Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Thursday, November 29, 2012

Joe Camel (Part 2 - Realiti Semasa Di Malaysia): Vintage Joe Camel Rayon Triblend

Sebelum baca entry ni, bacalah dulu Part 1. Kalau nak tau, Part 1 tu aku publish lebih kurang 4 bulan lepas... Bacalah yang tu dulu supaya ada kesinambungan dalam penceritaan. Hehehe...

Abis cerita sejarah dalam Part 1 tu, meh kita bercerita pulak pasal realiti sekarang. Pergh.. Bunyinya macam gempak je kan... Hehehe... So apa kaitan Joe Camel dengan realiti semasa kat Malaysia? Dia akan bagi impak kat keputusan Pilihanraya Umum ke-13 ke? Sebelum tu, korang dah daftar sebagai pengundi belum? Tak payah la nak kencang sangat komen sana-sini pasal politik kalau diri sendiri tu tak daftar menjadi pemilih dan tak boleh nak datangkan kesan pun dekat mana-mana pihak yang korang sokong. Erh melalut pulak, sila jangan selitkan unsur politik di sini. Ini bukan blog politik! Hahaha...

Fokus... Fokus... OKlah, apa yang aku nak bangkitkan dalam entry kali ni ialah hasil peninggalan daripada kempen Joe Camel tu la (sebab tu kena baca Part 1). Kat Malaysia ni kalau korang merupakan peminat baju bundle, dah tentu korang sangat kenal atau tercari-cari baju yang dipanggil Vintage Joe Camel Rayon Triblend atau Vintage Joe Camel kain 5050. Beberapa bulan yang lepas (mungkin sekarang pun masih lagi, aku tak berapa nak sure la pulak) baju Vintage Triblend Joe Camel pernah menjadi suatu barangan yang diburu oleh peminat-peminat baju vintage. Kalau check kat Mudah, ada yang iklankan dengan harga sampai mencecah RM 500 - RM 800. Dahsyat seh harganya! Sekarang ni aku tak tau la berapa harga pasaran. Tapi kalau check kat eBay, orang masih sanggup bayar sampai lebih USD 100 untuk dapatkan baju ni. Kalau convert Ringgit Malaysia dah berapa tu??? 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

OK, perenggan entry kat atas sebenarnya dah terperuk selama beberapa bulan sebagai 'draft' tanpa aku publish ye tuan-tuan. So, masa aku tengah sibuk nak update entry ni before aku post, sempatlah jugak aku check kat eBay, masih popular lagi rupanya t-shirt ni. Masih kekal menjadi buruan orang-orang dari Malaysia tu. Kalau tak caya, cuba tengok gambar print screen yang aku capture dari website eBay tu. Seller ni sebenarnya cuma specify untuk buat shipment ke USA sahaja. Tapi cuba baca Q&A kat picture tu, dua orang customer dah tanya seller ni pasal shipping ke Malaysia. So, terbuktilah yang sebenarnya Joe Camel ni masih tak ketandusan peminat. 



Yup, baju Vintage Joe Camel Rayon Triblend tu telah di'bid' dengan harga setinggi USD137.50 walaupun baju tu dah ada lubang / small hole seperti yang diiklankan seller. Kalaulah dicampur shipping kos ke Malaysia sebanyak USD 18.50 tu, so total kos untuk bawa balik baju ni ke Negara Tanah Tumpahnya Darahku ni ialah USD156.00 @ RM499.20 (anggaran USD 1.00 = RM 3.20). Kalaulah pembeli tu memang dari Malaysia, dan tujuan dia beli / bid sebenarnya untuk dijual semula kat pasaran sini, takkanlah dia nak jual dengan harga RM 500 kan? Berapa agaknya harga yang dia akan open? Terpulang kepada kehendak masing-masing bila bercakap bab harga ni. Bagi yang tak tau, memang boleh tahan mahal jugak la harga sehelai baju vintage. Tapi ni baru baju Vintage Joe Camel Rayon Triblend, kalau baju vintage band yang jenis rare tu camana pulak? Korang sanggup? Bagi yang betul-betul minat, layankan aje... Tak payah nak pikir panjang. Hehehe...

