Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Sunday, September 8, 2013

Proses Sanforization & Perbezaan Sanforized VS Unsanforized Jeans

Beberapa kali aku ditanya oleh customer dan kadang-kadang oleh si anonymous: 

"Apa bezanya sanforized jeans dengan unsanforized jeans?"

Biasanya aku sendiri terlupa dan lambat jawab terutama kalau terima SMS / WhatsApp waktu aku tengah sibuk kat tempat kerja. So, untuk catatan diri sendiri dan untuk info sharing, silalah baca entry di bawah (next time aku suruh customer baca sendiri kat blog... Hahaha):

Proses 'Sanforization': Suatu proses awal yang dilakukan pada fabrik raw denim untuk mengurangkan kadar 'shrink' atau kadar 'pengecutan' pada raw jeans terutamanya selepas basuhan pertama / first wash. Semasa proses sanforization ni, fabrik jeans akan di'rawat' dengan air atau stim untuk memastikan fabrik jeans tu siap sedia mengecut. Bukan setakat dikecutkan, tapi juga fabrik akan diregangkan dan dipadatkan semula semasa proses ni (sorry translation dari English ke BM dibuat macam haram sikit... Hahaha). Senang cerita, kita shrink fabrik denim awal-awal sebelum fabrik tu dipotong dan dijahit menjadi sepasang jeans.

Mesin untuk Proses Sanforization

Perkataan 'sanforization' tu sendiri macam unik. Pada aku perkataan tu macam tak English sangat. Kenapa agaknya ye? Ini disebabkan proses mengecutkan fabrik denim ni telah mengambil nama Sanford Lockwood Cluett, manusia yang bertanggungjawab mencipta proses sanforization ni pada tahun 1930. So dialah yang memegang paten bagi proses yang boleh kata penting untuk merawat fabrik. Antara company yang mula-mula apply proses ni adalah Blue Bell (sekarang Wrangler) pada model Super Big Ben Overalls yang dikeluarkan pada tahun 1936. 

So apabila jeans tu dah mengalami proses sanforization, kebarangkalian untuk jeans terus mengecut selepas kita basuh akan menjadi minimum. Kalau unsanforized jeans boleh mengecut sampai 10%, sanforized jeans sepatutnya hanya boleh mengecut antara 1-5%. Sebab tu penting untuk korang pastikan jeans yang dibeli tu (terutamanya kategori raw jeans) daripada jenis sanforized atau unsanforized. Bukan apa, jeans yang tergolong dalam kategori unsanforized (contohnya brand Samurai / Levi's 501 Shrink to Fit) memang berpotensi untuk mengecut kat bahagian pinggang dan jadi singkat kat bahagian inseam (kaki jeans) selepas dibasuh. Kenapa? Sebab proses rendaman & keringkan jeans tu boleh kata proses sanforization yang kita buat sendiri pada jeans. 

Bagi yang nak beli raw jeans dan menambahkan lagi ke'confius'an korang, kenalah ambik tau jugak yang sesetengah model raw jeans didatangkan dalam dua jenis: Raw & One wash. Paling biasa aku jumpa keadaan macam ni ialah brand Momotaro. Seller Jepun biasanya jual Momotaro model yang sama, tapi sama ada raw atau one wash. So, kenalah ambik inisiatif untuk check dulu. Kalau model Japan Blue X Momotaro & Unbranded Brand pulak biasanya jenis sanforized jeans. Tapi yang boleh aku cakap, sanforized atau unsanforized jeans ni bukan bergantung sepenuhnya pada brand, tapi pada model jeans tertentu. Maksud aku, Brand X mungkin jual model A dan model B. Tapi model A mungkin sanforized jeans, tapi model B mungkin unsanforized jeans. So tak boleh nak kata Brand X jual semuanya sanforized jeans atau unsanforized jeans. Bukan apa, kadang-kadang orang tanya aku contohnya: "Levi's tu sanforized jeans ke?" Mak aih, soalan pendek tapi jawapannya tak pendek. Bukan apa, Levi's tu kan ada banyak model... Bagitau la details sikit Levi's 501 Shrink to Fit ke, Levi's 501 preshrunk ke, etc...

Ok, cukup la setakat tu aku membebel. Bagi yang nak tau macam mana aku bereksperimen / lakukan proses 'sanforization' dengan Levi's 501 Shrink to Fit (kategori raw denim, unsanforized), boleh baca artikel berikut: Kisah Bersiri - Perjalanan Hidup Levi’s 501 Shrink to Fit @ Levi’s 501XX

Selain tu, boleh baca entry berikut untuk istilah-istilah jeans yang lain: Jargon-jargon / Istilah-istilah berkaitan Levi’s @ Apa yang anda perlu tahu apabila bercerita pasal Levi’s?

