaraikan kat bawah apa yang mungkin diperlukan:
 
Long John - Senang kata Long John ni umpama pakaian dalam. Bagus untuk bagi first thermal protection kat badan kita. Terdiri daripada satu sut baju dan seluar. Material bergantung pada choice dan kemampuan sebab ada beberapa jenis material yang harganya berbeza-beza. Masa beli dulu, aku angkat dua set yang berbeza material: 100% cotton dan juga 100% campuran cotton & wool. Aku ingat lagi masa promoter kedai tu tanya aku nak pegi mana, aku pun cakap la suhu kat tempat yang aku nak pegi tu boleh cecah sekian-sekian berdasarkan input yang member aku bagitau. Dia just recommend 100% cotton sebab katanya dah good enough untuk aku. Tapi mungkin aku terlupa cakap kot yang aku kena stay out kat luar berjam-jam. Nasib baik la aku angkat jugak yang jenis wool sebab sudahnya yang 100% cotton tu langsung tak membantu. Long John ni nampak macam simple dan macam tak ada apa sangat, tapi kalau dah beli, korang boleh try sarung kat suhu bilik Malaysia dan aku jamin, tak sampai satu minit dah boleh berpeluh. Mungkin kalau demam, boleh la try sarung Long John ni untuk bagi cepat berpeluh. Hehehe... Harga Long John kat Malaysia: RM seratus lebih dan boleh mencecah RM dua ratus lebih (bergantung pada material dan brand) untuk satu sut seluar dan baju. Ada jugak yang jual asing-asing seluar dan baju, dan ada jugak yang jual satu set terus. Kalau beli online dari oversea, harganya tak semahal tu sebenarnya. Aku rasa harganya agak mahal disebabkan Long John ni bukannya pakaian 'ruji' rakyat Malaysia, sebab tu la kot jadi mahal.


Thermal Long John

Winter Jacket, Winter Vest & Sweater - Tak perlu dihuraikan. Pakaian yang wajib ada bila pergi ke tempat sejuk. Pada pendapat aku, kenalah fit to purpose dengan apa yang akan dihadapi. Bagi yang kena kerja luar kat site macam aku, tak semestinya ada yang paling tebal, tapi seeloknya prepare dengan material yang sesuai sebab korang boleh je pakai beberapa lapis baju (long john, sweater, jacket) untuk protect badan tu. Kalau beli yang sangat tebal atau menggelembung, maybe agak susah dan kurang flexible untuk bergerak. Sebab tu ada masanya better pakai winter vest untuk bagi kebebasan pada tangan untuk bergerak. Cadangan berdasarkan apa yang aku dah hadapi: sila cari yang jenis wind breaker (kolar tinggi) atau ber'hood' sebab yang membuatkan kita kesejukan tu kadang-kadang lebih kepada angin sejuk yang bertiup, bukannya suhu persekitaran semata-mata. Dan jangan lupa, cari yang water proof! 

Winter Vest
Beanie, Earmuff, Scarf, Balaclava - Otak manusia letaknya pada bahagian kepala -> tu semua orang tau. Sebab tu apa yang berlaku pada kepala atau bahagian badan yang berdekatan dengannya (telinga, leher) kadang-kadang dapat mempengaruhi tindak balas keseluruhan badan. Kalau kepala dibiarkan sejuk, otak secara automatik akan bagitau seluruh badan yang kita berada dalam kesejukan. So, kenalah protect kepala dengan beanie (atau topi), telinga pulak dengan earmuff - (kalaulah tak ada beanie, sebab beanie pun boleh guna untuk protect telinga) dan leher dengan scarf. Atau boleh jugak beli balaclava (tutup semua dan ada opening kat bahagian mata atau mulut). Hari tu aku beli balaclava tapi sudahnya kurang digunakan sebab tak berapa nak praktikal disebabkan aku rasa lemas dan terasa macam nak buat jenayah pulak. Hehehe... Sebenarnya balaclava pun boleh di'modifed' jadi beanie. Tapi time tu yang peliknya ialah aku tak buat pun. Huhuhu... 

Beanie
Winter Earmuff
Scarf
Balaclava
Buff - Ok, Buff sebenarnya adalah nama brand dari USA. Produk yang diorang jual tu designnya simple je: kain flexible yang berongga. Yang panjang boleh guna untuk macam-macam jenis application: tutup kepala macam bandana, buat macam balaclava, balut leher, buat macam kopiah > apa sahaja. Untuk pakai hard hat (topi keras), aku rasa ini pilihan terbaik sebab kainnya tak terlalu tebal tak macam beanie. Boleh diguna pada musim sejuk atau panas. Barangan Buff ni aku tak ada time tu sebab tak sempat nak cari. Tapi bila tengok member-member pakai, aku rasa Buff ni agak praktikal untuk orang yang kerja macam aku.

