Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)
Showing posts with label Info Jeans. Show all posts
Showing posts with label Info Jeans. Show all posts

Sunday, April 5, 2015

Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX (Part 6)

Dah lebih 2 tahun berlalu sejak last entry aku berkaitan kisah bersiri Levi's 501 Shrink to Fit (STF) aku published kat blog 5kosong1 ni. Last entry adalah pada bulan Oktober 2012 - perghhhh, agak lama siot. Hehehe... Sebelum baca entry ni, adalah better baca dulu entry yang lepas-lepas: Part 1, Part 2, Part 3. Part 4 & Part 5 bagi yang first time baca kisah bersiri ni.

Untuk entry kali ni, aku sebenarnya just nak tunjuk apa dah jadi dekat jeans yang menjadi mangsa kejadian tu sebab dah macam-macam kot yang jeans tu lalui. Hehehe... Nak kata hasil sangat memuaskan tu tak adalah, tapi seriously, aku paling suka pakai jeans ni sebab 'fitting'nya dah ikut bentuk fizikal badan aku yang kejap kurus, kejap kembang, kejap tough, kejap gelebeh semula dan seterusnya. Berapa kali aku basuh? Aku pun dah tak ingat. Guna tangan, mesin basuh, kena hujan, kena suhu panas, kena suhu sejuk, basuh hantar dobi, basuh sendiri ~ senang cerita, aku dah buat macam jeans prewashed biasa je. Hahaha...

Kalau tengok gambar kat bawah, jeans ni sebenarnya dah agak pudar especially kat bahagian peha. Kontras warna memang dah kurang sebab cara pembasuhan jeans yang main belasah je. Kalau aku ambik gambar ni setahun lepas, maybe still nampak kontras yang agak cantik. Tapi tu la, tak simpan rekod gambar pun. Macam mana pun, bawah ni gambar jeans sewaktu masih baru (Oktober 2012) dan juga gambar terkini (April 2015).






Ok, ada gambar ekstra lagi... 




Gambar jeans dalam tab mandi tu dah tentu bukan jeans aku. Tapi yang sebenarnya adalah jeans kepada seseorang yang terpengaruh dengan entry dalam blog 5kosong1 ni dan orang tu sebenarnya adalah kawan aku yang baru dikenali (time tu belum sampai tiga bulan pun aku kenal). Cerita ringkasnya macam ni:

--> Masa tu merupakan sesi makan-makan lepas kitorang sampai satu location kat luar Malaysia.  Aku cerita kat member tu kenapa aku roaming HP --> dah tentu sebab aku ada buat servis shoppping online (nak tau lanjut baca ni: Servis Shopping Online). Waktu makan tu, member tu bukak cerita pasal dia beli jeans Levi's 501 STF guna servis shopping online (ditawarkan orang lain) selepas dia ada baca satu blog cerita pasal jeans STF. Disebabkan tu, member tu ada plan tersendiri untuk buat eksperimen. Blog yang dia maksudkan tu tak lain dan tak bukan adalah blog: www.5kosong1.blogspot.com. Time tu la baru member tu tau yang sesungguhnya orang depan dia tu la sebenarnya yang telah mempengaruhi dia secara tak sengaja. Ye, dipendekkan cerita, Encik 5kosong1 yang pada masa tu baru dikenali, sebenarnya ada duduk tengah layan makanan kat depan dia je. Hahaha... Sudahnya, member tu suruh aku pegi check jeans yang dia beli. Ok, member tu dah beli jeans Levi's 501 model style: 501-1931 (501® Original Shrink-to-Fit™ Selvedge Jeans). Jeans ni bukannya model LVC, tapi jenis kepala kain dan Made in Mexico yang dipanggil "Long Day". Untuk pengetahuan korang, jeans yang aku gunakan selama ni adalah model 501-0000 (rigid STF, bukan kepala kain).

So, itulah cerita ringkasnya. Member aku tu pilih untuk first soak dalam bath tub dengan gunakan air panas dan lepas tu gantung bagi kering. Kalau member tu baca entry ni, aku ucapkan all da best bro untuk eksperimen ko!

Ok, bagi sesiapa yang tiba-tiba ada plan nak try bereksperimen dengan Levi's 501 STF dan langsung tak ada idea macam mana nak pilih size yang sesuai, silalah baca entry ni: Panduan Memilih Ukuran Sebenar Jeans Levi's 501 Shrink to Fit. Lepas tu kalau tak tau mana nak beli Levi's 501 Shrink to Fit ni, bolehlah roger Encik 5kosong1 untuk urusan pre-order dan pembelian... Erhh... Ada terselit iklan di situ. Hahaha... Sekian... 

