Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, January 15, 2012

"CheeseDenim" Made in Malaysia

Tahun lepas aku ada cerita pasal satu jeans buatan Malaysia yang dinamakan "Tarik" Jeans. Tapi kali ni, aku nak bercerita pulak pasal satu lagi brand jeans dari Malaysia iaitu "CheeseDenim" dengan slogan diorang = Non-Expiring Melekit Melt Di Kaki!

Bagus... Bagus... Nampaknya semakin rancak orang-orang Malaysia yang mula mengeluarkan jeans buatan tempatan dan secara tak langsung, membuatkan kita secara tak langsung support barangan buatan Malaysia @ Made in Malaysia. Bukan apa, balik-balik jeans dari luar negara, balik-balik dari luar negara! Sesekali, nak juga rasa jeans buatan Malaysia yang bagus dan mantap.

OKlah, untuk CheeseDenim ni, diorang ada keluarkan beberapa cutting @ fitting jeans antaranya: Low Rise Skinny Fit, Low Rise Stretch Skinny Fit dan Low Rise Slim Straight, yang dinamakan sebagai Stiffy, Strechy, Swaggy (untuk si gadis), Stiffy14 dan Strechy13. Material jeans pulak adalah 100% cotton untuk Stiffy dan Stiffy14, sementara 98% Cotton + 2% Elastane untuk Strechy, Strechy13 dan Swaggy. Berat material CheeseDenim jeans dalam range 10-14 oz. Ikut kefahaman aku la, nombor kat Stiffy14 dan Stechy13 tu sebenarnye merujuk pada weight jeans tu. Pasal harga pulak agak berpatutan iaitu masih dalam range RM 1++ lagi masa aku tulis entry blog ni.

Apa yang aku suka sangat pasal CheeseDenim ni ialah sebab diorang ada keluarkan raw jeans dalam saiz yang besar up to W42 (model Stiffy14)... Haaa, macam ini lah yang kita mahukan! Kalau tak, takdelah peluang orang bersaiz extra macam aku ni nak pakai raw jeans brand lain pada harga yang berpatutan. Iyelah, Levi's 501xx dah RM 2-3 ratus lebih, Evisu dah RM 1k, Iron Heart pun almost RM 1k... (Ini aku include contoh brand yang ada saiz W40). Mana lagi aku nak jumpa raw jeans saiz besar dengan harga just RM 165? Hehehe...

So kelak, akanku angkat sehelai Stiffy14 yang beratnya 14oz, berwarna indigo, dengan jahitan chain stitch di kakinya, lakukan penderaan terhadapnya, belasah ia, pakai ke sana ke mari, bawa ia ke offshore, tidur melekat sekali dengannya, dan update kat sini sebagai tambahan kat cerita bersiri Levi's 501xx STF tu... Hehehe... (Erm... CheeseDenim, mintak special price boleh?) Hahaha...

UPDATE (Feb 2012): Ermm... Setelah aku buat kajian sikit (based on sizing chart diorang), Stiffy14 saiz 40 ni still tak boleh nak fit dengan aku la pulak. Bukan apa, thigh dengan rise tak ngam la, kecik dan pendek sangat. Waist, inseam dan leg opening semuanya dah OK. Walaupun aku beli one size up iaitu saiz 42, still tak boleh nak ngam la pulak. Leceh betul la... Sempit kat peha tu mungkin boleh paksa sebab jeans boleh meregang, tapi pendek kat rise, tak boleh nak buat apa... Kang aku duduk merempit atas motor, pastu pakai baju yang pendek, ternampak pulak apa yang tak sepatutnya... Dem... Iyelah nama cutting pun Low Rise Slim Straight, nak buat camana kan, bukan company aku... Hehehe...

Maybe next time bile diorang keluarkan new batch, kena la lebihkan lagi saiz kat tight dengan rise tu terutama untuk yang saiz besar. Tight at least 14.5", pastu rise tu naikkan at least jadi 13"-13.5"... Buat la pulak cutting untuk Mid Rise Straight Cut pulak ke... Hahaha... Demand siot...


