Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)
Showing posts with label Levi's 501xx Shrink to Fit. Show all posts
Showing posts with label Levi's 501xx Shrink to Fit. Show all posts

Sunday, April 5, 2015

Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX (Part 6)

Dah lebih 2 tahun berlalu sejak last entry aku berkaitan kisah bersiri Levi's 501 Shrink to Fit (STF) aku published kat blog 5kosong1 ni. Last entry adalah pada bulan Oktober 2012 - perghhhh, agak lama siot. Hehehe... Sebelum baca entry ni, adalah better baca dulu entry yang lepas-lepas: Part 1, Part 2, Part 3. Part 4 & Part 5 bagi yang first time baca kisah bersiri ni.

Untuk entry kali ni, aku sebenarnya just nak tunjuk apa dah jadi dekat jeans yang menjadi mangsa kejadian tu sebab dah macam-macam kot yang jeans tu lalui. Hehehe... Nak kata hasil sangat memuaskan tu tak adalah, tapi seriously, aku paling suka pakai jeans ni sebab 'fitting'nya dah ikut bentuk fizikal badan aku yang kejap kurus, kejap kembang, kejap tough, kejap gelebeh semula dan seterusnya. Berapa kali aku basuh? Aku pun dah tak ingat. Guna tangan, mesin basuh, kena hujan, kena suhu panas, kena suhu sejuk, basuh hantar dobi, basuh sendiri ~ senang cerita, aku dah buat macam jeans prewashed biasa je. Hahaha...

Kalau tengok gambar kat bawah, jeans ni sebenarnya dah agak pudar especially kat bahagian peha. Kontras warna memang dah kurang sebab cara pembasuhan jeans yang main belasah je. Kalau aku ambik gambar ni setahun lepas, maybe still nampak kontras yang agak cantik. Tapi tu la, tak simpan rekod gambar pun. Macam mana pun, bawah ni gambar jeans sewaktu masih baru (Oktober 2012) dan juga gambar terkini (April 2015).






Ok, ada gambar ekstra lagi... 




Gambar jeans dalam tab mandi tu dah tentu bukan jeans aku. Tapi yang sebenarnya adalah jeans kepada seseorang yang terpengaruh dengan entry dalam blog 5kosong1 ni dan orang tu sebenarnya adalah kawan aku yang baru dikenali (time tu belum sampai tiga bulan pun aku kenal). Cerita ringkasnya macam ni:

--> Masa tu merupakan sesi makan-makan lepas kitorang sampai satu location kat luar Malaysia.  Aku cerita kat member tu kenapa aku roaming HP --> dah tentu sebab aku ada buat servis shoppping online (nak tau lanjut baca ni: Servis Shopping Online). Waktu makan tu, member tu bukak cerita pasal dia beli jeans Levi's 501 STF guna servis shopping online (ditawarkan orang lain) selepas dia ada baca satu blog cerita pasal jeans STF. Disebabkan tu, member tu ada plan tersendiri untuk buat eksperimen. Blog yang dia maksudkan tu tak lain dan tak bukan adalah blog: www.5kosong1.blogspot.com. Time tu la baru member tu tau yang sesungguhnya orang depan dia tu la sebenarnya yang telah mempengaruhi dia secara tak sengaja. Ye, dipendekkan cerita, Encik 5kosong1 yang pada masa tu baru dikenali, sebenarnya ada duduk tengah layan makanan kat depan dia je. Hahaha... Sudahnya, member tu suruh aku pegi check jeans yang dia beli. Ok, member tu dah beli jeans Levi's 501 model style: 501-1931 (501® Original Shrink-to-Fit™ Selvedge Jeans). Jeans ni bukannya model LVC, tapi jenis kepala kain dan Made in Mexico yang dipanggil "Long Day". Untuk pengetahuan korang, jeans yang aku gunakan selama ni adalah model 501-0000 (rigid STF, bukan kepala kain).