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp: O12-7944748 

Thursday, May 1, 2014

Panduan Memilih Ukuran Sebenar Jeans Levi's 501 Shrink to Fit

Antara contoh soalan-soalan standard yang dah beberapa kali customer Encik 5kosong1 tanya bila diorang nak beli jeans Levi's 501 Shrink to Fit ialah: 

"Saya pakai jeans size 32", kalau nak beli Levi's 501 STF, kena beli size 34" ke? Panjangnya macam mana pulak?"

"Saya dah pakai Levi's 501 sebelum ni. Kalau beli kat butik size 32", nak kena order size yang sama ke kalau nak beli Levi's 501 STF?

"Saya berminat nak cuba pakai Levi's 501 Shrink to Fit, bro boleh tolong bagi suggestion size macam mana yang saya kena order tak?"

Seriuosly, aku rasa lemah setiap kali dapat soalan-soalan macam kat atas kalau ada mana-mana customer tanya. Sebabnya? Kalau suggestion yang aku bagi tu salah, sapa yang nak tanggung. Hehehe... Kalau jeans setakat harga bawah RM 100 ringgit, mungkin takpelah. Tapi harganya lebih dari tu, so tak syok la kan kalau bagi salah suggestion. Untuk memudahkan aku, jawapan yang biasa aku bagi ialah "Size Levi's 501 Shrink To Fit yang patut dibeli bergantung pada cara pemakaian korang, berapa kali kekerapan nak basuh jeans tu, apa eksperimen yang korang dah plan nak buat dengan jeans tu". Jawapan tak semudah just bagitau size yang perlu dibeli sebab kadar shrink boleh berubah bergantung pada cara pemakaian atau berapa kerap korang nak basuh.

Kalau plan tak nak basuh jeans tu langsung, silalah beli jeans macam size yang korang biasa pakai atau ada suggestion lain yang mengatakan beli jeans yang sizenya lebih kecil / kurang satu size berbanding yang korang pakai (disebabkan jeans boleh meregang). Length atau inseam terpulang pada korang, sama ada nak beli yang lebih panjang sikit atau beli saja panjang yang macam biasa.

Kalau plan nak basuh jeans tu selalu, silalah beli size lebih besar dan inseam lebih panjang. Berapa inch lebih? Sila tengok gambar kat bawah:


Fitting guide macam gambar kat atas boleh membantu korang pilih saiz yang sesuai untuk Levi's 501 Shrink to Fit sebab benda ni disediakan Levi's sendiri. Tapi jangan lupa, benda ni namanya pun guide (panduan) dan tak semestinya tepat 100%. Sila gunakan budi bicara sendiri semasa nak memilih saiz.

Bawah ni aku ada jumpa gambar lain yang menarik untuk ditengok. Gambar disediakan khas oleh company Levi's special untuk mereka yang plan nak angkat Levi's Vintage Clothing 501 Rigid (ala, macam Levi's 501 STF jugak la)...




Alang-alang dah jumpa page ni, sudilah apalah kiranya dapat meluangkan masa kurang dari 2 saat untuk klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748  

Tuesday, October 8, 2013

Kisah Levi's Sta-Prest / History of Levi's Sta-Prest

Levi's Sta-Prest merupakan salah satu variasi seluar (bukan jeans) yang dikeluarkan syarikat Levi Strauss and Co. Ada peminat tersendiri untuk jenis seluar Levi's ni sampaikan ada suatu masa salah seorang pembaca blog 5kosong1 ni telah request untuk aku buat satu entry khas berkaitan Levi's Sta-Prest. Kalau nak tau, kisah Sta-Prest ni sendiri ada tertulis pada bahagian dalam seluar (kain poket) seluar yang aku 'beli'kan customer beberapa bulan lepas. So, ini kisahnya:

Pada tahun 1964, syarikat Levi's Strauss berpendapat mereka perlu mencipta variasi seluar yang menggunakan kain atau fabrik selain dari denim. Akhirnya, terciptalah seluar Levi's Sta-Prest yang mempunyai lipatan (crease) pada bahagian depan yang tajam dan kekal (perh, sangat direct translation di situ!). Lipatan ni akan kekal, tak hilang dan tak perlu digosok walaupun selepas seluar dibasuh dalam mesin basuh. Disebabkan itu, untuk tempoh masa yang singkat, seluar Sta-Prest ni berjaya jadi satu fenomena di USA pada masa tu (tahun 1960-an tu la).