P/S: Korang boleh tengok maklumat lebih lanjut pasal jeans ni kat diorang punya blog CheeseDenim dan jugak Facebook CheeseDenim. Picture pun kebanyakkannya aku cilok dari situ gak. Sebelum terlupa, rakyat Malaysia ni secara realitinya memang suka dengan makanan dan minuman nampaknya. Sebelum ni Teh Tarik, sekarang Keju pulak! Hehehe...

Iklan:

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Wednesday, January 11, 2012

Perbezaan Saiz Levi’s Yang Dibeli Dari USA / Luar Negara Berbanding Yang Dijual di Butik Malaysia

Sebab nama blog ni pun 5kosong1 dan banyak pulak cerita berkaitan dengan Levi’s, so aku secara tak pasal langsung pernah beberapa kali ditanya, “Betul ke Levi’s yang dibeli dari USA dengan Levi’s yang dibeli kat butik dalam Malaysia ni akan ada perbezaan dari segi saiz?” 


Jawapannya ialah: 

“Betul & Tidak!”

Susah kan… Hahaha… OK lah, secara jujur tak akan ada jawapan yang betul-betul dapat memuaskan hati masyarakat umum pengguna Levi’s. Kenapa erk? Senang je, sebab soalan yang ditanyakan tu agak umum. Aku ada jawapan tersendiri untuk soalan yang ditanyakan ni.

Tapi sekejap, adakah bila soalan ni ditanyakan, mereka merujuk dekat model jeans yang sama contohnya Levi’s 501 Made in USA vs Levi’s 501 Made in Turkey? Kalau sama OK lah sebab kadang-kadang orang buat perbandingan antara Levi’s 501 Made in USA dengan Levi’s 550 Made in Republic Dominica. Nak tau apa jawapan aku untuk kedua-dua kes ni? 



Jawapan aku ialah: Saiz still sama je!!! Sebab utama ialah saiz biasanya merujuk pada ukuran kat pinggang. Ukuran pinggang biasanya dibuat dalam unit inch. 32 inch kat USA adalah sama dengan 32 inch kat Malaysia dan jugak kat mana-mana pun. Maknanya Levi’s 501 W32 Made in USA = Levi’s 501 W32 Made in Turkey = Levi’s 560 W32 Made in Republic Dominica. Note: Ada jugak sesetengah negara pengeluar yang gunakan ukuran cm kat label tag dan bukannya inch! 

Jawapan pun sebenarnya boleh juga jadi: Tak sama!!! Kenapa la pulak ni? Sebab sesetengah orang akan merujuk saiz dengan melihat keseluruhan ukuran jeans. Maksudnya diorang merujuk saiz ni sebagai cutting atau fitting jeans. Kalau inilah yang dimaksudkan, memang Levi’s 501 W32 Made in USA adalah tak sama dengan Levi’s 560 W32 Made in USA. Walaupun kedua-duanya Made from Negara yang sama, tapi ada perbezaan sebab Levi’s 501 adalah original fit sementara Levi’s 560 tu pulak jenis loose fit. Tapi kenalah faham, saiz pinggang still sama cuma ukuran dekat bahagian peha, panjang cawat, etc yang berbeza. Jadi kalau ada orang cakap yang saiz Levi’s dari USA tak sama dengan Levi’s dari China (yang jual kat butik Malaysia), tanya la balik kat orang tu, modelnya sama ke? Kalau modelnya sama, sila teruskan membaca entry ni… Hehehe…