Buff
Winter Gloves - Untuk buat kerja kat site, sila cari yang betul-betul fix, melekap kat tangan. Aku time tu terbeli jenis fabrik fleece yang agak lebar. Memang sedap pakai, tapi agak useless sebab macam terbesar sikit so susah nak pegang barang, HP, walkie talkie dan memang melecehkan. Kalau dapat jenis kulit lagi bagus kot. Yang penting, cari gloves yang memang boleh bagi thermal protection dan water resistant. Idea lain, mungkin boleh pakai dua lapis gloves. Dalam wool atau cotton, luar pakai jenis fleece. Satu lagi, kalau dapat cari winter gloves yang 'touch screen compatible'. Kalau tak compatible, agak sengsara jugak la nak biarkan tangan tu kesejukan semata-mata nak guna phone atau angkat call.

Winter Gloves - Touch Screen Compatible
Winter Socks: Adalah penting untuk cari stokin dari material yang bersesuaian. Kalau kita pakai yang biasa kita gunakan kat Malaysia, maybe ada masanya yang korang akan terasa kaki tu basah. Walhal bukannya basah pun, tapi sebenarnya sebab terlalu sejuk. Alternatifnya, pakailah 2-3 lapis stokin kalaulah dah tak ada sangat. Tapi, agak tak selesa la kalau dah terpaksa sampai pakai berlapis-lapis stokin.

Untuk share pengalaman korang berkaitan topik kat atas, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau komen kat bawah atau boleh hantar message ke Facebook 5kosong1. Almaklumlah, Encik penulis pun setakat kongsi pengalamannya yang setakat 3-4 bulan tu sahaja.
 
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
SMS / WhatsApp: O12-7944748

Tuesday, October 8, 2013

Kisah Levi's Sta-Prest / History of Levi's Sta-Prest

Levi's Sta-Prest merupakan salah satu variasi seluar (bukan jeans) yang dikeluarkan syarikat Levi Strauss and Co. Ada peminat tersendiri untuk jenis seluar Levi's ni sampaikan ada suatu masa salah seorang pembaca blog 5kosong1 ni telah request untuk aku buat satu entry khas berkaitan Levi's Sta-Prest. Kalau nak tau, kisah Sta-Prest ni sendiri ada tertulis pada bahagian dalam seluar (kain poket) seluar yang aku 'beli'kan customer beberapa bulan lepas. So, ini kisahnya:

Pada tahun 1964, syarikat Levi's Strauss berpendapat mereka perlu mencipta variasi seluar yang menggunakan kain atau fabrik selain dari denim. Akhirnya, terciptalah seluar Levi's Sta-Prest yang mempunyai lipatan (crease) pada bahagian depan yang tajam dan kekal (perh, sangat direct translation di situ!). Lipatan ni akan kekal, tak hilang dan tak perlu digosok walaupun selepas seluar dibasuh dalam mesin basuh. Disebabkan itu, untuk tempoh masa yang singkat, seluar Sta-Prest ni berjaya jadi satu fenomena di USA pada masa tu (tahun 1960-an tu la).

Sebab itulah ada kisah seorang salesman pada masa tu yang akan bawa mesin basuh kemana-mana sahaja dia pergi untuk membuktikan pada customer yang kesan lipatan Sta-Prest ni memang akan kekal macam tu dan pembeli tak perlu susah-payah untuk gosok seluar mereka selepas penat-penat basuh. 

Gambar-gambar dari eBay.com

Teknik / istilah yang digunakan Levi's Sta-Prest tu dipanggil 'permanent crease'. Pada masa sekarang, banyak dah seluar yang gunakan teknik 'permanent crease' ni antaranya seluar Dockers. Tapi based on pengalaman aku, fabrik yang digunakan tu memang kena ambik kira sebab ia memainkan peranan untuk kejayaan 'permanent crease' tu. Levi's Sta-Prest sebenarnya gunakan polyester (polimer / plastik) sebagai salah satu campuran fabrik (Sta-Prest guna campuran polyester + cotton. Tapi ada jugak yang guna 100% polyester). Pada pendapat aku, sebab guna polyester tu la diorang boleh hasilkan 'permanent crease'. Kalau macam seluar Dockers yang aku pakai buat pegi kerja, nak tak nak kena juga gosok disebabkan kain yang digunakan tu 100% cotton. Kesan lipatan tu memang la ada, tapi takkan nak pakai seluar renyuk buat pegi kerja kot. Kalau jeans takpe la jugak. Hehehe...