So, itulah cerita ringkasnya. Member aku tu pilih untuk first soak dalam bath tub dengan gunakan air panas dan lepas tu gantung bagi kering. Kalau member tu baca entry ni, aku ucapkan all da best bro untuk eksperimen ko!

Ok, bagi sesiapa yang tiba-tiba ada plan nak try bereksperimen dengan Levi's 501 STF dan langsung tak ada idea macam mana nak pilih size yang sesuai, silalah baca entry ni: Panduan Memilih Ukuran Sebenar Jeans Levi's 501 Shrink to Fit. Lepas tu kalau tak tau mana nak beli Levi's 501 Shrink to Fit ni, bolehlah roger Encik 5kosong1 untuk urusan pre-order dan pembelian... Erhh... Ada terselit iklan di situ. Hahaha... Sekian... 

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp: O12-7944748 

Sunday, November 16, 2014

New Old Stock NOS Levi's 501 Shrink To Fit W44 L34 Made in USA




Brand / Type: Levi's 501 Shrink To Fit Jeans Made in USA

Label Tag: W44" L34"

Other:
- NOS ~ New Old Stock / Stok lama
- Anggaran tahun pengeluaran jeans yang diiklankan: 1980-an.
- Made in USA
- Shrink To Fit
- Kain jenis berbulu
- Colour: Rigid / Indigo


Price: RM SOLD termasuk Pos Laju ke seluruh Malaysia. Saya tak buat COD. Boleh hubungi saya kalau perlukan lebih maklumat / gambar. 

Untuk pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com, WhatsApp atau SMS ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan pemilik blog ni tak ada kat darat, so nombor dia pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu 
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

Thursday, May 1, 2014

Panduan Memilih Ukuran Sebenar Jeans Levi's 501 Shrink to Fit

Antara contoh soalan-soalan standard yang dah beberapa kali customer Encik 5kosong1 tanya bila diorang nak beli jeans Levi's 501 Shrink to Fit ialah: 

"Saya pakai jeans size 32", kalau nak beli Levi's 501 STF, kena beli size 34" ke? Panjangnya macam mana pulak?"

"Saya dah pakai Levi's 501 sebelum ni. Kalau beli kat butik size 32", nak kena order size yang sama ke kalau nak beli Levi's 501 STF?

"Saya berminat nak cuba pakai Levi's 501 Shrink to Fit, bro boleh tolong bagi suggestion size macam mana yang saya kena order tak?"

Seriuosly, aku rasa lemah setiap kali dapat soalan-soalan macam kat atas kalau ada mana-mana customer tanya. Sebabnya? Kalau suggestion yang aku bagi tu salah, sapa yang nak tanggung. Hehehe... Kalau jeans setakat harga bawah RM 100 ringgit, mungkin takpelah. Tapi harganya lebih dari tu, so tak syok la kan kalau bagi salah suggestion. Untuk memudahkan aku, jawapan yang biasa aku bagi ialah "Size Levi's 501 Shrink To Fit yang patut dibeli bergantung pada cara pemakaian korang, berapa kali kekerapan nak basuh jeans tu, apa eksperimen yang korang dah plan nak buat dengan jeans tu". Jawapan tak semudah just bagitau size yang perlu dibeli sebab kadar shrink boleh berubah bergantung pada cara pemakaian atau berapa kerap korang nak basuh.

Kalau plan tak nak basuh jeans tu langsung, silalah beli jeans macam size yang korang biasa pakai atau ada suggestion lain yang mengatakan beli jeans yang sizenya lebih kecil / kurang satu size berbanding yang korang pakai (disebabkan jeans boleh meregang). Length atau inseam terpulang pada korang, sama ada nak beli yang lebih panjang sikit atau beli saja panjang yang macam biasa.