 
Tapi yang lebih ironi, baju rayon Joe Camel ni asalnya cuma diberi secara percuma je dekat pembeli brand rokok tersebut. "Chop, betul ke percuma???" Aku rasa betul sebab aku ada keratan majalah yang mengiklankan cara-cara nak reedem baju rayon Joe Camel tersebut secara free. Hehehe... Dulu siap boleh dapat free lagi. Setelah bertahun-tahun, harganya sekarang melambung tinggi! Benda yang dulunya tak ada nilai sangat sekarang dah mendatangkan keuntungan dekat sesetengah orang. Hehehe...

OKlah, sebenarnya keratan majalah tahun 80-an ni aku dapat bersama-sama dengan baju Vintage Joe Camel Rayon Triblend yang telah aku beli dari seller USA. Hehehe... Ada dua keratan semuanya, boleh tengok kat gambar ye...(Ok, aku nak show off sebenarnya!) Sila jealous ye... Hahahaha... 



FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Monday, November 12, 2012

Samurai S526XXII 15oz (Samurai Jeans 2008 Limited Edition Special) Size 34








Stock Photo

Stock Photo
Stock Photo
Brand / Type: Samurai S526XXII (Samurai Jeans 2008 Limited Edition Special)
 

Label Tag: W34" L36" 

Manual measurement: Waist: 34", Inseam: 33", Outseam: 45.25", Leg opening: 18", Front rise: 11.5", Back rise: 14.25" 

Other:
- Made in Osaka Japan, 15 oz denim
-
Model Style Number:
S526XXII
- Brand new without tag / jeans baru tanpa label tag
- Limited edition Samurai, probably cannot find anymore at Rakuten Website / Limited edition, kat website Rakuten pun dah takde ni.
- Jeans leg already hemmed to 33"/ kaki jeans sudah dipotong, sebab tu tinggal 33".
- No box and no tote bag, buyer will only get jeans / tiada kotak dan tiada tote beg, buyer hanya dapat jeans.
- Details can check from official Samurai website: 

Asking Price: RM SOLD including shipping cost Pos Laju. I do accept best offer.

I have another pair of Samurai S8000JX-N size 34", you can get further discount if buy both jeans / saya juga ada sehelai lagi Samurai S8000JX-N size 34", boleh dapat diskaun kalau beli kedua-duanya.
 

Untuk pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya pemilik blog ni tak ada kat darat, so nombor HP pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih...

 
FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Saturday, November 10, 2012

Samurai S8000JX-N 18oz (Samurai Jeans 2010 Limited Edition Special) Size 34




Stock Photo

Stock Photo

Stock Photo
Brand / Type: Samurai S8000JX-N 18oz (Samurai Jeans 2010 Limited Edition Special)
 

Label Tag: W34" L36" 

Manual measurement: Waist: 34", Inseam: 33", Outseam: 43.5", Leg opening: 19", Front rise: 11", Back rise: 14.5"

Other:
- Made in Osaka Japan, 18 oz denim
-
Model Style Number: S8000JX-N
- Brand new with some label tag / jeans baru dengan beberapa label tag.
- Come together with small coin purse / didatangkan dengan beg kecil syiling.
- Jeans leg already hemmed to 33"/ kaki jeans sudah dipotong, sebab tu tinggal 33".
- No box and no tote bag, buyer will only get jeans and coin purse / tiada kotak dan tiada tote beg, buyer hanya dapat jeans dan beg kecil syiling.
- Details can check from official Samurai website: 

Asking Price: RM SOLD including shipping cost Pos Laju. I do accept best offer.

I have another pair of Samurai S526XXII size 34", you can get further discount if buy both jeans / saya juga ada sehelai lagi Samurai S526XXII size 34", boleh dapat diskaun kalau beli kedua-duanya.
 
Untuk pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya pemilik blog ni tak ada kat darat, so nombor HP pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih...

 
FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Saturday, November 3, 2012

Kojima Okayama: Tempat Asal Jeans - Jeans Premium Jepun

Diterjemah oleh Pakcik Google dan ditambah + ditolak + diolah semula oleh Encik 5kosong1! Cepat dan mudah tu bai pakai Google Translate! Tapi ayat agak skema la sikit. Yang penting info kan... Hehehe...