Sebab itulah ada kisah seorang salesman pada masa tu yang akan bawa mesin basuh kemana-mana sahaja dia pergi untuk membuktikan pada customer yang kesan lipatan Sta-Prest ni memang akan kekal macam tu dan pembeli tak perlu susah-payah untuk gosok seluar mereka selepas penat-penat basuh. 

Gambar-gambar dari eBay.com

Teknik / istilah yang digunakan Levi's Sta-Prest tu dipanggil 'permanent crease'. Pada masa sekarang, banyak dah seluar yang gunakan teknik 'permanent crease' ni antaranya seluar Dockers. Tapi based on pengalaman aku, fabrik yang digunakan tu memang kena ambik kira sebab ia memainkan peranan untuk kejayaan 'permanent crease' tu. Levi's Sta-Prest sebenarnya gunakan polyester (polimer / plastik) sebagai salah satu campuran fabrik (Sta-Prest guna campuran polyester + cotton. Tapi ada jugak yang guna 100% polyester). Pada pendapat aku, sebab guna polyester tu la diorang boleh hasilkan 'permanent crease'. Kalau macam seluar Dockers yang aku pakai buat pegi kerja, nak tak nak kena juga gosok disebabkan kain yang digunakan tu 100% cotton. Kesan lipatan tu memang la ada, tapi takkan nak pakai seluar renyuk buat pegi kerja kot. Kalau jeans takpe la jugak. Hehehe...

So aku letak beberapa gambar yang aku jumpa dari eBay.com untuk tatapan korang. Kalau korang perasan dari gambar tu, ada macam-macam campuran fabrik antaranya: 50% Dacron Polyester + 50% Cotton / 100% Dacron Polyester / 65% Polyester + 35% Cotton (jenis yang baru - gambar tak ada!). Gambar kedua kat atas, seluar dulu harganya serendah USD$ 6.00!




English version copy paste from internet:

In 1964 Levis and Co. decided that they needed to innovate a non denim that had a permanent, sharp front crease. Once the production hit the stores its was an overnight phenomenon.

Sales men rushed around the US to prove the story of the trousers that didn't need to be ironed after washing, and history has it that one sales man even carried a washing machine in the back of his car to prove that this was the case.


By the end of the 60's nearly every American teen was in to the Levis Sta-prest adopted to as part of the preppy Ivy league look.


Seluar Levi's Sta-Prest yang diorder customer!
Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748  

Sunday, September 8, 2013

Proses Sanforization & Perbezaan Sanforized VS Unsanforized Jeans

Beberapa kali aku ditanya oleh customer dan kadang-kadang oleh si anonymous: 

"Apa bezanya sanforized jeans dengan unsanforized jeans?"

Biasanya aku sendiri terlupa dan lambat jawab terutama kalau terima SMS / WhatsApp waktu aku tengah sibuk kat tempat kerja. So, untuk catatan diri sendiri dan untuk info sharing, silalah baca entry di bawah (next time aku suruh customer baca sendiri kat blog... Hahaha):

Proses 'Sanforization': Suatu proses awal yang dilakukan pada fabrik raw denim untuk mengurangkan kadar 'shrink' atau kadar 'pengecutan' pada raw jeans terutamanya selepas basuhan pertama / first wash. Semasa proses sanforization ni, fabrik jeans akan di'rawat' dengan air atau stim untuk memastikan fabrik jeans tu siap sedia mengecut. Bukan setakat dikecutkan, tapi juga fabrik akan diregangkan dan dipadatkan semula semasa proses ni (sorry translation dari English ke BM dibuat macam haram sikit... Hahaha). Senang cerita, kita shrink fabrik denim awal-awal sebelum fabrik tu dipotong dan dijahit menjadi sepasang jeans.

Mesin untuk Proses Sanforization

Perkataan 'sanforization' tu sendiri macam unik. Pada aku perkataan tu macam tak English sangat. Kenapa agaknya ye? Ini disebabkan proses mengecutkan fabrik denim ni telah mengambil nama Sanford Lockwood Cluett, manusia yang bertanggungjawab mencipta proses sanforization ni pada tahun 1930. So dialah yang memegang paten bagi proses yang boleh kata penting untuk merawat fabrik. Antara company yang mula-mula apply proses ni adalah Blue Bell (sekarang Wrangler) pada model Super Big Ben Overalls yang dikeluarkan pada tahun 1936. 