Kalau plan nak basuh jeans tu selalu, silalah beli size lebih besar dan inseam lebih panjang. Berapa inch lebih? Sila tengok gambar kat bawah:


Fitting guide macam gambar kat atas boleh membantu korang pilih saiz yang sesuai untuk Levi's 501 Shrink to Fit sebab benda ni disediakan Levi's sendiri. Tapi jangan lupa, benda ni namanya pun guide (panduan) dan tak semestinya tepat 100%. Sila gunakan budi bicara sendiri semasa nak memilih saiz.

Bawah ni aku ada jumpa gambar lain yang menarik untuk ditengok. Gambar disediakan khas oleh company Levi's special untuk mereka yang plan nak angkat Levi's Vintage Clothing 501 Rigid (ala, macam Levi's 501 STF jugak la)...




Alang-alang dah jumpa page ni, sudilah apalah kiranya dapat meluangkan masa kurang dari 2 saat untuk klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748  

Saturday, October 6, 2012

Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX (Part 5)

Kali terakhir aku update 'kisah bersiri' ni adalah pada bulan Ogos 2011. Tempoh yang dah lebih setahun yang lepas tu!!! Hehehe... Walaupun lama tak update pasal perjalanan jeans tu, sebenarnya aku masih lagi aktif untuk break jeans STF ni, cuma hasilnya masih kurang memuaskan disebabkan beberapa perkara. Apa dia? Silalah baca dulu ye. Anyway, meh aku sambung cerita pasal apa sudah jadik dengan jeans 501xx STF aku tu. Tapi kali ni aku nak fokus cerita dekat the second jeans yang aku dah beli & pakai. Kalau baca Part 4, aku ada bagitau sepintas lalu pasal jeans STF kedua yang on da way ke Malaysia time tu, so inilah ceritanya...

Orite, jeans Levi's 501 STF kedua tu sampai Malaysia ngam-ngam sebelum start cuti Hari Raya Aidilfitri tahun 2011 (bukan typo error ye tuan-tuan, memang tahun 2011). So sampai la waktu aku tulis ni, dah lebih setahun  jeans tu dipakai. Iyelah, dah dua kali sambut hari Raya pakai jeans tu kot.

Straight to the point untuk kisah jeans yang second ni, aku takdelah nak pakai lama gile before soak. Macam mana pun, ada la dekat sebulan lebih kot before aku start soak tu. Jeans kali ni waist dia true to size (W40 L33). So masa  start pakai, fitting memang dah agak ngam dan macam tak perlu nak soak. Hehehe... Macam biasa, aku kasik lenjan sikit bagi kesan honeycomb tu kuar dulu, dan bagi jeans meregang lebih banyak lagi.





After sebulan lebih (itu pun tak selalu pakai) barulah aku pegi ke next step iaitu buat first soak. STF tu terpaksa bermandi air panas dalam baldi untuk beberapa ketika sebelum aku gantung sekejap untuk bagi air rendaman jatuh. Agak-agak dah takde air yang menitik lagi, aku sarung dalam keadaan jeans tu masih lagi lembap seterusnya start motor dan bawak pusing-pusing tengah KL tanpa ada perasaan bersalah. Ye la, nak naik kuda macam koboi takde kan, so terpaksalah pakai motor. (Boleh baca Part 4 untuk faham!!!). Hahaha... Boleh kata sampai kering jugak la jeans tu aku pakai pada hari kejadian. Resultnya: Memang Levi's 501 STF saiz 40 tu jadik ketat dan sangat fit. Bagus gak la sebab aku bagi STF tu kering kat badan masa dipakai. Kalau tak buat macam tu, mungkin ada kesukaran untuk aku sarung kot... Hehehe... 




Sekali lagi aku nak ulang, jeans STF ni akan memang akan meregang semula ikut bentuk badan korang after pakai few times. Walaupun pada mulanya agak ketat, tapi lama-kelamaan aku dapat rasakan yang jeans ni memang akan automatik ikut shape bentuk badan kita. Lepas kejadian yang aku pakai jeans time masih lembap dan bawak naik motor pusing-pusing KL tu, takde la benda fancy lain yang aku dah buat. Benda biasa-biasa je la setakat pakai jeans tu dengan kadar yang agak kerap dan pakai ke sana-sini. Pegi offshore aku pakai, balik kampung aku pakai, beli cendol aku pakai, pegi Pejabat Pos hantar barang customer aku pakai, pegi window shopping aku pakai, pegi kerja kahwin aku pakai ~ tak abis la senarai ni bai, takkan nak tulis semua. Hahaha...