Antara source & rujukan: 
-Rawrdenim.com
-Wikipedia
-http://www.rpi.edu/about/hof/cluett.html
-Gambar: http://www.xhcbw.com/en/shebei2/4.html

Untuk perkhidmatan servis shopping online barangan oversea / pembelian jeans / pre-order jeans / pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor HP dia pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message. Terima kasih...

FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

Saturday, September 7, 2013

Nudie Jeans Grim Tim Org. Dry Navy W38 L34




Type: Nudie Jeans Grim Tim Org. Dry Navy

Label Tag: W38 L34 (Sila check manual measurement dan jangan lupa, ini ialah dry / raw denim!!

Manual Measurement: Waist: 37"-37.5" Inseam: 34" Outseam: 45" Front Rise: 10.5"
Back Rise: 14.5" Opening Leg: 16.5" 

Details: 
-Style: Slim Jim - Straight Tubeleg
-12.7 oz Dry Comfort Stretch Denim from Turkey
-99% Organic Cotton + 1% Elastane
-Nudie Jeans orange threads all over except for the back pocket embo that is navy
-Organic copper trims and pocket lining
-Design by: M. Erixon Sweden
-Button fly
-Made in Italy
-Unwashed Denim - will fade beautifully
-Use for 6 months before first wash for a personal, worn look (Recommended by Nudie Jeans Co.

Price: RM 490 sahaja termasuk shipping Pos Laju. I accept an offer for best price!

--> Looking for other model or style? Hey, you may order from me. Just ask me bro! 

--> Berminat dengan model atau style lain? Boleh order sebenarnya, hubungi saya.

Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.
 
P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Thursday, September 5, 2013

Nudie Jeans Average Joe Dry Organic W38 L34





Type: Nudie Jeans Average Joe Dry Organic

Label Tag: W38 L34 (Sila check manual measurement dan jangan lupa, ini ialah dry / raw denim!!

Manual Measurement: Waist: 37-37.5" Inseam: 33.5" Outseam: 44.5" Front Rise: 11.5"
Back Rise: 14.5" Opening Leg: 18" 

Details: 
-Style: Average Joe - Straight leg
-11.5 oz Comfort Stretch denim from Turkey
-98% Organic Cotton + 2% Elastane
-Dry with pure indigo, navy embroidery and navy threads all over and navy back pocket embo
-Organic trims and pocket lining.
-Button fly
-Made in Italy 
-Use for 6 months before first wash for a personal, worn look (Recommended by Nudie Jeans Co.

Price: RM 490 sahaja termasuk shipping Pos Laju. I accept an offer for best price!

--> Looking for other model or style? Hey, you may order from me. Just ask me bro! 

--> Berminat dengan model atau style lain? Boleh order sebenarnya, hubungi saya.

Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.
 
P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya tuan tanah tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Saturday, August 31, 2013

Levi's Premium Workwear Masonry Raw Selvedge Tractor Cropped Pants -W32-




Type: Levi's Premium Workwear Masonry Raw Selvedge Tractor Cropped Pants

Manual Measurement:
Waist: 32"
Inseam: 23.5"
Outseam: 32.5"
Front rise (panjang cawat): 11.5"
Leg opening:14"
Waist: 37"-37.5" Inseam: 34" Outseam: 45" Front Rise: 10.5"
Back Rise: 14.5" Opening Leg: 16.5" 

Details: 
-Sits at waist tapered leg style.
-Selvedge indigo rigid dark blue denim.
-5 pockets mid-length jeans with riveted front watch pocket
-Hidden rivets on back pockets
-Button-fly
-Reinforced front pocket panels with tool/pencil pouch on front right pocket
and a side tool-loop on right leg
-Levi's Inside cloth patch and a Red Tab Device on back

-Made in Cambodia 
-100% original, seluar ni beli dari USA (Retailed price di USA: USD 128 ~ RM 4xx)
-Levi's ni adalah jenis 3 quarter.

Price: RM 290 sahaja termasuk kos penghantaran Pos Laju ke semua tempat iaitu
Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak / WP Labuan.
Saya tak buat COD disebabkan komitmen kerja.
 


Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1. 