So aku letak beberapa gambar yang aku jumpa dari eBay.com untuk tatapan korang. Kalau korang perasan dari gambar tu, ada macam-macam campuran fabrik antaranya: 50% Dacron Polyester + 50% Cotton / 100% Dacron Polyester / 65% Polyester + 35% Cotton (jenis yang baru - gambar tak ada!). Gambar kedua kat atas, seluar dulu harganya serendah USD$ 6.00!




English version copy paste from internet:

In 1964 Levis and Co. decided that they needed to innovate a non denim that had a permanent, sharp front crease. Once the production hit the stores its was an overnight phenomenon.

Sales men rushed around the US to prove the story of the trousers that didn't need to be ironed after washing, and history has it that one sales man even carried a washing machine in the back of his car to prove that this was the case.


By the end of the 60's nearly every American teen was in to the Levis Sta-prest adopted to as part of the preppy Ivy league look.


Seluar Levi's Sta-Prest yang diorder customer!
Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748  

Sunday, September 8, 2013

Proses Sanforization & Perbezaan Sanforized VS Unsanforized Jeans

Beberapa kali aku ditanya oleh customer dan kadang-kadang oleh si anonymous: 

"Apa bezanya sanforized jeans dengan unsanforized jeans?"

Biasanya aku sendiri terlupa dan lambat jawab terutama kalau terima SMS / WhatsApp waktu aku tengah sibuk kat tempat kerja. So, untuk catatan diri sendiri dan untuk info sharing, silalah baca entry di bawah (next time aku suruh customer baca sendiri kat blog... Hahaha):

Proses 'Sanforization': Suatu proses awal yang dilakukan pada fabrik raw denim untuk mengurangkan kadar 'shrink' atau kadar 'pengecutan' pada raw jeans terutamanya selepas basuhan pertama / first wash. Semasa proses sanforization ni, fabrik jeans akan di'rawat' dengan air atau stim untuk memastikan fabrik jeans tu siap sedia mengecut. Bukan setakat dikecutkan, tapi juga fabrik akan diregangkan dan dipadatkan semula semasa proses ni (sorry translation dari English ke BM dibuat macam haram sikit... Hahaha). Senang cerita, kita shrink fabrik denim awal-awal sebelum fabrik tu dipotong dan dijahit menjadi sepasang jeans.

Mesin untuk Proses Sanforization

Perkataan 'sanforization' tu sendiri macam unik. Pada aku perkataan tu macam tak English sangat. Kenapa agaknya ye? Ini disebabkan proses mengecutkan fabrik denim ni telah mengambil nama Sanford Lockwood Cluett, manusia yang bertanggungjawab mencipta proses sanforization ni pada tahun 1930. So dialah yang memegang paten bagi proses yang boleh kata penting untuk merawat fabrik. Antara company yang mula-mula apply proses ni adalah Blue Bell (sekarang Wrangler) pada model Super Big Ben Overalls yang dikeluarkan pada tahun 1936. 

So apabila jeans tu dah mengalami proses sanforization, kebarangkalian untuk jeans terus mengecut selepas kita basuh akan menjadi minimum. Kalau unsanforized jeans boleh mengecut sampai 10%, sanforized jeans sepatutnya hanya boleh mengecut antara 1-5%. Sebab tu penting untuk korang pastikan jeans yang dibeli tu (terutamanya kategori raw jeans) daripada jenis sanforized atau unsanforized. Bukan apa, jeans yang tergolong dalam kategori unsanforized (contohnya brand Samurai / Levi's 501 Shrink to Fit) memang berpotensi untuk mengecut kat bahagian pinggang dan jadi singkat kat bahagian inseam (kaki jeans) selepas dibasuh. Kenapa? Sebab proses rendaman & keringkan jeans tu boleh kata proses sanforization yang kita buat sendiri pada jeans. 