So apabila jeans tu dah mengalami proses sanforization, kebarangkalian untuk jeans terus mengecut selepas kita basuh akan menjadi minimum. Kalau unsanforized jeans boleh mengecut sampai 10%, sanforized jeans sepatutnya hanya boleh mengecut antara 1-5%. Sebab tu penting untuk korang pastikan jeans yang dibeli tu (terutamanya kategori raw jeans) daripada jenis sanforized atau unsanforized. Bukan apa, jeans yang tergolong dalam kategori unsanforized (contohnya brand Samurai / Levi's 501 Shrink to Fit) memang berpotensi untuk mengecut kat bahagian pinggang dan jadi singkat kat bahagian inseam (kaki jeans) selepas dibasuh. Kenapa? Sebab proses rendaman & keringkan jeans tu boleh kata proses sanforization yang kita buat sendiri pada jeans. 

Bagi yang nak beli raw jeans dan menambahkan lagi ke'confius'an korang, kenalah ambik tau jugak yang sesetengah model raw jeans didatangkan dalam dua jenis: Raw & One wash. Paling biasa aku jumpa keadaan macam ni ialah brand Momotaro. Seller Jepun biasanya jual Momotaro model yang sama, tapi sama ada raw atau one wash. So, kenalah ambik inisiatif untuk check dulu. Kalau model Japan Blue X Momotaro & Unbranded Brand pulak biasanya jenis sanforized jeans. Tapi yang boleh aku cakap, sanforized atau unsanforized jeans ni bukan bergantung sepenuhnya pada brand, tapi pada model jeans tertentu. Maksud aku, Brand X mungkin jual model A dan model B. Tapi model A mungkin sanforized jeans, tapi model B mungkin unsanforized jeans. So tak boleh nak kata Brand X jual semuanya sanforized jeans atau unsanforized jeans. Bukan apa, kadang-kadang orang tanya aku contohnya: "Levi's tu sanforized jeans ke?" Mak aih, soalan pendek tapi jawapannya tak pendek. Bukan apa, Levi's tu kan ada banyak model... Bagitau la details sikit Levi's 501 Shrink to Fit ke, Levi's 501 preshrunk ke, etc...

Ok, cukup la setakat tu aku membebel. Bagi yang nak tau macam mana aku bereksperimen / lakukan proses 'sanforization' dengan Levi's 501 Shrink to Fit (kategori raw denim, unsanforized), boleh baca artikel berikut: Kisah Bersiri - Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX

Selain tu, boleh baca entry berikut untuk istilah-istilah jeans yang lain: Jargon-jargon / Istilah-istilah berkaitan Levi’s @ Apa yang anda perlu tahu apabila bercerita pasal Levi’s?

Antara source & rujukan: 
-Rawrdenim.com
-Wikipedia
-http://www.rpi.edu/about/hof/cluett.html
-Gambar: http://www.xhcbw.com/en/shebei2/4.html

Untuk perkhidmatan servis shopping online barangan oversea / pembelian jeans / pre-order jeans / pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor HP dia pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message. Terima kasih...

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

Thursday, July 4, 2013

Memahami 'Oz' dan Kategori Berat Jeans (Lightweight, Medium Weight & Heavyweight)

Encik 5kosong1 telah beberapa kali ditanya oleh customer berkaitan istilah 'oz'. Iyelah, bila tengok iklan jeans, ada yang tulis 10oz, 12oz, 14.8oz, 15.7oz, 17oz, 19oz, 21oz, 23oz, 32oz, etc... Oz tu apa benda sebenarnya? Wizard of Oz? Mr Os pelawak? Atau...

Secara mudahnya, oz = ounce = auns = ukuran berat. Menurut Google, 1 oz = 28.3495 gram.

Untuk jeans, oz menunjukkan  pengiraan berat denim bagi 1 ela (yard) persegi fabrik. Maknanya, kalau korang kerat satu ela persegi fabrik denim dan timbang beratnya, korang akan dapat berat jeans tu dalam unit ukuran oz. Lagi berat jeans tu, kebiasaannya lagi tebal fabrik denim yang digunakan dan secara tak langsung menunjukkan kepadatan tenunan fabrik jeans tu sendiri. 

Encik 5kosong1 ada guna khidmat Pakcik 'Google' dan terjumpa satu artikel daripada website rawdenim.com yang cover topik ni. Link: http://www.rawrdenim.com/2013/01/the-complete-guide-to-understanding-raw-denim-weights/

So, Encik 5kosong1 sudah ambik serba-sedikit info dari artikel tu dan tolong 'translate'kan dan ubah sikit-sikit ikut citarasanya sendiri. Check it out... Hahaha...