P/S: Kalau SMS tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Friday, July 12, 2013

Naked & Famous 15oz Premium Leather Belt @ Tali Pinggang Bogel & Terkenal Kulit Premium 5-7mm (Black & Natural Tan) Size 30, 32 & 36








Item: Naked & Famous 15oz Premium Leather Belt. (Tali Pinggang Kulit Naked & Famous - Premium Tebal & Keras) 

Other: 

-Colour: Black & Natural Tan
-Leather: Bovine (
Bovine is a scientific classification for a specific subfamily of mammals that includes cows, oxen and buffalo. So jangan risau, tali pinggang ni samada diperbuat daripada kulit lembu, seladang atau kerbau).
-Thickness: 4-7 mm
-Width: 1-1/2"

-Manufactured: Made in Canada
-Condition: NEW
 
-Size & Availability in my stock: 
  >Black size 32 (Boleh digunakan oleh mereka yang bersaiz 32 - 36) SOLD!
  >Natural Tan size 30 (Boleh digunakan oleh mereka yang bersaiz 30 - 34)  SOLD!
  >Natural Tan size 32 (Boleh digunakan oleh mereka yang bersaiz 32 - 36)  SOLD!
  >Natural Tan size 36 (Boleh digunakan oleh mereka yang bersaiz 36 - 40)  SOLD!

Comments: 
-Belt will fade & age beautifully. Tali pinggang akan berubah warna /kelihatan lebih cantik apabila dipakai selalu. 

-Boleh check link berikut untuk tengok effectnya: Aged Naked & Famous Natural Tan Leather Belt 


Price: RM 380 each including Pos Laju to Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak / WP Labuan. Kalau ini bukan size anda dan nak buat special order pun boleh, tapi kosnya dalam RM 420 - RM 450 termasuk upah dan shipping cost. 

Untuk pembelian / pertanyaan atau berminat nak order size lain, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya tuan tanah blog ni tak ada kat darat, so nombor HP dia pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message. Terima kasih...


FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1 
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748

Thursday, July 4, 2013

Memahami 'Oz' dan Kategori Berat Jeans (Lightweight, Medium Weight & Heavyweight)

Encik 5kosong1 telah beberapa kali ditanya oleh customer berkaitan istilah 'oz'. Iyelah, bila tengok iklan jeans, ada yang tulis 10oz, 12oz, 14.8oz, 15.7oz, 17oz, 19oz, 21oz, 23oz, 32oz, etc... Oz tu apa benda sebenarnya? Wizard of Oz? Mr Os pelawak? Atau...

Secara mudahnya, oz = ounce = auns = ukuran berat. Menurut Google, 1 oz = 28.3495 gram.

Untuk jeans, oz menunjukkan  pengiraan berat denim bagi 1 ela (yard) persegi fabrik. Maknanya, kalau korang kerat satu ela persegi fabrik denim dan timbang beratnya, korang akan dapat berat jeans tu dalam unit ukuran oz. Lagi berat jeans tu, kebiasaannya lagi tebal fabrik denim yang digunakan dan secara tak langsung menunjukkan kepadatan tenunan fabrik jeans tu sendiri. 

Encik 5kosong1 ada guna khidmat Pakcik 'Google' dan terjumpa satu artikel daripada website rawdenim.com yang cover topik ni. Link: http://www.rawrdenim.com/2013/01/the-complete-guide-to-understanding-raw-denim-weights/

So, Encik 5kosong1 sudah ambik serba-sedikit info dari artikel tu dan tolong 'translate'kan dan ubah sikit-sikit ikut citarasanya sendiri. Check it out... Hahaha...

> Secara mudah, jeans boleh dikategorikan kepada tiga jenis kategori berat: 
        1. Lightweight: 12oz ke bawah
        2. Medium / Mid Weight: Antara 12oz ke 16oz
        3. Heavy Weight: Melebihi 16oz

> 1. Lightweight (< 12 oz): Boleh kata entry level untuk raw jeans. Kategori yang paling ringan / nipis di kalangan saudara-mara atau jiran terdekat jeans. Mudah nak dilenjan, mudah nak di'break', sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Kadar fading jeans dalam kategori ni takkan jadi sedahsyat jeans kategori mid atau heavyweight. Kadang-kadang ada raw jeans dalam kategori ni yang bukan 100% cotton, tapi ditambah 2-10% elastane (contohnya : Nudie Jeans). Bagi yang baru nak try / nak start bereksperimen dengan raw jeans, bolehlah start dengan lightweight atau medium weight. Levi's 501 Shrink to Fit biasanya jatuh dalam kategori lightweight dan mid weight (11.5 oz - 13.6 oz). Antara brand-brand yang menghasilkan jeans dalam kategori lightweight: Nudie Jeans, Naked & Famous, RK Denim, Raleigh Denim, Rogue Territory.