Setakat entry ni ditulis, jeans tu mungkin dah dibasuh tak lebih lima kali, termasuklah sekali tu dibasuh gunakan washing machine! Sebabnya? Adalah pulak seseorang yang rajin sangat tolong basuhkan jeans tu pakai mesin basuh walhal aku tak suruh pun. Tau-tau jeans dah kering dan dah siap berlipat cantik. Aduhai... So, boleh kata ada benda yang tak sepatutnya berlaku, telah menyibuk dalam eksperimen jeans aku tu. Bukan apa, lepas kejadian basuh ngan washing machine tu, warna jeans dah turun dengan agak ketara, siap ada kawasan pada jeans yang warnanya jadi tak sekata. Starting dari tu, aku jadi down sikit nak lanyak jeans STF tu disebabkan pada masa yang lebih kurang sama, berat badan aku pun dah start turun sebab aku diet. Hahaha... Sekarang dah turun berbelas kg secara totalnya. Secara tak langsung, jeans yang saiz 40 tu sekarang secara mudahnya boleh kata dah jadi saiz besar. So, jeans STF pertama yang aku beli saiz 42 tu lagilah super duper besar!


Mungkin ada yang tanya, tak nak start projek baru dengan STF saiz lagi kecik ke?? Ermmmm.... disebabkan aku masih berangan-angan untuk turunkan berat badan lagi, so aku masih belum start new projek lagi. Kang membazir masa pulak kalau beli saiz 38, tapi cuma mampu dipakai sekejap je... Hehehe... Ceh, konon tak nak membazir, abis brand Bogel & Terkenal saiz 38 tu apa benda? Levi's 501 Air Jordan tu apa ke hal pulak yeop? Hahaha...

Berbalik kepada jeans Levi's 501 STF size 40 aku tu, kat bawah ni adalah gambar-gambar terkini jeans tu. Boleh tengok la sejauh mana jeans tu dah shrink kalau nak dibandingkan dengan sehelai jeans saiz yang sama, yang aku simpan sebagai perbandingan (ceh another Levi's 501 STF tu bai!). Paling ketara dah tentu kesan honeycomb belakang lutut. Kat poket belakang pulak ada kesan beg dompet, pastu lutut dengan kat peha adalah tanda-tanda jeans ni selalu dipakai, tapi of course masih banyak lagi yang boleh dibuat. Cuma sekarang bila aku dah kurang berat, agak susah nak buat kesan-kesan tu sebab most of time, aku macam pakai jeans yang longgar banyak gile...








Ok, cukuplah kisah bersiri Part 5 ni. Kalau nak baca entry yang lepas-lepas, boleh klik kat link-link berikut: Part 1, Part 2, Part 3 & Part 4.

Walaupun tak ada bukti sangat, tapi aku rasa ada beberapa orang yang mungkin ter'jebak' nak pakai Levi's Shrink To Fit lepas baca kisah bersiri ni. Hahaha... Kalau tak tau mana nak beli Levi's 501 Shrink to Fit ni, bolehlah roger aku ye untuk urusan order dan pembelian... Sekian...


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Monday, January 2, 2012

Pre Order - Levi's® Vintage Clothing 501 1933, 1947, 1955 Jeans Rigid (Page 2)

Salam semua sekali lagi... Kat bawah ni disenaraikan pulak pre order jeans untuk Levi's® Vintage Clothing (LVC) 501 Rigid Jeans model tahun 1933, 1947 dan 1955. Semuanya Levi's 501, yang berbeza cuma model tahun jeans tersebut je, so ada beza sikit la in term of details contohnya arcuate, button, etc. Macam dimaklumkan sebelum ni, harga Levi's LVC memang lebih tinggi berbanding Levi's biasa yang bukan jenis LVC. Sila try check sendiri di butik untuk kepastian. Hehehe... Untuk pre-order jeans Levi's biasa yang bukan LVC, boleh je roger Encik 5kosong1 untuk chit chat.