Ok sebab tu la masih ada lagi jawapan lain! Ishk, belum habis lagi rupanya… Hahaha… Levi’s 501 W32 Made in USA keluaran tahun 1966 ada kemungkinan tak sama dengan Levi’s 501 W32 Made in USA keluaran tahun 1994. Hehehe… Dan lebih ekstrem, Levi’s 501 W32 Made in USA keluaran tahun 1994 mungkin ada yang tak sama dengan Levi’s 501 W32 Made in USA keluaran tahun 1994 jugak. Sebabnya? Kita kena accept imperfection of size terutama bila ada mass production. Bayangkanlah kalau dah keluar beribu-ribu helai dari satu kilang, mesti akan ada yang off sikit saiznya dari yang sepatutnya. Ini secara tak langsung beritahu kita bahawasanya akan ada sikit perbezaan saiz antara yang dikeluarkan di Negara A berbanding Negara B. Tapi, berapa ketara je pun benda ni sebab korang kena fikir, company macam Levi’s dah tentu akan ada quality control yang tinggi. Sepatutnya dengan standard yang tinggi ni, saiz jeans diorang tak bolehlah nak off sampai lebih satu inch. Takkanlah diorang nak letak saiz yang tak betul kat label tag. Dan yang penting macam aku beritahu kat atas tadi, takkanlah ukuran inch kat Negara A dengan kat Negara B berbeza kot? Hehehe… > Perh, ini tak cerita pasal sizing Levi’s LVC model sama contohnya 501, tapi saiznya @ fitnya lain sebab ditiru ikut tahun yang berbeza model tu dikeluarkan… Hehehe…


Seterusnya, bila ada orang cakap pasal jeans Levi’s model yang sama, tapi saiz adalah tak sama sebab dikeluarkan dari Negara yang berbeza, kita kena tanya baliklah kenapa diorang boleh perasan perbezaan tu. Adakah diorang dah ambil kira keadaan fizikal sebenar badan diorang masa diorang pakai kedua-dua jeans tu? Iye lah mana tau dulu badan kurus, lepas tu sekarang dah berisi sikit, dan beli jeans baru pulak masih guna saiz yang sama, mestilah rasa perbezaan kan. Hehehe… Lagi satu, kena ambik kiralah faktor umur jeans tu. Bukan apa, kalau sehelai jeans tu dah lama dipakai, dan satu lagi tu pulak masih baru dan masih bau kedai lagi, ada kemungkinan besar la fit atau saiz jeans yang lama tu dah berubah sebab kain denim (kapas) ni pun ada kemungkinan untuk meregang atau mengecut mengikut bentuk badan si pemakai atau cara pemakaian. 


Tapi kesimpulannya, bila ada orang tanya aku pasal perbezaan saiz ni, aku sendiri tak boleh nak jawab dengan satu jawapan yang betul-betul pasti dan memuaskan hati semua orang. Apa yang aku boleh jawab ialah, aku tak pernah buat ukuran manual untuk dua helai jeans Levi’s yang dikeluarkan oleh negara berbeza, yang kedua-duanya original, yang modelnya sama, yang label tagnya sama, dan yang penting keadaanya masih lagi baru untuk kedua-duanya. Bukan tak nak buat, cuma tak pernah ada peluang je. Susah kot aku nak jumpa keadaan di mana aku ada dua helai jeans yang punya ciri-ciri yang sesuai untuk aku buat ukuran. Iyelah, aku bukan pemilik butik Levi’s… Hehehe… So point aku kat sini ialah, kita kenalah buat perbandingan udang sama udang atau compare apple to apple kalaulah betul-betul nak puas hati… Hehehe… Macam rumit sikit kan, tapi buat apalah nak susah-susah…


P/S: OK, ini pandangan aku berdasarkan apa yang diperhatikan dan sedikit pengalaman. Mungkin ada yang kat luar sana boleh kongsi info pasal sizing… Silalah komen… Terima kasih… Hehehe…


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Saturday, January 7, 2012

Pre Order - Levi´s® Vintage Clothing 501 1915, 1944, 1966 Jeans Rigid (Page 3)

Salam semua... Kat bawah ni adalah senarai untuk pre order jeans Levi´s® Vintage Clothing (LVC) 501 model tahun 1915 (Cone Mills Colab Rigid), 1944 & 1966 (Jeans Rigid). Untuk pengetahuan, harga Levi's LVC memang lebih tinggi berbanding Levi's biasa yang bukan LVC. Boleh check sendiri di butik untuk kepastian. Untuk pre-order Levi's jenis biasa yang bukannya model LVC, boleh juga roger untuk chit chat.