> Secara mudah, jeans boleh dikategorikan kepada tiga jenis kategori berat: 
        1. Lightweight: 12oz ke bawah
        2. Medium / Mid Weight: Antara 12oz ke 16oz
        3. Heavy Weight: Melebihi 16oz

> 1. Lightweight (< 12 oz): Boleh kata entry level untuk raw jeans. Kategori yang paling ringan / nipis di kalangan saudara-mara atau jiran terdekat jeans. Mudah nak dilenjan, mudah nak di'break', sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Kadar fading jeans dalam kategori ni takkan jadi sedahsyat jeans kategori mid atau heavyweight. Kadang-kadang ada raw jeans dalam kategori ni yang bukan 100% cotton, tapi ditambah 2-10% elastane (contohnya : Nudie Jeans). Bagi yang baru nak try / nak start bereksperimen dengan raw jeans, bolehlah start dengan lightweight atau medium weight. Levi's 501 Shrink to Fit biasanya jatuh dalam kategori lightweight dan mid weight (11.5 oz - 13.6 oz). Antara brand-brand yang menghasilkan jeans dalam kategori lightweight: Nudie Jeans, Naked & Famous, RK Denim, Raleigh Denim, Rogue Territory.


> 2. Medium / Mid Weight (12 oz - 16 oz): Kebanyakkan raw jeans berada dalam kelompok mid weight dan hampir semua brand raw jeans ada wakil dalam kategori ni. Starting pakai jeans dalam kategori ni memang tak berapa sedap disebabkan rasa ke'keras'annya, tapi after some time lepas cukup 'break', bolehlah jadi macam second skin korang. Kadar fading semestinya lebih baik berbanding lightweight. Disebabkan ini kategori medium, takdelah rasa sengsara sangat dan ambik masa yang lama untuk break jeans. Cuma effort berterusan tu semestinya kena ada. Contoh brand raw jeans yang ada wakil dalam kategori ni: Levi's LVC, Samurai, Nudie Jeans, Flathead, Momotaro, Naked & Famous, Unbranded, Japan Blue, 3Sixteen, Strike Gold, Sugar Cane, Denime, Evisu, Studio D'Artisan, Tarik, Chesee Denim, etc.   



> 3. Heavyweight (> 16 oz): Paling berat berbanding jeans yang lain-lain. Aku tak suggest orang yang baru nak start pakai raw jeans untuk terus terjun dalam kategori jeans ni. Bukan apa, harga kebiasaannya lebih sikit dan perlukan lebih effort untuk break jeans dalam kategori ni. Tapi kalau nak terus beli jeans dalam kategori heavyweight ni pun tak ada masalah, bukan duit aku pun. Hahaha... Kalau korang betul-betul berusaha, kadar fading memang akan jadi yang terbaik. Ok, aku sendiri masih berusaha untuk break sehelai jeans yang beratnya 21oz --> setakat ni masih takde apa-apa effect pun, setakat renyuk sikit. Boleh kata nampak masih baru. Dem~


Disebabkan jeans tebal, korang boleh berpeluh walaupun baru je pakai dan belum buat apa-apa. Tapi apa yang aku 'type' ni takdelah valid sangat sebab sesetengah fabrik jeans (brand tertentu) dengar ceritanya selesa dan ok je walaupun tebal. Owh ye, lagi satu reasons kenapa aku tak suggest orang yang baru nak try-try pakai raw jeans beli heavyweight jeans ialah: jeans jenis ni lambat break, so ambik masa lama. Kalau dah ambik masa lama untuk break sehelai jeans, korang mungkin akan ter'miss' keseronokan untuk pakai pelbagai brand, model, cutting jeans yang lain-lain. Pastu kalau tersilap eksperimen dan tak sabar, boleh ke laut la hasilnya. Kan dah jadi membazir tu (sebab harga tinggi la apalagi). Hehehe... 

Antara brand yang tak boleh dilupakan bila bercakap pasal heavyweight jeans? Dah tentu Samurai dan Iron Heart. Bukanlah maksudnya brand lain tak hasilkan heavyweight jeans, tapi Samurai & Iron Heart boleh di katakan agak mendominasi kategori ni sebab diorang ada banyak keluarkan raw jeans dengan pelbagai berat contohnya 17oz, 18oz, 21oz, 23oz, 24oz dan 25oz.  Antara brand-brand lain yang ada keluarkan heavyweight jeans: Naked & Famous, Flat Head, Unbranded, Strike Gold, Studio D'Artisan, etc.