Bagi yang nak beli raw jeans dan menambahkan lagi ke'confius'an korang, kenalah ambik tau jugak yang sesetengah model raw jeans didatangkan dalam dua jenis: Raw & One wash. Paling biasa aku jumpa keadaan macam ni ialah brand Momotaro. Seller Jepun biasanya jual Momotaro model yang sama, tapi sama ada raw atau one wash. So, kenalah ambik inisiatif untuk check dulu. Kalau model Japan Blue X Momotaro & Unbranded Brand pulak biasanya jenis sanforized jeans. Tapi yang boleh aku cakap, sanforized atau unsanforized jeans ni bukan bergantung sepenuhnya pada brand, tapi pada model jeans tertentu. Maksud aku, Brand X mungkin jual model A dan model B. Tapi model A mungkin sanforized jeans, tapi model B mungkin unsanforized jeans. So tak boleh nak kata Brand X jual semuanya sanforized jeans atau unsanforized jeans. Bukan apa, kadang-kadang orang tanya aku contohnya: "Levi's tu sanforized jeans ke?" Mak aih, soalan pendek tapi jawapannya tak pendek. Bukan apa, Levi's tu kan ada banyak model... Bagitau la details sikit Levi's 501 Shrink to Fit ke, Levi's 501 preshrunk ke, etc...

Ok, cukup la setakat tu aku membebel. Bagi yang nak tau macam mana aku bereksperimen / lakukan proses 'sanforization' dengan Levi's 501 Shrink to Fit (kategori raw denim, unsanforized), boleh baca artikel berikut: Kisah Bersiri - Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX

Selain tu, boleh baca entry berikut untuk istilah-istilah jeans yang lain: Jargon-jargon / Istilah-istilah berkaitan Levi’s @ Apa yang anda perlu tahu apabila bercerita pasal Levi’s?

Antara source & rujukan: 
-Rawrdenim.com
-Wikipedia
-http://www.rpi.edu/about/hof/cluett.html
-Gambar: http://www.xhcbw.com/en/shebei2/4.html

Untuk perkhidmatan servis shopping online barangan oversea / pembelian jeans / pre-order jeans / pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor HP dia pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message. Terima kasih...

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

Thursday, July 4, 2013

Memahami 'Oz' dan Kategori Berat Jeans (Lightweight, Medium Weight & Heavyweight)

Encik 5kosong1 telah beberapa kali ditanya oleh customer berkaitan istilah 'oz'. Iyelah, bila tengok iklan jeans, ada yang tulis 10oz, 12oz, 14.8oz, 15.7oz, 17oz, 19oz, 21oz, 23oz, 32oz, etc... Oz tu apa benda sebenarnya? Wizard of Oz? Mr Os pelawak? Atau...

Secara mudahnya, oz = ounce = auns = ukuran berat. Menurut Google, 1 oz = 28.3495 gram.

Untuk jeans, oz menunjukkan  pengiraan berat denim bagi 1 ela (yard) persegi fabrik. Maknanya, kalau korang kerat satu ela persegi fabrik denim dan timbang beratnya, korang akan dapat berat jeans tu dalam unit ukuran oz. Lagi berat jeans tu, kebiasaannya lagi tebal fabrik denim yang digunakan dan secara tak langsung menunjukkan kepadatan tenunan fabrik jeans tu sendiri. 

Encik 5kosong1 ada guna khidmat Pakcik 'Google' dan terjumpa satu artikel daripada website rawdenim.com yang cover topik ni. Link: http://www.rawrdenim.com/2013/01/the-complete-guide-to-understanding-raw-denim-weights/

So, Encik 5kosong1 sudah ambik serba-sedikit info dari artikel tu dan tolong 'translate'kan dan ubah sikit-sikit ikut citarasanya sendiri. Check it out... Hahaha...

> Secara mudah, jeans boleh dikategorikan kepada tiga jenis kategori berat: 
        1. Lightweight: 12oz ke bawah
        2. Medium / Mid Weight: Antara 12oz ke 16oz
        3. Heavy Weight: Melebihi 16oz

> 1. Lightweight (< 12 oz): Boleh kata entry level untuk raw jeans. Kategori yang paling ringan / nipis di kalangan saudara-mara atau jiran terdekat jeans. Mudah nak dilenjan, mudah nak di'break', sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Kadar fading jeans dalam kategori ni takkan jadi sedahsyat jeans kategori mid atau heavyweight. Kadang-kadang ada raw jeans dalam kategori ni yang bukan 100% cotton, tapi ditambah 2-10% elastane (contohnya : Nudie Jeans). Bagi yang baru nak try / nak start bereksperimen dengan raw jeans, bolehlah start dengan lightweight atau medium weight. Levi's 501 Shrink to Fit biasanya jatuh dalam kategori lightweight dan mid weight (11.5 oz - 13.6 oz). Antara brand-brand yang menghasilkan jeans dalam kategori lightweight: Nudie Jeans, Naked & Famous, RK Denim, Raleigh Denim, Rogue Territory.