Komen: Ini adalah pre order jeans. Untuk tempahan, sila roger dahulu untuk check harga terkini dan availability size. Kebiasaannya akan mengambil masa kurang 2 minggu untuk jeans sampai ke Malaysia dari tarikh order. Syarat pembelian sama seperti yang tertulis dalam entry: Servis Pembelian Jeans.

Untuk pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog tak ada kat darat, so handphone pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih...

*Klik gambar untuk lihat size gambar yang lebih besar.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Levi's® Vintage Clothing 1933 501 Jeans Rigid
-Style: 1933 501 Jeans Rigid
-Color: Indigo
-Cone Mills 10 oz Red Selvedge Denim
-100% Cotton
-Raw Denim
-Shrink to fit
-With Cinchback, Buckle Back
-Baggy around the back
-Made in the USA

-Sizing: Runs true to size

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Levi's® Vintage Clothing 1947 501 Jeans Rigid



The 1947-501® jean is regarded as the definitive five-pocket jean and the quintessential 501® model. Levi's® jeans had been in short supply during the years of World War II, when several key features were removed to save vital metal and fabric. By 1947, the newly restored 501® jean was in huge demand. 


The stitched arcuate returned to the two back pockets: stitched with a double-needle machine, it now formed a diamond shape at the point where the two lines meet. Original Levi's® zinc buttons also enjoyed a comeback. But the crotch rivet, cinch-back and suspender buttons had been put out to pasture - permanently. Instead, belt loops and concealed copper rivets became standard. 


Made with Red XX Selvage using Cone Mills' deep tone indigo, the color blossoms with age in the purest redcast indigo. The 1947-501® jeans continued the tradition of a big "E" on the (single-stitched) red Tab, plus the Two Horse leather patch.

-Style: 1947 501XX Jeans Rigid
-Color: Indigo
-12.5 oz Cone Mills Red Selvage denim
-100% Cotton
-Shrink-to-fit
-Big E
-Straight cut
-Made in the USA
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Levi's® Vintage Clothing 1955 501 Jeans Rigid

-Style: 1955 501 Jeans Rigid
-Color: Indigo
-Made with 14 oz Cone Denim
-Red Selvedge
-Shrink-to-fit
-Made in the USA
-Big "E"
-Ultimate classic


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Wednesday, September 21, 2011

Pre Order - Levi's 501xx Premium Edition Shrink to Fit (Dark Rigid Indigo @ 00501-0550) CLOSED







Brand / Type: Levi's 501xx Premium Edition Shrink To Fit Jeans


Size available: CLOSED


Other:
- Model style: 00501-0550
- Warna: Dark Rigid Indigo
- Ada warna unik iaitu kuning + hitam + biru pada inseam dan juga bahagian dalam
- Pai kulit @ leather patch
- Sebab 501xx Shrink To FIt ni boleh mengecut dalam 10%, so panduan standard kalau nak beli Levi’s Shrink To Fit ialah:
                                       Kalau saiz pinggang (W):
                                       27”-36”, sila tambah 1”
                                       38”-48”, sila tambah 2”
                                       50”-up, sila tambah 3”

                                       Kalau panjang inseam (L):
                                       27”-34”, sila tambah 3”
                                       36”- up, sila tambah 4”

Contoh: Saiz jeans standard yang korang pakai ialah W29 L30, so bolehlah tempah W30 L33 untuk 501xx Shrink To Fit.
 
Price: RM320.00 termasuk shipping & handling cost. Jeans premium edition ni lebih mahal berbanding Levi's 501xx yang standard contohnya style 00501-0000 (rigid indigo) atau 00501-0226 (black). ORDER CLOSED!!! ORDER DITUTUP!!!