Tapi macam manapun, jangan dilupa jeans Naked Famous 32oz Weird Guy Selvedge in Indigo. Rasanya ini dah kira masuk dalam kategori istimewa kot: Super Heavy Weight Denim. Hahaha... Nak tau lanjut boleh baca artikel yang aku dah sediakan sebelum ni: Rekod Dunia? Naked & Famous "Weird Guy" Super Heavy Weight 32 oz Selvedge Denim in Indigo. Silalah baca ye. Hehehe... Tengok gambar kat bawah ni cukuplah, tak ke tebal namanya tu? Gile tebal! Betul ke ni??? 

Link:  http://www.nakedandfamousdenim.com/blog/32oz-heaviest-jeans-in-the-world/
3 helai 32oz vs 9 helai 11oz
IKLAN: Kalau teringin nak pakai raw jeans baru tapi tak pasti cara nak dapatkan, bolehlah consider guna servis shopping online yang ditawarkan Encik 5kosong1. Untuk maklumat lanjut, boleh check link berikut: Servis Shipping Online. Hehehe… 
    
Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Saturday, May 18, 2013

Zizan Razak Raja Lawak dan Nudie Jeans

Perh lama aku tak update blog ni beb. Bukan apa, tuan tanah busy sikit dengan kerja tetap dia. Nak buat macam mana, masih lagi seorang individu yang makan gaji katakan... Hehehe...

So, kali ni aku come out dengan entry yang agak simpe. Tengok tajuk pun dah tau kot. Bukan apa, skill menulis ("menaip" la yang sebetulnya) tu dah kurang tajam disebabkan lama sangat tak mengarang cerita. Busy la sangat kononnya. Hehehe...
 
So dipendekkan mukadimah, entry ni mungkin tak berapa signifikan pun bagi korang yang minat kat Zizan Razak / Zizan Raja Lawak sebagai artis. Tapi entry ni rasanya akan nampak signifikan kalau korang ni peminat Nudie Jeans dan jugak peminat Zizan Raja Lawak (apa ayat aku ni???). So, untuk peminat Nudie Jeans + peminat Zizan sekalian, silalah baca perenggan seterusnya dengan penuh minat OK! Hehehe...
 
Kalau nak tau, Zizan merupakan antara artis Malaysia yang agak kerap bergaya dengan Nudie Jeans. Gambar-gambar kat bawah ni aku cilok dari pelbagai sumber hasil bantuan Pakcik Google. Kesimpulannya? Memang agak terbukti Zizan ni minat pakai Nudie Jeans. Kalau tengok gambar bawah, Zizan nampak macam pakai uniform Nudie: Jeans + Jaket. Kena sponsor ke ni? Hehehe...
 
 
Jaket Nudie Jeans yang Zizan pakai tu maybe model Conny atau Perry. Tak dapat aku nak confirmkan sebab tak nampak bahagian belakang. So, apa beza model Conny dengan Perry? Bezanya model Conny ada jahitan arcuate / embo / swong (lengkok Nudie yang 6 jahitan tu) kat bahagian belakang, sedangkan Perry tak ada.
 
Nudie Jeans Jacket Conny
Nudie Jeans Jacket Perry
Bab model jeans yang dipakai tu agak susah nak teka. Tapi orang slim macam Zizan ni mungkin prefer pakai model Slim Jim, Grim Tim atau Thin Finn. Entah-entah dia sebenarnya pakai Tight Long John, High Kai, Tube Kelly atau Tape Ted. Gambar last sebelah bawah kanan tu aku rasa dia pakai model Nudie Jeans yang non selvage (berdasarkan size belt loops). Tu pun kalau betullah dia pakai jeans Nudie. Hehehe...
  


So, sekian sahaja entry simple aku kali ini. Ayatnya sikit, gambarnya banyak. Jelas sangat tujuannya untuk hanya melepaskan batuk di tangga... Hahaha...