Komen: Ini adalah pre order jeans. Untuk tempahan, sila roger dahulu untuk check harga terkini dan availability size. Kebiasaannya akan mengambil masa kurang 2 minggu sebelum jenas sampai ke Malaysia dari tarikh order dibuat. Syarat pembelian sama seperti yang tertulis dalam entry: Servis Pembelian Jeans.

Untuk pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so handphone pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih...

*Klik gambar untuk lihat size gambar yang lebih besar
----------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Levi´s® Vintage Clothing 1915 501 Cone Mills Colab Rigid


 

The story of Cone denim began 1891, when brothers Moses and Ceasar founded Cone Export and Commission Company. By 1905 they established a mill that would become renowned for setting the standard for quality denim. Cone Denim's White Oak mill, named after a 200 year old tree on its grounds, continues to craft the most authentic denims for over a century. Regarded as a stronghold of textile history, White Oak remains an integral resource for its archives and an endless inspiration. In 1915, Cone was approached by LS&CO as a supplier, beginning a long term commitment to one another.

In 1920's, Cone started individualizing LS&CO's denim with Red Selvedge, which is still synonymous with Levi's denim. By 1922, LS&CO exclusively obtained all of its high quality denim from White Oak. Nearly 100 years later, we're still unearthing archival detail about fabrics we developed through our history with Cone. This jean is a celebration, replicating the combination of Cone fabric and fit from 1915. It carries the secrets of a 94 year history within its warp and weft.

-Style: 1915 XX501 Cone Mills
-Color: Indigo
-Plain selvedge
-Shrink-to-fit
-Old feeling construction
-2 back pockets with exposed rivets
-Cinch
-Suspender buttons
-Two Horse leather patch
-Crotch rivet
-Single needle Arcuate
-Sizing: Waist runs 1" bigger than tag size, e.g. W32 is measured 33" - Inseam is true to size
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Levi´s® Vintage Clothing 1944 501 Jeans Rigid 


During World War II, to comply with wartime rationing requirements, Levi Strauss & Co. simplified the features of the 501. To save metal, fabric and thread for the war effort, the cinch back was removed, along with the watch pocket rivets and crotch rivets. What's more, the trademark arcuate stitching design was no longer sewn on, but instead painted on by hand. Dye rationing meant that the heavy-duty 10 oz red ID line shrink to fitt xx denim used in 1944 was a softer shade of indigo, offset by the one sided Capital E red tab introduced in 1936.

The jean was riveted in a mixture of plain and stamped metal, and the LS&Co. logo no longer appeared on the fly buttons. Instead, the waistband button was engraved with a symbol of peace in the form of a laurel leaf. The laurel leaf is widely used to symbolize the triumph of the human spirit.

-Style: 1944 S501XX Jeans Rigid
-Color: Indigo
-12.5 oz Cone Mills Red Selvage denim
-100% Cotton
-Shrink to fit
-Made in the USA
-Big E
-Straight fit
-Leather patch
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Levi's® Vintage Clothing 1966 501 Jeans Rigid


-Style: 1966 501 Jeans
-Color: Indigo
-14 oz Cone Denim Red Selvedge
-Made in the USA
-Slim silhouette
-Shrink-to-fit
-100 % Cotton
-Big E
-Sizing: Runs true to size

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Monday, January 2, 2012

Pre Order - Levi's® Vintage Clothing 501 1933, 1947, 1955 Jeans Rigid (Page 2)

Salam semua sekali lagi... Kat bawah ni disenaraikan pulak pre order jeans untuk Levi's® Vintage Clothing (LVC) 501 Rigid Jeans model tahun 1933, 1947 dan 1955. Semuanya Levi's 501, yang berbeza cuma model tahun jeans tersebut je, so ada beza sikit la in term of details contohnya arcuate, button, etc. Macam dimaklumkan sebelum ni, harga Levi's LVC memang lebih tinggi berbanding Levi's biasa yang bukan jenis LVC. Sila try check sendiri di butik untuk kepastian. Hehehe... Untuk pre-order jeans Levi's biasa yang bukan LVC, boleh je roger Encik 5kosong1 untuk chit chat.