> 2. Medium / Mid Weight (12 oz - 16 oz): Kebanyakkan raw jeans berada dalam kelompok mid weight dan hampir semua brand raw jeans ada wakil dalam kategori ni. Starting pakai jeans dalam kategori ni memang tak berapa sedap disebabkan rasa ke'keras'annya, tapi after some time lepas cukup 'break', bolehlah jadi macam second skin korang. Kadar fading semestinya lebih baik berbanding lightweight. Disebabkan ini kategori medium, takdelah rasa sengsara sangat dan ambik masa yang lama untuk break jeans. Cuma effort berterusan tu semestinya kena ada. Contoh brand raw jeans yang ada wakil dalam kategori ni: Levi's LVC, Samurai, Nudie Jeans, Flathead, Momotaro, Naked & Famous, Unbranded, Japan Blue, 3Sixteen, Strike Gold, Sugar Cane, Denime, Evisu, Studio D'Artisan, Tarik, Chesee Denim, etc.   



> 3. Heavyweight (> 16 oz): Paling berat berbanding jeans yang lain-lain. Aku tak suggest orang yang baru nak start pakai raw jeans untuk terus terjun dalam kategori jeans ni. Bukan apa, harga kebiasaannya lebih sikit dan perlukan lebih effort untuk break jeans dalam kategori ni. Tapi kalau nak terus beli jeans dalam kategori heavyweight ni pun tak ada masalah, bukan duit aku pun. Hahaha... Kalau korang betul-betul berusaha, kadar fading memang akan jadi yang terbaik. Ok, aku sendiri masih berusaha untuk break sehelai jeans yang beratnya 21oz --> setakat ni masih takde apa-apa effect pun, setakat renyuk sikit. Boleh kata nampak masih baru. Dem~


Disebabkan jeans tebal, korang boleh berpeluh walaupun baru je pakai dan belum buat apa-apa. Tapi apa yang aku 'type' ni takdelah valid sangat sebab sesetengah fabrik jeans (brand tertentu) dengar ceritanya selesa dan ok je walaupun tebal. Owh ye, lagi satu reasons kenapa aku tak suggest orang yang baru nak try-try pakai raw jeans beli heavyweight jeans ialah: jeans jenis ni lambat break, so ambik masa lama. Kalau dah ambik masa lama untuk break sehelai jeans, korang mungkin akan ter'miss' keseronokan untuk pakai pelbagai brand, model, cutting jeans yang lain-lain. Pastu kalau tersilap eksperimen dan tak sabar, boleh ke laut la hasilnya. Kan dah jadi membazir tu (sebab harga tinggi la apalagi). Hehehe... 

Antara brand yang tak boleh dilupakan bila bercakap pasal heavyweight jeans? Dah tentu Samurai dan Iron Heart. Bukanlah maksudnya brand lain tak hasilkan heavyweight jeans, tapi Samurai & Iron Heart boleh di katakan agak mendominasi kategori ni sebab diorang ada banyak keluarkan raw jeans dengan pelbagai berat contohnya 17oz, 18oz, 21oz, 23oz, 24oz dan 25oz.  Antara brand-brand lain yang ada keluarkan heavyweight jeans: Naked & Famous, Flat Head, Unbranded, Strike Gold, Studio D'Artisan, etc.

Tapi macam manapun, jangan dilupa jeans Naked Famous 32oz Weird Guy Selvedge in Indigo. Rasanya ini dah kira masuk dalam kategori istimewa kot: Super Heavy Weight Denim. Hahaha... Nak tau lanjut boleh baca artikel yang aku dah sediakan sebelum ni: Rekod Dunia? Naked & Famous "Weird Guy" Super Heavy Weight 32 oz Selvedge Denim in Indigo. Silalah baca ye. Hehehe... Tengok gambar kat bawah ni cukuplah, tak ke tebal namanya tu? Gile tebal! Betul ke ni??? 

Link:  http://www.nakedandfamousdenim.com/blog/32oz-heaviest-jeans-in-the-world/
3 helai 32oz vs 9 helai 11oz
IKLAN: Kalau teringin nak pakai raw jeans baru tapi tak pasti cara nak dapatkan, bolehlah consider guna servis shopping online yang ditawarkan Encik 5kosong1. Untuk maklumat lanjut, boleh check link berikut: Servis Shipping Online. Hehehe… 
    
Alang-alang dah jumpa page ni, apa kata klik "Like" dekat fan pages 5kosong1 aku tu... Klik jangan tak klik... Hehehe...