IKLAN: Bagi sesiapa yang teringin nak pakai Nudie Jeans (atau nak bergaya macam Zizan), bolehlah consider guna servis shopping online yang ditawarkan 5kosong1. Untuk maklumat lanjut, boleh check link berikut: Servis Shipping Online beli Nudie Jeans Original. Hehehe…  

Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik... Hehehe...
FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu  FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1  Email: info5kosong1[at]yahoo.com  WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Saturday, February 23, 2013

Beza Fizikal Nudie Jeans Original dan Tiruan (Nudie Jeans Original vs Fake). Perbezaan Nudie Jeans Original dan Tiruan. Ciri-ciri Nudie Jeans Original

Aku telah 'terpanggil' untuk menulis panduan ringkas ni disebabkan aku ada buat servis pre order jeans dan salah satu brand yang selalu customer order ialah Nudie Jeans Co (ayat pertama bila dibaca bunyinya macam suatu kewajipan... Hahaha). Agak sukar untuk menjawab soalan bila customer tanya: "Macam mana nak bezakan Nudie Jeans yang original dengan fake?" Kenapa sukar? Sebab aku tak ambil berat sangat tentang ni disebabkan aku sentiasa pastikan sumber Nudie Jeans yang aku beli tu asalnya didapati daripada website yang memang diperakui menjual barangan original. Kalau terjadi apa-apa masalah, adalah mudah untuk aku dapatkan refund daripada pening-pening kepala nak pikirkan benda-benda yang tak sepatutnya.

Oklah, maklumat yang aku senaraikan kat bawah ni masih tak lengkap sangat sebab susah jugak nak cari info yang details. Iyelah, Nudie Jeans pun ada banyak model. Ciri-ciri setiap satu tu berbeza antara satu sama lain. Selain tu ada jugak perbezaan berkaitan rivet, button, tag, patch, etc antara Nudie Jeans keluaran yang baru dan keluaran yang lama sedangkan model yang dibuat perbandingan tu adalah sama. Menurut apa yang aku baca, pengeluar Nudie Jeans yang fake pun dah semakin bijak untuk tiru secara lagi details Nudie Jeans yang original sampaikan ada sesetengah fake jeans tu yang lagi better dari yang original sendiri! Dahsyat! So lagi bertambah sukarlah untuk kita bezakan. Tapi at least senarai kat bawah ni boleh membantu serba-sedikit daripada zero langsung takde info.

Oklah, info yang ada ni pun aku kutip dari forum dan hasil search Google. Daripada info yang aku jumpa, aku buat perbandingan dengan 6 helai Nudie Jeans + 2 helai jaket yang ada dalam simpanan untuk kepastian. Macam biasa, kalau ada sesiapa yang terbaca entry ni dan nak berkongsi info yang korang ada berkaitan dengan perbezaan Nudie Jeans yang original dan fake, adalah sangat-sangat digalakkan. Oleh sebab tu, tolonglah komen kat bawah dan aku akan update entry ni dari semasa ke semasa. Kalau ada info kat bawah ni yang salah, silalah komen juga. So, tanpa melengahkan masa, mari kita baca...

1. Semua rivet dan button yang digunakan pada jeans mestilah tertulis 'Nudie Jeans Co'. Kalau rivet atau button tak ada tulisan ni, besar kemungkinan itu adalah Nudie yang fake.
 
2. Kebanyakkan (diulangi kebanyakkan!) Nudie Jeans adalah Made in Italy (tapi tak semestinya sebab ada juga dari Tunisia (khaki) atau tempat lain). Pernah aku ceritakan dalam entry lain sebelum ni yang aku ada sehelai Conny Dry Denim Jacket Made in Romania. Of course la original sebab dibeli dari pengedar sah Nudie Jeans.

3. Setiap Nudie Jeans yang baru akan didatangkan dengan booklet kecik yang diletakkan pada poket belakang sebelah kanan dan juga label tag kertas. > Ciri yang ni tak berapa nak eksklusif sangat sebab pengeluar jeans ciplak pun mudah je nak tiru ni.

4. Bagi jeans yang gunakan zipfly, pastikan ada tertulis 'YKK'. YKK tu sebenarnya ialah: Yoshida Kōgyō Kabushiki Kaisha, sebuah syarikat yang berasal dari Jepun. Beg Deuter, seluar Dockers pun pakai zip YKK ni, dan almost semua barangan pakai zip YKK. (Mesti lepas ni korang akan check kat mana-mana barangan korang yang ada zip untuk kepastian... Hehehe...)

5. Pastikan ada label tab yang tulis 'Nudie' atau 'Nudie Jeans Co' pada poket belakang sebelah kanan. Biasanya model / keluaran lama sahaja yang masih gunakan 'Nudie' > Iyelah mana tau korang dapat yang old model ke, old stock ke. Gambar bawah ni tunjuk contoh untuk jeans yang hanya tulis 'Nudie'.