Komen: Ini adalah pre order jeans. Untuk tempahan, sila roger dahulu untuk check harga terkini dan availability size. Kebiasaannya akan mengambil masa kurang 2 minggu untuk jeans sampai ke Malaysia dari tarikh order. Syarat pembelian sama seperti yang tertulis dalam entry: Servis Pembelian Jeans.

Untuk pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog tak ada kat darat, so handphone pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih...

*Klik gambar untuk lihat size gambar yang lebih besar.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Levi's® Vintage Clothing 1933 501 Jeans Rigid
-Style: 1933 501 Jeans Rigid
-Color: Indigo
-Cone Mills 10 oz Red Selvedge Denim
-100% Cotton
-Raw Denim
-Shrink to fit
-With Cinchback, Buckle Back
-Baggy around the back
-Made in the USA

-Sizing: Runs true to size

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Levi's® Vintage Clothing 1947 501 Jeans Rigid



The 1947-501® jean is regarded as the definitive five-pocket jean and the quintessential 501® model. Levi's® jeans had been in short supply during the years of World War II, when several key features were removed to save vital metal and fabric. By 1947, the newly restored 501® jean was in huge demand. 


The stitched arcuate returned to the two back pockets: stitched with a double-needle machine, it now formed a diamond shape at the point where the two lines meet. Original Levi's® zinc buttons also enjoyed a comeback. But the crotch rivet, cinch-back and suspender buttons had been put out to pasture - permanently. Instead, belt loops and concealed copper rivets became standard. 


Made with Red XX Selvage using Cone Mills' deep tone indigo, the color blossoms with age in the purest redcast indigo. The 1947-501® jeans continued the tradition of a big "E" on the (single-stitched) red Tab, plus the Two Horse leather patch.

-Style: 1947 501XX Jeans Rigid
-Color: Indigo
-12.5 oz Cone Mills Red Selvage denim
-100% Cotton
-Shrink-to-fit
-Big E
-Straight cut
-Made in the USA
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Levi's® Vintage Clothing 1955 501 Jeans Rigid

-Style: 1955 501 Jeans Rigid
-Color: Indigo
-Made with 14 oz Cone Denim
-Red Selvedge
-Shrink-to-fit
-Made in the USA
-Big "E"
-Ultimate classic


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Wednesday, December 28, 2011

Kisah Seorang Gadis dan Jeans Levi's nya...

 "Traveling Denim" Recording Color Fade for Two Years

Seorang rakyat Jepun @ pembuat filem bernama Takayuki Akachi telah membuat satu dokumentari filem pendek  berkenaan kisah seorang gadis yang memakai jeans Levi's dan mengembara ke lebih 50 negara di seluruh dunia dalam masa dua tahun. Subjek utama dah tentu jeans Levi's yang dipakai oleh gadis tersebut dan jugak persekitaran kat mana jeans tu dah singgah.
Agaknya la, berapa kali erk jeans ni dibasuh dalam dua tahun tu? Hahaha... Boleh nampak la perubahan jeans tu daripada masih baru, sampailah dah jadik fade abis dan terkoyak sikit sana-sini. Bila tengok video ni, aku tak nampak pulak tanda-tanda gadis ni bersama jeansnya ada singgah kat Malaysia. Yang lebih penting, cun kah gadis ini??? Misteri siot... ~cam haram kan pemikiran ni... Hahaha... Oklah, gadis tu sebenarnya isteri Takayuki Akachi sendiri dan jeans yang dipakainya ialah Levi's 505 zip fly (ladies).