"Kojima di dalam wilayah Okayama ialah satu tempat di Jepun yang terkenal dengan pengeluaran jeans bermutu tinggi. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kojima telah berjaya memainkan peranan yang penting dalam industri tekstil Jepun sejak awal abad ke-20. Sejarah pengeluaran tekstil Kojima boleh dikatakan telah bermula sejak beratus-ratus tahun dahulu. Tetapi, hanya selepas Perang Dunia Ke-2 daerah ni mula menjadi salah satu pengeluar terbesar pakaian kerja dan pakaian seragam sekolah di Jepun. Untuk pengetahuan, jeans Jepun yang pertama telah dihasilkan di Kojima pada tahun 1960-an.  




Selanjutnya, dalam tempoh hanya beberapa dekad, Jepun telah berjaya menaikkan status mereka sebagai salah satu daripada pengeluar denim terbaik di dunia. Jika kebanyakkan jenama Amerika yang pada asalnya menjadi inspirasi penghasilan seluar jeans pertama Jepun telah memilih untuk meneruskan pengeluaran mereka/ memindahkan fokus ke luar negara, pengeluar jeans di Kojima terus memilih untuk menghasilkan jeans dengan cara tempatan, menghalusi dan memperbaiki kemahiran mereka, terus menggunakan mesin tenun vintaj dan mengekalkan teknik lama. Hasilnya, muncullah budaya fanatik denim dan timbulnya pelbagai jenama yang diketuai oleh tukang-tukang (craftsman) tertentu yang sentiasa memastikan kualiti dan penjagaan produk mereka.
 
Banyak jenama jeans di Kojima menghasilkan denim menggunakan mesin tenunan vintaj dikenali sebagai shuttle looms. Hasilnya ialah kain denim berkualiti tinggi yang kelebarannya hanya separuh berbanding gulungan yang dihasilkan oleh mesin tenunan terkini. Kelebihannya ialah hujung tenunan yang lebih tahan lasak dikenali sebagai kepala kain / selvedge.
 

Selain itu, beberapa bengkel pengeluaran denim masih lagi memilih untuk mewarnakan indigo pada kain denim mereka dengan menggunakan cara yang sangat tradisional (tanpa bantuan mesin) iaitu dengan menggunakan daun dari pokok nila / indigo, terutamanya untuk seluar jeans premium. Proses yang mahal dan rumit ini, termasuk banyak teknik-teknik lain yang digunakan untuk membuat denim premium sebenarnya mempunyai kaitan secara langsung dengan teknik pengeluaran kimono yang juga sudah berusia beratus-ratus tahun. Gabungan teknik lama dan potongan moden telah memastikan nama Kojima terus terpahat dalam sejarah denim."

Source info & map: http://www.okayamadenim.com/pages/about-kojima

OKlah, antara brand-brand yang mungkin biasa kita dengar atau kurang dengar yang dihasilkan kat Kojima Okiyama Jepun ialah Momotaro, Pure Blue Japan, The Strike Gold, Fullcount & Co, Kamikaze Attack, Tenryo Denim, Saio dan Senio. Banyak-banyak ni dah tentu Momotaro yang agak biasa dipakai oleh orang Malaysia. Harganya? Faham-fahamlah sebab premium jeans!




Brand premium Jepun yang lain-lain contohnya Samurai, Sugar Cane, Iron Heart & Evisu tu asalnya dari daerah mana erk? Any answer???


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Sunday, October 21, 2012

Naked & Famous 15oz Premium Leather Belt @ Tali Pinggang Bogel & Terkenal Kulit Premium 5-7mm (Natural Tan) Size 34 & 38





 


Item: Naked & Famous 15oz Premium Leather Belt. (Tali Pinggang Kulit Naked & Famous - Premium Tebal & Keras) 

Other:

-Colour: Natural Tan
-Leather: Bovine
-Thickness: 5-7 mm
-Width: 1-1/2"
-Size: -34 (
Boleh digunakan oleh mereka yang bersaiz 34 - 38) SOLD !!!
          -38 (Boleh digunakan oleh mereka yang bersaiz 38 - 42)  SOLD!!!
(Tapi sila tengok gambar untuk ukuran panjang /lubang sebenar sebelum membeli!)
-Manufactured: Made in Canada
-Condition: NEW
 


Comments: 
-Belt will fade & age beautifully. Tali pinggang akan berubah warna /kelihatan lebih cantik apabila dipakai selalu. 
-Boleh check link berikut untuk tengok effectnya: Aged Naked & Famous Natural Tan Leather Belt 

P/S: Bovine is a scientific classification for a specific subfamily of mammals that includes cows, oxen and buffalo. So jangan risau, tali pinggang ni samada diperbuat daripada kulit lembu, seladang atau kerbau. 