> 2. Medium / Mid Weight (12 oz - 16 oz): Kebanyakkan raw jeans berada dalam kelompok mid weight dan hampir semua brand raw jeans ada wakil dalam kategori ni. Starting pakai jeans dalam kategori ni memang tak berapa sedap disebabkan rasa ke'keras'annya, tapi after some time lepas cukup 'break', bolehlah jadi macam second skin korang. Kadar fading semestinya lebih baik berbanding lightweight. Disebabkan ini kategori medium, takdelah rasa sengsara sangat dan ambik masa yang lama untuk break jeans. Cuma effort berterusan tu semestinya kena ada. Contoh brand raw jeans yang ada wakil dalam kategori ni: Levi's LVC, Samurai, Nudie Jeans, Flathead, Momotaro, Naked & Famous, Unbranded, Japan Blue, 3Sixteen, Strike Gold, Sugar Cane, Denime, Evisu, Studio D'Artisan, Tarik, Chesee Denim, etc.   



> 3. Heavyweight (> 16 oz): Paling berat berbanding jeans yang lain-lain. Aku tak suggest orang yang baru nak start pakai raw jeans untuk terus terjun dalam kategori jeans ni. Bukan apa, harga kebiasaannya lebih sikit dan perlukan lebih effort untuk break jeans dalam kategori ni. Tapi kalau nak terus beli jeans dalam kategori heavyweight ni pun tak ada masalah, bukan duit aku pun. Hahaha... Kalau korang betul-betul berusaha, kadar fading memang akan jadi yang terbaik. Ok, aku sendiri masih berusaha untuk break sehelai jeans yang beratnya 21oz --> setakat ni masih takde apa-apa effect pun, setakat renyuk sikit. Boleh kata nampak masih baru. Dem~


Disebabkan jeans tebal, korang boleh berpeluh walaupun baru je pakai dan belum buat apa-apa. Tapi apa yang aku 'type' ni takdelah valid sangat sebab sesetengah fabrik jeans (brand tertentu) dengar ceritanya selesa dan ok je walaupun tebal. Owh ye, lagi satu reasons kenapa aku tak suggest orang yang baru nak try-try pakai raw jeans beli heavyweight jeans ialah: jeans jenis ni lambat break, so ambik masa lama. Kalau dah ambik masa lama untuk break sehelai jeans, korang mungkin akan ter'miss' keseronokan untuk pakai pelbagai brand, model, cutting jeans yang lain-lain. Pastu kalau tersilap eksperimen dan tak sabar, boleh ke laut la hasilnya. Kan dah jadi membazir tu (sebab harga tinggi la apalagi). Hehehe... 

Antara brand yang tak boleh dilupakan bila bercakap pasal heavyweight jeans? Dah tentu Samurai dan Iron Heart. Bukanlah maksudnya brand lain tak hasilkan heavyweight jeans, tapi Samurai & Iron Heart boleh di katakan agak mendominasi kategori ni sebab diorang ada banyak keluarkan raw jeans dengan pelbagai berat contohnya 17oz, 18oz, 21oz, 23oz, 24oz dan 25oz.  Antara brand-brand lain yang ada keluarkan heavyweight jeans: Naked & Famous, Flat Head, Unbranded, Strike Gold, Studio D'Artisan, etc.

Tapi macam manapun, jangan dilupa jeans Naked Famous 32oz Weird Guy Selvedge in Indigo. Rasanya ini dah kira masuk dalam kategori istimewa kot: Super Heavy Weight Denim. Hahaha... Nak tau lanjut boleh baca artikel yang aku dah sediakan sebelum ni: Rekod Dunia? Naked & Famous "Weird Guy" Super Heavy Weight 32 oz Selvedge Denim in Indigo. Silalah baca ye. Hehehe... Tengok gambar kat bawah ni cukuplah, tak ke tebal namanya tu? Gile tebal! Betul ke ni??? 

Link:  http://www.nakedandfamousdenim.com/blog/32oz-heaviest-jeans-in-the-world/
3 helai 32oz vs 9 helai 11oz
IKLAN: Kalau teringin nak pakai raw jeans baru tapi tak pasti cara nak dapatkan, bolehlah consider guna servis shopping online yang ditawarkan Encik 5kosong1. Untuk maklumat lanjut, boleh check link berikut: Servis Shipping Online. Hehehe… 
    
Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...