6. Jahitan arcuate / embo / swong pada poket belakang tu dibuat menggunakan 6 helai benang. Kekemasan jahitan ni kenalah diperhatikan > bukan setakat kekemasan jahitan swong ni sahaja, tapi juga keseluruhan jeans.


 
7. Size belt loop (tempat tali pinggang) untuk standard model / non selvage biasanya lebih lebar daripada belt loop untuk model selvage. Perbandingan ni aku sendiri (Encik 5kosong1) yang perhatikan pada jeans yang masih ada dan juga aku check balik pada gambar jeans yang aku dah pernah beli sebelum ni. Kalau korang jumpa variasi yang lain, sila komen.

8. Jahitan chainstitch / rantai adalah digunakan pada setiap Nudie Jeans. Yang ni boleh diperhatikan pada kaki jeans dan juga kat bahagian dalam poket belakang. Jahitan rantai ni memang ada untuk semua model, tak kisahlah model selvage atau non selvage.

9. Ada jahitan serong pada kaki jeans yang terkeluar sikit daripada jahitan keseluruhan. Cis, susah betul aku nak terangkan benda ni. Hahaha... Tengok gambar kat bawah la senang cerita. Lokasi jahitan ni pada inseam ye, bukannya kat outseam. Kalau kaki jeans dah potong, memang tak dapat la nak check.


10. Setakat yang aku jumpa, semua Nudie Jeans menggunakan pai kulit / leather patch. Tulisan 'N' terbalik untuk yang model selvage biasanya coklat, sementara yang non selvage biasanya orange. Tapi, ada juga patch warna hitam / warna lain untuk sesetengah model. Tapi ciri  yang ni tak semestinya betul sebab lebih kepada aku punya pemerhatian.



11. Label tag kat bahagian dalam biasanya ada tiga dan semuanya dijahit pada sebelah kanan jeans. Satu akan tulis size jeans (warna hitam dengan tulisan oren dan putih), satu lagi tulis nama penuh model (bersama dengan nombor model jeans dan material) dan last sekali tulis berkaitan care instruction, material dan juga asal jeans. Tag yang tulis nama model tu diletakkan kat bahagian belakang tag warna hitam. Tag care instruction tu dijahit pada bahagian poket dan lagi dua tag tu pada bahagian pinggang. 



12. Kat bahagian dalam ada cetakan pada kain poket sebelah kiri. Tulisan ni kadang-kadang gunakan font yang terang dan clear serta senang dibaca, dan kadang-kadang macam tulisan cakar ayam sikit. 



13. Jahitan pada bahagian dalam poket adalah berbentuk empat segi, dan bukannya bulat atau melengkung. Sila tengok gambar kat bawah untuk lebih paham. Gambar sebelah kiri merupakan yang original, sementara yang sebelah kanan adalah fake. Yang sebelah kiri tu bukan setakat jahitan melengkung, rivet dalam pun takde tulis 'Nudie Jeans Co'. 



 
14. Bau! Hahaha... Ini mungkin senjata rahsia untuk Encik 5kosong1 sendiri la. Percaya tak? Setiap sepasang jeans baru ada bau 'kedai' yang tersendiri. Bau Nudie Jeans kalau nak dibandingkan dengan Levi's, Momotaro, etc adalah berbeza. Yang ni kena selalu beli yang original baru boleh tau macam mana bau Nudie Jeans yang sebenar. OK, ciri yang ni paling tak membantu aku rasa, kecualilah untuk kegunaan aku sendiri... Hahaha...

Lepas ni bolehlah check sama ada Nudie Jeans yang korang miliki sekarang tu original atau tak. Hehehe... Check, jangan tak check! Kalau ada info lain untuk dikongsi, silalah bagi komen ye. Untuk baca panduan ringkas Nudie Jeans yang sudah dibuat Encik 5kosong1, bolehlah check entry berikut: Panduan Ringkas Nudie Jeans Co.

IKLAN: Kalau teringin nak pakai Nudie Jeans baru tapi risau terbeli yang fake, bolehlah consider guna servis shopping online yang ditawarkan 5kosong1. Untuk maklumat lanjut, boleh check link berikut: Servis Shipping Online beli Nudie Jeans Original. Hehehe…  


AMARAN!!!: SILA JANGAN COPY SESUKA HATI ARTIKEL KAT ATAS DAN PASTE KAT BLOG ANDA TANPA KEBENARAN PEMILIK BLOG 5KOSONG1. PENAT TUAN TANAH BUAT RESEARCH WEH!!!  

Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik... Hehehe...


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu 
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...