Price: RM 380 each including Pos Laju to Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak / WP Labuan. Kalau ini bukan size anda dan nak buat special order pun boleh, tapi kosnya dalam RM 420 - RM 450 termasuk upah dan shipping cost.

Untuk pembelian / pertanyaan atau berminat nak order size lain, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor HP dia pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message. Terima kasih...

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748

Sunday, October 14, 2012

Blog www.5kosong1.blogspot.com Mencecah 100,000 Total Pageviews!

Aku bukanlah blogger yang mengharap pendapatan daripada iklan Nuffnang (walaupun dalam hati tu nak juga terpilih untuk dapat iklan CPUV Campaign: Cost-per-unique-visit tu. Hahaha...). Tak kesian ar Nuffnang ni, mentang-mentanglah aku tak join event diorang ataupun puji melangit + kuat kipas + bagi aircond sekali. Kalau tak boleh bagi 1 CPUV, apa salahnya bagi 5 CPUV ke... Hahaha... Cis, belum apa-apa, mukadimah dah tercerita pasal Nuffnang, siot je... Hahaha...

Macam mana pun, aku yang obsesi dengan jumlah pengunjung agak gembira bila blog 5kosong1 ni yang asalnya dibuat untuk tujuan suka-suka bercerita pasal jeans, tak pasal-pasal dah reach 100,000 Total Pageviews pada jam 8.51 AM, 14 Oktober 2012. Not bad untuk blog yang mix antara share info, bisnes, dan di'update' kadang-kadang hanya dengan satu entry je setiap bulan (bila time aku busy dengan kerja hakiki). OKlah kan pageviews banyak tu kalau diambil kira yang total entry cuma 112 (termasuk entry ni) dalam masa tak sampai 2 tahun. Kalau ada yang tertanya, first entry blog ni ialah pada 21 Februari 2011 yang bertajuk "Sebermula kisah aku dengan Levi's 501".

Total Pageviews: 99485 - 9.00 AM 13 Oktober 2012
Total Pageviews: 99,999 - 8.44 AM 14 October 2012

Total Pageviews: 100,000 - 8.51 AM 14 October 2012

Owh ye, maksud OK pada aku ialah bila dikira ratio Pageviews per entry yang dicatatkan. Kalau tak ambik kira entry ni (entry ke-112), ratio untuk setiap entry yang aku buat sebelum ni ialah 900.9 Pageviews per entry (100,000 / 111). Maknanya, setiap entry aku secara puratanya telah di'view' sebanyak 900.9 kali oleh pengunjung. Total unique visitor mestilah kurang sebab satu pengunjung mungkin cuma baca 1-2 entry je ataupun lebih bila diorang rasa menarik. Tapi tak kisahlah... Hahaha...

So, lepas ni aku akan terus update blog ni sebab aku suka bile tau ada jugak orang yang sudi melawat blog 5kosong1 ni. Kadang-kadang komen dan juga dorongan dari sesetengah pengunjung blog ni buat aku lagi berminat untuk update blog. Kalaulah Nuffnang tu bagi CPUV, mestilah lagi semangat gila-gila nak update selalu. Hahaha...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Thursday, October 11, 2012

Nudie Jeans Slim Jim Dry Broken Twill W36 L30 (Actual W37-37.5")






Type: Nudie Jeans Slim Jim Dry Broken Twill

Label Tag: W36 L30 (Sila check manual measurement dan jangan lupa, ini ialah raw denim!!!)

Manual Measurement: Waist: 37-37.5" Inseam: 30" Outseam: 40.5" Front Rise: 10.25"
Back Rise: 14.25" Opening Leg: 18"

Details: 
-Style: Slim Jim - Straight Tubeleg
-Color: Dry Broken Twill (Indigo)
-12oz Italian broken twill denim
-100% Cotton
-Zip fly
-Made in Italy
-Use for 6 months before first wash for a personal, worn look (Recommended by Nudie Jeans Co.) 

Price: RM SOLD sahaja termasuk shipping Pos Laju.

--> Want this Nudie Jeans but unfortunately not your size? Or looking for other model or style? Hey, you may order from me. Just ask me bro! 

--> Berminat gile dengan Nudie Jeans ni tapi bukan saiz la pulak... Tak pun berminat dengan model atau style lain? Boleh order sebenarnya, hubungi saya.


Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya aku tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...