Kalau nak tau lebih, boleh pegi ke website original Takayuki Akachi letak video dia nih.


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 
 

Tuesday, December 27, 2011

Pre Order - Levi´s® Vintage Clothing 201, 505 & 501Z Jeans Rigid (Page 1)

As Salam dan Selamat Sejahtera semua... Kat bawah disenaraikan pre order jeans untuk Levi´s® Vintage Clothing (LVC) model 201, 505 & 501Z Jeans Rigid. Harga berbeza ikut jenis dan jangan terkejut sebab harga Levi's LVC memang lebih tinggi berbanding Levi's biasa yang bukan LVC. Boleh try check sendiri di butik untuk kepastian. Untuk pre order Levi's biasa (bukan jenis LVC) yang lebih murah, boleh juga roger saya untuk chit chat.

Komen: Ini adalah pre order jeans. Untuk tempahan, sila roger dahulu untuk check harga terkini dan availability size. Kebiasaannya akan mengambil masa kurang 2 minggu sebelum sampai ke Malaysia. Syarat pembelian sama seperti yang tertulis dalam entry: Servis Pembelian Jeans. 

Untuk pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah tak ada kat darat, so handphone pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.
Terima kasih...

*Klik gambar untuk lihat size gambar yang lebih besar
----------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Levi´s® Vintage Clothing 1920 201 Jeans Rigid


Originally launched as a cheaper alternative to the 501 jeans. It was made from what was perceived at the time to be a lower grade fabric, hence the number 2(01). The characteristic black painted donut suspender buttons, the linen 201 cloth patch and the higher curved Arcuate differentiate these jeans from the 501 jeans at this time.

-Style: 1920 201 Jean Rigid
-Color: Indigo
-Blue Selvedge, deep red cast denim
-Original 02 3x1 RHT fabric
-Comfort loose fit. Very roomy top block
-Large grade back pockets
-Crotch rivet
-Exposed back pockets rivets
-Cinch back, belt loops and brace buttons
-Black coated donut buttons
-Linen cloth patch with black and red print
-High curved Arcuate
-Made in USA
-Sizing: Runs 1" smaller than tag size, e.g. W32 is measured 31" (example)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Levi´s® Vintage Clothing 1967 505 Jeans Rigid



Made from one of the first pre-shrunk denim jeans created by the Levi's brand, the slimmer styling of 505 jeans captured a trend of the day. A 1960's style icon, the 505 jean still has a huge following today. The 1967 version keeps the copper waistband button and the two-sided capital "E" red Tab.

-Style: 1967 Jean Dry Goods 505xx
-Color: Indigo
-14.5oz Pre-shrunk Red Selvedge denim
-Kaihara Japanese fabric
-Customization: slimmed down in the leg to create a true slim fit
-Bore Two Horse leather like patch, only belt loops
-Double - sided Big E red tab
-Talon-Zipper
-Made in Turkey
-Sizing: True to Size

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Levi's® Vintage Clothing 1954 501Z Jeans Rigid



The 1950's brought a rebellious youth revolution in which icons such as Marlon Brando gave denim, and particular the 501, an iconic status. In the mid 1950's Levi Strauss & Co. became a national phenomenon. In order to make potential consumers comfortable with the company's products, LS&Co. introduced a zipper version of the button fly shrink to fit jeans in 1954: the 501Z. It had everything longtime wearers loved: the silhouette, the tough but flexible fabric, rivets, etc. Retailers carried both the 501 and its zippered brother, the 501Z, and everyone got the pair of Levi's jeans that worked best for them.

-Style: 1954 XX 501Z
-Color: Indigo
-13.75oz Red Selvedge denim
-Slim fit
-Shrink-to-fit
-Talon-Zipper
-Two Horse Leather Patch
-"E" Red Tab
-Double needle Arcuate
-Made in the USA


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp /SMS: O12-7944748 

Saturday, December 17, 2011

My Wishlist: Red Wing 9016 Beckman Cigar Featherstone -Done-

 

The Beckman Collection is named after the founder of the Red Wing Shoes. Operating a shoe store on the corner of Main and Bush Streets, Mr. Beckman navigated the muddy streets of Red Wing as apart of his daily routine. Of course, he wore sturdy boots that could be cleaned and polished to match his status as a succesful mainstreet merchant. The results speak for themselves.
 