 
Komen: Ini adalah pre order jeans. Untuk tempahan, sila roger dahulu untuk check availability size. Untuk makluman, disebabkan jeans masih lagi berada di luar negara, so ambil masa antara 2-3 atau 4 minggu sebelum sampai tangan korang. Senang kata, syarat pembelian sama seperti yang tertulis dalam servis pembelian jeans. Terima kasih...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 
 

Sunday, August 21, 2011

Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX (Part 4)

Hehehe…  Punyelah lama, baru aku nak cerita… Ok, jeans 501xx STF aku tu akhirnya dah mengalami proses penyelaman dalam air atau bahasa mudahnya dah kena rendam untuk kali pertama / soak. Hasilnya memang mengagumkan sebab jeans tu memang mengecut dengan drastiknya. Ukuran yang aku buat lepas rendaman ialah:

Bahagian: ukuran sebelum vs ukuran selepas

Pinggang / Waist: 42” vs 40”, tapi lepas beberapa lama macam dah jadi 41” – 41.5”

Inseam: 33” vs 30”, lepas beberapa lama jadi 31.5”

Kaki / Opening Leg: 10” (20") vs 9.5”  (19")

Gambar kat bawah ialah sejurus sebelum rendaman (gambar sebelah kiri) & selepas rendaman + sebulan pakai (gambar sebelah kanan). Next time aku kena amik dari sudut yang sama, waktu yang sama, lighting yang sama la kot... Hahaha...



Bawah ni pulak semua gambar selepas rendaman + sebulan pakai



Lepas dah pakai dalam sebulan, 501xx aku ni seolah-olah meregang semula la… Ke aku tak buat ukuran betul-betul lepas rendam dulu tu??? Misteri ar… Hahaha… Neway, next time bila aku basuh lagi sekali, boleh update kot… Hahaha…


Untuk proses rendaman, ape yang aku dah buat ialah memula rendam dalam air bersuhu biasa, before aku tukar dengan air panas. Rendam dalam baldi pun dah cukup, tak perlu ada bathtub. Tapi kalau ada lagilah bagus sebab boleh pakai jeans tu time buat rendaman… Hahaha… Warna air tak payah ceritalah, memang larut malam siot, bukan sebab kotor, tapi warna indigo yang luntur dari jeans tu sendiri. So, sebelum aku gantung bagi kering, aku bilas dengan air yang dicampur dengan fabric softener. Simple je kot, takdelah drastic sangat. Tapi yang pasti, aku takdelah spin dalam mesin basuh atau gosok guna berus baju. Masanya belum tiba kot… Hehehe… 


Dari pembacaan aku, ada banyak cara sebenarnya kalau nak eksperimen dengan 501xx ni. Ada yang akan buat rendaman just after dapat jeans baru, sebelum dilenjan berbulan-bulan lamanya. OK, mungkin next 501xx aku kena buat camni kot, pakai let say seminggu or dua minggu, kasik kesan honeycomb tu ada sikit-sikit, pastu terus soak. Then lenjanlah sepuasnya sampai dapat hasil yang dikehendaki. Owh ye, next 501xx aku dah dalam perjalanan ke Malaysia… Yang nih true to size W40 L33… Hahaha… Beli lagi, demmit… 


Maklumat lain yang aku kutip dari internet @ apa perlu anda buat ialah: (Risiko berjaya atau tak tanggung sendiri!!!)