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Sunday, June 30, 2013

Nudie Jeans Grim Tim Dry Dirt Organic W38 L34




Type: Nudie Jeans Grim Tim Dry Dirt Organic 

Label Tag: W38 L34 (Sila check manual measurement dan jangan lupa, ini ialah dry / raw denim!!!) 

Manual Measurement: Waist: 38.5-39" Inseam: 33.75"-34" Outseam: 45.5" Front Rise: 11"
Back Rise: 15" Opening Leg: 17" 
Details: 
-Style: Grim Tim - slim straight leg, tapers to a narrow leg opening
-13.2 oz rigid dry denim with pure indigo from Turkey made in 100% organic cotton.
-Nudie orange threads allover and orange back pocket embo.
-Organic trims and pocket lining.
-Button fly
-Made in Italy 
-Use for 6 months before first wash for a personal, worn look (Recommended by Nudie Jeans Co.) 
Price: RM SOLD sahaja termasuk shipping Pos Laju. I accept an offer for best price!

--> Looking for other model or style? Hey, you may order from me. Just ask me bro! 

--> Berminat dengan model atau style lain? Boleh order sebenarnya, hubungi saya.


Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp / SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya aku tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 

Saturday, June 29, 2013

T-Shirt 3 Kain Triblend Rayon Brand: Nike + Junk Food + Mustache Brigade





                        AVAILABLE: No 4      SOLD: No 1, No 2, No 3, No 5 & No 6


1. Junk Food NFL New England Patriots Rayon Triblend Tee (Made in Guatemala) -SOLD-


- Brand: Junk Food
- Material: Tiga kain / Triblend - 50% Poly 37% Cotton 13% Rayon
- Size S
- Actual measurement: Pit to Pit: 20-20.5" Length: 26.5"  
- Brand New with Tag
- Made in Guatemala
- Asking Price: RM SOLD termasuk Pos Laju


2. Junk Food NFL Philadelphia Eagles Rayon Triblend Tee (Made in Guatemala) -SOLD-

- Brand: Junk Food
- Material: Tiga kain / Triblend - 50% Poly 37% Cotton 13% Rayon
- Size S
- Measurement: Pit to Pit: 20" Length: 27"
- Brand New with Tag
- Made in Guatemala
- Asking Price: RM SOLD termasuk Pos Laju


3. Nike France Swoosh Tri Blend Rayon T-Shirt 


- Brand: Nike
- Style: Nike Country Logo Tee France
- Colour: Blue 
- Material: Tiga kain / Triblend - 50% Polyester + 25% Cotton + 25% Viscose @ Rayon
- Size M
- Actual measurement: Pit to pit: 19-19.5", Length: 29"
- Brand New with Tag
- Made in China (under license, not fake item),
- Rib crew neck with interior tape for comfort and durability
- Slim fit that's contoured to the body
- Screen print at front for retro style and pride
- Asking Price: RM SOLD termasuk Pos Laju


4. NASA Flag Rayon Triblend Tee (Made in Mexico)


- Brand: Mustache Brigade
- Material: Tiga kain / Triblend - 50% Poly 37% Cotton 13% Rayon
- Size M
- Actual measurement: Pit to Pit: 18.5" Length: 27.5"  
- Brand New with Tag
- Made in Mexico
- Asking Price: RM 150 termasuk Pos Laju


5. Junk Food NFL New York Jets Rayon Triblend Tee (Made in Guatemala) -SOLD-


- Brand: Junk Food
- Material: Tiga kain / Triblend - 50% Poly 37% Cotton 13% Rayon
- Size S
- Actual measurement: Pit to Pit: 19" Length: 27"
- Brand New with Tag
- Made in Guatemala
- Asking Price: RM SOLD termasuk Pos Laju


6. Nike Woven Label Tri Blend Rayon T-Shirt (Made in USA) -SOLD-

- Brand: Nike
- Material: Tiga kain / Triblend - 50% Poly 37% Cotton 13% Rayon
- Size S
- Actual measurement: Pit to pit:18", Length: 25.75"
- Brand New with Tag
- Made in USA
- Asking Price: RM SOLD
 
Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau WhatsApp /SMS sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya aku tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih...



FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...