                    Model: 9016
                    Color: Cigar Featherstone
                    Construction: Goodyear Welt
                    100% High Quality Leather
                    Made in USA
                    Abrasion resistant
 
Fewettt...
 
Silalah beli jeans dari 5kosong1 supaya aku boleh angkat sepasang Red Wing Beckman 9016 size US11.5 / UK10.5 ni tanpa rasa bersalah. Orang kata, kalau kita berniat ni, lama-lama dapat jugak kan... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Saturday, December 3, 2011

Mengembangkan Sayap - Servis Pembelian Brand Lain

Situasi: Korang nak beli jeans brand lain (selain dari Levi's) tapi takde pulak butik / kedai yang jual brand tu dalam Malaysia. Kalau ada pun, saiz atau model yang korang nak tu tak ada pulak... So korang try pulak survey kat Mudah.com atau blog orang lain, sudahnya tak ada jugak. Yang ada cuma dari website tertentu yang korang jumpa kat internet. Duit dah ada, tapi nak beli online sendiri dari oversea tak berapa confident la pulak. Entah macam mana, korang memang tak boleh tidur lena la kalau tak ada jeans tu... Siap makan tak kenyang, mandi tak basah pulak tu... Hehehe... So, apa option lain yang korang yang ada?

Solution: Dah tentu boleh try pertimbangkan servis pembelian yang disediakan 5kosong1.blogspot. Hehehe...

Bukan apa, baru-baru ni ada customer mula bertanya kat aku, "Bro, boleh order jeans brand lain ke?"

Jawapannya ialah: Dah tentu boleh!!! Asalkan korang berikan aku info yang lebih detail dan lagi spesifik. Contohnya, kalau nak beli jeans brand 'XYZ', bagilah info pasal model @ type jeans tu sekali, bukan setakat nama brand je. Kalau ada spesifik link dari website yang tunjukkan pasal jeans tu lagi bagus sebab aku mungkin beli dari link yang korang supply tu atau aku boleh carikan alternativenya.

Tapi, janganlah setakat hantar message, "Bro, carikan jeans 'XYZ' size 32, nanti roger harga sekali kat saya ye". Perh, camana nak mulakan pemburuan jeans tu... Memang boleh, tapi lambatlah sebab banyak ding dong ding dong je sudahnya... Hahaha... Hantarlah message camni, "Bro, tolong bagi harga final dan buat pemburuan terhebat untuk jeans "XYZ" model abc selvage kaler merah saiz 56 satu!" Hahaha...

Tapi, untuk sesetengah keadaan, mungkin akan ada sedikit kesukaran sebab tak semua seller oversea sanggup untuk pos ke Malaysia.Tapi macam manapun, aku akan cuba cari possible solution sampailah memang sampai tahap yang dah tak boleh nak buat apa. Kalau terjadi macam tu, terpaksalah korang terus memendam perasaan je... Hehehe...

So, ini juga bermakna, bukan setakat jeans je korang boleh order, tapi juga kemeja, jaket, t-shirt, seluar atau aksesori yang lainnya. Tapi just keep in mind, syarat-syaratnya dan prosesnya adalah sama macam pembelian jeans Levi's yang aku listkan kat link ni.

So, aku nak ucap terima kasih bebanyak kat first customer aku dari Negeri Bawah Bayu yang gunakan servis ni. Jeans yang dibeli adalah Nudie Jeans Grim Tim Orange Selvage. Mantap bro your taste!!!


OK! Dah ready nak buat pelaburan untuk jeans yang buat korang tak lena tidur, makan tak kenyang, mandi tak basah tu? Silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.

Terima kasih...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp /SMS: O12-7944748 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...