  • Belilah sehelai jeans yang bersesuaian dengan saiz waist korang. Macam aku citer tadi, sama ada nak besar sikit dari saiz pinggang korang atau beli je yang true to size. Moral: Kalau nak yang betul-betul slim atau skinny, beli la yang memang true to size, kalau nak longgar atau ngam-ngam lepas shrink, belilah yang besar sikit. Bukan apa, aku punya 501xx tu masih terlebih longgar kat bahagian punggung even lepas dah cuba shrink, so tak seksi la... Hahaha... Tapi yang penting, L, inseam kena la lebih panjang. Kang jadik senteng pulak jeans tu in case beli yang ngam-ngam panjangnya.
  • Pakai dulu jeans baru tu untuk beberapa hari sampai la karakter yang korang mahukan ada pada jean tu contohnya pembentukan honeycomb (macam yang aku nak buat untuk next jeans). Senang kata nak hilangkan sikit stiffness jeans tu.
  • Bila dah ready nak shrink, sediakan air panas dalam bathtub, pastu pakai jeans tu dan rendam sekali dengan tuan dia. Jangan melecur sudah la... Hahaha… Buat dalam 30 minit – 1 jam cukup kot. Kalau takde bathtub, rendam je la dalam sinki or baldi, pastu lepas rendam, terus pakai sampai kering kat badan. Hehehe…
  • Tambahan point, kalau musim tak hujan kat Malaysia ni, iaitu sementara nak tunggu jeans tu mengering, pakailah bawak pegi jalan-jalan, menebas rumput ke, merempit ke, naik basikal ke, jogging ke, pakai sambil mengemas rumah ke, itu ke, ini ke, etc. Bukan apa, ada gak yang bagi idea naik kuda untuk tunggu kering… Hahaha… Tapi mana la nak cari kuda bai... Kalau tak boleh gak jadik cam koboi yang ingin mengeringkan jeans mereka. Ada gak suggestion yang suruh pakai STF ni time mandi laut atau pakai jeans tu time mandi kat tasik, lombong, air terjun. Lepas tu biarlah kering kat badan korang. Macam-macam idea kot walaupun kadang-kadang macam tak munasabah. Tapi sebab itulah dipanggil eksperimen dengan jeans.
  • OK, lepas dah buat first soaking, pakai la jeans tu untuk beberapa minggu / bulan lagi. Lepas tu, ulangi proses rendaman dan kali ni basuhan… Dah basuh dengan teknik yang betul, bolehlah pakai balik. Pastu suka hati la nak buat macam mana sebab makin lama pakai, makin terserlah karakter jeans korang. Cuma ideanya ialah kena banyak dilenjan berbanding dibasuh… Hehehe...

Tapi kena tahu:
  • Basuhan pertama adalah terpenting lepas initial soaking – Sebab apa? Mungkin ini baru betul-betul dipanggil basuh kot, time ni lagi banyak warna dye yang akan hilang. Betul gak sebab aku pun takdelah masuk mesin basuh atau berus jean aku tu sebelum ni.
  • Basuh jeans STF semestinya akan mengurangkan dye. So, sapa yang tak suka kesan fade atau warna jeans STF diorang tu habis turun atau luntur, kenalah berhati-hati bila time membasuh.
  • Sabun akan menghilangkan lebih banyak warna dye berbanding guna air sahaja. Perh... sapa nak fade cepat boleh la try pakai Clorox, confirm fade punya! (Risiko tanggung sendiri!!!)
  • Lagi panas air yang digunakan, lagi banyak warna dye yang turun – OK setuju!
  • Terbalikkan jeans masa time basuh boleh mengurangkan lebih banyak kehilangan dye – Pun setuju!
  • Dry clean pun boleh hilangkan dye, tapi tak sedrastik kalau pakai sabun dan air.
Kesimpulannya, masih ada lagi proses-proses yang aku tak buat lagi dekat jeans tu. So, end result semestinya akan ditunjuk dekat posting lain… Hehehe…

Ini dah masuk Part 4, kalau nak baca Part 1, Part 2 atau Part 3, bolehlah klik setiap tajuk tu. So macam biasa, ada iklan… Hahaha… Kalau teringin nak buat macam apa yang aku lalui atau bahasa tersiratnya, meh la beli 501xx Shrink To Fit pakai servis aku ni, kliklah pulak link Servis. Hehehe… Sekian...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...